Ahad, 2 Oktober 2011

Soalan Percubaan STPM Kesusasteraan Melayu Kertas 1 tradisional Negeri Kelantan


kertas 1 percubaan Kelantan 2011
Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Soalan 1.       Kesusasteraan hikayat  berunsur Hindu Islam ialah karya-karya
                      yang asalnya berunsur Hindu tetapi telah dimasukkan dengan
                      unsur-unsur Islam.

  1. Nyatakan 5 contoh karya kesusasteraan Melayu tradisional yang
berunsur Hindu-Islam.                                                                                    (5 Markah)

  1. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan pengaruh Hindu
dan Islam dalam karya-karya Melayu di zaman peralihan Hindu Islam       (20 Markah)


Soalan 2        Kesusasteraan Agama adalah salah satu hasil karya kesusasteraan Melayu
                      Tradisional yang dihasilkan secara bertulis.

a.     Apakah yang dimaksudkan dengan kesusasteraan agama dan
nyatakan 2 contoh karya  kesusasteraan tersebut.                                    (4 Markah)

b.    Huraikan tujuan penulisan kesusasteraan agama.                                     (6 Markah)
c.    Jelaskan persoalan –persoalan yang terdapat di dalam kesusasteraan
Agama.                                                                                                       (15 Markah)


Bahagian B:  KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN
Soalan 3.     Berdasarkan petikan di bawah jawab soalan yang mengikutinya
“Syahdan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida- sida yang duduk di seri balai itu, melainkan segala menteri yang besar- besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri balai; maka segala anak tuan- tuan yang bersahaja- sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang- selang duduknya;melainkan puan dan pedang dikelek- kelekan kiri kanan pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikul pedang itu.
                                                                                ( Dipetik daripada A. Samad Ahmad [ peny. ], 2003.
                                                                                     Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ( Edisi Pelajar).
                                                                       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 75 )

a.    Nyatakan  adat istiadat yang terdapat dalam petikan.                           ( 1 Markah )
b.    Jelaskan 4 bentuk pantang larang                                                          ( 12 markah )
c.    Huraikan kepentingan adat istiadat dan pantang larang                     ( 12 markah )


Soalan 4.
Karya Agung Sulalatus Salatin banyak memaparkan konsep pembentukan negara yang mantap, tanpa konsep kesetiaan sudah pasti Kerajaan Melayu Melaka tidak dapat berdiri dengan teguh. Bincangkan.                                                                                    ( 25 markah )
                                                                                   
Skema Pemarkahan
Soalan 3
a.    Nyatakan  adat istiadat yang terdapat dalam petikan.                                ( 1 Markah )
i-             Adat menyembah dan menjunjung duli- semasa menghadap raja
ii-            Adat menyambut utusan- bergantung besar atau kecil sesebuah kerajaan.
                                                                                                   Pilih 1 isi sahaja
                                                                       1 isi = 1 markah (1 markah fakta )


b.    Jelaskan 4 bentuk pantang larang                                                                       ( 12 markah )
Fakta 1: Pantang larang berpakaian.
Huraian: Rakyat jelata ( orang keluaran ) dilarang dari menggunakan pakaian yang berwarna kuning, di buat tepi tabir, ulasan bantal besar dan tilam, bungkusan barang, dijadikan barang perhiasan, kain, baju dan destar,  Begitu juga sekiranya ingin masuk ke istana seseorang itu harus memakai kain berpancung dan berkeris di hadapan serta bersebai sekiranya berkeris di belakang akan dirampas.
Fakta 2: Memiliki emas.
Huraian: Rakyat jelata  walau pun ia seorang yang berada dilarang memakai barangan kemas yang dibuat daripada emas bergelang kaki emas dan sekiranya berkeroncong emas berkepala perak pun tidak dibenarkan kecuali ia dianugerahi oleh raja dapatlah dipakai untuk selama-lamanya.
Fakta 3: Menderhaka.
Huraian: Rakyat jelata adalah ditegah sama sekali melakukan penderhakaan kepada raja, ini sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan raja merupakan payung rakyat tempat berteduh, pantang Melayu menderhaka, sekiranya seseorang itu menderhaka maka balasan buruk bakal menanti iaitu hukuman bunuh, bagi penderhaka ia tidak layak untuk berada di atas bumi ini dapat di lihat dalam peristiwa Hang Jebat yang mati di bunuh apabila bertindak menderhaka ke atas Sultan Mansor menyebabkan beliau mati di bunuh di tangan sahabatnya sendiri Hang tuah atas arahan sultan, begitu juga dengan bangkainya turut dibuang ke laut serta segala anak bininya turut dibunuh manakala kaki tiang dan tanah bekas rumahnya turut dibuang ke laut inilah betapa besarnya kesalahan menderhaka yang dianggap tidak layak untuk berada di bumi.
Fakta 4: Biadap di hadapan Bendahara
Huraian: Peristiwa ini dapat dilihat apabila Tun Perpatih Hitam semasa dibicarakan oleh Bendahara Seri Maharaja maka Tun Hussain anak Tun Perpatih Hitam datang dengan berkeris panjang untuk mendapatkan ayahandanya dengan ini beliau telah berdiri sambil menguiskan tikar  dengan kaki, perbuatan ini dianggap satu perbuatan yang biadap menguis tikar di hadapan bendahara dan menyebabkan ia mati dibunuh oleh Laksamana manakala anakndanya juga turut dibunuh.
Fakta 5: Membina rumah dan berperahu.
Huraian: Rakyat jelata dilarang membuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tidak berpijak ke tanah serta bertiang terus dari atap dan peranginan, sekiranya berperahu tidak boleh bertingkap, berpenghadapan dan tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris.

                                                             Pilih 4 isi sahaja
1     isi = 3 markah (1 markah fakta 2 markah huraian / contoh )
3isi X 4 markah= 12 markah

C .Huraikan kepentingan adat istiadat dan pantang larang                                  ( 12 markah )
Fakta 1: Menggambarkan Keagungan Kerajaan Melaka.
Huraian: Adat istiadat yang tersusun rapi yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah telah menggambarkan Kerajaan Melaka merupakan sebuah kerajaan yang agung, besar dan berdaulat. Sistem pemerintahan yang cukup kemas dan tersusun ( sistematik ) yang mana raja sebagai pemerintah yang dibantu oleh pembesar- pembesar yang berwibawa bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan, jika dibandingkan dengan mana- mana kerajaan di kepulauan Melayu seperti Majapahit. Melaka adalah sebuah kerajaan yang tersusun maju dan bersistemmatik.
Fakta 2: Menggambarkan martabat raja yang tinggi/ Status kedudukan.
Huraian: Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat di lihat melalui segala adat istiadat dan juga pantang larang yang menunjukkkan perbezaan yang ketara dengan golongan yang di perintah contoh kedudukan raja semasa dalam balai penghadapan begitu juga dari segi pemakaian emas adalah barangan yang amat berharga adalah khusus untuk golongan raja sahaja. Ini jelas menunjukkan betapa tingginya martabat raja di kalangan rakyat.


Fakta 3: Menggambarkan Kerajaan Melaka sebuah kerajaan Islam yang unggul.
Huraian: Melalui adat istiadat yang terdapat dalam Kerajaan Melaka dapat menggambarkan Melaka adalah sebuah kerajaan Islam yang unggul di rantau Melayu ini dapat di lihat melalui peristiwa bagaimana sebuah kitrab Darul Mazlum  sebuah kitab dari negara Arab yang telah diarak dengan penuh penghormatan sehingga sampai ke istana Melaka. Begitu juga sambutan pada malam bulan Ramadhan iaitu malam 7 likur dan ianya patut dicontohi oleh setiap para pemerintah.
Fakta 4: Menggambarkan Rakyat yang taat setia.
Huraian: Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan masyarakat Melayu yang patuh dan sanggup menjunjung segala perintah dan peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah terhadap golongan yang diperintah. Mereka beranggapan bahawa raja adalah golongan yang  berdaulat oleh itu mereka memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja serta teguh memegang prinsip ‘Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja’
Fakta 5: Mengukuhkan Institusi Istana dan pembesar Melayu.
Huraian: Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa pembesar dilindungi daripada ancaman- ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkannya dengan adanya adat dan pantang larang seolah- olah golongan rakyat cuba dinafikan hak mereka, walau pun ada di kalangan rakyat yang mampu memiliki kekayaan tetapi disebabkan adanya peraturan yang mengatakan rakyat biasa tidak boleh memiliki dan memakai barangan emas kecuali dianugerahi, maka secara tidak langsung golongan istana dan pembesar akan di pandang tinggi dan mulia dan tidaklah timbulnya perasaan bongkak akibat kekayaan di kalangan rakyat dan pada satu masa mungkin bertindak mencabar institusi beraja.
                                                                            Pilih 4 isi sahaja
                                     1 isi = 3 markah (1 markah fakta 2 markah huraian / contoh)
                                     4 isi X 3 markah= 12 markah
Taburan Markah:
( a )     1 markah
( b )     12 markah
( c )      12 markah.
__________________
            25  markah.
__________________


Soalan 4.
Karya Agung Sulalatus Salatin  memaparkan konsep pembentukan negara yang mantap melalui kesetiaan rakyat terhadap pemerintah, merujuk kepada Kerajaan Melayu Melaka bincangkan kenyataan tersebut.                                                                       ( 25 markah )

Fakta  1 : Kesetiaan Hang Tuah
Hang Tuah merupakan laksamana Melaka, beliau dikatakan seorang hamba Melayu yang menumpahkan kesetiaan kepada raja Melaka tanpa berbelah bahagi, ini dapat dilihat semasa beliau dijatuhkan hukuman akibat dari fitnah salah seorang pembesar yang begitu mencemburui kejayaan yang dicapai oleh beliau ini telah membawa kepada hukuman bunuh, begitu juga kesanggupan beliau menjalankan perintah raja dengan penuh ketaatan tanpa membantah untuk membunuh rakan karibnya Hang Jebat. Tanpa adanya sifat kesetiaan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah sudah pasti Kerajaan Melaka akan mengalami kekacauan akibat dari rasa tidak puas hati yang ditunjukkan oleh Hang Tuah dan para pengikutnya. Begitu juga sekiranya Hang tuah tidak melaksanakan perintah Sultan untuk membunuh Hang Jebat sudah pasti tidak ada orang yang berupaya membunuhnya dan ini akan menghuruharakan kerajaan Melaka.
Fakta 2 : Kesetiaan Bendahara Paduka Raja
Huraian: Kesetiaan Bendahara Paduka Raja dapat dilihat melalui peristiwa apabila beliau tidak bertindak balas atas kematian anakndanya Tun Besar yang dibunuh oleh putera Sultan Mansor Raja Muhammmad, sewaktu Tun Besar sedang bermain sepak raga tiba- tiba bola raga terkena pada dastar baginda, ini telah menyebabkan Raja Muhammmad merasa murka lalu membunuh Tun Besar. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengikut Bendahara Paduka Raja, tetapi atas dasar kesetiaan Tun Perak tidak bertindak balas kerana dirinya sedar sekiranya beliau menggambil tindakan sudah pasti akan menyebabkan negeri Melaka terdedah kepada kekacuaan dan sudah pasti pihak musuh akan mengambil kesempatan dan akan menyebabkan Kerajaan Melaka menjadi tidak stabil, sikap Tun Perak ini sebenarnya satu tindakan yang berpandangan  jauh, malah beliau hanya menyatakan ketidak sanggupan untuk bernaung di bawah Sultan Muhammad ini menyebabkan baginda Sultan Mansor menghantarnya ke negeri Pahang untuk dijadikan raja di sana.
Fakta 4 : Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja.
Huraian: Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja dapat dilihat apabila beliau telah menjadi mangsa fitnah oleh Kitul, Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan yang mengatakan beliau telah mengumpulkan harta kekayaan melebihi kekayaan sultan. Sultan Mahmud yang telah lama mendendami Bendahara Seri Maharaja apabila Bendahara Seri Maharaja tidak menunjukkkan anak gadisnya Tun Fatimah yang rupawan dan  dikahwinkan dengan Tun Ali, ini menyebabkan TunMutahir dan keluarganya telah dijatuhi hukuman bunuh dan tindakan sultan ini telah menimbulkan kemarahan para pengikutnya tetapi BendaharaSseri Maharaja telah memujuk para pengikutnya bersabar dan beliau sanggup menerima hukuman bunuh. Tindakan beliau ini merupakan satu pengorbanan yang ingin melihat keamanan yang berkekalan walaupun beliau tahu yang dirinya tidak bersalah tetapi memandangkan ia lebih pentingkan kepada ketenteraman beliau sanggup menghalang para pengikutnya  dari terus memberontak.
Fakta 5: Kesetiaan Tun Biajid.
Huraian: Tun Biajid merupakan anak Laksamana Hang Tuah, beliau telah ditugaskan oleh baginda sultan untuk menjaga kawasan Merba, sekembalinya beliau dari bertugas menjaga kawasan didapati baginda Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan isterinya, peristiwa ini telah terserempak dengan Tun Biajid yang sewaktu itu sedang membawa lembing. Tun Biajid telah menimbang- nimbang lembing untuk di tikam ke dada baginda tetapi memikirkan sebagai seorang bangsa Melayu yang pantang menderhaka kepada raja tambahan pula beliau anak kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan sikap kesetiaannya. Sekiranya Tun Biajid menderhaka sudah pastilah Kerajaan Melaka akan menjadi huru- hara memandangkan baginda Sultan Mahmud terkenal dengan seorang sultan yang lemah dan tidak berwibawa dan sudah pasti orang akan memandang kepada Tun Biajid seorang penderhaka dan tidak dapat mewarisi sikap ayahandanya Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan kepatuhan dan kesetiaannya,malah beliau hanya mengambil tindakan dengan memulau untuk tidak pergi ke istana
Fakta 5: Kesetiaan Utusan- utusan Melaka semasa melaksanakan tugas.
Huraian :  Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang mantap lagi unggul di mata dunia adalah dibantu oleh golongan- golongan utusan Melaka yang dilantik oleh para sultan dalam menjalankan wakil dari  kerajaan Melaka. Para utusan tadi telah menunjukkan kesetiaan dan kebijaksanaan yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas, contoh utusan Melaka ke China yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih telah menunjukkan kesetiaan dan kebijaksanaannya apabila berjaya melihat wajah Maharaja China, Tun Bijaya Sura telah berjaya mengangkat martabat Raja Melaka dan dalam masa yang sama telah menjatuhkan maruah Betara Majapahit melalui permainan sapu- sapu rengit. Menteri Jana Putera dan Tun Telanai berjaya menjaga imej Melaka melalui jawapan- jawapan yang dikemukakan kepada Raja Siam manakala Hang Nadim berjaya memberi tunjuk ajar kepada para pelukis kain di Benua Keling bagaimana untuk menghasilkan corak kain yang baik. Sekiranya para utusan tadi tidak dapat menunjukkan kesetiaan yang begitu tinggi sudah pasti matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang di pandang mulia di kalangan negara serantau sudah pasti tidak akan mencapai matlamatnya kerana kesetiaan merupakan kunci untuk mewujudkan negara yang cemerlang lagi terbilang

 Pilih 5 isi sahaja: 5 isi = 5 M ( 1 F: 4 H dan C  ): 5 isi X 5 markah=  25 markah                                                                         
*Huraian mesti disertakan dengan perbincangan.
* Mana- mana huraian yang  tidak disertakan dengan perbincangan markah huraian maksimumnya 1.


JAWAPAN

Soalan 5.
a.Maksud

F1:  Merupakan satu bentuk penulisan tentang pengetahuan agama
F2:  Mengcakupi dalam bidang tasauf, fekah, usuluddin, metafizik Islam dan sufisme.
F3:  Penulisan sastera kitab mementingkan fakta tetapi penyampaian berunsurkan seni atau   
        estetika.
F4:  Persoalan tentang agama dengan penerangan yang mudah untuk orang melayu  
       memahami dan mengamalkan ajarannya.
F5:  Kegiatan penulisan sastera kitab berkembang selari dengan perkembangan agama Islam.
F6:   Mendapat naungan golongan istana dan ditulis atas permintan raja

                                                                    Pilih 5 isi sahajaI isi x 1m5 isix 1m=5m

b. Keisitimewaan
F1: Memiliki sifat-sifat luaran/fizikal yang baik
h/c:Memiliki raut wajah yang panjang, hidung yang mancung , berleher jenjang, berjanggut,  
      berkulit hitam manis, berfikiran tajam dan lancar pertuturan

F2: Sangat berdisiplin
H/c:Membahagikan malam kepada 3 bahagian iaitu solat, belajar dan tidur.setiap hari akan  
       khatam al-quran sekali manakala bulan Ramadhan khatam 60 kali menerusi solat

F3: Mempuyai ketajaman fikiran/memiliki daya ingatan yang luar biasa
Hc: Menghafal ayuat –ayat al-quran dana hadis dalam masa yang singkat iaitu ketika umur 7
      tahun.umur 10 tahun menghafal hadis muwatta.boleh menghafal 22 hadis sebaik sahaja
      diajar Imam Malik

F4: Seorang yang zahud(mementingkan akhirat daripada dunia)
h/c:Menolak tawaran Khalifah Harun Al-Rashid untk menjadi Kadi.
      Beliau menangis melihat kekayaan penduduk Iraq dan mengenangkan kemiskinan   
      penduduk Hijaz . sepanjang hidup  menghabiskan masa dengan belajar ilmu.antara
      gurunya Imam Malik, Ismail bin Ulyah dan Abdul Wahab bin Abdul Majid al-Thaqafi.

F5: Rajin mengembara
h/c:Beliau mengembara ke Madinah, Iraq, Parsi, negeri-negeri bukan Arab dan
      Mesir.sepanjang pengembaraan beliau memperoleh ilmu pengetahuan dan banyak  
      bergaul seperti semasa di rumah Imam Malik beliau mengetahuan adab memuliakan  
      tetamu.

F6:Sabar dalam menghadapi dugaan Tuhan
h/c:Imam Shafii sabar  mengidap penyakit dan paling serius penyakit buasir

F7:Seorang pembahas dan pendebat yang hebat
h/c:Seorang yang petah dan hebat berhujah serta mempunyai daya fikiran yang tajam.setiap
      kali berbahas beliau memenanginya . contoh ketika beliau berbahas dengan ulamak
      Muhammad al-Hassan menenai solat

F8:Pelopor mazhab as-Shafii
h/c:Beliau mengistiharkan mazhabnya di masjid Amru bin al-As.mazhabnya tersebar ke
      seluruh dunia. Ilmu dan Kitab beliau seperti Kitab Al-Za ‘faran menjadi rujukan anak-anak
      muridnya.

F9:Mempunyai ilmu yang tinggi
h/c:Menulis Kitab al-Za’faran

Pilih 5 isi sahaja:1 isi=3m: 5 isix 3m=15m

c.Nilai

F1: Kerajinan
h/c:Rajin mencari ilmu dengan mengembara ke serata tempat.Imam Shafii rajin mencari ilmu
      dengan mengembara hingga ke Iraq

F2: Kegigihan/ketekunan
h/c:Gigih menuntut ilmu sejak kecil  lagi.Imam shafii. Mampu menghafaz al-quran semasa 7
       tahun lagi dan menjelang 15 tahun mendapat tauliah memberi fatwa dan ijtihad.

F3:Baik hati
h/c:Memberikan kitab al-za’faran kepada kerajaan Iraq.

F4: Keikhlasan
h/c:Ibadat yang perlulah dilakuakan dengan  ikhlas. Imam Malik menegur perbuatan seorang
       pemuda ketika masuk ke dalam masjid semasa sampai di Iraq.


F5:Kesabaran
h/c:Sebagai manusia mestilah sentiasa sabar mengharungi ujian dan cabaran dengan
       bertakwa kepada Allah.Imam Shafii tidak berputus asa walaupun diuji dengan penyakit
       dan kesusuahan hidup. Beliau tetap berimam dan bertakwa keapda Allah

F6:Ketaatan
h/c:Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa patuh kepada perintah Allah.Imam Shafii
      menghabiskan sebahagian hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan menuntut ilmu-
      ilmu agama.Beliau banyak menghafal al-Quran ketika  umur 7 tahun.

F7:Kebijaksanaan/kepintaran
h/c:Imam Shafii berjaya mematahkan hujah ketika bermuzakarah di Iraq.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi=2m
4isix 2m=8m
Soalan  6.  Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kata sahibuihikayat, (tatkala Nabi Allah Sulaiaman jadi khalifah), melainkan semut tidak datang mengunjungi Nabi Allah Sulaiman kerana wafat Nabi Allah Daud alaihissalam. Maka sembah semut, “ya Nabi Allah, sekelian yang bernyawa datang mengunjungi tuan hamba jadi khalifah, bahawasanya hamba ketahui bahawa Allah Taala apabaila dikasihinya akan hamba-Nya, maka dijauhkan-Nya daripada dunia dengan seisi dan digemarkannya kepada hamba-Nya itu akhirat dengan seisinya. Maka bahawasanya, demi Allah Taala, sekarang masyghullah tuan hamba kena bala dengan pekerjaan khalifah itu tiada berketahuan kesudahan apa jua adanya dalam pekerjaan itu, maka mengunjung kematian itu terutama daripada mengunjung khalifah.’

Seperti kata syair yang ertinya; “Bahawasanya pekerjaan itu tiada kekal bagi yang empunya kerajaaan itu adanya, jika engkau tiada Kabul akan yang demikian itu, maka ke mana raja yang dahulu kala itu sanya?”

Seperti kata syair yang ertinya;”tanamkan olehmu segala tanaman kebajikan, apabila engkau turun maka segala tanaman itu tiada ,yakni perbuatlah olehmu perbuatan kebajikan, apabila mati engkau, kebajikan itu tiada jua hilang adanya.”

                                     (dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
(peny), 2003. Mutiara Sastera Melayu Tradisional
                                                                         .Kuala Lumpur:DBP
 a.    Jelaskan maksud rangkai kata.

           i.sekelian yang bernyawa datang mengunjungi
          ii.kena bala pekerjaan dengan khalifah                                                                     [4]                                                                                                                           
      b.Huraikan peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas.                                      [6]     

      c.Bincangkan lima sifat kepimpinan yang dituntut dalam Islam.                                 [15]

 SOALAN 6
a.Maksud rangkai kata
i.Semua yang hidup datang menghadap                                                                                   2m
ii.Bencana kerana kesalahan atau kesilapan khalifah                                                            2m

b.Peristiwa sebelum petikan
F1:Semasa Nabi Allah Sulaiman tidur, berjalan seekor semut di aatas dadanya.
F2:Beliau telah membuang semut tersebut
F3:Semut menjadi marah
F4:Semut telah mengingatkan Nabi Allah Sulaiman bahawa mereka sesama makluk Allah
      tidak boleh menganinyai satu sama lain
F5:Semut mengingatkan Nabi Allah Sulaiman jika beliau tidak takut akan neraka, beliau tidak
      akan menganinyinya.
F6:Semut tikda akan memaafkan Nabi Sulaiaman melainkan belai  memenuhi tiga syaratnya.
F7:Syarat-syarat yang diberikan oleh semut ialah semut tidak  akan ditertawakan, tidak
      menghalang permintaan seseorang dan melindungi seseorang dengan kuasa yang ada.

Pilih 6 isi sahaja
1 isi= 1m
6 isi x 1m=6m
 c.Sifat kepimpinan

F1:Bertakwa
     Hendaklan melakukan kebaikan keraan Allah akan menjauhkannya daripada segala  
     kejahatan.
h/c:Semut menyatakan bahawa Allah taala akan mengasihi hambanya dan menjauhinya   
      daripada segala kejahatan

F2:Bersikap adil
h/c: Semut berpesan supaya sentiasa bersikap adil dalam pemerintahan

F3: Bertanggungjawab/amanah
h/c:Seseorang raja hendaklah mengetahui dengan jelas tanggungjawab sebagai pemerintah.  
      Umar al Khatab menunaikan tanggungjawabnya. Membantu seorang perempuan dan  
       orang tua.

F4:Merendah diri
h/c:Umar pergi memberi bantuan kepada penduduk yang miskin tanpa mengharapkan
      pegawainya.
F5:Menjaga kebajikan  rakyat
h/c:Umar membawa tepung gandum dan kurma ke rumah seorang perempuan tua.
h/c2:membantu seorang perempuan dan tiga orang anaknya.

F6:Boleh menerima nasihat/teguran
h/c:Nabi Sulaiman menerima teguran daripada seekor semu dan meminta maaf daripada   
      semut kerana telah membuat semut tersebut
 1isi=3m   F-1m  h/c-2m
3 m X 5 isi=15m

SKEMA JAWAPAN
Soalan 7. Baca petikan puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
           
           Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga,
Dijauh  daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga,
Yang ada serta ia bahawa itu sentiasa,
Sekaliannya kesukaan ia sedia-sedia juga,
Nyawa itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa  dan
            Hati manusia yang membawa suka,
Hati yang menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia
 Juga,
Kekasihku itu yang menyukakan hati hidayat itu adanya,
Lagi hidayat bukhari itu adanya,
Serta nyawa itu ia juga,
Beruntung lagi berbahagia jua.

Soalan 7
a. Kekasih ialah Allah/  orang yang dicintai                        (2M)
b,Aspek Gaya Bahasa
   1. Asonansi-perulangan bunyi huruf vokal dalam baris secara mendatar.
       Contohnya: Jika seribu tahun hidup sia-sia juga –vokal a

   2. Aliterasi-perulangan bunyi huruf konsonan dalam baris secara mendatar.
        Contohnya; Kekasih aku seperti nyawa mulia juga –konsonan k

  3.Anafora-perulangan perkataan di awal baris secara berurutan/berjajaran
        Contohnya:Kekasih aku seperti nyawa mulia juga
                            Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga

  4.Simile- perbandingan secara tidak langsung yang ditandai dengan kehadiran
      Perkataan bak,umpama,sperti,bagai dll.
      Contohnya; Kekasih aku seperti nywa mulia juga


  5.Epifora-perulangan perkataan di akhir baris secara berurutan/berjajaran
      Contohnya: Kekasih aku seperti nyawa mulia juga
                            Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga

  6.Repitasi- perkataan nyawa,hati,

  7.Simbolisme/perlambangan- kekasih  adalah perlambangan kepada Allah

  8. Bahasa asing-bahasa Arab
    Contoh : halar,hidayat….

                                             2markah setiap 1 isi: 1F:1H/C=2M
                                             4isi X 2M=8M

  1. Lima persoalan dalam puisi.
F1: Persoalan kasih sayang kepada Allah/kepada manusia.
H1 :kasih sayang yang hakiki ialah kasih sayang dari Allah.Kasih sayang Allah kepada makhluknya amat bernilai dan berharga.Diumpamakan orang yang mendapat kasih sayang Allah seolah olah mendapat nyawa untuk meneruskan kehidupan.
H2 : Kasih antara manusia merupakan suatu fitrah dalam kehidupan. Tanpa kasih      sayang hidup seseorang tidak akan sempurna.
 Contohnya:Baris 1

F2: Persoalan kebahagiaan.
           H1 : Seseorang yang mendapat kasih sayang Allah akan memperolehi kebahagiaan
                   yang sebenar. Kasih sayang daripada Allah sahaja yang berkekalan.

           H2 : Kasih sayang kepada orang yang dicintai akan memberi kebahagiaan kepada
                   seseorang.

           Contohnya:-Baris 7 dan 8

F3:Persoalan tentang golongan yang beruntung.
H1 : Golongan yang beruntung di dunia dan akhirat ialah orang yang mendapat kasih 
                    sayang dari Allah.Kasih sayang Allah akan member kebahagiaan dan   
                    menghilangkan segala kesedihan 
H2 : Orang yang mendapat kasih sayang daripada orang yang dicintai akan hidup    
                    dalam kebahagiaan.
            Contohnya:Baris 1

F4:Persoalan tentang golongan yang rugi
H1 : Golongan yang rugi ialah orang yang gagal mendapat kasih sayang dari Allah.
                   golongan ini akan mengsia-siakan kehidupannya walaupun hidup seribu tahu
H2 : Orang yang gagal mendapat kasih sayang daripada orang yang dicintainya adalah  
                   golongan yang rugi.
         
           Contohnya:Baris4

F5 :Persoalan tentang keagongan dan kekuasaan Allah.
H: Allah Maha Agong dan berkuasa ke atas makhlukNya.Allah sentiasa bersama kita
             walau di mana pun kita berada
Contohnya: Baris 2

F6 : Persoalan kesetiaan. 
H1: Kesetiaan kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanya
                dan meninggalkan larangannya akan menjauhkan seseorang itu daripada kesedihan
H2 : Pasangan yang setia akan menjauhi perkara-perkara yang dibenci pasangan 
                 masing-masing.

         Contohnya: Baris 8

Soalan 8
Tebu menyentak naik,
Meninggalkan ruas dengan bukunya,
Manusia menyentak turun,
Meninggalkan adat dan pusaka.

Kalau tersendeng biduk di tebing,
Betulkan galangnya,
Kalau tersendeng ikan di sungai,
Siapkan serampang.

Banyak tampungnya,
Banyak pula penjahitnya,
Banyak tampalnya,
Banyak pula ragamnya.

Kalau hendak bergalah,
Pergilah ke hulu-hulu,
Kalau hendak berdayung,
Hilirlah ke kuala.

Besar senduk dari belanga,
Besar pasak dari tiang,
Besar kepala dari kopiah,
Besar gelegar dari rasuk.

                                     
a.Peribahasa berangkap.                                      (1M)

b. Teknik penulisan/bentuk

    F 1:  Jumlah rangkap
    H :    mengandungi 5 rangkap puisi
    C :    rangkap 1  dan 5

   F 2: Jumlah baris setiap rangkap
   H  : Terdiri daripada 4 baris serangkap
   C  :mana-mana rangkap

   F 3 : Jumlah perkataan sebaris
   H : Jumlah perkataan sebaris ialah antara 2 – 5 pth perkataan
   C : Banyak tampungnya……2 perkataan
         Kalau terseneng biduk  di tebing…….5 pth perkataan

   F 4:Jumlah sukukata sebaris
    H: ;Jumlah s/kata sebaris ialah antara  5 – 11 s/kata
    C:  Banyak tampalnya………5 s/kata
         Meninggalkan ruas engan bukunya…………11 s/kata

   F 5: Rima akhir
   H : Rima akhir tidak sama kecuali rangkap 3 menyamai rima syair
   C : Tebu menyentak naik……………..a
         Meninggalkan ruas dengan bukunya…………b
         Manusia menyentak turun……………..c
         Meninggalkan adat dan pusaka………..b

                                           1isi =3 markah
                                           1F:1H:1M ; 3X3=9M


  1.   Lima citra masyarakat

       F1 :Masyarakat yang tidak menghargai/melupai  adat.
       H : Sudah menjadi lumrah manusia, apabila zaman semakin maju,adapt resam
             dan pusaka mula dilupakan sedikit demi sedikit.
       C : rangkap 1

      F2: Masyarakat yang sentiasa bersiap sedia/berwaspada
      H : Sikap sentiasa berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan penting untuk  
            Menghadapi  kesukaran  dan kesusahan yang akan  datang.
      C :rangkap 2

      F3 : Masyarakat yang bijaksana  dalam tindak tanduk
       H : Perlunya bijaksana menggunakan akal fikiran dalam setiap tindak tanduk.
             Sebarang masalah dan kesukaran  memerlukan penyelesaian yang sewajar-
             Nya.
       C: rangkap  4

F4 : Masyarakat yang berbelanja secara berhemah dan rasional dalam     berbelanja.
       H :Tindakan berbelanja melebihi pendapatan perlu dielakkan untuk mengelakkan
            timbulnya masalah.Sikap berbelanja tanpa merancang sehingga menyebabkan 
            pendapatan sedia  ada tidak mencukupi.
       C :rangkap 5

       F5: Masyarakat yang bertindak rasional.
       H : Sebarang masalah yang dihadapi memerlukan penyelesaian yang sewajarnya
      berdasarkan besar atau kecil kesukaran tersebut.    
           C:rangkap 3

Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Jawab satu soalan sahaja

Soalan 1.       Kesusasteraan hikayat  berunsur Hindu Islam ialah karya-karya
                      yang asalnya berunsur Hindu tetapi telah dimasukkan dengan
                      unsur-unsur Islam.

  1. Nyatakan 5 contoh karya kesusasteraan Melayu tradisional yang
berunsur Hindu-Islam.                                                                                    (5 M)

  1. Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan pengaruh Hindu
dan Islam dalam karya-karya Melayu di zaman peralihan Hindu Islam       (20 M)


Soalan 2        Kesusasteraan Agama adalah salah satu hasil karya kesusasteraan Melayu
                      Tradisional yang dihasilkan secara bertulis.

a.     Apakah yang dimaksudkan dengan kesusasteraan agama dan
nyatakan 2 contoh karya  kesusasteraan tersebut.                                    (4 M)

b.    Huraikan tujuan penulisan kesusasteraan agama.                                     (6 M)
c.    Jelaskan persoalan –persoalan yang terdapat di dalam kesusasteraan
Agama.                                                                                                       (15 M)

Bahagian B:  KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN
Jawab satu soalan sahaja

Soalan 3.     Berdasarkan petikan di bawah jawab soalan yang mengikutinya
“Syahdan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida- sida yang duduk di seri balai itu, melainkan segala menteri yang besar- besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri balai; maka segala anak tuan- tuan yang bersahaja- sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang- selang duduknya;melainkan puan dan pedang dikelek- kelekan kiri kanan pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikul pedang itu.
                                                                                ( Dipetik daripada A. Samad Ahmad [ peny. ], 2003.
                                                                                     Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ( Edisi Pelajar).
                                                                       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 75 )

a.    Nyatakan  adat istiadat yang terdapat dalam petikan.                           ( 1 M)
b.    Jelaskan 4 bentuk pantang larang                                                          ( 12 M )
c.    Huraikan kepentingan adat istiadat dan pantang larang                     ( 12 M )


Soalan 4.
Karya Agung Sulalatus Salatin banyak memaparkan konsep pembentukan negara yang mantap, tanpa konsep kesetiaan sudah pasti Kerajaan Melayu Melaka tidak dapat berdiri dengan teguh. Bincangkan.                                                                                    ( 25 M)
                                               





                       
BAHAGIAN C: PROSA MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja

Soalan  5.
Berdasarkan Kitab “Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin” seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional,

a.    Apakah yang  dimaksudkan sastera dengan sastera Kitab.                                  (5M)

b.    Jelaskan keistimewaan yang dimiliki oleh Imam Shafii r.a.                                   (12M)

c.    Huraikan  empat nilai  kemanusiaan yang ingin disampaikan dalam cerita ini.  (8M)

Soalan  6.  Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kata sahibulhikayat, (tatkala Nabi Allah Sulaiaman jadi khalifah), melainkan semut tidak datang mengunjungi Nabi Allah Sulaiman kerana wafat Nabi Allah Daud alaihissalam. Maka sembah semut, “ya Nabi Allah, sekelian yang bernyawa datang mengunjungi tuan hamba jadi khalifah, bahawasanya hamba ketahui bahawa Allah Taala apabaila dikasihinya akan hamba-Nya, maka dijauhkan-Nya daripada dunia dengan seisi dan digemarkannya kepada hamba-Nya itu akhirat dengan seisinya. Maka bahawasanya, demi Allah Taala, sekarang masyghullah tuan hamba kena bala dengan pekerjaan khalifah itu tiada berketahuan kesudahan apa jua adanya dalam pekerjaan itu, maka mengunjung kematian itu terutama daripada mengunjung khalifah.’

Seperti kata syair yang ertinya; “Bahawasanya pekerjaan itu tiada kekal bagi yang empunya kerajaaan itu adanya, jika engkau tiada Kabul akan yang demikian itu, maka ke mana raja yang dahulu kala itu sanya?”

Seperti kata syair yang ertinya;”tanamkan olehmu segala tanaman kebajikan, apabila engkau turun maka segala tanaman itu tiada ,yakni perbuatlah olehmu perbuatan kebajikan, apabila mati engkau, kebajikan itu tiada jua hilang adanya.”

                                                                                        (dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
(peny), 2003. Mutiara Sastera Melayu Tradisional
                                               .Kuala Lumpur:DBP)

a.    Jelaskan maksud rangkai kata.

i.              sekelian yang bernyawa datang mengunjungi
          ii.         kena bala pekerjaan dengan khalifah                                                                   (4M)                                       
b.    Huraikan peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas.                                       (6M)

c.    Bincangkan lima sifat kepimpinan yang dituntut dalam Islam.                                            (15M)


BAHAGIAN D: PUISI MELAYU TRADISIONAL
Jawab satu soalan sahaja

Soalan 7. Baca petikan puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
           Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga,
Dijauh  daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga,
Yang ada serta ia bahawa itu sentiasa,
Sekaliannya kesukaan ia sedia-sedia juga,
Nyawa itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa  dan
            Hati manusia yang membawa suka,
Hati yang menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia
 Juga,
Kekasihku itu yang menyukakan hati hidayat itu adanya,
Lagi hidayat bukhari itu adanya,
Serta nyawa itu ia juga,
Beruntung lagi berbahagia jua.

                                          (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan  Malaysia (peny),2003,
                                                          Mutiara Sastera Melayu Tradisional,Kuala Lumpur,
                                                                     Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman334.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan kekasih di dalam puisi di atas.               (2 Markah)
b. Jelaskan aspek gaya bahasa dalam puisi di atas.                                          (8 Markah)
c. Huraikan lima persoalan yang ingin dikemukakan  oleh penyair di dalam
    puisi di atas.                                                                                                   (15 Markah)


Soalan 8.  Baca petikan puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Tebu menyentak naik,
Meninggalkan ruas dengan bukunya,
Manusia menyentak turun,
Meninggalkan adat dan pusaka.

Kalau tersendeng biduk di tebing,
Betulkan galangnya,
Kalau tersendeng ikan di sungai,
Siapkan serampang.

Banyak tampungnya,
Banyak pula penjahitnya,
Banyak tampalnya,
Banyak pula ragamnya.

Kalau hendak bergalah,
Pergilah ke hulu-hulu,
Kalau hendak berdayung,
Hilirlah ke kuala.

Besar senduk dari belanga,
Besar pasak dari tiang,
Besar kepala dari kopiah,
Besar gelegar dari rasuk.

                                          (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan  Malaysia (peny),2003,
                                                       Mutiara Sastera Melayu Tradisional,Kuala Lumpur,
                                                            Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 358-359)     

a. Apakah jenis puisi di atas,                                                                        (1Markah)
b.Huraikan  teknik penulisan puisi di atas.                                                   (9 Markah)
c.Jelaskan lima citra masyarakat  yang terdapat dalam puisi  di atas,       (15 Markah)
                                                                                           





KERTAS SOALAN TAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan