Soalan Latihan Genre Cerpen Perjalanan Tak Direncanakan dan Nagasaki

Cerpen: Perjalanan Tak Direncanakan oleh Razak Mamat.

Soalan 1 (Percubaan SMK Mersing, Johor)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Tetapi, sekarang ini, dari jendela sebuah hotel, hanya air mataku saja seperti yang kau lihat, bisa menjawab; “Masyarakat tidak pernah tahu bahawa aku dipunyai ayah dan ibu yang begitu takut akan anak gadisnya bisa menconteng arang ke muka orang tua.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) , 2003 , Cerpen “Perjalanan Tak Direncanakan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 144)

(a). Siapakah aku dalam petikan diatas. [ 2 ]

(b). Huraikan perwatakan aku. [10]

(c). Nyatakan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sehingga ‘aku’ menconteng arang ke muka orang tua. [13]

Soalan 2 (Percubaan negeri Perlis 2005)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Lari! Begitulah berkali-kali naluriku memujuk. Tetapi , lari ke mana? Ke mana pun aku tidak tahu arah halanya. Mula-mula ke mana? Naik bas mana? Atau teksi mana? Berapa buah bas nak dinaiki?
Atau nanti Kak Ngah tuduh aku perempuan jahat. Dia beritahu orang aku itu dan ini. Dan, Abang Ngah? Aku begitu malu dengan Abang Ngah. Kejahatanku, sekiranya seperti tertuduh biarlah di dapur sahaja. Biarlah di rumah ini sahaja. Biarlah olej Kak Ngah seorang sahaja. Aku tidak mahu orang di sini juga seperti bapa tiriku dan orang-orang yang berjiran rapat dengannya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) , 2003 , Cerpen “Perjalanan Tak Direncanakan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 135)

(a). Siapakah ‘aku’ dalam petikan di atas dan nyatakan tiga sikapnya.[ 4 ]
(b). Jelaskan mengapakah ‘aku’ bertindak hendak melarikan diri dalam cerpen di atas. [ 9 ]
(c). Nyatakan tiga peristiwa penting selepas petikan di atas. [12]


Soalan 3
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Dan, dengan bekalan sejambak keramahan itu aku berkelana ! Aku merantau dalam serba keterasingan. Apa-apa pun Kak Ngahlah pokok dahan tempatku bergantung dan berlindung sehinggalah keterasingan itu akan aku jadikan riuhan berkampung yang sentiasa mesra. Dalam pada itu sebelum berangkat aku ada juga membuat perkiraan. Aku mengagak tempat yang dituju adalah terlalu jauh pernah kupergi. Seratus batu ? Ah! Pasti jauh lagi. Kak Ngah ada memberitahuku bahawa kami akan terpaksa melintasi beberapa buah bandar besar yang aku pernah dengar namanya, tetapi belum pernah mengunjunginya.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) , 2003 ,Cerpen “Perjalanan Tak Direncanakan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 131 - 132)

(a). Siapakah watak aku dan ke mana destinasi yang hendak ditujuinya.[ 4 ]
(b). Jelaskan tiga peristiwa yang berlaku pada watak aku sehingga menyebabkannya terpaksa berkelana dan merantau. [ 6 ]
(c). Huraikan penggunaan teknik penceritaan dalam petikan di atas. [ 6 ]
(d). Huraikan persoalan yang terdapat dalam cerpen di atas. [ 9 ]


Cerpen Nagasaki Karya : Abdullah Husein

Soalan 1 (Percubaan Kedah 2006)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya

“Tidak usah!” Dia kemudian berkata kepada cucunya.”Datuk tidak mahu kamu bergambar di situ. Datuk tidak suka melihat orang tersenyum gembira di tempat yang menjadi malapetaka kepada negara dan bangsa kita.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) , 2003 , Cerpen “Nagasaki” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 166)

(a). Siapa ‘datuk’ dalam petikan di atas dan kenapa dia melarang cucunya bergambar di tempat tersebut. [3]

(b). Cerpen ‘Nagasaki’ banyak menggunakan teknik imbas kembali. Bincangkan tiga kepentingan imbas kembali terhadap penceritaan cerpen ini. [12]

(c). Berikan lima mesej yang terdapat dipetik daripada cerpen di atas.[10]


Soalan 2 ( Pertengahan Tahun 2006)
Baca petikan cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya,

“Tidak usah !” Dia kemudian berkata kepada cucunya, “Datuk tidak mahu kamu bergambar di situ. Datuk tidak suka melihat orang tersenyum gembira di tempat yang menjadi malapetaka kepada negara dan bangsa kita.”
“Tetapi, semua orang mengambil gambar di situ,”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2003
Cerpen Nagasaki, Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 166)

(a). Nyatakan latar tempat yang dimaksudkan , serta siapakah watak datuk dan cucu dalam petikan di atas. [ 3 ]

(b). Jelaskan kenapa datuk tidak mahu cucunya bergambar di situ[ 8 ]

(c). Bincangkan kesan malapetaka dalam cerpen di atas, dan berikan peristiwa yang dikatakan ironi sejarah. [ 8 ]

(d). Huraikan tiga mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang. [ 6 ]

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel