Ahad, 21 Ogos 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan STPM 2011

Salam Ramadhan buat semua yang mengikuti blogspot saya...

Terima kasih di atas kesudiaan semua yang sudi menjengah blogspot saya muga ianya bermanfaat dan dapat memberikan informasi yang berguna bagi menangani kertas 2 kesusasteraan Melayu.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat menduduki Pepepriksaan Percubaan STPM yang akan menjelang pada 14 September nanti... muga-muga peperiksaan yang bakal diduduki ini akan memberi suntikan motivasi untuk terus memacu kecemerlangan dalam peperiksaan STPM yang sebenar nanti pada November 2011.

Bagi pelajar yang pernah mengikuti Ceramah teknik menjawab yang telah saya kendalikan berilah perhatian pada tajuk-tajuk yang diberikan penekanan, serta ikuti teknik menjawab berdasarkan kehendak soalan agar jawapan yang dikemukakan menepati skema jawapan yang diperlukan.

Jika ada sebarang kemusykilan tentang kesusasteraan melayu kertas 2 bolehlah emailkan masalah anda di alamat ayisgc65@yahoo.com.my insyallah kalau ada kesempatan saya akan menjawabnya...

Semuga dikesempatan lain saya dapat mencoret lagi... Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan