Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2 (922/2)

Bahagian A:(Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden)

Bahagian ini terdiri dari beberapa tajuk besar antaranya ialah;
1. Sejarah Perkembangan Genre - soalan terakhir pada tahun 1988
2. Tokoh (Terbahagi kepada 2 kategori)
2.1 Tokoh lama - soalan terakhir pada tahun 2010 (Abd. Rahim Kajai)
2.2 Tokoh ASN - Soalan terakhir pada tahun 2007 (Usman Awang)
3. Persoalan dan Realiti Masyarakat - Soalan terakhir tahun 2006 (Persoalan Perpaduan)
4. Institusi - Soalan terakhir tahun 2009 (ASAS 50)

*Nota: Walau bagaimanapun, soalan pada bahagian A ini boleh terdiri dari kombinasi pelbagai tajuk di atas, sebagaimana soalan pada tahun 2005,

1. “Persoalan reformasi pendidikan dalam karya-karya awal kesusasteraan Melayu moden telah punbermula sejak 1920-an.”
Berdasarkan Pernyataan di atas,
a). nyatakan dua tokoh penulis tahun 1920-an yang membawa reformasi pendidikan agama. [4]
b). jelaskan dengan memberikan contoh, empat bentuk reformasi pendidikan pada tahun 1920-an dan 1930-an. [12]
c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran reformasi dalam sistem pendidikan selepas tahun 1930-an [9]

Jika dianalisa soalan diatas, ianya terdiri dari 3 kombinasi tajuk, iaitu
a. Soalan tentang tokoh (golongan penulis)
b. Soalan tentang persoalan Reformasi Pendidikan
c. Soalan mengenai perkembangan genre (Faktor yang mempengaruhi)

Untuk memjawab soalan bahagian A ini, ianya memerlukan beberapa kaedah bagi disesuaikan dengan aspek yang disoal dalam soalan peperiksaan.
Jika sekiranya soalan berkenaan dengan sejarah Perkembangan genre, kebiasaanya soalan yang sering dikemukakan ialah berkenaan dengan aspek ;

1. Tokoh yang terlibat dalam perkembangan genre tersebut - penguasaan terhadap tajuk golongan penulis dan nama-nama penulis seharusnya ada dalam pengetahuan para pelajar. Pelajar seharusnya dapat menguasai dengan mengingati nama, di samping itu pelajar juga harus sedar soalan juga mungkin tidak akan ditanya secara terus sebaliknya mungkin akan ada elemen KBKK, jadi pelajar seharusnya alert dengan beberapa maklumat yang boleh dijadikan pembayang dalam mengemukakan jawapan e.g tahun penglibatan tokoh, pendidikan yang diterima juga boleh dijadikan pembayang.

2. Persoalan yang digunakan dalam genre - persoalan secara umum atau secara khusus, antaranya yang popular pada zaman sebelum perang ialah
2.1 Persoalan percintaan muda-mudi
2.2 Persoalan Kahwin Paksa
2.3 Persoalan berkaitan dengan Pendidikan
2.4 Persoalan Ekonomi
2.5 Persoalan Nasionalisme
2.6 Persoalan Kebebasan Sosial
Kerangka jawapan yang perlu ditulis oleh calon ialah, calon seharusnya dapat menyatakan fakta - iaitu persoalan yang digunakan pada era tersebut, dapat memberi huraian dengan keterangan yang signifikan dengan fakta, jawapan calon seharusnya dibuktikan dengan contoh- merangkumi tajuk cerita, nama pengarang dan sedikit ulasan cerita yang berkait dengan fakta. Sebagai contoh saya paparkan skema peperiksaan STPM 2005
Fakta: Pentingnya pendidikan untuk orang Melayu
Huraian/Contoh: Dalam cerpen-cerpen “Berpantang Mati Sebelum Ajal” dan Hindun Seorang Murid Miskin” karya Muhammad Dahlan Ma’sud ada disentuh soal kepentingan
Pelajaran, pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai jurusan, dan Cara membentuk anak-anak Melayu dalam pelajaran.

Contoh 2: Skema peperiksaan Percubaan negeri Kelantan 2004
Fakta: Persoalan Nasionalisme/semangat cintakan tanahair
Huraian: Sikap anti penjajah/kebencian terhadap penjajah yang menganaktirikan pribumi, kesedaran tentang nasib bangsa yang tertindas di bumi sendiri, ketidakpuasan hati terhadap penjajah/keinginan untuk memerdekakan tanahair
Contoh:Antara cerpen-cerpennya ialah “Rumah Besar Tiang Sebatang” oleh Ishak Hj. Muhammad “Anak Dibuat Denak” , “Disini Kita Bukannya Orang Dagang”
yang mengisahkan rasa benci masyarakat Melayu terhadap Penjajah Inggeris.

3. Soalan juga berkisar pada faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan persoalan yang diguna pakai oleh penulis pada era tersebut. Dalam hal ini, calon seharusnya dapat menghubungkait dengan pengetahuan sejarah. Antara jawapan yang boleh ditulis oleh calon ialah seperti perkembanga akhbar dan majalah, Isu sosial yang menjadi bahan bualan hangat masyarakat dsb. Ianya bergantung pada persoalan yang dibincangkan.

Terdapat juga soalan peperiksaan yang lebih terperinci maksudnya soalan yang menjerus pada aspek teknikal sesebuah genre umpamanya soalan STPM tahu 1998 berkenaan dengan perkembangan genre Sajak,

1. “Sajak merupakan salah satu jenis Kesusasteraan Melayu Moden yang mendapat tempat di Malaysia sebelum perang dunia kedua lagi.” Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri sajak sebelum perang berdasarkan aspek-aspek berikut;
a. Tema
b. Bentuk
c. Gaya Bahasa

Kesimpulannya calon sewajarnya mempunyai maklumat yang terperinci berhubung dengan tajuk perkembangan genre sama ada pada zaman sebelum perang mahupun zaman selepas perang. Saya sarankan para calon dapatkan maklumat berkenaan dengan tajuk tersebut dalam majalah Dewan Sastera keluaran tahun 2003. Pada keluaran tahun tersebut Dr.Othman Puteh ada menulis perkembangan genre bagi setia era yang merangkumi tahun 1920-an, 1930-an, 40-an, 50-an dan 60-an. Satu lagi sumber rujukan utama ialah Buku keluaran DBP iaitu Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden rujuk lengkap lagi terperinci.

Soalan Tokoh:
Bagi menjawab soalan tokoh calon sewajarnya sudah mengetahui aspek yang akan ditanya, ianya sudah dinyatakan dalam sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di mana jika diteliti antara aspek yang akan ditanya ialah berkenaan dengan;
1. Latarbelakang tokoh
Merangkumi semua maklumat tentang tokoh iaitu, nama sebenarnya, tarikh dan tempat lahir, Keluarga, pendidikan serta kerjaya yang diceburi oleh tokoh. Tarikh meninggal juga perlu jika sekiranya tokoh tersebut telah meninggal dunia. contoh latar belakang Abdullah Munsyi

Fakta 1: Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Fakta 2: Beliau telah dilahirkan pada tahun 1796, di kampung Pali Melaka.
Fakta 3: Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik dan telah kematian ketiga-tiga abangnya sejak kecil lagi.
Fakta 4: Ayahnya berketurunan Arab Yaman manakala ibunya Salamah berketurunan dari India.
Fakta 5: Sejak kecil dia telah diajar mengaji Al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya.
Fakta 6: Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris.
Fakta 7: Beliau juga pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles
Fakta 8: Beliau juga pernah membantu paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
Fakta 9: Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris keturunan India.
Fakta 10: Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.
Fakta 11: Meninggal dunia pada usia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah.

2. Sumbangan ( iaitu karya yang dihasilkan oleh tokoh)
calon sewajarnya dapat mengemukakan karya-karya yang dihasilkan oleh tokoh merangkumi semua genre samada novel, cerpen, sajak, drama, esei dan kritikan.
e.g sumbangan yang disumbangkan oleh A,Samad Said;

1. Penulisan novel
- Isi karyanya menyentuh permasalahan masyarakat bawahan
- Karyanya bersifat cerminan masyarakat / kehidupan sebenar masyarakat
kemiskinan, keruntuhan moral di kota , dan pergelutan peribadi manusia
- Novelnya mendapat sanjungan daripada kritikus sebagai bermutu tinggi
Contohnya;
- Salina (1961)
, - Sungai Mengalir Lesu (1967)
- Daerah Zeni
- Hujan Pagi
- Langit Petang

2. Penulisan cerpen
- Isi karyanya sinis
- Mendedahkan kepincangan masyarakat daripada kehidupan
masyarakat bawahan yang melarat sehingga kehidupan golongan atasan
yang kepura-puraan.
- Sebagai penulis ASAS 50 yang memegang konsep “Seni Untuk
Masyarakat”

Contohnya;
- Antologi Liar di Api (1962) ,
- Antologi Debar Pertama (1964)
- Ke Mana Terbang Si Burung Senja (1966)

3. Penulisan drama
- Drama-dramanya kerap dipentaskan sekitar 1960-an.
- Karya-karya ketika itu berunsur realisme / gambaran sebenar
masyarakat.
- Di Mana Bulan Selalu Retak (1965)
- Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja (1966)

4. Penulisan puisi
- Menghasilkan sajak-sajak yang bermutu
- Pelbagai tema dan persoalan seperti cinta tanah air , perpaduan,
nasionalisme , masalah masyarakat bawahan dan sebagainya.
- Benih Harapan (1973)
- Daun Semalu Pucuk Paku (1975)
- Al Amin – Puisi terpanjang di Malaysia 2002

5. Penulisan Esei
- Penulisan umum.
- Perbincangan peranan sastera kepada masyarakat /Konsep sastera
‘Seni Untuk Masyarakat’
- Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (menulis bersama Usman
Awang)

- Warkah Kepada Salmi Manja (1965)
- Panorama (1966)
- Dari Salina ke Langit Petang (1979)

3. Soalan berkenaan dengan peranan / kepentingan dan keistemewaan seseorang tokoh contonya peranan A.Samad Said
1. Sasterawan berpengalaman
- Telah berkecimpung dalam bidang kesusasteraan sejak awal 1950-an
- Terlibat secara langsung dalam bidang penulisan novel, cerpen, drama,
puisi dan esei / umum.

2. Tokoh dan pejuang sastera negara
- Memperjuangkan sastera dan masyarakat
- Menerima anugerah Tokoh Pejuang Sastera 1976
Anugerah Sasterawan Negara 1985

3. Penulis yang mendapat pengiktirafan antarabangsa
- Mendapat pengiktirafan antarabangsa peringkat serantau
- Hadiah Penulis Asia Tenggara (SEA Writer Adward 1979) dan
Anugerah ASEAN 1993

4. Penulis karya sastera Melayu yang bermutu tinggi
- Karya-karyanya memenangi hadiah sayembara sastera tanah air
Salina - hadiah kedua Sayembara Mengarang Novel DBP 1958
Daerah Zeni - Hadiah Sastera Malaysia 1990
- Karya-karyanya telah diadaptasi oleh pengiat seni lain
- Langit Petang - dijadikan filem
- Wira Bukit - dijadikan persembahan teater
- Lantai T-Pinkei – dijadikan teater
- Sungai Mengalir Lesu – dijadikan teater
- Puisi ‘Tamu Senja’ - dijadikan lagu puisi

5. Penulis novel Melayu bertaraf antarabangsa
- Penglibatannya dengan tokoh penulis dan karya terkenal dalam dan luar
Negeri menyebabkan karyanya sampai ke peringkat antarabangsa
- Berjaya mengangkat novel / kesusasteraan Melayu ke peringkat
antarabangsa
- Karyanya telah diterjemah kepada dalam pelbagai bahasa - Salina

Pengarang yang produktif
- Teliti dan berfikiran tajam /peka isu-isu semasa dalam menghasilkan
karya
- Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang-cerpen, drama, novel, puisi,
dan esei / umum sejak 1954

7. Anggota /Penggiat ASAS 50
- Memperjuangkan slogan ‘Seni Untuk Masyarakat’ bersama Asraf dan
Keris Mas.
- Ini terbukti dengan terhasil sajaknya berjudul ‘Untuk Angkatan 50’
dan esei umumnya bersama Usman Awang ‘Tema dan Tugas Sastera
Melayu Moden’

8. Editor sastera
- Mengendalikan ruangan sastera dalam akhbar harian dan mingguan
/ Berita Harian dan Berita Minggu.

9. Pembentang kertas kerja sastera di peringkat nasional dan antarabangsa


4. Soalan Institusi(Badan atau organisasi yang memainkan peranan dalam memperkembangkan bidang kesusateraan Melayu moden di negara kita) antara yang disenaraikan dalam sukatan pelajaran ialah:
1. Pejabat Karang Mengarang
2. SITC
3. ASAS 50
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya
6. GAPENA
7. Anugerah Sasterawan Negara

Kebiasaanya soalan akan berkisar pada elemen penting;
a. Latarbelakang penubuhan institusi
b. Objektif penubuhan
c. Sumbangan

Insyallah akan bersambung...
Sambungan 3 Ogos 2011

a. Soalan Latarbelakang institusi calon seharusnya mengingati fakta yang berkaitan dengan beberapa aspek (5W + 1H) yang terdiri dari,
i. Bila ditubuhkan(when)
2. Siapa yang mencadangkan (who)
3. Kenapa ianya ditubuhkan (why)
4. Dimana lokasi penubuhannya (Where)
5. Apa matlamat (What)
6. Bagaimana ianya ditubuhkan (How)
Maklumat diatas adalah berdasarkan skema peperiksaan STPM soalan berkaitan dengan institusi yang pernah dikemukakan dalam peperiksaan.

b. Soalan Objektif penubuhan institusi (Calon boleh menggunakan strategi di bawah bagi menjawab soalan ini walaupun mungkin institusi yang disoal tidak ada dalam minda calon)
antaranya yang boleh diguna pakai ialah,
1. Objektif / matlamat dari segi bahasa(salah satu objektif utama penubuhan sesebuah institusi)
2. Dari segi Kesusasteraan - Bermatlamat untuk mengembangkan lagi bidang kesusasteraan melayu
3. Melahirkan tokoh penulis
4. Menerbit dan mencetak buku / karya sastera

c. Sumbangan:(berkait dengan penganjuran aktiviti / pengelolaan sessuatu program)
1. Menganjurkan peraduan / sayembara menulis cth: menulis cerpen, novel dsb.
2. Mengadakan kegiatan ( seperti perbengkelan, ceramah seminar dsb)
3. Menerbitkan (buku, makalah dsb)berkait dengan karya-karya sastera atau bahasa.

Contoh Jawapan:Soalan Institusi Dewan Bahasa dan Pustaka STPM 1999

a. Latarbelakang:
1. Ditubuhkan pada Julai1956
2. Di Johor Bahru
3. Dikenali sebagai Balai Pustaka
4. Dibawah kendalian Kementerian
pelajaran
5. September 1956 Hasil resolusi
Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu di tukar menjadi DBP.
6. 10 Julai 1957 Berpindah
ke Kuala Lumpur
7. Memperbanyakkan
Penerbitan terutama dalam
Bahasa Melayu

b. Sumbangan
1. Menganjurkan peraduan Mengarang karya kreatif
2. Melahirkan tokoh sasterawan
3. Menerbitkan karya-karya kreatif
4. Mengadakan kegiatan Kesusasteraan dan Bahasa(Bengkel penulisan)
5. Menerbitkan majalah / makalah Berkaitan Kesusasteraan dan Bahasa

Nota: Untuk huraian dan contoh bagi setiap fakta jawapan ianya bergantung pada maklumat yang dibaca oleh calon.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel