Skema Percubaan KM 2 Moden Kelantan 2010

SULIT
922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
2010
3 Jam


PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
                                                                                                                                               

SKEMA PERMARKAHAN

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 2

(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)

 




 











Kertas Skema ini mengandungi 29 halaman bercetak









Skema Jawapan: (soalan 1)
1.         Perkembangan genre novel tahun 1920-an memperlihatkan bentuknya yang masih terikat dengan sastera tradisi khususnya cerita penglipurlara, dan sebenarnya tidak banyak menimbulkan persoalan
Berdasarkan pernyataan tersebut,

(a).       Nyatakan dua tokoh penting dalam sejarah perkembangan genre novel pada tahun 1920-an.                                                                                                                                  [ 4 ]

(b).       Bincangkan persamaan yang wujud antara genre novel dengan cerita penglipurlara dalam sastera tradisi.                                                                                                  [12]

(c).       Huraikan apakah persoalan-persoalan  yang mewarnai genre novel pada era tersebut                                                                                                                                        [ 9 ]
                       
Ceraian (a).
Tokoh penting dalam genre novel dekad 1920-an

i.          Syed Sheikhb Al-Hadi                                                                         2 markah
ii.         Ahmad Rashid Talu                                                                            2 markah


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian / Contoh)
3 isi x 4 markah= 12 markah

Ceraian (b).
persoalan-persoalan  yang mewarnai genre novel pada era tersebut

F1:       Persoalan pertembungan Timur Barat.
H/C:     Menyentuh isu tentang keburukan pengaruh budaya barat yang meninggalkan       kesan    moral, keruntuhan akhlak serta gejala negatif seperti judi, minum arak         berfoya-foya     dan sebagainya. Contoh novel ”Kawan Benar” oleh Ahmad Rasyid Talu yang           mengisahkan Abd. Bar yang leka dengan budaya barat sehingga menjadi seorang kaki      botol.   

F2:       Persoalan Kahwin Paksa.
H/C:     Penentuan jodoh oleh orang tua tidak mendatangkan kebahagiaan serta    mengakibatkan keruntuhan rumahtangga. Contoh ”Hikayat Faridah Hanum” oleh Syed Sheikh Al-Hadi,      yang memaparkan Faridah Hanum dipaksa berkahwin dengan Badaruddin tanpa          kerelaanya.

F3:       Persoalan Emasipasi Wanita
H/C:     Kebebasan hak wanita dalam menentukan nasib terutama dalam memilih jodoh hidup        sendiri serta mendapatkan hak untuk pendidikan. Contohnya novel ”Iakah Salmah” karya     Ahmad Rasyid Talu, watak utamanya Salmah seorang yang berkelulusan Junior        Cambrigde.




F4:       Persoalan Kepentingan Pelajaran bagi anak-anak Melayu.
H/C:     Menyentuh soal kepentingan pelajaran, pengetahuan tinggi dalam pelbagai jurusan             dan cara membentuk anak-anak Melayu dalam pelajaran. Contoh, novel       Iakah Salmah    oleh Ahmad Rasyid Talu yang mengisahkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Salmah.

F5:       Persoalan Tentang Nilai Moral
H/C:     Nilai-nilai moral yang baik turut menjadi sebahagian isu yang diketengahkan          termasuklah nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan. Contoh, Novel ”Kawan Benar”    karya Ahmad Rasyid Talu, watak Siti Ramlah yang setia kepada Abdul    Bar walaupun          suaminya seorang kaki judi.

F6:       Persoalan Percintaan Muda-mudi
H/C:     Isu percintaan   percintaan turut mewarnai karya-karya novel 1920-an, yang         menyaksikan wujudnya halangan dari kalangan orang tua. Contoh ”Hikayat Faridah      Hanum” karya Syed Sheikh Al-Hadi yang mengisahkan percintaan antara Faridah             dengan Shafik Afandi yang dihalang oleh orang Faridah Hanum.

F7:       Persoalan berkaitan dengan agama Islam
H/C:     Menyebarkan tranformasi pemikiran Islam yang lebih moden, selaras dengan       pemikiran tokoh reformasi Islam dari Mesir Muhammad Abduh Contoh: Novel            Hikayat             Faridah Hanum – menceritakan pergolakkanPercintaan yang turut memuatkan           pemikiran modenisasi Islam.

F8:       Persoalan Berkaitan Ekonomi
H/C:     Kedudukan ekonomi masyarakat Melayu yang masih mundur ditambah pula sikap             orang Melayu yang suka membazir wang sehingga jatuh miskin. Contohnya, novel “Hikayat Khalik dan Malik, watak Malik yang membantu rakanya Khalid yang       jatuh     miskin akibat terlalu boros.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

Ceraian (c).
Persamaan antara genre novel dengan cerita penglipurlara.

F1:       Persamaan  penggunaan hikayat sebagai Judul
H/C:     Berdasarkan pada beberapa karya novel zaman sebelum perang  jelas menunjukkan          ada pertalian antara judul novel dengan cerita-cerita penglipurlara yang   menggunakan    hikayat sebagai judul Contohnya, Hikayat Faridah Hanum oleh Syed             Sheikh Al-Hadi Hikayat Khalik dan Malik oleh Zulkarnain Yaakob.

F2:       Persamaan dari segi struktur Plot
H/C:     Struktur plot dalam novel awal menyamai struktur plot dalam   cerita-cerita           penglipurlara, antaranya dari aspek pengembaraan penggunaan pantun dan syair       Contoh dalam Hikayat Faridah Hanum, unsur kebetulan digunakan iaitu             pertemuan Faridah         Hanum dengan Shafik Afandi.




F3:       Persamaan dari segi memaparkan tentang kisah cinta.
H/C:     Soal percintaan antara teruna dara, sering dijadikan persoalan  utama dalam cerita-           cerita penglipurlara begitu juga dengan novel sebelum perang. Contoh: Hikayat        Percintaan Kasih Kemudaan oleh Ahmad Kotot  yang memaparkan percintaan antara           Yazid dan Zamrud.

F4:       Persamaan dari segi percintaan yang mendapat halangan
H/C:     Seperti juga cerita-cerita penglipurlara, percintaan tidak segera ke jinjang pelamin, sebaliknya percintaan sering diuji dengan pelbagai halangan. Contoh, Hikayat         Faridah Hanum percintaan antara Faridah dan Shafik Afandi terhalang menyebabkan    Faridah terpaksa berkahwin dengan Badarudin Afandi.

F5:       Persamaan dari segi unsur-unsur kebetulan.
H/C:     Unsur kebetulan sering digunakan untuk mempertemukan watak-watak  yang terpisah      dalam cerita-cerita penglipurlara. Dalam novel awal, unsur ini juga digunakan contoh             dalam Hikayat   Faridah Hanum, setelah tiga tahun terpisah, Shafik Afandi kembali  ke         Mesir dan kebetulan dia menyewa berhadapan dengan rumah  Faridah Hanum.

F6:       Persamaan dari sudut penampilan watak
H/C:     Walaupun tidak lagi menggunakan watak-watak yang terdiri daripada anak-anak   raja,      namun dari segi penampilan watak masih memperlihatkan persamaan terutama dari    segi kedudukan dalam masyarakat, rupa paras. Contoh dalam Hikayat Khalik dan        Malik mengemukakan kisah watak saudagar kaya yang dihormati .

F7:       Persamaan dari segi memberikan pengajaran secara berkhutbah
H/C:     Kata-kata nasihat yang disampaikan oleh pengarang secara langsung menerusi watak-      watak yang terlibat di dalam cerita. Contohnya, menerusi novel          ”PerjodohanYang          Setia” oleh A.Hamid Hj.Ahmad, nasihat yang disampaikan oleh Ibrahim kepada      anak     saudaranya Arshad soal memilih jodoh.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian / Contoh)
3 isi x 4 markah= 12 markah

Soalan 2

2.         Kritikan pada tahun-tahun 50-an mempunyai pendekatan yang beragam. Yang banyaknya ialah kritikan realisme yang mengarah untuk membentuk masyarakat sasterawan yang mahukan sastera dilihat daripada kaca mata keindahan adalah amat sedikit, di samping adanya yang berkecuali.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya
                                                           
a).        Nyatakan dua tokoh pengkritik yang aktif dalam penulisan kritikan pada era 1950-        an.                                                                                                                    [ 4 ]

b).        Huraikan corak kritikan yang telah dihasilkan oleh pengkritik-pengkritik
            era 50-an                                                                                                         [15]

c).        Jelaskan bentuk kritikan yang dihasilkan oleh pengkritik daripada kalangan            pengkritik  era 50-an.                                                                                         [ 6 ]
Soalan 2 (Kritikan Sastera)
Skema pemarkahan.

Ceraian (a).
dua tokoh pengkritik yang aktif dalam penulisan kritikan pada era 1950-an.      

i.          Asraf                                                                                                    2 markah
ii.          Hamzah                                                                                                2 markah
iii.         Keris Mas                                                                                             2 markah
iv.         Awa mil-Sarkam                                                                                   2 markah

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah
2 isi x 2 markah = 4 markah

Ceraian (b)       Corak kritikan
F1:       Kritikan berasaskan percanggahan falsafah berkarya.
H/C:     Falsafah seni di antara ”Seni untuk masyarakat’ dengan ”Seni untuk seni” telah    menambahkan kerancakkan dalam bidang kritikan kesusasteraan.Seni untuk             masyarakat telah didukungi oleh Asraf, A.Samad Ismail, Keris Mas manakala             seni      untuk  seni pula dianuti oleh Hamzah.

F2:       Kritikan lebih mementingkan mesej,persoalan,pengajaran dan memberi    kesedaran.
H/C:     Kebanyakkan karya sastera yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS 50         inginkan karya sastera berarah,berfalsafah dan bermatlamatkan kesedaran         masyarakat pembaca.

F3:       Kritikan turut menekankan Fungsi sosial
H/C:     Karya sastera yang memberi tumpuan dan penekanan pada fungsi sosial akan      dilihat    sebagai karya yang berjaya dan jika sebaliknya ianya akan di anggap             gagal.Kiteria     inilah yang tidak dipersetujui oleh Hamzah, kerana baginya sastera mestilah            berfungsi mendidik dan menghiburkan.

F4:       Kritikan menggunakan pendekatan Formalistik
H/C:     Aspek-aspek gaya bahasa, plot dan perwatakan turut menjadi tumpuan untuk        dianalisis dalam kebanyakan kritikan yang ditulis oleh kebanyakkan penulis ASAS       50.

F5:       Kritikan berkisar kepada pemasalahan keunggulan karya sastera.
H/C:     Karya-karya sastera yang paling unggul ialah karya sastera yang secara totalnya memihak dan membangunkan rakyat. Ini jelas dalam esei asraf yang berjudul   ”Mencari Pembaharuan dalam Kesusasteraan Melayu ” (Mastika, Mei 1950).

F6:       Kecenderungan bentuk kritikan kepada sesuatu ideologi atau pegangan   tertentu.
H/C:     Kebanyakan esei kritikan yang ditulis berkisar pada ideologi tertentu iaitu sama     ada       ideologi ” Seni untuk masyarakat” ataupun ”Seni untuk seni”.



F7:       Kritikan-kritikan teori  yang menintikberatkan permasalahan estetik sastera       tidak diterima.
H/C:     Kritikan-kritikan yang agak terbuka dan membicarakan soal estetika karya sastera            tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana slogan ASAS 50       yang     lebih dominan telah menyebabkan kritikan tersebut ditolak. Dimana Hamzah           yang     banyak membicarakan soal estetika karya sastera tidak mendapat perhatian          yang             sewajarnya dan kemudiannya dia telah disingkirkan daripada pertubuhan   ASAS 50.

F8:       Kritikan sastera tidak begitu tersusun  dengan baik .
H/C:     Persoalan dan idea tentang sastera sering dicampuradukkan dengan soal-soal       peribadi sehingga kritikan-kritikan sastera yang terhasil menjadi  lebih bersifat         krisis     peribadi.


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 5 markah (2 markah fakta, 3 markah Huraian/contoh)
3 isi x 5 markah = 15 markah

Ceraian (c).     
Jelaskan bentuk kritikan yang dihasilkan oleh pengkritik

F1:       Berbentuk kritikan realisme / kritikan sosiologi
H/C:     Lebih memberatkan pembentukan masyarakat ianya turut dikenali sebagai kritikan            sosiologi sepertimana kritikan yang dilakukan oleh Asraf yang  menekankan sastera      seharusnya menjadi alat untuk menyedarkan masyarakat.

F2:       Berbentuk objektif / kritikan formalistik
H/C:     Sastera seharusnya berbicara sebagai sastera, ianya harus mempunyai nilai seni yang        tinggi. Seperimana yang disuarakan oleh Hamzah yang berteraskan slogan ”Seni Untuk     Seni”.

F3:       Berbentuk kritikan sanjungan
H/C:     menyanjung karya-karya yang membincangkan perihal kemasyarakatan, sanjungan yang   lebih pada tema terutamanya dalam hubungannya dengan nasionalisme.

F4:       Berbentuk semiilmiah
H/C:     Lebih menjuruskan sastera ke arah kemasyarakatan dan kurang mementingkan aspek       estetika yang seharusnya diberi penekanan. Pandangan yang intelektual tidak         dititikberatkan.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 3 markah = 6 markah









3.  Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya;

            “ Entahlah. Yang Berhormat memang tidak beritahu saya pak su dan pak long pun akan datang.”
            “Apa agaknya hajat mereka?”
            “Wallahu a’alam. Nantilah kita tanya.”
            Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad telah diberitahu dan telah tiba, lalu bersama Sudin dan Pak Salim pergi menyonsong ke tepi jalan.
            Sudin berasa amat gelisah. Dia melihat jam tangannya. Perjumpaan sepatutnya telah bermula setengah jam yang lalu. Sekarang telah pukul sebelas setengah. Waktu Jumaat akan tiba kira-kira satu jam lagi. Rombongan Yang Berhormat dengan pak su  masih lagi bercakap-cakap dengan rombongan yang menyongsong.
            “Alhamdulillah nampaknya orang kampung memberi sambutan yang hebat. Mereka telah menunggu lama. Ada yang datang awal-awal pagi.”
           
                                    ( Dipetik daripada novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur:  
                              Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur 2003, halaman  173 )
           
a)         Siapakah  pak su dan pak long dalam petikan di atas.                                           [ 4 ]

b)         Huraikan tiga aspek penting yang mengukuhkan plot berserta dengan contohnya yang terdapat dalam petikan di atas.                                                                                                [ 9 ]
                                                           
c)  Huraikan tiga bentuk nilai kemanusiaan yang diperlihatkan oleh watak  pak su terhadap penduduk kampung dalam novel  di atas.                                                                 [ 12 ]

Soalan 3

Skema Permarkahan

( a)       Siapakah

            Watak pak su                            En Muhammad                                      [ 2 markah ]

            Watak pak long                         Penghulu Mahmud                                 [ 2 markah ]


( b)       tiga aspek penting yang mengukuhkan plot berserta dengan contohnya yang terdapat     dalam petikan

F1:       Mempunyai Unsur Ketegangan / tanda tanya
H/C:     Ketegangan merujuk pada usaha menyembunyikan sesuatu kejadian (agar menjadi tanda   tanya kepada pembaca) ”Apa agaknya hajat mereka?” Pembaca pasti akan tertanya        tentang hajat yang dimaksudkan.

F2:       Adanya Unsur Konflik
H/C:     Konflik yang melibatkan pertentangan yang terjadi dalam diri  watak, ”Sudin berasa amat gelisah.” konflik dalaman watak Sudin.



F3:       Adanya Klimaks
H/C:     Klimaks ialah puncak cerita / keadaan paling genting dalam sesbuah cerita, ”Perjumpaan   sepatutnya telah bermula setengah jam yang lalu. Sekarang telah pukul sebelas setengah.    Waktu Jumaat akan tiba kira-kira satu jam lagi.”

F4:       Peleraian
H/C:     Pengakhiran dalam sesebuah peristiwa, yang bermatlamat mengakhiri  kisah yang terjadi. ”Alhamdullilah nampaknya orang kampung memberi sambutan yang hebat.”

F5:       Penggunaan Pelbagai Teknik Penceritaan
H/C:     Menimbulkan kelainan dan menjadikan cerita lebih bervariasi dan menarik untuk dibaca     oleh pembaca. Teknik Pemerian/naratif/penceritaan secara langsung Gambaran tentang             sesuatu peristiwa, kejadian dan seseorang watak yang dinyatakan secara langsung oleh             pengarang. Pengarang menceritakan secara langsung suasana kegelisahan yang dialami oleh Sudin. Sudin berasa amat gelisah. Dia melihat jam  tangannya.

F6:       Teknik  imbas kembali
H/C:     Satu teknik penceritaan pengarang menyajikan babak atau peristiwa yang telah berlaku.
             Sudin mengimbas kembali tentang perjumpaan yang sepatutnya telah bermula setengah                jam yang lalu.

F7:       Teknik Dialog
H/C:     Kata bual atau perbualan yang melibatkan dua watak atau lebih.Dialog antara Sudin          dengan YB Mohd Yusof tentang kehadiran En.Muhammad dan penghulu Mahmud di         Kampung Pulai dalam majlis penerangan kepada penduduk kampung untuk ke rancangan
             FELDA.
           
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah


Ceraian (c)   Tiga bentuk nilai kemanusiaan pak su terhadap penduduk kampung.

F1:       Simpati
H/C:     En Muhammad bersimpati  terhadap nasib penduduk kampung Pulai yang menumpang      di tanah keluargannya. Beliau berjanji akan memberikan pertolongan supaya mereka       mendapat bantuan dan kemudahan pindah ke rancangan FELDA yang diusahaka             menerusi YB Muhd Yusof.
                                                             
F2:       Belas Kasihan
H/C:     En Muhammad berjanji akan membayar saguhati kepada penduduk kampung Pulai yang    mengerjakan tanah keluarganya.

F3:       Bersopan / menghormati
H/C:     En Muhammad penuh sopan dan menghormati penduduk kampung Pulai dengan berbual   mesra dan bertanya khabar serta bersalam-salaman dengan semua penduduk kampung          tanpa mengira kedudukan mereka.



F4:       Dermawan / pemurah
H/C:     En Muhammad  menghulurkan derma sebanyak RM10,000 kepada penduduk kampung     Pulai untuk menjayakan majlis sambutan hari keputeraan Sultan.

F5:       Prihatin / mengambil berat
H/C:     En Muhammad cukup prihatin dengan nasib penduduk kampung Pulai yang miskin dan      ketinggalan daripada arus pembangunan .Beliau berusaha memindahkan penduduk kampung ke rancangan FELDA bagi menaikkan taraf ekonomi masyarakat kampung     Pulai.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah ( 2 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh )
3 isi x 4 markah = 12 markah


4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
            Aku tunduk menghadap ayah tiriku.
            “Orang sini semua tahu!  Sama ada kau betul atau salah, mereka tidak persoal lagi.Mereka sudah tahu yang kau sudah mencemarkan nama aku dan nama ibumu
            Aku hanya menitiskan air mata.Ibu hanya merenungku sahaja.Dan,apbila wajah ibu yang aku sayang kucuba perhati, dia tidak mengalihkan pandangannya kea rah lain.Aku gembira sekali.Aku tahu yang ibu tetap di sebelahku.Kasih-sayangnya padaku tidak pernah berganjak.Dan, kejadian itu memang sekali adalah suratan nasibku.
            Tiba-tiba ibu mahu bersuara.Tentu ibu mahu membelaku agaknya.Tetapi, ayah tiriku cepat memotong. “Sudahlah! Kau sudah siap dengan segala barang-barangmu?”
                                                       
                                      (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny), 2003,
                        Cerpen “Perjalanan yang Tak Direncana” dalam Mutiara Sastera Melayu                                    Moden,Kuala Lumpur,Dewan Bahsa dan Pustaka, hal 133)


a)                  Nyatakan  nama Aku  dan latar tempat dalam petikan di atas                               [ 3 ]

b)         Apakah pesanan ayah tiriku  sebelum petikan di atas                                         [ 4 ]

c).        Jelaskan perbuatan Aku yang “mencemarkan nama aku dan nam ibumu” .           [ 6 ]

d).        Huraikan dua perwatakan positif dan dua perwatakan  negatif Aku dalam
            cerpen  ini.                                                                                                        [12]


Soalan 4

Skema Pemarkahan

a)                  Nyatakan nama Aku  dan latar tempat  dalam petikan di atas                               [3]

Aku                  Jarah                                                                            [2 markah]
Latar tempat     rumah / kampung / rumah  ibu bapa Jarah                      [1 markah]

b)                  Apakah pesanan ayah tiriku  sebelum petikan di atas                                         [4]

F1- kerja baik-baik dan pergi ke sana buat seperti orang yang hendak bekerja

F2- Jangan conteng arang di muka orang tua/ ibu bapa

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah
2 isi x 2 markah = 4 markah


c)                  Jelaskan perbuatan Aku yang “mencemarkan nama aku dan nama ibumu”.          [6]

F1:        Aku pergi ke pesta Main Pantai seorang diri

F2:        Pada malam itu, Aku ketinggalan bas, lalu menumpang  tidur di bilik seorang bujang

F3:        Malam itu juga orang dari pejabat agama datang

F4:        Mereka dituduh melakukan perbuatan jahat dan akhirnya mereka ditangkap

F5:        Ayah tiri dan ibu Aku merasa malu terutama apabila orang kampung tahu Aku telah          diperiksa oleh doktor

Pilih 3 isi
1isi =2 markah
3 isi x 2 markah = 6 markah


(d)        Huraikan dua perwatakan positif dan dua perwatakan  negatif Aku dalam cerpen  ini.                                                                                                                                     [12]
Perwatakan positif

F1:       Penyayang
H/C:     Aku  menyayangi keluarganya terutama ibu yang sentiasa mempercayai kejujurannya

F2:       Rajin
H/C:     Aku rajin melaksanakan kerja-kerja rumah bagi mebantu meringankan bebanan kerja        rumah Kak Ngah.

F3:       Mengambil berat/prihatin
H/C:     Menjaga anak-anak Kak Ngah dengan baik sehingga mereka dapat membesar dengan      sihat tidak membiarkan mereka kelaparan atau tercedera.

F4:       Patuh kepada orang tua
H/C:     Aku patuh kepada arahan ayah tiri supaya  meninggalkan kampung dan bekerja di rumah
            Kak Ngah

F5:       Ikhlas
H/C:     Jarah ikhlas untuk bekerja sebagai orang gaji di rumah Kak Ngah .
            Perwatakan negatif

F1:       Mudah percaya kepada orang ramai
H/C:     Jarah mempercayai Abang Soh yang baru dikenalinya dan  terus mengikut lelaki itu           pulang ke rumah.

F2:       Tidak matang
H/C:     Tidak dapat memikirkan kesan daripada perbuatan tidur di bilik orang  bujang

F3:       Terburu-buru
H/C:     Bertindak terburu-buru melarikan diri dari rumah Kak Ngah tanpa mempedulikan kata-     kata  abang Ngah yang berjanji akan  menghantarnya pulang  pada bulan depan

F4:       Keras hati / Degil
H/C:     Jarah tetap dengan keputusannya untuk kembali semula ke Kelantan walaupun telah         dinasihati Makcik Timah sedangkan dia tak pernah pulang seorang diri.

Pilih 4 sahaja (  2  isi perwatakan positif  dan 2 isi  perwatakan  negatif)
1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah Huraian/ contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah

5)         Baca petikan drama di bawah ini,dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya:

RAHIMAH: Memang tak kenal. (Memandang ke lain)

MAK RAHIMAH: Hai, Rahimah... (meletakkan bakul) aku rasa aku tak silap,   Rahimah. Kau   adalah anak aku, anak kandungku sendiri. Aku bersyukur, kau selamat balik ke tanah air.            Aku gembira Encik Dahlan lulus ilmu undang-undang dan dapat jadi majistret. Ambillah           bakul ini, Rahimah, buah tangan mak dari kampung. (Menunjukkan bakul).

RAHIMAH: Tidak, rumah ini tak kurang apa-apa. Bawa balik. Buat malu saja.

MAK RAHIMAH: Jangan begitu,Rahimah...mengucap,Rahimah...ini mak, Rahimah.        (Memandang Rahimah dengan sedih).
  
RAHIMAH: Tidak, mak aku bukan serupa ini. Amin, suruh perempuan tua ini keluar.

AMIN  :  Baik, encik( berjalan mendapatkan Mak Rahimah). Mak Cik, bawalah          balik barang-     barang ini.  Baliklah, mak  cik . Encik tak beri  lama di sini.

(Rahimah perlahan berjalan sambil membetulkan susunan buku-buku di atas meja)

MAK RAHIMAH: Rahimah, (menangis) sampai hati kau, nak. Sampai hati kau menghalau aku.             Ibu kandung kau, kau halau. (Mengesat-ngesat air mata) Rupa-   rupanya kau dah lupa     dan tak kenalkan aku lagi.

                                    ( dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.] , 2010
                                    Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur.             DBP,hlm 195)



a)         Siapakah Mak Rahimah? Jelaskan balasan yang diterima oleh Rahimah setelah beliau menghalau perempuan tua itu?                                                                                                [ 5 ]

b)         Huraikan empat mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang melalui peristiwa dalam petikan di atas.                                                                                                                 [ 8 ]

c)         Jelaskan empat fenomena sosial yang  tidak menyenangkan  dalam drama Lawyer Dahlan.                                                                                                                                  [12 ]

Soalan 5

SKEMA JAWAPAN
(a)        (i).Perempuan tua itu ialah:

-           Mak Midah                                                                                           [1 markah]
-           Ibu Rahimah                                                                                         [1 markah]
-           Seorang janda                                                                                       [1 markah]

             (ii).Balasan yang diterima ialah:
           
F1:       Dihalau oleh Dahlan
H/C:     Rahimah telah dihalau oleh Dahlan akibat daripada pertengkaran yang berlaku     setelah               Dahlan pulabg pada lewat malam.
                                                                                                     
F2:       Diceraikan oleh Dahlan.
H/C:     Dahlan telah menceraikan Rahimah setelah berlaku pertengkaran pada malam tersebut.

F3:       Rumahtangga musnah
H/C:     Rumahtangga Rahimah yang dibina dengan Dahlan atas dasar cinta telah musnah,malah    Rahimah telah dihalau dari rumah tersebut,

F4:       Keluar rumah dalam keadaan miskin.
H/C:     Rahimah dihalau dari rumah oleh Dahlan setelah berlaku pertengkaran malah                    Rahimah dilarang mengambil sebarang barangan yang terdapat di rumah tersebut.

F5:       Dihina oleh Dahlan
H/C:     Rahimah telah dihina oleh Dahlan. Dahlan mengatakan Rahimah tidak sedar diri
            kerana sebenarnya beliau yang memunggut Rahimah dari kampong dahulu.


                                                                                                                       
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)
2 isi x 2 markah = 4 markah
Nota:Markah (i) + (ii) = 5 markah









 (c)       Mesej dalam petikan

F1:       Pentingnya kita menuntut ilmu
H/C:     Dahlan berjaya lulus ilmu undang-undang dan berjaya menjadi seorang majistret.

F2:       sebagai seorang anak, kita hendaklah menghormati  ibubapa.
H/C:     Rahimah tidak menghormati ibunya, malah Rahimah enggan mengaku perempuan    tua
            Itu ibunya kerana malu di hadapan Hamdan, kawannya itu.Rahimah mengarahkan Amin
            orang gajinya menghalau ibunya.

F3:       Bersyukur atas kepulangan dan kejayaan yang dicapai
H/C:     Mak Rahimah bersyukur kerana anaknya dan menantunya pulang dari England dan           berjaya lulus ilmu undang-undang serta dapat menjadi seorang majisteret.

F4:       Menderhaka kepada orang tua
H/C:     Rahimah tidak mahu mengaku ibunya yang datang dari kampong kerana ibunya    berpakaian        selekeh serta membawa sayuran kampong dalam bakul.Rahimah telah mengarahkan orang  gajinya Amin menghalau ibunya.

F5:       Jangan menghina / merendah-rendahkan orang
H/C:     Rahimah menghina ibunya sendiri dengan mengatakan kehadiran ibunya ke rumahnya       buat malu saja.

F6:       Sombong / angkuh / berlagak
H/C:     Rahimah menjadi sombong dan angkuh setelah pulang dari England kerana dia tidak          mengakui dan berpura-pura tidak mengenali ibunya sendiri.

F7:       Lupa daratan / lupa asal-usul
H/C:     Rahimah lupa asal-usulnya seorang gadis kampung, beliau telah menolak pemberian          buah tangan dari kampung yang dibawa oleh ibunya sendiri.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi x 2 markah ( 1 markah fakta dan 1 markah huraian/contoh)
4 isi x 2 markah = 8 markah



(c).       Empat fenomena sosial yang tidak menyenangkan                                             [12]

F1:       Amalan menerima rasuah pecah amanah
H/C:     Dahlan yang telah menerima rasuah / pecah amanah sebanyak RM 10,000 telah dihukum penjara selama 4 tahun dengan kerja berat.

F2:       Pengaruh budaya barat
H/C:     Setelah kembali ke tanah air, Dahlan dan  Rahimah mengamalkan budaya barat.   Mereka             suka berfoya-foya di kelab malam, sering menghadiri parti-parti dan mengamalkan       pergaulan bebas.

F3:       Menderhaka kepada orang tua
H/C:     Rahimah tidak mahu mengaku ibunya yang datang dari kampong kerana ibunya    berpakaian selekeh serta membawa sayuran kampong dalam bakul.Rahimah telah      mengarahkan orang  gajinya Amin menghalau ibunya      

F4:       lupa asal usul
H/C:     Dahlan dan Rahimah telah lupa asal usul mereka setelah pulang dari England. Mereka      telah mengamalkan cara hidup orang barat. Mereka beranggap bahawa barat adalah         moden.Mereka tidak lagi makan makanan kampong seperti ulaman-ulaman dan sayuran       kampong.

F5:       sikap mementing diri sendiri
H/C:     Pengarang menonjolkan  seseorang perlu ada sikap bantu-membantu antara satu sama      lain. Sikap Dahlan yang pentingkan diri dan tidak mahu membantu mereka yang   memerlukan telah menimbulkan rasa kecewa  dalam diri Pak Hamid. Dahlan tidak mahu         membantu peminta sedekah, tidak mahu menderma kepada sekolah agama rakyat serta    tidak mahu bercermah kepada anak-anak kampong.

F6:       Mengabaikan ajaran agama
H/C:     Golongan yang mengabaikan ajaran agama tidak akan hidup bahagia . Dahlan yang           mengabaikan ajaran agama akhirnya mengalami masalah dalam kehidupan rumahtangga        di mana rumahtangganya hancur.

F7:       Kedekut
H/C:     Tidak menghulurkan sumbangan derma bagi membantu golongan yang memerlukan,          Dahlan dan Rahimah tidak menghulurkan sumbangan derma kepada mereka yang datang      memohon bantuan kewangan seperti Aliman

F8:       Sombong / angkuh
H/C:     Sombong kerana mempunyai kedudukan yang lebih baik. Rahimah sombong dan angkuh    dengan kedudukannya sebagai isteri seorang majisteret sehingga dia sanggup menghina dan bercakap dengan kasar dengan orang gajinya.

Pilih 4 isi sahaja
4 isi x 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah




6)         Baca drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang  mengikutinya:

(a)   Jelaskan persamaan nilai yang terdapat pada watak Minah dan Cik Lijah dalam drama Malam Ini Penyu Menangis karya Noordin Hassan.                                                           [ 9 ]

b).        Huraikan citra masyarakat nelayan yang dipaparkan dalam drama di atas.  [10 ]

c)                   Huraikan Tiga pengajaran yang terdapat dalam drama.                                      [ 6 ]
d)                   
Soalan 6

SKEMA PEMARKAHAN

a)         Persamaan nilai antara Minah dengan Cik Lijah ialah:

F1:       Penyayang
H/C:     Kedua-dua Minah dan Cik Lijah sayang kepada suami mereka. Minah tidak sanggup         berpisah dengan Mamat walaupun diminta oleh Hugh Clifford untuk dihantar ke hospital,   malah Minah sanggup menjaga sendiri Mamat di rumah mereka. Begitu  j uga dengan     Cik Lijah yang menyayangi  JM Aziz walaupun JM Aziz menghidap penyakit kusta.

F2:       setia
H/C:     Kedua-dua Minah dan Cik Lijah setia terhadap suami mereka. Minah tidak pernah            merasa susah walaupun terpaksa menjaga Mamat yang sedang sakit. Begitu juga dengan Cik Lijah yang setia dengan JM Aziz walaupun JM Aziz menghidap penyakit kusta.

F3:       Tabah
H/C:     Kedua-dua Minah dan Cik Lijah tabah mengharungi cabaran yang mendatang.Minah        tabah menghadapi dugaan . Minah terpaksa menjaga Mamat yang sedang sakit dan dalam
            masa yang sama terpaksa mencari rezeki untuk keluargaambil . Begitu juga dengan Cik    Lijah terpaksa mencari rezeki tambahan dengan mengambil upah membuat badang buluh.

F4:       Rajin
H/C:     Kedua-dua Minah dan Cik Lijah rajin. Minah sanggup berusaha  mencari rezeki,walaupun penat menjaga Mamat. Begitu juga dengan Cik Lijah sanggup     mengambil upah menjahit dan membuat badang buluh semata-mata ingin menambah             rezeki buat keluarga.

F5:       Sabar
H/C:     Kedua-dua Minah dan Cik Lijah sabar dalam menempuh dugaan hidup. Minah sanggup
            Menjaga Mamat yang sakit tenat dan dalam masa yang sama terpaksa mencari    rezeki.Begitu Juga dengan Cik Lijah yang sabar menempuh dugaan. Cik Lijah sabar   berhadapan dengan suaminya yang menghidap penyakit kusta, malah Cik Lijah telah     mengambil menjahit dan membuat badang buluh demi menampung perbelanjaan    keluarga.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi x 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian/ contoh )
3 isi x 3 markah = 9 markah

F1:       Citra masyarakat nelayan yang kehidupannya terpinggir daripada pembangunan.
H/C:     Masyarakat nelayan seringkali dipinggirkan dari segi pembangunan ini terbukti menerusi    kenyataan daripada Nik yang mengatakan Kuala Kedah cukup daif walaupun ianya      merupakan pintu masuk ke Langkawi.

F2:       Citra masyarakat nelayan yang terpaksa berhadapan dengan orang tengah
H/C:



F3:       Citra masyarakat nelayan yang diancam oleh pendatang haram
H/C:     Masyarakat nelayan khasnya di Kg.Seberang Takir terpaksa berdepan dengan     pencerobohan pendatang haram Vietnam, seperti Jaafar dan Ibrahim yang mati lemas       kerana mempertahankan Kg. Seberang Takir dari dicerobohi pendatang haram.

F4:       Citra masyarakat nelayan yang sanggup berkorban untuk negara.
H/C:     Jaafar dan Ibrahim yang mati lemas kerana mempertahankan Kg.Seberang Takir dari       dicerobohi pendatang haram perlarian Vietnam.

F5:       Citra masyarakat nelayan yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
H/C:     Golongan  nelayan seringkali diabaikan dan dilupakan oleh pihak berwajib, buktinya           J.M.Aziz kesal kerana rakannya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada   pihak berwajib.

F6:       Citra masyarakat nelayan yang terbiar dan daif / dibelenggu kemiskinan.
H/C:     Masyarakat nelayan masih hidup dalam kemiskinan seperti yang dinyatakan oleh Nik        tentang penduduk di Kg.Kuala Kedah yang jauh dari arus pembangunan.

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 4 markah ( 2 markah Fakta dan 2 Markah Huraian/Contoh)
3 isi x 4 markah = 12 markah.
           
c)         Dua pengajaran yang terdapat dalam drama:

F1:       bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.
H/C:     Nabi Ayub sentiasa bersyukur atas anugerah kekayaan yang diberikan oleh          Allah.Baginda tidak pernah jemu untuk beribadat kepada Allah yang Esa.

F2:       Sabar dalam menghadapi dugaan hidup.
H/C:     Walaupun menghidap penyakit kusta, JM Aziz tetap bersabar dan bertakwa kepada          Allah yang Esa. Malah JM Aziz terus berkarya menghasilkan puisi dan dibantu oleh anaknya kerana  mata JM Aziz telah buta.

F3:       setia terhadeap ahli keluarga
H/C:     kesetiaan seorang isteri penting dalam membentuk keluaraga yang bahagia. Cik lijah         Setia kepada JM Aziz walaupun JM Aziz menghidap penyakit kusta. Malah Cik Lijah     membantu JM Aziz dalam menambah rezeki untuk keluarga.

F4:       Berani menempuh dugaan
H/C:     Kita perlu berani menempuh dugaan  dalam kehidupan. JM Aziz berani meredah  lautan    yang bergelora demi mendapatkan  sesuap nasi untuk keluarga.

F5:       mempertahankan  tanah air daripada pencerobohan
H/C:     sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita hendaklah mempertahankan tanah air            daripada pencerobohan. Jaafar dan Ibrahim telah mati akibat mempertahankan tanah air   darpada pelarian Vietnam. Mereka sanggup berkorban demi mempertahankan hak dan          maruah Negara.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi x 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 2 markah = 6 markah

Soalan 7
7.         Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Doa Terakhir

Zaihasra

Yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut lusuhmu
yang berderai air mataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun turun mencecah bumi                                                 5
menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kummiliki !

Ibunda,
selamanya kedengar deburan ombak hidupmu
seadanya kutampung penderitaanmu, sedang kudratku                  10
lemah untuk menahannya ; doaku mungkin lewat terkabul
di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca
betapa pilunya embun terakhir menyentakku
tiada lagi senyum di bibir lukamu .

Ibunda,                                                                                            15
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah kita saling bermaaf ;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut
mengoyak wajak pasir, menyibak suria                                         20
menggenggam angin menyusuri wajah malam                           
namun, maafkan aku demi cintamu.


Pulanglah bonda ke dalam kehidupan yang abadi
setelah datang dengan berani
akan kukenang matamu dalam merenungku                                 25
mengungkap penyerahan hayat                                                         
perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
dan aku adalah benteng yang mendepani
kehidupanmu.                                                                               30
            bagaikan batu pualam                                                      
            onggokan pusaramu
            memanggilku pulang
            ke kampung laman
            setelah lama dan jauh , musafir dan berkelana              35
            pedih mataku berair mata                                           
            segenggam rindu menjadi selaut duka
            setabah dukaku menampung rasamu.

Ibunda,
meski di sini kita berpisah                                                        40                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
dan di tamanku belum selesai kutanam bunga                        
kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu.


Dewan Sastera, April 1998
Dewan Bahasa dan Pustaka.

                      (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.], 2003.
                        Mutiara Sastera Melayu Moden.Dewan Bahasa dan Pustaka:
                        Kuala Lumpur. Hal. 292-293).


(a) Jelaskan empat perlakuan penyajak terhadap ibunya dalam sajak  tersebut.        [ 8 ]                                                                             

(b) Huraikan tiga mesej berserta contoh yang ingin dikemukakan penyajak dalam sajak tersebut.                                                                                                                                                                                        [ 9 ]

(c) Huraikan empat unsur perulangan berserta contoh yang terdapat dalam  di atas. [ 8 ]                                                                                


SKEMA PERMARKAHAN

(a) Empat perlakuan/tindakan penyajak terhadap ibunya dalam sajak.

F1:       Penyajak memeluk ibunya yang sedang nazak.
H/C:     Penyajak telah memeluk tubuh ibunya yang sedang nazak. Ini menujukkan betapa             sayangnya penyajak terhadap ibunya.
                         Yang kupeluk tubuh lelahmu. (R1:B1)

F2:       Penyajak mencium rambut ibunya yang sedang nazak.
H/C:     Penyajak bertindak mencium rambut ibunya semasa ibunya sedang nazak.Ini        menunjukkan betapa rapatnya hubungan penyajak dan ibunya.
                        yang kucium rambut lusuhmu. (R1:B2)

F3:       Penyajak menangis/bersedih atas kematian ibunya.
H/C:     Penyajak amat bersedih atas kematian ibunya. Lalu penyajak menangis untuk meratapi     kepulangan ibunya kerahmatullah.
                         yang berderai air mataku, dingin subuh (R1:B2)

F4:       Penyajak meminta maaf kepada ibunya atas dosa dan kesalahanya..
H/C:     Penyajak meminta maaf kepada ibunya di atas segala kesalahan yang dilakukannya          selama ini agar kehidupan abadi ibunya aman dan tenteram.
                        namun, maafkan aku demi cintamu (R3:B8)

F5:       Penyajak datang menziarahi pusara ibunya yang lama ditinggalkan.
H/C:     Penyajak terpanggil untuk pulang ke kampung halamannya untuk menziarahi         pusara/kubur ibunya untuk melepaskan rindu kepada ibunya.
                         onggokan pusaramu(R3:B11)
                         memanggilku pulang (R3:B12)
                         ke kampung laman (R3: B13)

F6:       Penyajak berdoa agar roh ibunya dirahmati Allah.
H/C:     Penyajak telah berdoa kepada Allah, agar roh ibunya dirahmati Allah dan sentiasa tenang dalam pengabdiannya kepada Allah.
                        tenang dan tenanglah (R5: B5)
                        Dalam doaku kita pasti bertemu (R5:B6).

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah  


(b) Tiga mesej berserta contoh.

F1:       Penyajak ingin menyampaikan agar anak sentiasa berdoa terhadap ibu kita           untuk   ketenangan dan kesejahteraannya.
H/C:     Doa daripada anak kepada ibu adalah penting untuk menjamin ketenangan dan      kesejahteraan ibu khsusnya bagi ibu yang telah meninggal dunia.
                        selamanya kudengar penderitaamu,sedang kudratku (R2:B2)
                         lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul (R2:B3)

F2:       Penyajak ingin menyampaikan agar anak dan ibu mestilah saling bermaaf- maafan.
H/C:     Anak dan ibu mestilah saling bermaaf-maafan demi menjalinkan perhubungan yang           mesra dan dirahmati Allah agar dosa dan kesalahan dapat diampunkan.Dengan itu    kehidupan lebih aman dan harmoni.
                        kalaulah mungkin aku berdosa (R3:B2)
                        setelah saling kita bermaafan (R3:B3)
                        janganlah kau bawa lukaku bersamamu (R3:B4)

F3:       Penyajak ingin menyampaikan mesejnya agar anak meredhai/merelakan kematian            ibu/pulang kerahmatullah.
H/C:     Sebagai anak yang baik, kita semestinya meredha/merelakan kematian ibu kerana suratan             takdir. Walaupun anak berasa sedih atas kepulanagan ibu kerahmatullah ini.
                        Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi (R4:B1)
                        setelah datang dengan berani(R4:B2)
                        akan kukenang matamu dalam merenungku (R4:B3)

F4:       Penyajak ingin  menyampaikan  agar anak sentiasalah menziarahi pusara   ibu yang telah meninggal dunia.
H/C:     Anak seharusnya sentiasa menziarahi pusara ibu yang telah meninggal dunia untuk            menandakan ikatan/perhubungan yang tidak putus antara anak dan ibu.
                        onggokan pusaramu (R4:R10)
                        menanggilku pulang (R4:B11)
                        ke kampung laman (R4:B12)


F5:       Penyajak ingin menyampaikan agar agar anak meletakkan harapan yang    tinggi/besar terhadap ibu kita.
H/C:     Bagi anak, ibu adalah segala-galanya di dunia ini. Ibulah yang sanggup berkorban jiwa       dan raga untuk membesar dan mendidik kita. Jadi anak mestilah menaruh harapan yang       tinggi terhadap ibu.
                        kau adalah segalanya bagiku (R5:B4)
                        tenang dan tenanglah (R5:B5)
                        dalam doaku kita pasti bertemu (R5:B6)

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah  

(c) Empat unsur perulangan berserta contoh.

F1:       Perulangan kata di awal baris / Anafora.
H/C:     Perulangan kata/perkataan pada bahagian awal baris yang berturutan.
                        Yang kupeluk tubuh lemahmu (R1:B1)
                        yang kucium rambut lusuhmu (R1:B2)
Kesan:  Menimbulkan kesan keindahan dari segi penyebutan kata –“yang”./ penegasan maksud     yang hendak disampaikan.

F2:       Perulangan kata di akhir baris / Efifora .
H/C:     Perulangan kata di akhir baris berturutan .
                        Yang kupeluk tubuh lelahmu (R1:B1)
                        yang kucium rambut lusuhmu (R1:B2)
Kesan:  Melahirkan kesan kemerduan bunyi di akhir baris yang berturutan. / penegasan maksud     yang hendak disampaikan oleh penyajak.

F3:       Perulangan bunyi Asonansi.
H/C:     Perulangan @ persamaan bunyi vokal dalam satu baris sajak.
                        pedih mataku berair mata (R4:B14)
            berlaku perulangan bunyi vokal “a”
Kesan:  Menimbulkan kesan keindahan penyebutan bunyi vokal “a”./ kemerduan bunyi

F4:       Perulangan bunyi Aliterasi.
H/C:     Perulangan @ persamaan bunyi konsonan dalam satu baris sajak.
                        Mengoyak wajah pasir, menyibak suria (R3: B6)
            berlaku perulangan bunyi konsonan “k”
Kesan: Menimbulkan kesan keindahan penyebutan bunyi konsonan “k”./ kemerduan bunyi

F5:       Perulangan Baris.
H/C:     Perulangan baris yang sama dalam sajak.
                        Ibunda (R2:B1)
                        Ibunda (R3:B1)
            berlaku perulangan baris “Ibunda”
Kesan:  Menegaskan maksud perkataan/kata “Ibunda”




F6:       Perulangan Kata/Perkataan
H/C:     Perulangan kata/perkataan dalam satu baris sajak.
                        aku telah belajar membaca wajah laut (R3:B5)
                        Mengoyak wajah pasir menyibak suria (R3:B6)
                        Menggenggam angin menyusuri wajah malam (R3:B7)
Kesan:  Menegaskan maksud perkataan/kata “wajah”

F7:       Perulangan kata di tengah baris
H/C:     Perkataan yang sama diulang di tengah baris
                        suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
                        dan aku adalah benteng yang mendepani
Kesan:  Meninggalkan kesan penegasan maksud yang hendak disampaikan oleh penyajak.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta , 1 markah Huraian/Contoh dan 1 markah kesan)
4 isi x 3 markah = 12 markah

Soalan 8

Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

 www.sibermerdeka.com.my

A.Ghafar Ibrahim

Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku                                           5
aku bahas isu onak dan enak
untuk kumerdekakan warga fikirku
mengelak hidup diperkotakkatikkan.

Dalam laut diriku
ombak gelora memanpar pantai aman                  10
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

         Dalam pentas diriku                                               15
         aku berlatih menangkis angin
         aku berlatih memunggah awan
         menghayati skrip demi skrip
         yang tak diduga klimaksnya.



         Dalam dewan diriku                                                          20
         aku tak cemas lagi
         oleh kata yang mengekang
         aku tak lemas lagi
         oleh kata yang menyerang.

               Apabila siber merdeka sampai                          25
               ke rumah cabaranku
         aku panggil diriku bermesyuarat
         menyokong, berkecuali atau menentang
         aku ambil keputusan
         waktu itu aku kenal batas diri                                30
         untuk tidak mengulangi kekalahan.


          Kini, kapal diriku telah berlabuh
                 di pangkalan usia
          aku turun darinya                                                  35
                 mengadap hidup nyata
          peristiwa datang peristiwa pergi
          bagai siang memanggil malam
          dan siber merdeka terus berkaca
          terus mengalirkan arus ingatan :                             40
          elakkan dirimu menjadi sia-sia
          hamparkan dirimu di persada Tuhan.


               Dewan Sastera, Ogos 2001
         Dewan Bahasa dan Pustaka.

                      (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.], 2003.
                                                                  Mutiara Sastera Melayu Moden.
                       Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hal. 310-311.
             


              (a) Terangkan hubungan antara judul dengan kandungan sajak di atas.    [ 4 ]

              (b) Huraikan tiga pemikiran penyajak dalam sajak di atas.                        [ 6 ]

              (c) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan lima unsur gaya bahasa                                 sajak di atas yang mengangkat nilai estetik sajak tersebut.                   [15 ]









SKEMA PERMARKAHAN
(a).       hubungan antara judul dengan kandungan sajak

F1:       Judul / tajuk membayangkan isi
H:         Usaha penyajak untuk membebaskan diri dari belenggu kesusahan hidup.

F2:       Isi dapat memberi kesedaran dan keinsafan
H:         Kesedaran untuk membebaskan diri dari belenggu kehidupan yang sukar / susah / miskin   ataupun mudah diperkotakkatikkan.

(b)        Tiga pemikiran sajak .

F1:       membebaskan diri kita daripada penderitaan dan kesusahan hidup.
H/C:     Penderitaan dan kesusahan dalam kehidupan akan mengakibatkan kehidupan seseorang    itu terseksa dan hidup dalam keadaan tertekan . Jadi penyajak ingin menyatakan          mesejnya kepada pembaca agar kita mestilah berazam ingin membebaskan kita daripada       penderitaan dan kesusahan dalam hidup kita.
                        aku tanam saujana rancangan (R1: B2)
                        untuk memerdekan warga susahku (R1: B3)
                        hidup menentang senja dan malam (R1: B4)

F2:       mengelakkan diri kita daripada dipermain-mainkan oleh orang yang tidak             bertanggungjawab.
H/C:     Dalam hidup ini , kadang-kadang kita sering dipermain-mainkan atau dipergunakan oleh     golongan manusia yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan diri. Jadi penyajak             ingin menyarankan mesejnya agar kita mestilah mengelakkan diri kita daripada            dipermain-mainkan atau di pergunakan oleh manusia yang berkepentingan diri ini.
                        aku bahas isu onak dan enak (R2 : B2)
                        untuk kumerdekan warga fikirku (R2 : B3)
                        mengelak hidup diperkotakkatikkkan (R2 : B4)

F3:       Kita mestilah gigih berusaha menghadapi rintangan hidup yang tidak diduga         datangnya.
H/C:     Kadang-kadang dalam kehidupan ini, kita didatangi masalah dan rintangan hidup yang        tidak diduga datangnya. Jadi penyajak menyarankan mesejnya agar kita hendaklah      berusaha dengan gigih menghadapi rintangan hidup agar kehidupan kita aman dan    harmoni.
                        aku berlatih menangkis angin (R5 : B2)
                        aku berlatih memunggah awan (R5 : B3)
                        menghayati skrip demi skrip (R5 : B4)
                        yang tak diduga klimaksnya (R5 : B5)

F4:       berani menegakkan kebenaran dalam kehidupan ini.
H/C:     Dalam hidup ini kita terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Demi kebenaran   dan kesejahteraan sikap berani menegakkan kebenaran perlu ada dalam diri setiap insan.   Walaupun kebenaran, itu amat sukar ditegakkan. Jadi penyajak menyarankan mesejnya            agar kita hendaklah berani menegakkan kebenaran agar kehidupan kita sejahtera.
                        aku tak lemas lagi (R6 : B2)
                        oleh kata yang mengekang (R6 : B3)
                        aku tak lemas kagi (R6 : B4)
                        oleh kata yang menyerang (R6 : B5)

F5:       sedar/mengetahui kekuatan dan kelemahan diri agar tidak mengulangi kesilapan             diri.
H/C:     Manusia itu memang mempunyai kekuatan dan kelemahan diri masing-masing yang          perlu disedari oleh seseorang itu. Dengan mempertingkatkan kekuatan atau kelebihan diri         dan meminimakan kelemahan atau kekurangan diri seseorang itu akan berjaya dalam   hidupnya. Jadi penyajak menyarankan mesejnya agar kita hendaklah mengetahui   kekuatan dan kelemahan diri agar kita tidak mengulangi kesilapan diri.
                        aku ambil keputusan (R7 : B5)
                        waktu itu aku kenal batas diri (R7 : B8)
                        untuk tidak mengulangi kesilapan (R7 : B9)

F6:       mendekati diri kepada Allah /Tuhan agar hidup kita berguna/bermanfaat.
H/C:     Dalam hidup ini paksi kehidupan adalah usaha kita mendekatkan diri dengan pencipta        kita iaitu Allah/Tuhan. Usaha mendekatkan diri dengan Allah mengakibatkan hidup  kita            akan lebih berguna atau bermatlamat/bermanfaat, iaitu “beribadat kepada Allah” . Jadi penyajak menyarankan mesejnya agar kita hendaklah sentiasa mendekata diri kepada             Allah supaya hidup kita lebih berguna dan bermanfaat.
                        elakkan dirimu menjadi sia-sia (R8 : B9)
                        Hamparkan dirimu di persada Tuhan (R8 : B10)

Pilih 2 isi
1 isi = 3 markah (2 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 3 markah = 6 markah


 (c) Lima unsur gaya bahasa dan fungsinya.

F1:       Metafora.
H/C:     Perbandingan kata abstrak dengan konkrit dalam baris sajak.
                        Dalam dewan diriku (R6:B1)
            Terdapat perbandingan kata konkrit iaitu “dewan” dengan kata abstrak “diriku”
Fungsi:  Memberi ironi pasangan perkataan yang tidak lazim (biasa) seterunya dapat          menimbulkan kesan estetika bahasan sajak ini.

F2:       Personifikasi(Pengorangan)
H/C:     Perbandingan kata sifat atau perbuatan manusia diberikan/dikenakan kepada objek/bukan manusia.
                        Ombak gelora menampar pantai aman (R3:B2)
             Kata “menampar” kata perbuatan manusia dikenakan pada “ombak gelora” kata bukan    manusia.
Fungsi   :menghidupkan imaginasi dan memperjelaskan tanggapan terhadap sesuatu yang abstrak.

F3:       Perlanbangan/ Simbol
H/C:     Kata dalam ungkapan sajak yang membawa/memberi maksud/erti tersirat yang diketahui umum.
                        hidup menentang senja dan malam (R1:B4)
            Kata “senja” dan “malam” melambangkan makna tersirat iaitu “kesusasahan hidup” atau                          “penderitaan/kesengsaraan hidup”.
            Fungsi: menimbulkan kesan gambaran tentang sesuatu kehidupan.

F4:       Perulangan Metafora.
H/C:     Perulangan kata /frasa di awal baris yang berturutan dalam sajak.
                        aku berlatih menagkis angina (R4:B2)
                        aku berlatih memunggah awan (R4:B3)
            Frasa “aku berlatih”  diulang  di awal baris ungkapan sajak di atas.
Fungsi:  Menimbulkan kesan keindahan dari segi penyebutan kata/frasa sajak .

F5:       Perulangan Kata(Perkataan)
H/C:     Perulangan kata /Perkataan dalam sebaris sajak.
                        peristiwa datang peristiwa pergi (R8:B5)
            Kata “peristiwa” diulang-ulang dalam baris sajak di atas.
Fungsi:  Menimbulkan kesan keindahan dari segi penyebutan kata/frasa sajak

F6:       Perulangan Rima Akhir
H/C:     Perulangan/Persamaan suku kata akhir baris yang berturutan dalam sajak.
                        ombak gelora menampar pantai a/man (R3:B2)
                        untuk menguji amal dan i/man (R3 : B3)
            Berlaku perulangan/ persamaan suku kata “man” di akhir setiap baris sajak di atas.
Fungsi:Menimbulkan kesan keindahan bunyi penyebutan rima akhir yang seragam.

F7:       Permainan bunyi Asonansi
H/C:     Perulangan/Persamaan bunyi vokal dalam sebaris sajak.
                        aku tanam saujana rancangan (R1:B2)
                         Berlaku perulangan bunyi vokal “a”
Fungsi:  Menimbulkan kesan keindahan penyebutan bunyi vokal “a”

F8:       Permainan bunyi Aliterasi
H/C:     Perulangan/Persamaan bunyi konsonan dalam sebaris sajak
                        Dalam dewan diriku (R1:B6)
                        Berlaku perulangan bunyi konsonan “d”
Fungsi : Menimbulkan kesan keindahan penyebutan bunyi konsonan “d”

Pilih 5 isi
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh 2 markah)
5 isi x 3 markah = 15 markah







SKEMA TAMAT
SELAMAT MEMERIKSA

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel