Tokoh Ishak Hj. Muhammad. & Muhammad Yassin Maamor.

2. Ishak Hj. Muhammad merupakan tokoh sasterawan Melayu yang dianggap prolifik dalam menghasilkan karya-karya sastera zaman sebelum perang. Berdasarkan kenyataan tersebut. Jelaskan perkara-perkara berikut:

a. Latar belakang Ishak Hj. Muhammad                                                                        [ 5]

b. Peranan beliau dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden                         [10]

c. Keistimewaan karya beliau.                                                                           [10]

Skema jawapan:
a. Latar belakang Ishak Hj. Muhammad
Fakta 1: Nama sebenarnya ialah Awang Ahmad bin Muhammad
Fakta 2: Dilahirkan pada 14 November 1909, di kampung Bukit Saguntang, Termeloh Pahang.
Fakta 3: Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Termeloh, melanjutkan pelajaran di sekolah Inggeris Kuala Lipis dan lulus School Certificate.
Fakta 4: Melanjutkan pelajaran di Malay College Kuala Kangsar
Fakta 5: Pernah berkhidmat sebagai pegawai pelatih Melayu di Temerloh, berkhidmat sebagai pemangku pegawai Daerah Bentong dan bertugas sebagai Hakim ketiga di Kuala Lumpur.
Fakta 6: Pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Madrasah Hj. Taib, Muar
Fakta 7: Pernah berkhidmat sebagai wartawan dengan akhbar Warta Malaya, Utusan Melayu, Semangat Asia dan Fajar Asia serta pernah dilantik sebagai Ketua Pengarang akhbar Berita Malai.
Fakta 8: Menggunakan nama pena seperti Pak Sako, Hantu Raya, Isako San, Pak Pandir Moden dan Anwar.
Fakta 9: Dianugerahkan tokoh penulis Pahang.

b. Peranan beliau dalam sejarah Kesusasteraan Melayu Moden                        

Fakta 1: Sasterawan berpengalaman
Huraian/Contoh: Beliau telah berkecimpung dalam bidang kesusasteraan seawal tahun 1930-an. Terlibat secara langsung dalam pelbagai genre kesusasteraan antaranya genre novel dan cerpen .
Fakta 2: Penulis genre cerpen
Huraian/Contoh: Beliau penulis cerpen sebelum dan selepas perang yang prolifik dan penyedar masyarakat. Beliau telah berjaya menghasilkan 23 buah cerpen. Antara cerpen-cerpen beliau yang cukup signifikan dengan beliau ialah Anak Dibuat Denak, Istana Berembun, Rumah Besar Tiang Sebatang, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang.
Fakta 3: Penulis Genre Novel
Huraian/Contoh: Beliau adalah antara penulis novel yang dianggap pelopor dalam memperkatakan persoalan berkaitan dengan nasionalisme. Antara novel beliau yang signifikan dengan persoalan tersebut ialah Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila.
Fakta 4: Penulis rencana dan Esei
Huraian/Contoh: Beliau mengendalikan ruangan pojok di akhbar-akhbar seprti Warta Malaya, Utusan Melayu dan juga Utusan Zaman. Antara rencana dan esei tulisan beliau ialah Setahun di Malay College, Tiga Tahun di Singapura, Sekolah Rakyat bagi bangsa kita.
Fakta 5: Penulis wartawan / Editor
Huraian/Contoh: Beliau dikategorikan sebagai antara penulis wartawan yang prolifik menghasilkan karya-karya sastera menerusi surat khabar. Ini sesuai dengan jawatannya sebagai orang yang terlibat dalam mengelolakan ruangan kreatif.

c. Keistimewaan karya beliau.

Fakta 1: Karyanya membawa persoalan nasionalisme
Huraian/Contoh: Karya cerpen dan novel yang dihasilkan oleh beliau dengan berani dan lantang memperkatakan isu / persoalan nasionalisme  melalui penentangannya terhadap penjajah Inggeris yang dianggapnya menindas orang Melayu.
Cerpen


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel