Soalan & Skema Percubaan Negeri Terengganu 2010 Kesusasteraan Melayu Moden

BAHAGIAN A
            SKEMA PEMARKAHAN


1.         Persoalan tentang nasionalisme orang Melayu misalnya telah menjadi perbincangan hebat dalam tema cerpen-cerpen sebelum perang ini,dan menurut Hashim Awang, hal ini lebih ketara setelah pertubuhan politik Melayu berkembang subur. Berdasarkan pernyataan di atas,

a).        Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang.                                                                                  [ 4 ]

b).        Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang.                                                                                                                                     [ 9 ]

c).        Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang.                                                                                                                                     [12]



a).        Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang.                                                                                                                                     
dua golongan penulis

i.          Golongan penulis guru                                                                            1 markah
ii.          Golongan penulis wartawan                                                                    1 markah
 dua nama tokoh
 i.          Muhammad Yassin Maamor                                                                  1 markah
ii.          Ishak Hj.Muhammad                                                                             1 markah
iii.         Ab. Rahim Kajai                                                                                   1 markah

 (lain-lain jawapan yang signifikan juga diterima)

 b).        Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang.                       
                                                                       
F1        : Pertubuhan politik Melayu - KMM
 H/C      : Pertubuhan politik ini ialah sebuah perkumpulan radikal yang ingin           menuntut           kemerdekaan tanah air tanpa bekerjasama dengan      pemerintah Inggeris. Keadaan    inilah yang telah mencetuskan sikap        antipenjajahan,

F2        : Kekuasaan politik dikuasai oleh Inggeris 
 H/C      :Penguasaan Inggeris dalam politik di Tanah Melayu bermula semenjak    berlakunya        perjanjian Pangkor pada tahun 1874, senario ini menyebabkan      kekuasaan raja-raja       Melayu mulai terbatas.

F3        : Kekuasaan raja-raja Melayu terhad
 H/C      : Penguasaan Inggeris telah mengakibatkan kekuasaan raja-raja Melayu   hanya   terhad   pada urusan yang bersangkutan dengan agama dan            adat resam orang           Melayu             sahaja. Situasi ini, menyebabkan orang-orang             Inggeris lebih berkuasa.

F4        : Inggeris tidak berusaha memajukan orang Melayu
 H/C      : Inggeris yang menguasai politik di Tanah Melayu, tidak mempedulikan    orang    Melayu,            orang Melayu dipinggirkan serta Inggeris hanya mahu   mengejar           keuntungan       tanpa mempedulikan nasib orang-orang Melayu   yang terus     dibelenggu dengan         kemiskinan.

F5        : Inggeris menindas orang Melayu-ekonomi
 H/C      : Inggeris terus menindas orang Melayu dalam segala aspek dan   lapangan, sama ada dalam bidang ekonomi, pelajaran dan politik.        Keadaan inilah yang      menyebabkan timbul kesedaran di kalangan         orang Melayu yang Inggeris hanya   mementingkan keuntungan tanpa            mempedulikan nasib orang Melayu.

F6        : Kedatangan kaum pendatang serta aktiviti mereka
 H/C      : Kehadiran kaum imigran akibat daripada pintu terbuka kaum penjajah     semakin            menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.          Ini adalah kerana           aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang cuba untuk             membolot kekayaan Tanah         Melayu. Senario ini memberi kesan         kepada kedudukan ekonomi orang Melayu.

 Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

 c).        Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang.           
                                               
Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah.
 H/C      :Persoalan ini dilahirkan dengan tidak begitu tegas dan ianyan dinyatakan  dalam bentuk sindiran yang tajam khususnya kepada penjajah Inggeris. Sikap anti penjajah dikemukakan dengan jelas dan berani seperti dalam cerpen yang ditulis oleh Ishak Hj. Muhamma yang bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang”. Beliau dengan berani     memperkatakan tentang “Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis.     1941)

Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air
 H/C      :Rasa benci kepada penjajah dan perasaan tidak puashati telah mencetuskan keinginan yang kuat untuk membebaskan / memerdekakan tanah air dari belenggu penjajah. Persoalan ini dapat ditelusuri menerusi cerpen “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan       rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu.Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang  Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman ,15 Jun – 6 Julai 1940 Siasat Yang Tiada Diminta Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16                     Mei 1941)

Fakta 3: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati
  bangsa.
H/C      :Kebencian terhadap para pembesar Melayu yang mementingkan kepentingan peribadi dengan mengutamakan nafsu serakah sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dan tanah air. Hal ini pernah di sebut oleh Shamsuddin Salleh dalam cerpennya yang   bertajuk “ Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia”- Utusan Zaman 1 Jun 1940- yang             memperkatakan golongan pembesar Melayu yang sanggup memberi peluang kepada pendatang sedangkan anak bangsa diketepikan.Contoh lain: Istana Berembun – Ishak Hj. Muhammad Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan Cerita Awang Putat- oleh Abd. Rahim Kajai.

Fakta 4: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah
 H/C      :Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan maj   agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu.Contoh cerpen yang mengemukakana persoalan ini ialah cerpen yang bertajuk “ Nasib Pengarang Muda” oleh Muhammad Yassin Maamor yang menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun.Contoh Lain: Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung Johol Oleh: Ababa Teruna ( Warta Ahad 27 April – 4 Mei 1941) Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu ke SyurgaOleh: Ishak Hj. Muhammad ( Utusan Zaman 13 Julai – 10  Ogos 1940)

 Fakta 5: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu
 H/C      :Orang Melayu turut rasa terancam dalam aspek ekonomi kedatangan dan aktiviti orang    bukan Melayu yang dibawa masuk oleh penjajah turut mengoyahkan orang Melayu.               Ancaman ekonomi ini dengan berani dan lantang telah disuarakan oleh Ishak Hj.           Muhammad menerusi cerpennnya yang bertajuk “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan             Zaman 24 Ogos – 21 September 1940. yang mengisahkan watak Dolly yang telah             menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para       pembesar Melayu yang dungu.

 Fakta 6: Kesedaran tentang kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai
              bidang.
 H/C      :Kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang telah            menyebabka
timbulnya kekecewaan di kalangan nasionalis, lantas kesedaran kebangsaan dan politik mulai disuarakan dengan
lantang . Cerpen “Tengku Achar Diraja   Paku Alam” oleh Abu Bakar Ali ( Warta Ahad 17 -24 Mac 1940) dan 
cerpen “Awang     Putat” oleh Rahim Kajai (Utusan Zaman 1 – 8 November 1940) Dalam cerpen Awang     
Putat yang mengisahkan Awang Putat yang berjaya menubuhkan Kedai Syarikat       Kerjasama dan akhirnya 
berjaya menyaingi Kedai Ah Kau.

Fakta 7: Membela nasib bangsa  dan Negara.
 H/C:     Sikap penjajah yang membelakangkan orang Melayu dan lebih mengutamakan golongan pendatang
menyebabkan ramai orang Melayu yang kecewa dan patah hati dengan penjajah. Kekecewaan itu membuatkan 
mereka berazam untuk membela nasib bangsa dan Negara. Cerpen “Disini Kita Bukannya Orang Dagang” 
karya Ishak Hj.Muhammad yang mengisahkan Ramli yang telah merantau kerana kecewa dengan penjajah 
akhirnya kembali semula ke tanah air untuk menyatupadukan anak bangsa bagi membela nasib bangsa dan 
Negara.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah.   


BAHAGIAN B : NOVEL & CERPEN

BAHAGIAN C : DRAMA
5.  Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
RAHIMAH:  Amin, (masuk) apa ditunggu lagi itu? Lekas kemaskan dapur itu
AMIN:  Baik, encik. (perlahan keluar)
RAHIMAH:  Buat susah dan buat malu orang saja. Kerana dia. Encik Dan , orang sekeliling akan memandang rendah pada kami. Sekali belum, dua kali belum berkenal tiba-tiba nak mengaku itu, mengaku mak pada saya
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003.
Drama ``Malam Ini Penyu Menangis``
Dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman196-197.)   

(a)     Apakah yang dimaksudkan oleh Rahimah Buat susah dan buat malu orang saja dalam petikan dialog di atas?                                                                                        [3]          
(b)    Nyatakan tindakan yang  dilakukan oleh Rahimah sebelum petikan di atas?  [4]   
(c)     Siapakah dia yang dimaksudkan dan huraikan dua perwatakan dia dalam drama tersebut.           [9] 
(d)    Drama ini berkonsep hukum Poetic Justice. Jelaskan maksud konsep tersebut dan hubungan dengan tindakan Rahimah.  [9]                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
Skema permakahan
a) Maksud ‘buat susah dan malu orang saja’ – 3 markah
F1 – Maksud ‘‘buat susah dan malu orang saja’- Rahimah merungut tentang kedatangan emaknya yang telah memalukannya kerana, Mak Rahimah yang datang dari kampung dan berpakaian cara kampung serta membawa sayur -sayur kampung itu telah menjejaskan imej Rahimah dan suaminya. Rahimah yang sudah hidup cara bandar berasa malu untuk mengakui perempuan itu ibunya dan makan sayur kampung yang dianggap tidak setaraf dengannya.- 3 markah
b) Tindakan Rahimah sebelumnya petikan di atas – 4 markah
F1- Rahimah tidak mempedulikan ibunya, dan tidak mengakui perempuan itu sebagai ibunya. Rahimah berpura-pura tidak mengenali ibunya dan berasa malu apabila emaknya membawa buah tangan seperti ubi,nagka muda dan lain-lain – 2 markah
F2- Rahimah menyuruh pembantunya Amin mengusir perempuan tua itu yang mendakwa sebagai ibunya. Rahimah telah menghalau ibunya dari rumah tanpa kasihan-2 markah
1 isi = 2 markah
2 isi x 2 markah  = 4 markah
 c)         – ‘dia’ yang dimaksudkan ialah mak Rahimah/Mak Minah  - 2 markah
 – dua perwatakan ‘dia’/Mak Rahimah – 6 markah
F1 – seorang penyayang – 1 markah
H/C – Emak Rahimah ialah seorang yang penyayang dan sangat menyayangi Rahimah dan Dahlan. Dia sanggup membawa buah tangan untuk Rahimah dan Dahlan dari kampung. Dia membawa ubi, nangka muda, sayur-sayur dan lain- lain untuk anak dan menantunya. Dia mengatahui Rahimah sangat suka makanan tersebut – 2 markah
F2 – seorang ibu yang tabah -1 markah
H/C – Mak Rahimah seorang yang tabah dalam menanggung bebanan hidup.Walaupun Rahimah berubah sikap setelah hidupnya senang dengan Dahlan dan tidak mengakuinya sebagai ibu,namun dia tetap tabah menghadapi cacian dan maki hamun Rahimah semasa dia menziarahi Rahimah selepas Rahimah balik dari luar Negara – 2markah
1 isi = 3 markah
2isi x 3markah = 6 markah
 d) Konsep Poetic Justice
F1 -         Poetic Justice – konsep baik dibalas baik, dan yang jahat akan mendapat pengajaran/pembalasan yang berguna. Dalam drama ini dipaparkan bagaiman watak Dahlan dan Rahimah yang telah mendapat balasan yang setimpal daripada perbuatannya.(3markah)
F2- kaitan konsep Poetic Justice dengan tindakan Rahimah adalah semua tindakan Rahimah yang jahat telah dibalas dengan balasan yang setimpal. Rahimah yang sebelum ini malu mengakui ibunya kerana ibunya berpakaian cara kampung. Dia sanggup menghalau ibunya tanpa belas kasihan.sebagai anak yang menderhakakan ibunya dan menjadi anak yang tidak mengenang budi sudah tentu Rahimah akan menerrima balasan yang setimpal dari perbuatan yang dilakukannya. Pembalasan ini kita dapat lihat Rahimah telah dipersiakan oleh suaminya Dahlan dan akhirnya diceraikan . ini merupakan hukum Poetic Justice – 6 markah
6.  Berdasarkan drama "Malam ini Penyu Menangis" karya Nordin Hassan seperti yang terdapat dalam teks Mutiara sastera Melayu Moden:
  1. Jelaskan lima pengajaran yang terdapat dalam drama ini. [10]                                                                                          

b.   Drama Malam Ini Penyu Menangis karya Noordin Hassan dikategorikan sebagai drama bukan realisme.Jelaskan ciri-ciri drama bukan realisme yang terdapat pada drama berkenaan      [15]                                                                                            
skema jawapan:

Soalan (a)
pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam drama ini ialah:

F 1: pentingnya kita mengharga jasa anak seni:
H/C:  menerusi drama ini, dapat dilihat dengan jelas bagaimana pementasan drama ini merupakan penghargaan terhadap jasa J.M. Aziz dalam bidang seni.
F 2: pentingnya kasih sayang dan simpati:
H/C: dijelaskan kasih sayang Minah menjaga Mamat dengan penuh perhatian. Begitu juga denan Cik Lijah yang menjaga J.M. Aziz dengan baik ketika J.M. Aziz mengidap penyakit kusta.
F 3:  kita hendaklah gigih dalam menjalani kehidupan seharian:
H/C: drama ini menceritakan tentang kegigihan J.M Aziz dalam menjalani kehidupan sehariannya terutama selepas beliau mengidap penyakit kusta. Beliau terus menghasilkan puisi-puisi walaupun menanggung penderitaan.
F 4:  kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air.
H/C:  dalam drama ini, diceritakan mengenai semangat cinta akan tanah air menerusi watak J.M. Aziz dan juga Nik yang berkhidmat sebagai polis hutan. Ketika ini, mereka menentang komunis

F 5:  Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada kita kerana inilah ketaqwaan seseorang kepada Tuhan                                                                                          .H/C: contohnya Nabi Ayub dikurniakan dengan harta yang banyak dan Nabi Ayub tetap bersyukur dan tidak bermegah-megah dengan hartanya.**boleh guna mana-mana contoh lain yang sesuai.

F 6: Kecekalan dan keberanian untuk menempuh dugaan dan cabaran yang datang dalam kehidupan.

H/C:  Nabi Ayob dan J.M. Aziz tetap cekal dan tabah walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup

F 7: Seorang isteri seharusnya setia dan bertanggungjawab kepada suami.

H/C: Cik Lijah isteri kepada J.M.Aziz dan Minah isteri kepada Mamat melambangkan contoh isteri yang setia dan bertanggungjawab terhadap suami masing-masing walaupun suami mereka sudah tidak berdaya.

1 isi = 2 markah( 1 markah fakta dan 1 markah contoh/huraian)
Pilih mana-mana 5 isi
5 isi X 2 markah = 10 markah
  
(b)  . Drama Malam Ini Penyu Menangis karya Noordin Hassan dikategorikan sebagai drama bukan realisme.Jelaskan ciri-ciri drama bukan realisme yang terdapat pada drama berkenaan      [15]                                                                                            
                                                                                                

F 1     :  Terdapat unsur-unsur simbolik
 Huraian/Contoh: Hadir unsur-unsur yang mempunyai maksud tersendiri secara simbolik. Contohnya kehadiran Lembaga Hitam sebagai petanda J.M.Aziz yang mula diserang penyakit kusta.

F 2       :  Ada unsur puisi/seni sebagai selingan
 Huraian/contoh :  Ada maksud yang hendak disampaikan atau mesej tertentu dan boleh dikaitkan dengan peristiwa yang telah atau akan berlaku. Terdapat tarian, lagu rakyat, pantun dan rodat.

F 3     :  Terlalu banyak sajak
 Huraian/Contoh:  Kehadiran sajak yang banyak merupakan satu gaya baru dalam pementasan drama .  Walau bagaimanapun ia berfungsi menerangakan sesuatu.  Sajak-sajak J.M.Aziz sebenarnya bertujuan menyampaikan mesej dan merupakan satu cara untuk mengembangkan plot drama

F 4      :  Plot drama sangat Kompleks
 Huraian/Contoh:  Cerita bercampur aduk dengan kisah utama. Cerita tentang J.M.Aziz bercampur aduk dengan cerita Nabi Ayub, kisah Iblis menduga Nabi Ayub,  Kisah Minah dan Mamat,  dan kisah Hugh Clifford


F 5      :  Teknik pementasan yang canggih
 Huraian/Contoh:  Pementasan diadun dengan pelbagai teknik merangkumi adunan puisi, lagu, dialog, ditambah pula dengan plot yang kompleks serta kepelbagaian perwatakan oleh watak-wataknya

 Pilih 5 isi sahaja
 1 isi 3 markah( 1 markah Fakta, 2 markah Huraian/contoh)
5 isi x 3 markah = 15 markah

BAHAGIAN D  : SAJAK

Jawab satu soalan sahaja

7 Baca  sajak  di bawah ini  dan, jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Laut
J.M Aziz

Kau adalah madu
manis yang kuminum melepas
ku dari belenggu
garam kelikir tajam

Kau adalah batu
buruk dalam cantik
molek.

Kau adalah pulau
 kapas yang kutanam membatas
ku dari debu
 garam pasir hitam.

Kau adalah hempedu
pahit dalam ubat
 pupuk semangat
 nelayan tulen
tidak takut
dilambung gombak gelombang
hidup.

Kau adalah pintu
rezeki kami
ada di mulut ada
di perut
kau
penuh berisi  khazanah
 Allah
dalamnya
tidak terduga manusia.

 Kau adalah biru
warna padang kota terbentang
tempat kami berpaut
untuk bangun
menegak kehidupan.

 Berita minggu 25 Disember 1983

a.Jelaskan citra alam dalam sajak dan kesannya  terhadap kehidupan manusia        [10]
                                                                                                                                
b Huraikan hubungan  laut dengan kehidupan manusia                                            [15]      

8 Baca  sajak  di bawah ini  dan, jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Pada setiap kali kau tiba, Ogos
bumi dan hati ini
melapangkan ruang buat kata hikmah
harga diri
awan hitam semalam
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari

Bukan gerimis
tapi taufan
bukan pesimis
tapi pahlawan
seribu,dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam  diam
syahdu yang datang adalah sepi hening
bukan nestapa
tapi gegelak
bukan duka
 tapi ombak
gelegak ombak penampil bicara.

Pada setiap kali kau tiba Ogos
siapa lagi bakal melihat  dirimu
 analisa ini
di ganggang siang
di tampuk malam
dewasa dalam pancaroba serba
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak fikir  daya

Pada setiap kali kau tiba,  Ogos
angin tanah air
 membawaa bisikan
setia dan cinta perkasa

Puisi Sepanjang Zaman,1989
Dewan Bahasa Dan Pustaka.



a  Sajak di atas  berbentuk bebas. Buktikan dengan memberi contoh yang sesuai  [6]
b  Nyatakan unsur intuisi dalam sajak di atas                                                           [9]
c  Kemukakan lima persoalan yang ingin disampaikan oleh penyajak                  [10]


SKEMA
7 (a)
Fakta 1
Laut
Huraian
Laut menggambarkan hidup manusia yang penuh dengan pancaroba. Manusia harus meneroka kehidupan ini seumpama meredah lautan yang luas
Contoh
Tajuk sajak


Fakta 2
Garam kelikir tajam
Huraian


Contoh
Garam merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Tetapi kelilir tajam  boleh memudaratkan  manusia.Oleh sebab itu manusia harus waspada  dalam menempuh kehidupan

ku dari belenggu
Garam kelikir tajam


Fakta 3
Pulau
Huraian


Contoh
Pulau bagi penyajak adalah tempat yang bersih , jauh dari pencemaran. Penyajak ingin lari dari segala kekotoran  dan kejahatan  dan kejahilan yang di alami  selama ini

Kau adalah pulau
Kapas yang kutanam membatas
Ku dari debu


Fakta 4
Ombak Gelombang
Huraian


Contoh
Ombak merupakan lambang  kepada permasalahan hidup manusia.Kehidupan  manusia  tidak dapat lari dari segala masalah. Manusia  harus tabah menghadapinya

Dilambung ombak gelombang
Hidup.


Fakta 5
Batu
Huraian




contoh
 Batu merupakan  citra alam yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada manusia. Tetapi apabila manusia memecahkan batu  tersebut., pelbagai faedah dapat dinikmati oleh manusia..Batu dapat dijadikan  bangunan untuk kediaman manusia dan sebagainya .

Kau adalah batu
Buruk dalam cantik
Fakta  6

Huraian
Madu

Madu merupakan unsur alam ciptaan Tuhan  yang banyak mendatangkan kebaikan dan khasiat kepada manusia. Penyajak menggunakan  madu untuk menunjukkan laut mempunyai  banyak manfaat kepada manusia.

Pilih  5 isi

 1 isi = 2 m(1m  F, 1m H& C)
5 isi x2markah=10 markah




b Hubungan laut dengan kehidupan manusia

Fakta 1

Huraian

contoh
Laut merupakan tempat manusia daripada kesusahan

Manusia  dan laut sangat erat hubungannya. Laut dianggap sebagai kuasa yang mebebas manusia daripada  belenggu penderitaan
Kau adalah madu
Manis yang kuminum melepas
Ku dari belenggu

Fakta 2
Laut perdorong manusia untuk berusaha mencari sesuatu yang bermakna
Huraian
Laut mengajar manusia  bagaimana untuk menilai sesuatu bukan dari  zahirnya sahaja.malah manusia harus meneroka untuk mendapat  sesuatu yang berharga
Contoh
Kau adalah batu
Buruk dlam cantik
molek
Fakta 3
Laut sebagai pendorong dan  pemupuk semangat kepada manusia
Huraian
Laut merupakan sesuatu kuasa yang dapat mendorong manusia untuk meneruskan kehidupan dan tidak mudah gentar dengan segala kesusahan yang bakal ditempuhi malah kepahitan hidup itu merupakan pecabar kepada manusia

Contoh
Rangkap 4
Fakta 4
Punca rezeki  kepada manusia
Huraian
Manusia menganggap laut sebagai sumber rezeki  kepada mereka. Rezeki di lau ada dimana-mana  baik di tepi pantai  atau di  laut dalam. Khazanah  yang di sediakan oleh tuhan tidak terduga  oleh manusia,
Contoh
Rangkap 5


Fakta 5
Bukti kekuasaan Allah  pencipta sekalian alam
Huraian
Laut menyedarkan manusia betapa tinggi dan agungnya kuasa Allah.Allah berkuasa mencipta sesuatu sehingga tidak tercapai akal manusia.
Contoh
Penuh berisi khazanah
Allah
Dalamnya
Tidak terduga manusia.
Fakta 6
Manusia  menaruh harapan yang tinggi  kepada laut untuk meneruskan  kehidupan.
Huraian
Manusia akan terus bergantung kepada laut untuk meneruskan kehidupan mereka. Manusia menganggap tanpa laut mereka sukan untuk  hidup
Contoh
Tempat kami berpaut
Untuk bangun


Pilih  5 isi

 1 isi = 3 m(1m  F,1 m H, 1m C)
5 isi x3markah=15 markah


Soalan 8

a Bentuk sajak

Fakta 1:       
Bentuk bebas
Huraian:
Tidak terikat dengan puisi tradisi.pantun atau syair
Contoh:
Jumlah rangkap tidak sama  R 1 7 baris, R2 12 baris R3  9 baris R4  4 baris


Fakta 2:
Huraian:
Jumlah baris dalam rangkap  tidak   sama
R 1  7 baris, R2 12 baris R3  9 baris  R4 4 baris


Fakta 3:
Jumlah  perkataan dan suku kata dalam baris
Huraian:
Jumlah perkataaan adalah antara 2 hingga 8 perkataan
Jumlah  sukukata antara 4 hingga  17 sukukata
Contoh :
Baris 3 rangkap 1
Baris 5 rangkap 2


Fakta 4:
Rima akhir bebas
Huraian:
Rima  akhir sajak ini bebas  iaitu tidak terikat seperti  pantun dan syair.
Contoh:
R 1 abcbdec
R 2 ababcdedgege
R 3 abcdebfgb
R 4 abcd



Pilih  3 isi
  1 isi = 2 m(1m  F,1 m H/ C)
3 isi x2markah=6 markah

 b Unsur intuisi dalam sajak

Fakta 1
Cinta dan kasih  sayang terhadap tanah air
Huraian
Penulis  menghasilkan  sajak ini untuk melahirkan rasa cintanya  yang  tidak berbelah bagi kepada     t6anah air tercinta
Contoh
Membawa bisikan
Setia dan cinta perkasa


Fakta 2
Kekagumaan penyair terhadap pejuang bangsa
Huraian
Peyair  kagum dengan pejuang bangsa  serta tanah air yang bertungkus lumus  memperjuangkan  tanah air
Contoh
Bukan pesimis
Tapi pahlawan
Seribu,dua ribu tak bernama gugur tak bertanda


Fakta 3
Keinsafan penyajak
Huraian
Penyajak berasa insaf terhadap kesengsaraan dan penderitaan  yang ditanggung sepanjang pemerintahan penjajah  yang penuh dengan penderitaan. Penyajak cuba meng analisa diri sendiri.
Contoh
siapa  lagi bakal melihat dirinya
analisa ini


Fakta 4
Benci kepada penjajah yang memyebabkan penderitaan sejagat
Huraian
Penyajak merasakan  zaman penjajah merupakan  zaman yang penuh dengan penderitaan  dan keseggsaraan. Penyajak  begitu benci kepada penjajah
Contoh
awan  hitam semalam
awan hitam belenggu
Fakta 5
Rasa ingin bangkit  semula dari zaman kegelapan dan nestapa
Huraian
Penyajak  mahu melupakan zaman  gelap atau zaman penjajah dan ingin membina semula  hidup baru tanpa kongkongan  penjajah
Contoh
dewasa dalam  pancaroba serba
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak  fikir  daya




Pilih  3 isi

 1 isi = 3 m(1m  F,1 m H/ 1m C)
3 isi x3markah=9 markah

 c Nyatakan persoalan

Fakta 1
Penjajahan tanah air oleh kuasa asing
Huraian
Penyajak mempersoalkan tentang tanah airnya yang pernah dijajah oleh

Kuasa asing dan rakyat hidup dalam penderitaan
Contoh
Awan hitam semalam
Awan hitam belenggu


Fakta 2
Kesengsaraan hidup rakyat
Huraian
Era penjajahan merupakan era penderitaan hidup rakyat. Rakyat ibarat dibelenggu oleh penjajah .
contoh
Awan hitam semalam
Awan hitam belenggu


Fakta 3
Pengorbanan membebas tanah air
Huraian
Rakyat negara ini berjuang bemati-matian untuk membebaskan tanah air

Ramai yang terkorban  walaupun pengorbanan mereka tidak mendapat penghargaan  atau sanjungan.
Contoh
Seribu.dua ribu tak bernama gugur tak bertanda.


Fakta 4
Semangat juang  yang tidak pernah  hilang
Huraian
Semangat yang ditunjukkan oleh anak bangsa untuk membebaskan tanah  air tidak  pernah padam malah sentiasa bergelora dalam jiwa rakyat
contoh
Memeluk kemerdekaan dalam diam
Syahdu yang datang adalah sepi
Bukan nestapa tepi gelegak
Bukan duka tapi ombak
Gelegak ombak penampil bicara
Fakta 5
Keinsafan  diri
Huraian
Penyajak mengajak supaya memikirkan masa depan setelah bebas daripada  cengkaman penjajah
contoh
siapa lagi bakal melihat dirinya
analisa ini
………………………
inti pencarian yang nikmat.
Fakta 6
Cinta pada tanah air
Huraian
Setiap kali tiba bulan Ogos  cinta penyajak  kepada tanah air semakin teguh dan kuat
contoh
pada setiap  kali kau tiba ogos
angin tanah air
membawa  bisikan
setia dan cinta perkasa


Pilih  5 isi

 1 isi = 2 m(1m  F,1 m H /C)
5 isi x2markah=10 markah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel