Isnin, 26 September 2011

Skema Kesusasteraan Melayu kertas2 percubaan 2011

SULIT
922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
2011
3 Jam


MAJLIS PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN KELANTAN
(MPSM)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)


SKEMA PERMARKAHAN

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 2

(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)




Kertas Skema ini mengandungi 29 halaman bercetak


Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA



1. Institusi Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah institusi kesusasteraan yang berperanan penting dalam memperkembang dan merancakkan lagi bidang Kesusasteraan Melayu Moden di era pasca merdeka.

a) Nyatakan latar penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka [ 5 ]

b) Jelaskan objektif penubuhannya [ 4 ]

c) Bincangkan empat sumbangan institusi Dewan Bahasa dan Pustaka [16]
_____________________________________________________________________________
Skema Permarkahan:

a) Latar penubuhan Dewan Bahasa Pustaka. [5]

F1: Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru.
F2: Mulanya dikenali sebagai ”Balai Pustaka”
F3: Diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran bersama-sama dengan Pejabat Karang Mengarang.
F4: Hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III pada 16 -21 september 1956.
F5: Pada 10 Julai 1957 , Dewan Bahasa dan Pustaka berpindah ke Kuala Lumpur.
F6: Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 DBP dinaikkan taraf sebagai badan berkanun dan diberi kuasa autonomi:
i. menggubal dasarnya yang khusus.
ii. menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera.
iii. Menjalinkan kegitan penerbitan dan perniagaan buku serupa dengan sektor swasta.
F7: Pada 31 Januari 1962 DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan terbang Lama(sekarang Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka)
F8: Tahun 1963 , DBP membuka pejabatnya di Brunei.

F9: Tahun 1977, DBP mengembanglan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabatnya di Kota Kinabalu , Sabah dan KuchingSarawak.
F10: Dewan Bahasa dan Pustaka membuka 3 lagi pejabatnya:
i. Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam Pulau Pinang(1999)
ii. Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu Kelantan(1999)
iii. Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru(2003)

F11: DBP telah menyambut ulang tahun Jubli Emasnya dan Menara DBP pada 22 Jun 2006.

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 1 markah
5 isi X 1 markah = 5 markah.

b) Objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka [4]

F1 : Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu yang menjadi ”bahasa rasmi” negara.Bahasa Melayu perlu dimajukan selaras dengan tarafnya di samping bahasa-bahasa lain.

F2: Memajukan/mencungkil/melahirkan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memaju dan memperkembangkan bidang kesusasteraan tanah air dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai alat penyebarannya.

F3 : Mencetak atau menerbitkan buku, risalah dan bentuk persuratan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan untuk mencetak atau menerbitkan buku, majalah, risalah dan lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan juga lain-lain bahasa.

F4 : Menyamakan sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.
H/C : Badan kerajaan yang ditugaskan menyelaras sistem ejaan dan bunyi sebutan untuk tujuan membaku atau menyeragamkan atau standard sistem ejaan dan bunyi sebutan bahasa kebangsaan.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta, 1 markah Huraian/contoh)
2 isi x 2 markah = 4 markah

c) : Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka.[16]

F1 : Menganjurkan peraduan mengarang karya sastera/karya kreatif.
H/C : Pengajuran peraduan mengarang karya sastera oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam berkarya.
Contohnya Peraduan Mengarang Cerpen (1957), Peraduan Mengarang Novel (1958,1962)dan Peraduan Mengarang Drama (1963). Melalui peraduan tersebut lahirlah nama-nama seperti Hassan Muhammad Ali, A. Samad Said dan Arenawati.

F2 : Menerbitkan majalah/makalah.
H/C : Selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam penerbitan majalah dan makalah DBP memuatkan karya cerpen, puisi drama serta esei/kritikan menyentuh bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan.
Contoh majalah terbitan DBP adalah; majalah Dewan Bahasa (1957), Majalah Dewan Masyarakat (1963), majalah Dewan sastera (1971) dan Majalah Dewan Budaya.

F3 : Menerbitkan karya-karya kreatif/karya sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan karya kreatif dengan hasil usaha pengarang meliputi pelbagai gerne. Penerbitan karya-karya kreatif ini telah menyemarakkan lagi dunia kesusasteraan tanah air.
Contoh penerbitan karya gernr novel adalah, ”Salina” karya A. Samad Said dan ”Srengenge” karya Shahnon Ahmad, gerne cerpen adalah, ”Segeluk Air” karyaKhadijah Hashim dan ”Dalam Diri” karya Ali Majod, gerne sajak seperti ”Salam Benua” karya Usman Awang dan ”Kembara Malam ” karya Latiff Mohidin dan gerne drama seperti ”Tamu di Bukit Kenny” karya Usman Awang dan ”Angin Kering” karya Johan Jaffar.

F4 : Menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan menerbitkan tulisan esei dan kritikan yang bersifat ilmiah, menyentuh aspek teori dan pendekatan serta pemikiran khususnya dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi dunia kesusateraan tanah air.Contohnya, tulisan esei dan kritilan berjudul ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu” diselenggarakan oleh Anwar Ridhuan dan ”Novel-novel Malaysia Dalam Kritikan” yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani.

F5 : Mengadakan majlis-majlis kegiatan/aktiviti sastera.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan kegiatan sastera tanah air telah menganjurkan majlis-majlis kegiatan sastera secara berkala mahupun tidak. Majlis kegiatan sastera itu dibuat dalam bentuk bengkel, seminar, ceramah, pembacaan puisi, pertemuan penulis dan sebagainya.Contohnya majlis-majlis kegiatan sastera anjuran DBP adalah, ”Majlis Pertemuan Sasterawan Nusantara”, Majlis ”Seminar Pengajaran Sastera” Bengkel ”Wilayah Penulisan Cerpen” dan Bengkel ”Penulisan Sastera Remaja”.

F6 : Menyediakan kemudahan penulis/pengarang untuk menghasilkan karya.
H/C : Sebagai badan induk sastera dan bahasa negara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan kemudahan dan frasarana bagi penulis menghasilkan karya dan menyumbangkannya kepada masyarakat. DBP telah mengadakan program ”Penulis Tamu” dan program ”Derma Cipta” untuk memberi ruang dan peluang kepada penulis menghasilkan karya.
Contoh, penulis tamu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka adalah Keris Mas, Adibah Amin dan Latiff Mohidin.

F7 : Menghasilkan dan memperkembangan sastera kanak-kanak dan remaja.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak ketinggalan memperkembangkan bidang sastera kanak-kanak dan remaja melalui penghasilan karya, majalah, peraduan dan mengadakan Minggu Penulis Remaja. Usaha ini semata-mata untuk memperkembang dan merancakkan lagi kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.Contoh tokoh penulis remaja kelolaan DBP adalah, Sh. Hasanah Abdullah, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.

F8 : Melahirkan tokoh-tokoh sastera/penulis-penulis baru.
H/C : Dewan Bahasa dan Pustaka memberi sumbangan yang besar dalam melahirkan tokoh-tokoh penulis baru dalam arena penulisan tanah air. Ini kerana DBP sebenarnya menjadi gelanggang atau arena utama penulis-penulis muda dan lama berkarya melalui program dan aktiviti penulisan anjuran DBP.Contoh penulis lama dan dan muda yang digarap DBP adalah, Fatimah Busu, Keris Mas, A. Samad Said, Othman Puteh, Ismail Sarbini dan Siti Aminah Yusuf.


Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah(2 markah fakta dan 2 markah Huraian/contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah

2. Mana Sikana merupakan salah seorang pengkritik dan penulis esei kesusasteraan Melayu yang terkemuka di Malaysia mutakhir ini. Merujuk kepada ketokohan beliau itu, jelaskan perkara berikut,

a) Nyatakan latarbelakang dan latar pendidikan serta kerjaya beliau. [ 5 ]

b) Bincangkan lima sumbangan Mana Sikana dalam bidang Kritikan Sastera .[20]

________________________________________________________________________
Skema pemarkahan:
(a) Latar belakang Mana Sikana

F1: Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Napiah.

F2: Dilahirkan pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak (sebutan tahun sahaja 1M)

F3: Bersekolah rendah di Sekolah Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh (1959 – 1967)

F4: Menuntut di Maktab Perguaruan bahasa, Kuala Lumpur (1967-1968). Menjadi guru di Johor Bharu selama lima tahun

F5: Kemudian menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (1974) mendapat Ijazah Sarjana Muda Persuratan kelas Pertama.

F6: Menyambung ijazah Sarjana pada tahun 1980 dan Doktor Falsafah pada 1990

F7: Pernah bertugas sebagai pensyarah dan Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

F8: Kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 1 markah
5 isi X 1 markah = 5 markah.

(b) lima sumbangan beliau terhadap perkembangan kritikan sastera

F1: Menghasilkan buku-buku kritikan sastera
H/C : Buku-buku kritikan sastera yang ditulis oleh Mana Sikana menjadi rujukan pengkaji- pengkaji sastera untuk mendalami kejian mereka.Antara buku yang dihasilkan:
- Aliran Dalam Sastera Melayu (1983)
- Esei Dalam Kritikan Drama (1983)
- Kaedah Kajian Drama (1985)
- Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah (1986)
- Asas Menganalisa Sastera (1988)
- Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989)
- Pendekatan Kesusasteraan Melayu Moden (1980)
- Tuah-Jebat Dalam Drama: Satu Kajian Intertekstualiti(1994)
- Teori Sastera Tekdealisme (1996)
- Teori dan Kritikan Sastera Moden (1998)
- Teori Sastera Kontemporari (2005)
- Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura (2005)

F2: Meneroka/ menyumbangkan pemikiran pendekatan-pendekatan kritikan sastera yang baru.
H/C :Mana Sikana telah berjaya menambah pendekatan baharu dalam kritikan sasatera di Malaysia melalui beberapa teori baharu yang diperkenalkan melalui kritikan-kritikan yang pernah dibuat.Antaranya termasuklah:
- Teori Intertekstualiti
- Kritikan sastera berunsur Islam : Teori Taabudiyyah
- Teori Satera Teksdealisme

Fakta 3: Menghasilkan banyak esei-esei kritikan di dalam majalah/ akhbar tempatan..
H/C : Mana Sikana banyak membuat kritikan melalui tulisan-tulisannya yang pernah tersiar dalam beberapa buah majalah tempatan, termasuk Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Jurnal Perisa (Utusan), Berita Harian/Minggu, Utusan/Mingguan Malaysia dan majalah Dewan Bahasa- Antaranya:
a.. Mana Sikana (2008). Wacana Dinamika Sastera MelayuPascamoden. Jurnal e-UTAMA, 1(Jilid 1, Bilangan 1,Januari-Jun 2008), 60-82.
b. Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian Budaya dan Transformasi ke Teori Sastera Budaya. Jurnal Aswara, 2(1/2007), 41-63.
c. Mana Sikana (2005). Pengajaran dan Pembinaan Bahasa dalam Konteks Pendidikan Drama. Jurnal Aktivis, 1(5), 116-138.
d. Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam Teori Sastera Pascamoden. Jurnal Bahasa, 3(4), 505-536.
e. Mana Sikana (2002). Semiotik: Kajian Bahasa dan Sastera. Jurnal Bahasa, 2(3), 325-341.
f. Mana Sikana (2002). Usman Awang: Shifting as Realist Metahistoriographer. Malay Literature, 15(2), 37-57.
g. Mana Sikana (2002). The Strength of Zakaria Ariffin's Drama. Malay Literature, 15(1), 1-11.
h. Mana Sikana (2001). The Theory of Literature:Theory of Taabudiyyah. Malay Literature, 14(2), 54-75.
i Sastera Arab Parsi dan Hubungannya dengan Sastera Melayu
j. Novel Sampah Kesan sebuah Falsafah Dewan Sastera Mei 71
k. Teori New Historirisme dlam Dewan Sastera Ogos 1977
l. Historirisme Baru dlm Dewan Sastera Ogos 2001
m. Teori Bacaan Idealistik dlm. Majalah Penulis Mac 1994

F4: Membantu melahirkan ramai pengkritik
H/C : Sepanjang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu UKM dan di Institut Pendidikan Nasional Universiti Singapura, Mana Sikana telah melahirkan ramai pelajarnya yang kini merupakan pengkritik sastera tanah air.
- antaranya termasuklah Dr. Mawar Shafie, Dr. Abdullah Che Ya, Dr. Halim Ali

F5: Menyebarkan ilmu kritikan melalu pembentangan kertas kerja
H/C :Mana Sikana bergiat aktif dalam bidang kritikan dan kerap dipanggiluntuk membentangkan kertas kerja tentang kritikan sastera, sama ada dalam seminar-seminar di dalam dan di luar negara- Antaranya
a. Teori Kritikan Sastera di Malaysia dlm Seminar Kritikan Sastera
anjuran DBP 2001
b Mana Sikana (2007). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden.
Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa 2007 Persatuan
Kesusasteraan Bandingan Malaysia.
c. Mana Sikana (2006). Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang
daripada Perspektif Teori Teksdealisme. Pemikiran Sasterawan Negara
Usman Awang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
d. Mana Sikana (2006). Teori Penulisan Teks Drama: Pemikiran dalam
Wacana Sejagat dan Kontekstual Budaya. Seminar Penulisan
Dramatik Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan.
e. Mana Sikana (2005). Keris Mas Sebagai Cerpenis Pandangan
Teksdealisme. Seminar Pemikiran Keris Mas dalam Kesusasteraan
f. Mana Sikana (2004). Juara Perspektif Teori Sastera Teksdealisme.
Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan DBP
g. Mana Sikana (2003). Pembentukan dan Pemantapan Teori Sastera
Mandiri. Teori Pemikiran Tamadun Melayu DBP

F6: kajian tentang kritikan drama di Malaysia
H/C :Mana Sikana telah berjaya menghasilkan beberapa kajian kritikan tentang pemikiran, perkembangan dan sumbangan drama dalam kesusasteraan Melayu. Antaranya
a. Pemikiran Drama Melayu Moden
b. Perkembangan dan Perubahan Dalam Drama Malaysia
c. Drama Tuah Jebat: Satu kajian Intertekstualiti
d. Drama Melayu Moden
e. Berkenalan Dengan Drama

F7: sumbangan pemikiran dalam kritikan-kritikan sastera yang berunsur Islam.
H/C : Mana Sikana telah mencuba melakukan kritikan menggunakan kedah pendekatan Islam sekitar tahun 1980-an. Hasilnya beliau telah berjaya membina teori Sastera Taabudiyyah pada tahu 1998.- Melalui kritikan berunsur Islam ini juga, Mana Sikana berjaya menghasilkan buku berjudul Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi, Sastera Islam di Malaysia dan Khazanah Islam: Falsafah dan kesusasteraan

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2 markah Fakta ,2 markah Huraian/Contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah


Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN.

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

3. “Aku tidak biasa sembunyi-sembunyi. Dengan siapapun aku selalu berterus-terang. Dan ini aku katakan bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang aku ketahui dari Robert. Tidak seperti ayah aku, ayah Robert tidak menyembunyikan satu apapun pada anaknya. Barangkali Datuk Tan tidak mempunyai sebab untuk bersembunyi-sembunyi tetapi ayahku memang ada yang hendak disembunyikannya dariku. Dia tahu perbuatannya itu tidak adil terhadap orang kampungnya sendiri dan dia tahu aku tidak akan menyetujuinya.”
(Petikan halaman 156, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur)

a) Petikan di atas adalah sebahagian dari sepucuk surat. Siapakah yang menghantar surat tersebut ? [ 1 ]

b) Jelaskan sikap ‘aku’ terhadap penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang terdapat dalam novel. [ 6 ]

c) Huraikan tuduhan-tuduhan watak ‘aku’ terhadap ayahnya. [ 9 ]

d) Jelaskan persoalan yang hendak diketenahkan menerusi petikan di atas. [ 9 ]
______________________________________________________________________________

Skema pemarkahan:
a) Siapakah yang menghantar dan kepada siapa surat itu dihantar.
Siapa....
Rahim 1 markah

b) sikap aku yang terdapat dalam novel

F1 : berterus-terang
H/C : Rahim bersikap berterus-terang tentang pendapatnya terhadap ayahnya sendiri iaitu En. Muhammad dalam soal penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang, baginya perbuatan tersebut adalah tidak adil.

F2 : seorang yang berani
H/C : Rahim berani membuat tuduhan terhadap bapanya dengan mengatakan yang ayahnya berlaku tidak adil kepada penduduk Kampung dengan menubuhkan Syarikat Lombong lembah Tualang.

F3 : seorang yang simpati
H/C : Rahim bersimpati dengan nasib penduduk kampung yang diperlakukan dengan perbuatan tidak adil yang dilakukan oleh En. Muhammad dengan menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang

F4 :Seorang yang prejudis
H/C : Rahim bersikap wasangka terhadap ayahnya yang menyembunyikan penubuhan syarikat Lombong Lembah daripada pengetahuannya dan dia mengesyaki ayahnya cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Taburan Markah
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta , 1 markah huraian/contoh)
3 isi x 2 markah = 6 markah

c) tuduhan- tuduhan aku terhadap ayahnya.

F1 : Tidak patut dan tidak akan adil.
H/C : Perbuatan ayahnya menubuhkan SLLT di Kampung Pulai bagi Rahim adalah perbuatan yang tidak seharusnya dan tidak adil dilakukan oleh En. Muhammad terhadap penduduk kampung yang miskin.

F2 : Mementingkan kepuasan nafsu kekayaannya.
H/C : En. Muhammad bagi Rahim hanya mementingkan kekayaan dengan menubuhkan SLLT
bagi mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

F3 : Individualisme barat.
H/C :En. Muhammad dilihat oleh Rahim tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan apabila dia
sanggup memindahkan semua penduduk Kampung Pulai demi menjayakan projek perlombongannya.

F4 : Menganiaya kepada penduduk Kampung Pulai dengan menghalaunya.
H/C : bagi Rahim penubuhan SLLT adalah satu helah bagi memindahkanpenduduk Kampung
Pulai dengan berselindung disebalik SLLT.

F5 : Berpura-pura.
H/C : EN. Muhammad pada anggapan Rahim seorang yang pandai berlakon/hipokrit dengan
berbuat baik kepada orang Kampung Pulai tetapi sebenarnya dia hanya memikirkan keuntungan perniagaannya sahaja.

Taburan Markah
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah(1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

d) Persoalan yang hendak diketengahkan melalui petikan

F1: persoalan pertentangan /perselisihan/perbezaan pandangan antara ayah dan anak.
H/C: Pertentangan pendapat berhubung dengan penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang,persoalan ini dipaparkan menerusi pertentangan pendapat anara Rahim dengan En. Muhammad yang mempunyai pandangan yang berbeza, Rahim menganggap penubuhan itu adalah suatu perbuatan yang tidak adil bagi penduduk Kampung Pulai, sedangkan En. Muhammad mementingkan keuntungan dari segi perdagangan.

F2: Persoalan penglibatan orang Melayu dalam perniagaan/perdagangan
H/C: Keupayaan orang Melayu dalam menceburi dunia perniagaan selaras dengan kehendak kerajaan, penglibatan EN. Muhammad sebagai ahli perniagaan yang berjaya menerusi kejayaannya menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang di Kampung Pulai sebagai bukti keupayaan orang Melayu dalam dunia perniagaan.


F3: Persoalan ketidakadilan sosial ternadap golongan miskin.
H/C: Golongan peniaga atau pedagang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira nasib golongan miskin seperti yang disuarakan oleh Rahim kepada ayahnya bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang adalah satu perbuatan yang tidak adil kepada penduduk Kampung Pulai yang kebanyakkannya terdiri daripada orang miskin.

F4: Persoalan perkongsian perniagaan antara orang Melayu dan Cina
H/C: Perkongsian perniagaan antara orang Melayu dan Melayu. Perkongsian antara En. Muhammad dengan DatukTan dalam perusaan perlombongan membawa kepada penubuhan Syarikat Lombong Lembah Kampung Pulai.

F5: Persoalan keberanian berterus-terang.
H/C: Keberanian berterus-terang dalam hal-hal atau isu tertentu demi untuk menegakksn kebenaran adalah perbuatan yang baik, namun sekiranya jika ia membawa impak yang negatif pasti natijahnya juga buruk. Rahim bersikap berterus-terang kepada Mahani berhubung dengan pandangannya terhadap perbuatan ayahnya yang menubuhkan Syarikat lombong Lembah Tualang yang dikatakan perbuatan yang tidak adil kepada penduduk kampung.

Taburan Markah
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah


4. “Kawan datuk kau waktu zaman Jepun dulu.ini,” ujar ibunya, “surat-suratnya yang dikirimkan kepada datuk kau.”
Diserahkannya kotak itu kepada anaknya. Nilakesuma menarik keluar surat yang di atas sekali yang kelihatannya masih baik.
“Itu suratnya yang terakhir tetapi datuk kau tidak sempat lihat. Surat itu sampai pada hari datuk kau meninggal,” kata ibunya.
“Jadi dia tidak tahu datuk meninggal?”
“Bapa kau sudah beritahu. Sejak itu, suratnya tidak pernah datang lagi.”
“Apakah dia masih hidup?”
“Kami tidak tahu. Sudah sepuluh tahun lebih.

(Dipetik daripada MPM [peny.]2003. Cerpen Nagasaki, Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur.DBP,hlm 147-148)

a) Siapakah “dia” dalam petikan? [ 6 ]

b) Berdasarkan cerpen Nagasaki, jelaskan tiga teknik yang digunakan oleh pengarang untuk memaparkan watak dalam cerpen. [ 9 ]

c) Huraikan mesej yang cuba ditonjolkan oleh pengarang yang terdapat dalam cerpen Nagasaki. [10]

Skema permarkahan:

a) Dia ialah
- Yoshida. 2 markah
- bekas tentera Jepun 1 markah
- sahabat cikgu Sulaiman 1 markah
- bapa kepada Pn Rohana atau Hanako 1 markah
- bapa mentua Hj Usman 1 markah
- beragama Islam 1 markah
- menghormati adat melayu 1 markah

Taburan Markah
6 m

b) jelaskan tiga teknik yang digunakan oleh pengarang untuk memaparkan watak dalam cerpen.

F1: Teknik dialog
H/C: Perbualan antara 2 watak atau lebih. watak Yoshida melalui perbualan Nilakesuma dengan Pn.Rohana. yoshida merupakan sahabat baik cikgu Sulaiman, ayah mentua kepada Pn. Rohana. Umur kedua-duanya sekitar 80 tahun. Yoshida dikatakan menyukai kanak-kanak.

F2: Teknik Imbas Kembali
H/C: Peristiwa lampau dimasukkan dalam plot semasa melalui teknik imbas kembali, dapat mengetahui sifat cikgu Sulaiman yang merupakan seorang nasionalis, bekas pelajar Tanjung Malim yang mengagumi perjuangan kebangsaan di Indonesia.

F3: Teknik Pemerian
H/C: Gambaran tentang sesuatu keadaan, peristiwa, kejadian tentang seseorang wat ak yang dinyatakan secara langsung oleh pengarang melalui teknik ini, pengarang memperkenalkan watak Nilakesuma yang merupakan pelajar Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya. Nilakesuma juga dikatakan merupakan salah seorang pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun yang akanmenyambung pengajiannya di Negara Jepun. Beliau juga merupakan anak kepada pesara guru iaitu Hj. Usman.


Taburan markah
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

c) Mesej yang ditonjolkan oleh pengarang

F1: Peperangan membawa penderitaan/keburukan
H/C: Pengguguran bom atom ke atas Nagasaki menyebabkan malapetaka kepada malapetaka kepada Yoshida iaitu kematian isterinya, kemusnahan negara Jepun dan meragut ramai nyawa.

F2: Mengeratkan nilai persahabatan
H/C: Hubungan persahabatan antara cikgu Sulaiman dengan Yoshida bekas tentera Jepun telah terjalin sejak zaman pendudukan Jepun di Tanah melayu. Perbezaan bangsa, budaya dan asal-usul tidak menghalang mereka meneruskan persahabatan dengan kiriman surat dan permintaan Hj. Usman agar anaknya, Nilakesuma menemui Yoshida di Jepun.

F3: Pentingnya semangat kebangsaan/cinta tanah air
H/C: Datuk Nilakesuma atau cikgu Sulaiman bangga perjuangan menentang penjajah seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan Indonesia.

F4: Kita perlu mempelajari sejarah
H/C: Yoshida mengingatkan Nilakesuma tentang kesan buruk sewaktu peperangan ketika melawat Muzium Peringatan Bom Atom Nagasaki.

F5: Kuasa / Takdir Tuhan mengatasi segalanya
H/C: Zaman pendudukan Jepun di Tanah melayu telah mempertemukan Yoshida dengan keluarga cikgu Sulaiman yang akhirnya membawa kepada pengislaman Yoshida.

F6: Pentingnya perasaan saling hormat-menghormati
H/C: Yoshida menasihati Nilakesuma agar menghormati perasaan mangsa perang dengan tidak bergambar di tugu peringatan mangsa bom atom.

Taburan Markah
Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah huraian/contoh)
5 isi x 2 markah =10 markah


Bahagian C : DRAMA


5.. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PAK HAMID: Nak jumpa kau. Manusia kejam. tak berperikemanusiaan. Rendah budi, tak bertimbang rasa.

DAHLAN : Apa pulak orang tua ini, pagi-pagi berleter.

PAK HAMID: Berleter?...Mana Rahimah?

DAHLAN : Rahimah tak bertempat lagi di sini.

PAK HAMID: Aku tahu,Rahimah kau sia-siakan. Kerana kau dia menderita.

DAHLAN : Apa boleh buat, sudah suratan takdir. Cukup juga saya mengatur tadbir, tapi kecewa. Takdir juga yang tiba.

PAK HAMID: Tentu, sebab tadbir kau tadbir bodoh. Kejam.

DAHLAN : Apa, pakcik? Tadbir bodoh? Sia-sia saya belajar ke England... sia- sia kelulusan saya yang saya bawa balik.

PAK HAMID: Memang semua orang tahu kau lepasan sekolah tinggi.Kau lulus ilmu undang- undang.Kau seorang lawyer.Tapi, ingat.....pelajaran tinggi saja tak berguna kalau tidak disertai dengan pendidikan kebangsaan keagamaan.Sebenarnya kau tak ada pendidikan.Kau lulus ilmu undang-undang tapi kau tak mengikut undang-undang.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (Peny).2003. Drama “Lawyer Dahlan”. dalam Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 215)


a) Jelaskan kenapa Pak Hamid menganggap Dahlan manusia kejam, tak berperikemanusiaan, rendah budi, tak bertimbang rasa [ 10 ]

b) Huraikan tiga prinsip hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam drama ini melalui Watak Pak Hamid. [ 9 ]

c) Drama ini berkonsepkan hukum ”Poetic Justice”. Jelaskan maksud konsep tersebut dan hubungan dengan tindakan atau perbuatan Dahlan seperti yang digambarkan dalam drama ini. [ 6 ]


Skema pemarkahan:
Soalan 5

a . Jelaskan kenapa Pak Hamid menganggap Dahlan manusia kejam, tak berperikemanusiaan, rendah budi, tak bertimbang rasa [ 9 ]

F1: Kejam kerana menceraikan isteri yang tidak bersalah
H/C: Perbuatan menceraikan isteri yang tidak bersalah tanpa sebarang alasan yang kukuh adalah perbuatan yang kejam.Dahlan telah menceraikan Rahimah dengan menjatuhkan talak satu kerana Rahimah menasihatinya supaya jangan balik lewat malam dan jangan berpoya-poya dengan perempuan lain di luar rumah.

F2 : Kejam kerana menganiaya / mengugut / menekan pekerja bawahan
H/C: Perbuatan Dahlan yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan serta tidak bertimbang rasa kerana Dahlan sentiasa mengugut para pekerjanya supaya menyerahkan sebahagian dari gaji mereka kepadanya.Jika para pekerja enggan, Dahlan sanggup memecat mereka.

F3: Tak berperikemanusiaan kerana menghalau peminta sedekah
H/C: Perbuatan Dahlan yang menghalau peminta sedekah dan orang-orang yang memerlukan pertolongan tanpa belas kasihan adalah satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertimbang rasa.Peminta sedekah sepatutnya dibantu kerana mereka memerlukan bantuan daripada golongan orang-orang yang berada seperti Dahlan.

F4: Rendah budi kerana memandang hina/keji/jijik terhadap pemungut derma
H/C: Budi pekerti merupakan lambang keperibadian sesorang.Walaupun sesorang itu berpelajaran tinggi tetapi jika rendah budi pekertinya, pasti masyarakat akan memandang rendah.Dahlan memandang jijik dengan mereka yang datang untuk meminta derma di rumahnya seperti yang digambarkan dalam teks iaitu Dahlan berasa bosan dengan pemungut derma dengan mengatakan mereka menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadinya.

F5: Kejam, tak berperikemanusiaan, rendah budi dan tak bertimbang rasa kerana tidak mendengar nasihat / tidak mengenang budi.
H/C: Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan seharusnya dikenang dan dihargai dengan baik. Dahlan seorang yang rendah budi dan tak rasa kerana tidak mendengar nasihat serta tidak mengenang budi Pak Hamid yang telah menjaga, memelihara dan mendidiknya sejak kematian kedua orang tuanya.

F6: Tak bertimbang rasa kerana mengabaikan rumahtangga / isteri
H/C: Rumahtangga seharusnya dijaga dengan penuh perasaan timbang rasa dan penuh kasih sayang, barulah sesebuah rumahtangga akan aman.Dahlan telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya sehingga menyebabkan rumahtangganya porak peranda dan berlakunya penceraian dengan isterinya Rahimah.

F7: Rendah budi kerana menerima rasuah
H/C: Ada kalangan lawyer atau majistret yang sanggup menerima rasuah kerana kepentingan peribadi dan melihat rasuah sebagai jalan yang paling mudah untuk mendapat kesenangan hidup.Contoh Lawywer Dahlan sanggup menerima rasuah dari Taukeh Leong sebanyak RM10,000.semata-mata hendak memenuhi tuntutan gaya hidup mewah tanpa menyedari perbuatan tersebut melambangkan kerendahan budi pekertinya.
Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah Fakta dan 1 markah Huraian/Contoh )
5 isi x 2 markah = 10 markah.


b)Huraikan tiga prinsip hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam drama ini melalui perwatakan Pak Hamid. [ 9 ]

F1: Berwawasan/berpandangan jauh terhadap nasib bangsa
H/C: Selaku ketua kampung pandangan dan wawasan masa depan tentang nasib bangsa akan menentukan kemajuan sesuatu bangsa.Pak Hamid sanggup menghulurkan derma walaupun jumlahnya kecil bagi membina sekolah rakyat kerana baginya pendidikan akan membantu sesuatu bangsa mencapai kemajuan.

F2: Membenci budaya Barat .
H/C: Budaya Barat tidak sesuai dengan amalan dan adat ketimuran yang juga bercanggah dengan nilai-nilai keagamaan.Pak Hamid sentiasa mengingatkan Dahlan dan Rahimah agar tidak mudah dipengaruhi dengan budaya Barat yang bertentangan dengan nilai ketimuran ketika mereka hendak ke England.

F3: Suka menderma
H/C: Menderma memberi kekuatan dan dapat membantu orang yang dalam kesusahan selain dapat memupuk nilai-nilai baik, ianya juga adalah tuntutan agama.Pak Hamid sanggup menderma RM 10.00 kepada Rahman yang datang memungut derma bagi Badan Perikatan Masyarakat untuk membina sekolah rakyat.Pak Hamid juga bersikap pemurah terhadap peminta sedekah yang datang ke rumah Dahlan.

F4: Komited / iltizam terhadap tugas
H/C: Sebagai pemimpin / Ketua kampung, beliau komited dalam menjalankan tugasnya bagi memastikan kampung dan penduduk di bawah kawalannya berjalan dengan baik.Pak Hamid sering membantu anak mukim di bawah kawalannya berjalan dengan baik.Pak Hamid sering membantu anak mukim di bawahnya agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan pendidikan negara.Dia turut menyumbang derma bagi membina Sekolah Rakyat di kampungnya.

F5: Tidak mementingkan keturunan / darjat
H/C: Walaupun berketurunan bangsawan yang mungkin banyak kelebihan akan diperolehi sama ada bantuan kewangan dan sebagainya namun terdapat golongan bangsawan tidak berasakan keturunan satu kelebihan.Pak Hamid menasihatkan Dahlan supaya belajar dengan rajin agar berpeluang untuk mendapat bantuan kewangan dari kerajaan walaupun Dahlan memberitahunya yang dia tidak perlu bersusah payah kerana mudah untuk mendapat bantuan kewangan kerana Pak Hamid kenal rapat dengan Datuk Bahnan, pegawai yang meluluskan bantuan kewangan bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke England.

F6: Kuat berpegang teguh dengan agama
H/C: Agama bagi Pak Hamid adalah elemen penting yang akan memandu sesorang ke jalan yang benar dan dapat menghalang seseorang itu dari melakukan tindakan yang bertentangan dengan tabii manusia. Pak Hamid menghalang Dahlan dari meneruskan niatnya membunuh diri kerana menganggap tindakan tersebut sesat dan berdosa.



F7: Pentingkan Pendidikan .
H/C: Pedidikan adalah agen yang boleh membantu membangun dan memajukan sesebuah bangsa.Pak Hamid menggalakan Dahlan supaya belajar hingga ke tahap yang paling tinggi.Dahlan akhirnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke Englang dan akhirnya menjadi lawyer.

Taburan markah
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah.


c). Drama ini berkonsepkan hukum ”Poetic Justice”. Jelaskan maksud konsep tersebut dan hubungan dengan tindakan atau perbuatan Dahlan. [ 6 ]


F1: Poetic Justice ialah konsep baik dibalas baik dan yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya.

F2: Perbuatan Dahlan yang gigih belajar hingga ke England akhirnya dibalas dengan kejayaannya menjadi seorang majistret.

F3: Dahlan menyesal dan menginsafi segala perbuatannya sebelum ini.Keinsafan ini akhirnya membolehkan dia rujuk dan berbaik semula dengan Rahimah.

F4: Perbuatan Dahlan yang suka menghina peminta sedekah dan orang-orang susah akhirnya dibalas dengan penghinaan masyarakat terhadapnya selepas Dahlan keluar dari penjara.

F5: Perbuatan Dahlan yang menerima rasuah RM10,000.00 dari Taukeh Leong akhirnya menyebabkan Dalan dihukum penjara empat tahun kerja berat.

Taburan markah
1 Fakta = 2 markah
3 fakta x 2 markah = 6 markah.
*Nota: Pilih F 1 untuk maksud dan 1 fakta balasan baik dan 1 fakta balasan jahat.

6. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan berikutnya,

ADEGAN TUJUH

Muzik sayu sedikit. Cik Lijah sedang menjahit kain.

CIK LIJAH: Bulan Disember, tahun 78, Allahyarham nelayan Jaafar dan Ibrahim mati lemas kerana nak cuba memintas bot perlarian Vietnam daripada mendarat di Seberang Takir. Tak sesiapa pun tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tak ada askar sederet memberikan tembakan hormat, tiada bugle yang meniupkan ”The Last Post”. Dua nelayan Melayu Seberang Takir cuba mempertahankan tanah air. Abang Aziz juga seorang nelayan. Lahirlah puisi berikut:

Bersinar Seumur

Di bawah alunan ombak
kukelih kalian menari
lenggang Ratu Darul Iman
lalu lenggok-lenggok
di atas pentas kehidupan.

Di bawah alunan ombak
kudengar kalian menyanyi
dendang lagu pantai kita
wajib kita tahankan
kiranya todak-todak haram
dari Sungai Mekong
tak dapat mendarat
di sini ada sedia
Bedor besar
Payang Panjang
Jalur Lebar
Sekoci Tinggi
Kuwil Comel
termasuk Kolek Cantik
haluannya tegap haluannya
menghadap ke laut.

Dibawah alunan ombak
kukelih kalian berdiri
bercacang-cacang tegap
bagai rumah api di Bukit Puteri
takkan senget
takkan terbalik
apinya takkan padam
apinya terus menyala bercahaya
bersinar seumur.

Kalian nelayan
kalian pahlawan
nusa tercinta.

Di Pantai Seberang Takir
kebersajak berpantun bersyair
berlagu doa restu
untuk arwah inilah
al-fatihah dan Qulhuwallah.

a). Nyatakan tiga buah puisi lain hasil tulisan J.M. Aziz yang dimuatkan dalam drama ini. [ 3 ]

b). Jelaskan dua sikap J.M. Aziz terhadap Jaafar dan Ibrahim seperti yang dituliskan dalam puisi di atas. [ 4 ]

c). Bincangkan dua persoalan yang ingin dikongsikan oleh J.M.Aziz dalam sajak di atas. [ 6 ]

d). Huraikan citra masyarakat nelayan yang dipaparkan dalam drama di atas. [12]

_______________________________________________________________________________

Skema pemarkahan:

Skema Jawapan:
a). Nyatakan tiga buah puisi lain hasil tulisan J.M. Aziz yang dimuatkan dalam drama ini. [ 3 ]
i. Bimbang 1 markah
ii. Pelita Sebuah 1 markah
iii. Inang Rodat 1 markah
iv. pantai dan Laut 1 markah
v. Puisimu Buah Hatiku 1 markah
vi. Pada-Mu 1 markah

b). Jelaskan dua sikap J.M. Aziz terhadap Jaafar dan Ibrahim seperti yang dituliskan dalam puisi di atas. [ 4 ]

F1: Sikap J.M.Aziz yang bersimpati
H/C: Simpati kerana Jaafar dan Ibrahim yang terkorban kerana mempertahankan Kg.Seberang Takir daripada dicerobohi oleh pendatang Vietnam.

F2: Sikap J.M.Aziz , berbangga / kagum
H/C: Bangga kerana kedua-dua sahabatnya, sanggup mengorbankan diri demi untuk mempertahankan negara.

F3: Sikap J.M.Aziz bersedih .
H/C: Sedih kerana mereka berdua tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya di atas pengorbanan mereka mempertahankan Kg. Seberang Takir dari dicerobohi oleh pendatang haram.



b). Bincangkan dua persoalan yang ingin dikongsikan oleh J.M.Aziz dalam sajak di atas. [ 6 ]
F1: Persoalan Nasionalisme / semangat cintakan tanah air
H/C: Mempertahankan tanah air daripada di cerobohi oleh pendatang Vietnam yang ingin mendarat di Kampung Seberang Takir.
Di bawah alunan ombak
kudengar kalian menyanyi
dendang lagu pantai kita
wajib kita tahankan
kiranya todak-todak haram
dari Sungai Mekong
tak dapat mendarat

F2: Persoalan tentang kehidupan nelayan
H/C: Nelayan di Seberang Takir yang bergantung hidup sepenuhnya pada laut sebagai sumber pendapatan.
Di bawah alunan ombak
kukelih kalian menari
lenggang Ratu Darul Iman
lalu lenggok-lenggok
di atas pentas kehidupan.

F3: Persoalan keberanian nelayan
H/C: Keberanian nelayan yang sanggup berkorban nyawa bagi mempertahankan Kg. seberang Takir didatangi pelarian Vietnam.
kudengar kalian menyanyi
dendang lagu pantai kita
wajib kita tahankan
kiranya todak-todak haram
dari Sungai Mekong
tak dapat mendarat

F4: Persoalan kebanggaan terhadap sahabat / setiakawan
H/C: Rasa bangga kerana mempunyai sahabat yang sanggup berkorban nyawa, terbukti menerusi doa yang mengiringi kepergian mereka.
Di Pantai Seberang Takir
kebersajak berpantun bersyair
berlagu doa restu
untuk arwah inilah
al-fatihah dan Qulhuwallah.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 2 markah = 4 markah.

d). Huraikan citra masyarakat nelayan yang dipaparkan dalam drama di atas. [12]

F1: Citra masyarakat nelayan yang kehidupannya terpinggir daripada pembangunan.
H/C: masyarakat nelayan seringkali dipinggirkan dari segi pembangunan ini terbukti menerusi kenyataan daripada Nik yang mengatakan Kuala Kedah cukup daif walaupun ianya merupakan pintu masuk ke Langkawi.

F3: Citra masyarakat nelayan yang diancam oleh pendatang haram
H/C: Masyarakat nelayan khasnya di Kg.Seberang Takir terpaksa berdepan dengan pencerobohan pendatang haram Vietnam, seperti Jaafar dan Ibrahim yang mati lemas kerana mempertahankan Kg. Seberang Takir dari dicerobohi pendatang haram.

F4: Citra masyarakat nelayan yang sanggup berkorban untuk negara.
H/C: Jaafar dan Ibrahim yang mati lemas kerana mempertahankan Kg.Seberang Takir dari dicerobohi pendatang haram perlarian Vietnam.

F5: Citra masyarakat nelayan yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
H/C: Golongan nelayan seringkali diabaikan dan dilupakan oleh pihak berwajib, buktinya J.M.Aziz kesal kerana rakannya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berwajib.

F6: Citra masyarakat nelayan yang terbiar dan daif / dibelenggu kemiskinan.
H/C: Masyarakat nelayan masih hidup dalam kemiskinan seperti yang dinyatakan oleh Nik tentang penduduk di Kg.Kuala Kedah yang jauh dari arus pembangunan.

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 4 markah ( 2 markah Fakta dan 2 Markah Huraian/Contoh)
3 isi x 4 markah = 12 markah


Bahagian D: SAJAK

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

7. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Sewaktu Melintasi Kundasang
Lim Swee Tin

Sewaktu melintasi Kundasang
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang
dan kebunan kubis
menyentak celaru kehidupan yang kupapah
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya
tak terusik

Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia
yang luput
ketika kau tetap abadi menatap alam
menyaksikan kejadian serba takjub
sepi namun sentosa
bahagia biarpun purba.

Kabus menipis di puncak Kinabalu
jalan di bawah berliku
angin dingin mengusap pohon-pohon
longgokan batu dan serpihan tebing
sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap
melupakan aku sedetik, pendatang terasing
kali ini akan kuambil lembutmu
untuk melentur keras waktuku.

Dewan Masyarakat, Disember 1989
Dewan Bahasa dan Pustaka.

a) Nyakan latar suasana berserta contoh yang terdapat dalam sajak di atas. [ 4 ]
b) Jelaskan dua gambaran perwatakan penyajak yang terdapat dalam sajak di atas [ 6 ]
c) Dengan memberikan contoh, nilaikan keindahan yang mengangkat estetik sajak di atas. [15]

Skema permarkahan:
a). Nyakan latar suasana berserta contoh yang terdapat dalam sajak di atas. [ 4 ]

F1: Pada waktu pagi / terbit matahari
C1: matahari melimpahkan sinar mutiaranya

F2: Suasana damai / aman / harmoni.
C2: damai dengan warnanya

F3: Suasana sepi / sunyi / hening.
C3: sepi namun sentosa

F4: Keadaan berkabus.
C4: Kabus menipis di puncak Kinabalu

F5: Keadaan cuaca yang dingin.
C5: angin dingin mengusap pohon-pohon

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah( 1 markah fakta dan 1 markah contoh )
2 isi x 2 markah = 4 markah

b) Jelaskan dua gambaran perwatakan penyajak yang terdapat dalam sajak di atas [ 6 ]

F1: Seorang yang telah insaf/sedar
H/C: Penyajak menggambarkan apabila melintasi Kundasang, beliau sedar sikapnya yang selama ini degil/keras. Keharmonian alam di Kundasang telah menyedarkannya.
kali ini akan kuambil lembutmu
Untuk melentur keras watakku.

F2: Seorang yang menyintai keindahan alam
H/C : Penyajak menjelaskan beliau begitu tertarik dengan keindahan alam di Kundasang sehingga terbit rasa rindu dan damai di hatinya.
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya

F3: Seorang yang mengkagumi kedamaian alam
H/C: Penyajak menjelaskan beliau begitu kagum dan takjub ketika melihat keindahan alam yang asli dan tidak terusik oleh arus kemodenan.
ketika kau tetap abadi menatap alam
Menyaksi kejadian serba takjub

F4: Seorang yang bersikap individualistik
H/C : Penyajak semasa berada di kota hanyut dengan beradaban di sana yang bersikap individualistik dan mementingkan diri sendiri.
Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia
yang luput


Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah( 1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh )
2 isi x 3 markah = 6 markah


c) Nilaikan keindahan yang mengangkat estetik sajak di atas.

F1: Asonansi
H/C: Perulangan bunyi vokal yang sama dalam satu baris
Aku telah dihimpit bising peradaban
( perulangan bunyi vokal i )
K: Berhasil menimbulkan kemerduan bunyi / irama

F2: Aliterasi
H/C: Perulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu baris
sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap
( perulangan bunyi konsonan s )
K: Berhasil menimbulkan kemerduan bunyi / irama

F3: Personifikasi
H/C : Memberikan sifat manusia kepada objek / benda ( pengorangan )
angin dingin mengusap pohon-pohon
K: Berhasil menggerakkan imaginasi pembaca.

F4: Hiperbola
H/C : Gaya bahasa perbandingan yang melampau / berlebihan
Aku telah dihimpit bising peradaban
K4 : Dapat memberikan gambaran yang berlebihan

F5: Metafora
H/C : Gaya bahasa perbandingan tak langsung, biasanya mengandungi dua patah perkataan, bersifat konkrit dan abstrak.
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
K: Dapat menggerakkan imaginasi pembaca.

F6 : Paradoks
H/C : Pasangan kata yang membawa makna yang bertentangan.
sepi namun sentosa
bahagia biarpun purba.
K: Dapat membandingkan imej



F7 : Inversi
H/C : Pembalikan rangkai kata
sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap – dakap mesra
K: Menghasilkan kelainan pengucapan

Pilih 5 isi sahaja
1isi = 3 markah( 1 markah fakta/huraian, 1 markah contoh dan 1 markah keberkesanan )
5 isi x 3 markah = 15 markah

Soalan 8

8 Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Ke Ruang Katarsis
Zaen Kasturi

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama

gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
gugup membiak di mana-mana.

Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.

Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpah air mata nanah ke luka bangsa?

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
mengayam gugup bergantungan di dada.

Mari kta lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.


Di Atas Mimbar Merdeka, 1994
Dewan Bahasa dan Pustaka.

a) Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, bincangkan intuisi yang terdapat dalam sajak tersebut [ 4 ]

b) Jelaskan tiga pemikiran yang diungkapkan dalam sajak di atas. [ 9 ]

c) Jelaskan unsur perulangan yang terdapat dalam sajak di atas [12]

Skema pemarkahan:
________________________________________________________________________

8. a) Tiga pemikiran

F1: Pemikiran penyajak tentang perjuangan generasi terdahulu yang sanggup berkorban bagi membebaskan tanah air
H/C: Penyajak menjelaskan tentang pejuang-pejuang dahulu sanggup menderit dan berkorban nyawa untuk memerdekakan negara.

apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.

F2 : Pemikiran penyajak bahawa generasi kini sanggup membiarkan negara dicerobohi.
H/C : Penyajak menegaskan tentang betapa penakutnya generasi masa kini yang sanggup melihat orang asing mengaut keuntungan di negara sendiri.

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama

F3 : Pemikiran penyajak bahawa gejala sosial mampu memusnahkan generasi muda.
H/C : Penyajak menyedari bahawa generasi muda akan hancur jika terus hanyut dalam gelombang gejala sosial seperti najis dadah.



Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
mengayam gugup bergantungan di dada.

F4 : Pemikiran penyajak bahawa keberanian perlu bagi memajukan bangsa
H4 : Penyajak menjelaskan tentang sifat berani perlu ada dalam memperjuangkan nasib bangsa agar negara kita akan dihormati dan disegani.

Mari kta lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.

F5 : Pemikiran penyajak bahawa keimanan perlu ditanam pada generasi baru.
H/C : Penyajak menjelaskan sifat keimanan perlu ada pada generasi hari ini agar kehidupan akan lebih damai/tenang pada masa akan datang.

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh )
3 isi x 3 markah = 9 markah

b) Intuisi penyajak

F1: Perasaan resah
H/C: Resah kerana penduduk negara ini terpaksa hidup menderita akibat
dijajah.
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.

F2: Perasaan gugup / gementar
H/C: Gugup kerana penduduk negara ini hanya melihat hasil negara dicuri oleh
orang luar/asing.
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama
.
F3: Perasaan kesal.
H/C: Kesal kerana jika penduduk negara ini tidak berhati-hati/lalai, negara ini
akan sekali lagi akan dijajah.
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpah air mata nanah ke luka bangsa?

F4: Perasaan sedih.
H/C: Sedih melihat penduduk negara ini pernah dijajah dengan kejam/zalim
album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.


Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah( 1 markah fakta dan 1 markah contoh )
2 isi x 2 markah = 4 markah

c) Aspek perulangan

F1: Asonansi
H/C: Perulangan bunyi vokal yang sama dalam satu baris
Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
( perulangan bunyi vokal a )

F2: Aliterasi
H/C : Perulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu baris
Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
( perulangan bunyi konsonan s )


F3: Anafora
H/C : Perulangan kata yang sama di awal baris secara berturutan/ sejajar
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.
( kata luka mesti digaris dibawahnya )

F4: Epifora
H/C : Perulangan kata yang sama di akhir baris secara berturutan / sejajar
gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
( kata kita mesti digaris dibawahnya )

F5: Perulangan kata yang sama di tengah baris
H/C : Kata yang sama diulang-ulang secara berturutan
resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
(kata mengeliat mesti digaris dibawahnya )


F6 : Perulangan kata
H/C : Perulangan kata yang sama diulang-ulang
bukan nestapa
tapi gelegak
bukan duka
tapi ombak


Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh )
4 isi x 3 markah = 12 markah


SKEMA TAMAT

Soalan Percubaan STPM Kesusasteraan Melayu Moden Negeri kelantan 2011

SULIT
922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
2011
3 Jam


MAJLIS PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH
CAWANGAN KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)



KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 2

(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)

Masa : Tiga Jam


Arahan kepada calon:

Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].








Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

STPM 922/2 [ Lihat sebelah]


Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA



1. Institusi Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah institusi kesusasteraan yang berperanan penting dalam memperkembang dan merancakkan lagi bidang Kesusasteraan Melayu Moden di era pasca merdeka.

a) Nyatakan latar penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka [ 5 ]

b) Jelaskan objektif penubuhannya [ 4 ]

c) Bincangkan empat sumbangan institusi Dewan Bahasa dan Pustaka [16]


2. Mana Sikana merupakan salah seorang pengkritik dan penulis esei kesusasteraan Melayu yang terkemuka di Malaysia mutakhir ini. Merujuk kepada ketokohan beliau itu, jelaskan perkara berikut,

a) Nyatakan latarbelakang dan latar pendidikan serta kerjaya beliau [5]

b) Bincangkan lima sumbangan Mana Sikana dalam bidang Kritikan Sastera .[20]



Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN.

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

3. “Aku tidak biasa sembunyi-sembunyi. Dengan siapapun aku selalu berterus-terang. Dan ini aku katakan bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang aku ketahui dari Robert. Tidak seperti ayah aku, ayah Robert tidak menyembunyikan satu apapun pada anaknya. Barangkali Datuk Tan tidak mempunyai sebab untuk bersembunyi-sembunyi tetapi ayahku memang ada yang hendak disembunyikannya dariku. Dia tahu perbuatannya itu tidak adil terhadap orang kampungnya sendiri dan dia tahu aku tidak akan menyetujuinya.”
(Petikan halaman 156, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur)

a) Petikan di atas adalah sebahagian dari sepucuk surat. Siapakah yang menghantar surat tersebut ? [1]

b) Jelaskan sikap ‘aku’ terhadap penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang terdapat dalam novel. [6]

c) Huraikan tuduhan-tuduhan watak ‘aku’ terhadap ayahnya. [9]

d) Jelaskan persoalan yang hendak diketenahkan menerusi petikan di atas.[9]


4. “Kawan datuk kau waktu zaman Jepun dulu.ini,” ujar ibunya, “surat-suratnya yang dikirimkan kepada datuk kau.”
Diserahkannya kotak itu kepada anaknya. Nilakesuma menarik keluar surat yang di atas sekali yang kelihatannya masih baik.
“Itu suratnya yang terakhir tetapi datuk kau tidak sempat lihat. Surat itu sampai pada hari datuk kau meninggal,” kata ibunya.
“Jadi dia tidak tahu datuk meninggal?”
“Bapa kau sudah beritahu. Sejak itu, suratnya tidak pernah datang lagi.”
“Apakah dia masih hidup?”
“Kami tidak tahu. Sudah sepuluh tahun lebih.

(Dipetik daripada MPM [peny.]2003. Cerpen Nagasaki, Mutiara
Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur.DBP,hlm 147-148)

a) Siapakah “dia” dalam petikan? [6]

b) Berdasarkan cerpen Nagasaki, jelaskan tiga teknik yang digunakan oleh pengarang untuk memaparkan watak dalam cerpen. [9]

c) Huraikan mesej yang cuba ditonjolkan oleh pengarang yang terdapat dalam cerpen Nagasaki. [10]


Bahagian C : DRAMA

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini


5.. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PAK HAMID: Nak jumpa kau. Manusia kejam. tak berperikemanusiaan. Rendah budi, tak bertimbang rasa.

DAHLAN : Apa pulak orang tua ini, pagi-pagi berleter.

PAK HAMID: Berleter?...Mana Rahimah?

DAHLAN : Rahimah tak bertempat lagi di sini.

PAK HAMID: Aku tahu,Rahimah kau sia-siakan. Kerana kau dia menderita.

DAHLAN : Apa boleh buat, sudah suratan takdir. Cukup juga saya mengatur tadbir, tapi kecewa. Takdir juga yang tiba.

PAK HAMID: Tentu, sebab tadbir kau tadbir bodoh. Kejam.

DAHLAN : Apa, pakcik? Tadbir bodoh? Sia-sia saya belajar ke England... sia- sia kelulusan saya yang saya bawa balik.

PAK HAMID: Memang semua orang tahu kau lepasan sekolah tinggi.Kau lulus ilmu undang-undang.Kau seorang lawyer.Tapi, ingat.....pelajaran tinggi saja tak berguna kalau tidak disertai dengan pendidikan kebangsaan keagamaan.Sebenarnya kau tak ada pendidikan.Kau lulus ilmu undang-undang tapi kau tak mengikut undang-undang.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (Peny).2003. Drama “Lawyer Dahlan”. dalam Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 215)

a) Jelaskan kenapa Pak Hamid menganggap Dahlan manusia kejam, tak berperikemanusiaan, rendah budi, tak bertimbang rasa [10]

b) Huraikan tiga prinsip hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang dalam drama ini melalui Watak Pak Hamid. [9]

c) Drama ini berkonsepkan hukum ”Poetic Justice”. Jelaskan maksud konsep tersebut dan hubungan dengan tindakan atau perbuatan Dahlan seperti yang digambarkan dalam drama ini. [6]


6. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan berikutnya,

ADEGAN TUJUH

Muzik sayu sedikit. Cik Lijah sedang menjahit kain.

CIK LIJAH: Bulan Disember, tahun 78, Allahyarham nelayan Jaafar dan Ibrahim mati lemas kerana nak cuba memintas bot perlarian Vietnam daripada mendarat di Seberang Takir. Tak sesiapa pun tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tak ada askar sederet memberikan tembakan hormat, tiada bugle yang meniupkan ”The Last Post”. Dua nelayan Melayu Seberang Takir cuba mempertahankan tanah air. Abang Aziz juga seorang nelayan. Lahirlah puisi berikut:

Bersinar Seumur

Di bawah alunan ombak
kukelih kalian menari
lenggang Ratu Darul Iman
lalu lenggok-lenggok
di atas pentas kehidupan.

Di bawah alunan ombak
kudengar kalian menyanyi
dendang lagu pantai kita
wajib kita tahankan
kiranya todak-todak haram
dari Sungai Mekong
tak dapat mendarat
di sini ada sedia
Bedor besar
Payang Panjang
Jalur Lebar
Sekoci Tinggi
Kuwil Comel
termasuk Kolek Cantik
haluannya tegap haluannya
menghadap ke laut.

Dibawah alunan ombak
kukelih kalian berdiri
bercacang-cacang tegap
bagai rumah api di Bukit Puteri
takkan senget
takkan terbalik
apinya takkan padam
apinya terus menyala bercahaya
bersinar seumur.


Kalian nelayan
kalian pahlawan
nusa tercinta.

Di Pantai Seberang Takir
kebersajak berpantun bersyair
berlagu doa restu
untuk arwah inilah
al-fatihah dan Qulhuwallah.

a). Nyatakan tiga buah puisi lain hasil tulisan J.M. Aziz yang dimuatkan dalam drama ini. [ 3 ]

b). Jelaskan dua sikap J.M. Aziz terhadap Jaafar dan Ibrahim seperti yang dituliskan dalam puisi di atas. [ 4 ]

c). Bincangkan dua persoalan yang ingin dikongsikan oleh J.M.Aziz dalam sajak di atas. [ 6 ]

b). Huraikan citra masyarakat nelayan yang dipaparkan dalam drama di atas. [12]



Bahagian D: SAJAK

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

7. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Sewaktu Melintasi Kundasang
Lim Swee Tin

Sewaktu melintasi Kundasang
matahari melimpahkan sinar mutiaranya
ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang
dan kebunan kubis
menyentak celaru kehidupan yang kupapah
sekali gus meresapkan rindu
damai dengan warnanya
tak terusik

Aku telah dihimpit bising peradaban
kasih dan cinta manusia
yang luput
ketika kau tetap abadi menatap alam
menyaksikan kejadian serba takjub
sepi namun sentosa
bahagia biarpun purba.

Kabus menipis di puncak Kinabalu
jalan di bawah berliku
angin dingin mengusap pohon-pohon
longgokan batu dan serpihan tebing
sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap
melupakan aku sedetik, pendatang terasing
kali ini akan kuambil lembutmu
untuk melentur keras waktuku.

Dewan Masyarakat, Disember 1989
Dewan Bahasa dan Pustaka.

a) Nyakan latar suasana berserta contoh yang terdapat dalam sajak di atas. [ 4 ]

b) Jelaskan dua gambaran perwatakan penyajak yang terdapat dalam sajak di atas
[ 6 ]

c) Dengan memberikan contoh, nilaikan keindahan yang mengangkat estetik sajak di atas. [15]



8 Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Ke Ruang Katarsis
Zaen Kasturi

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

resah mengeliat ke tanah
resah mengeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hingga gugup mengatur genta pertama

gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
gugup membiak di mana-mana.

Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.

Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpah air mata nanah ke luka bangsa?


Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak
sempat ditalkinkan pada saat pertama lolong angin tenggara
memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat
dikebumikan pada saat pertama raung hujan selatan
mengayam gugup bergantungan di dada.

Mari kta lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang
muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang.

Ayunkan roh anak ke pintu hakiki
Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi
temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi
dan selimut iman dari Tuhan.


Di Atas Mimbar Merdeka, 1994
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.304 -305



a) Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, bincangkan intuisi yang terdapat dalam sajak tersebut [ 4 ]

b) Jelaskan tiga pemikiran yang diungkapkan dalam sajak di atas. [ 9 ]


c) Jelaskan unsur perulangan yang terdapat dalam sajak di atas [12]



SOALAN TAMAT