Pemantauan Jemaah Nazir Persekutuan Untuk DG54

Syukur alhamdullilah segalanya telah selamat 13 Julai menjadi saksi dan pasti akan menjai ingatan , walaupun banyak kelemahan namun aku tetap bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Insyallah jika rezeki Allah dah tetapkan untuk aku ianya pasti tak ke mana. Kalaupun gagal aku tetap rasa bersyukur kerana terpilih untuk dinilai...Dan aku berdoa agar rakan-rakan yang lain, yang memohon untuk jawatan Gred DG54 juga akan berjaya untuk dipantau... sama-samalah kita berdoa agar segalanya berjalan lancar...dan bersiap siagalah agar semuanya berjalan lancar. Nasihatku, berikan tumpuan pada isu-isu semasa terutama yang ada kaitan dengan dasar-dasar kerajaan khususnya bidang pendidikan. Ini pengalaman semasa ditemuduga oleh Jemaah Nazir, soalan yang dikemukakan berkenaan dengan isu Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris, NKRA Bidang Pendidikan dan juga ECER. Aku juga ditanya berhubung dengan isu novel Interlok karya Abdullah Husein. Di samping itu aku juga ditegur tentang penggunaan bahasa semasa proses P & P, banyak kesalahan bahasa semasa bercakap dengan pelajar. Harap pemaparan pengalaman ini akan memberi info yang berguna kepada rakan GC yang lain dalam membuat persediaan untuk dipantau nanti...

14 Julai berlepas ke Labuan, jemputan menyampaikan ceramah untuk Seminar Kecemerlangan STPM SMK Lajau dan SMK Labuan, segalanya berjalan lancar walaupun penat rasanya apa yang hendak disampaikan telah pun disampaikan semuga perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghadapi STPM 2011, semuga semuanya berjaya dengan jaya.. kepada pelajar SMK Lajau dan SMK Labuan cikgu ucapkan semuga maju jaya dan semuga memperoleh kejayaan yang cemerlang khususnya bagi subjek KM kertas 2...dan bagi mereka yang dah melayari blogspot cikgu ni, cikgu ucapkan terima kasih muga ianya memberi manfaat yang berguna untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan nanti.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel