Rabu, 18 Januari 2012

Skema Percubaan Kedah 2011


SULIT  *
PERCUBAAN
STPM 2011

KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS  2
( MODEN )

3 JAM
922/2






PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011

ANJURAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA  ( KEDAH )



Skema Permarkahan
 
 




Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B

Kertas soalan ini terdiri daripada       halaman bercetak



*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT *
1.      Perkembangan cerpen di Tanah Melayu berkait rapat dengan perkembangan akhbar dan majalah.  Kewujudan mesin cetak memungkinkan akhbar dan majalah diterbitkan dengan banyak.  Namun begitu, cerpen tidak wujud bersama-sama akhbar.  Suratkhabar pertama yang terbit pada tahun 1876, Jawi Peranakan tidak pun menerbitkan cerpen, sehinggalah pada tahun 1920 apabila majalah Pengasuh menerbitkan cerpen pertama berjudul ‘Kecelakaan Pemalas’ karya Nor Ibrahim. Sejak itu baru bermulanya perkembangan cerpen secara perlahan-lahan sehingga kemuncaknya pada tahun 1930-an dan 1940-an, apabila akhbar dan majalah mula menjadikan cerpen sebagai ruangan tetap di dalam setiap keluaran mereka.

a.    Selain akhbar Jawi Peranakan dan Majalah Pengasuh, nyatakan empat    buah majalah dan akhbar lain yang pernah menyiarkan cerpen ketika itu                                           [4]
b.    Bincangkan sejauh manakah peranan  alat cetak, dan dua faktor lain yang telah membantu perkembangan genre cerpen zaman sebelum perang                                      [9]
c.    Huraikan empat persoalan yang sering diketengahkan oleh penulis cerpen sekitar tahun 1920-1940-an ini.                                                                                                              [12]

SKEMA JAWAPAN
a.            Selain akhbar Jawi Peranakan dan Majalah Pengasuh, nyatakan EMPAT buah majalah dan akhbar lain yang pernah menyiarkan cerpen ketika itu                            [4]


-           Mastika
            -           Majalah Dunia Melayu
            -           Majalah Cerita
            -           Warta Kinta
            -           Majalah Penghibur
            -           Lembaran Guru
            -           Suara Melayu
            -           Jasa
            -           Cahaya Bintang
            -           al-Raja
            -           Warta Jenaka

 
 

F          -           Majalah Guru
            -           Utusan Zaman
            -           Massa
            -           al-Ikhwan
            -           Warta Ahad
            -           Majlis
            -           Warta Malaya
            -           Lembaga Melayu
            -          

Pilih 4 isi

1isi = 1 markah
4 isi X 1 markah = 4 markah
b.    Bincangkan sejauh manakah peranan  alat cetak, dan DUA faktor lain yang telah membantu perkembangan genre cerpen zaman sebelum perang   [9]

F1       :           Perkembangan alat Cetak
H/C     :           -    Pemodenan dalam bidang percetakan telah membuka ruang kepada perkembangan akhbar dan Majalah yang merupakan wadah utama bagi genre cerpen pada era sebelum perang. Sepanjang tempoh 1920 hingga 1941 sebanyak 734 buah cerpen mengisi ruang sastera dalam akhbar dan majalah Melayu pada era  tersebut. Penglibatan Institusi penerbitan / Akhbar dan Majalah yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan akibat daripada perkembangan alat cetak menjadi cukup signifikan dengan perkembangan genre cerpen.Sepanjang tempoh 1896 hingga 1940 sebanyak 153 buah akhbar dan majalah diterbitkan dan 147 daripadanya berbahasa Melayu dan 64 buah daripadanya menyiarkan cerpen. CONTOH: Antara surat khabar dan majalah yang terpenting yang menyiarkan cerpen ialah Majalah Guru, Warta Jenaka, Warta Ahad, Utusan Zaman dan Mastika.

F2        :           Peranan SITC dalam melahirkan penulis
H/C      :           -           Perkembangan sistem pendidikan menerusi sekolah-sekolah Melayu / agama memberi lebih ruang kepada orang Melayu belajar menulis dan membaca . Penubuhan Sultan Idris Training College     (SITC) di Tanjung Malim, Perak menjadi pemangkin dalam perkembangan genre sastera. Ini berikutan terbentuknya Pejabat Karang Mengarang (PKM) yang memberi tunjuk ajar dan latihan menulis kepada guru-guru Melayu dalam penulisan karya-karya kreatif termasuklah genre cerpen.CONTOH Hasilnya ramai kalangan lepasan SITC terlibat secara langsung dalam perkembangan genre cerpen antara mereka ialah, Yusof Adil, Pungguk, Kasmani Hj. Arif, Harun Muhammad Amin, Abdullah Yahya, Yusof Arshad dan Abdullah Sidek.
F3        :           Kesedaran para penulis terhadap budaya barat yang boleh                                       merosakkan masyarakat
H/C      :           - Pengarang-pengarang yang lahir pada era ini telah melihat pengaruh                                buruk dan gejala negatif boleh membawa keburukan bagi survival orang Melayu.Senario ini telah mendorong mereka untuk berkarya bagi member kesedaran kepada orang Melayu tentang gejala buruk yang sedang melanda oran Melayu. Hasilnya lahirlah cerpen-cerpen yang membawa persoalan tentang moral masyarakat serta turut menyentuh soal-soal keruntuhan akhlak kesan pengaruh budaya barat Faktor perubahan gaya hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam akibat daripada pengaruh gaya hidup barat yang mulai menular di kalangan muda-mudi bandar juga menjadi persoalan penulis-penulis cerpen ketika itu.Pengaruh pendakwah-pendakwah kristian kepada orang Melayu bukan sahaja amat membimbangkan masyarakat ketika itu tetapi turut mengusarkan penulis-penulis cerpen ketika ini. Kebimbangan ini mereka salurkan melalui cerpen-cerpen berikut antaranya,”Siapa Salah” oleh Melati Sarawak, “Bertukar Agama Kerana Cinta” oleh Abdul Rahman Hj.Ahmad dan “Tercabut Iman Kerana Cinta” oleh Penulis Khas Tanjong Malim.

F4        :           Faktor: Perkembangan Politik dan kebangkitan semangat                                                         nasionalisme
H/C      :
           Tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan politik Melayu dan kesedaran kebangsaan juga turut mempengaruhi perkembangan genre cerpen.Secara seriusnya persoalan ini diperkatakan lewat tahun 1930-an,antara penulis cerpen yang prolifik ialah Ishak Hj. Muhammad antara cerpennya ialah “Anak Dibuat Denak”, “Amin!                                                  Kepada Encik Amin dan Cik Aminah” dan “Istana Berembun”.Juga turut berlaku protes terhadap dasar penjajah yang membawa masuk imigran dari China dan India. Kemasukan mereka ke tanah Melayu yang dibawa oleh orang Inggeris telah mencetuskan banyak permasalahan bagi orang Melayu khususnya dari aspek ekonomi.Fenomena sosial ini telah mendorong kalangan pemuda-pemuda Melayu yang juga terdiri daripada penulis-penulis cerpen memperkatakan isu ini dalam karya-karya mereka sebagai memberontak terhadap cara hidup mereka yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur.
F5        :           Kesedaran para penulis terhadap kesan gaya hidup moden di                                                  Bandar
H/C      :           Kalangan penulis guru dan wartawan ramai yang berhijrah ke kota-kota, dan kebanyakan mereka prihatin terhadap segala perubahan yang menjelikkan akibat urbanisasi. Perubahan-perubahan yang berlaku telah menyebabkan mereka cuba mendedahkannya untuk menjada pengajaran kepada anggota masyarakat.Semua ini mereka pancarkan melalui genre cerpen antaranya cerpen “Menyelam di Lautan Percintaan” dan “Gelombang Hidup” Yusof Adil “Salah Sendiri” oleh Penulis Khas Tanjong Malim (Harun Aminurashid) “Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti”-(tanpa nama pengarang)

F6        :           Pertambahan bilangan penulis      
H/C      :           ia merupakan keasn langsung akibat pertambahan bilangan majalh dan akhbar ketika itu.Peningkatan ini berlaku kerana akhbar dan majalah yang menyediakan ruangan khas bagi cerpen memerlukan ramai penulis bagi mengisi ruangan tersebut.Sepanjang tahun 1920-an seramai 42 orang penulis muncul namun pada tahun 1930-an seramai 216 orang penulis cerpen telah dapat dikesan. Pertambahan ini juga disebabkan oleh wujudnya hadiah, royalti
dan juga umbuhan yang diberikan oleh pihak akhbar kepada cerpen-cerpen yang disiarkan.

Pilih 3 isi (termasuk F1)

1isi = 3 markah (F=2 + H/C =1)
3 isi X 3 markah = 9 markah
c.            Huraikan EMPAT persoalan yang sering diketengahkan oleh penulis cerpen    
            sekitar tahun 1920-1040-an ini.                                           [12]

F1        :           Persoalan moral/ keruntuhan moral
H/C      :           -           Merangkumi soal-soal lain seperti kebaikan berbudi bahasa,   sabar, murah hati, jujur , kesetiaan , kehidupan masyarakat tempatan, terdapat juga cerpen-cerpen yang memperkatakan tentang keruntuhan moral/ kepincangan sosial / dan kesan pengaruh barat kepada masyarakat Melayu termasuk soal kekurangan didikan agama Antara cerpen yang membawa persoalan moral ialah, Gelombang Hidup oleh Yusof Adil (Bulan Melayu Mei 1931),  Hantu Judi atau Isteri yang Berbakti (Warta kinta Dis 1937), Perusahan Yang Berpadanan Buatlah Teladan (Majalah Guru, 1925), Berusaha itu Perbendaharaan yang Kekal (Majaah Dunia Melayu, Julai 1929), Pengaruh Wang (Malaya Julai 1928), Cinta Merana ( Majalah Dunia Melayu, Dis 1929), Hantu Arak (Majalah Cerita jan 1939), Salah sendiri dsb.

F2        :           Persoalan Kebebasan sosial
H/C      :           -           Ianya dipersoalkan dengan meluas terutama ketika                          masyarakat Melayu bertembung dengan pengaruh budaya barat, isu ini merangkumi aspek kebebasan memilih jodoh dan mengatur kehidupan rumahtangga. Antara cerpen yang memperkatakan tentang persoalan ini ialah Tanggungan Muda , Kesedihan Perkahwinan Paksa, Meracun Pertemuan, Sampaikan Salamku Kepadanya dan Kerana Ringgit Bercerai Kasih.

F3        :           Persoalan pelajaran / pendidikan
H/C      :           -           Kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan kepada                                            orang Melayu dan kesedaran  mendidik anak bangsa dengan  pelajaran / pelajaran agama telah menjadi modal para penulis cerpen ketika ini. Semua ini kerana kedudukan orang Melayu amat mundur  bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi pendidikan mereka.Antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah “Berpantang Mati Sebelum Ajal” oleh Muhammad Dahlan Masud (Utusan Zaman April 1945). “Hindun Seorang Murid Yang Miskin” (Utuzan Zaman Ogos 1941), “Isteri Yang Berbahagia atau Ibu Yang Berjasa” (Warta Ahad, Mei 1941)
F4        :           Persoalan nasionalisme/semangat cintakan tanahair.
H/C      :           Sikap anti penjajah dan kebencian terhadap penjajah yang sering menganaktirikan anak pribumi telah memberikan kesedaran kepada para penulis untuk menyatakan rasa protes mereka,kesedaran tentang nasib bangsa yang tertindas di bumi sendiri, serta ketidakpuasan hati terhadap penjajah serta keinginan untuk memerdekakan tanahair telah turut meransang para penulis terus menghasilkan cerpen berdasarkan tema  dan persoalan ini. Antara cerpen-cerpennya ialah “Rumah Besar Tiang Sebatang” oleh Ishak Hj. Muhammad, Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis. 1941) “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu. Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang  Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman ,15 Jun – 6 Julai 1940 Siasat Yang Tiada Diminta Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16  Mei 1941)
F5        :           Persoalan Ekonomi
H/C      :           Kecurigaan masyarakat pribumi terhadap kaum pendatang
yang mendedahkan kelemahan kedudukan ekonomi orang Melayu  yang jauh ketinggalan telah memberikan kesedaran kepada para penulis cerpen sekitar 1920-an -1940-an tentang perlunya perubahan sikap orang Melayu terhadap ekonomi. penglibatan orang Melayu dalam ekonomi perlu disedarkan setidak-tidaknya dengan terus memberikan galakan melalui karya-karya kreatif. Antara cerpen” Dari Perangkap ke Penjara, kemudian lalu ke syurga”-Ishak Hj.Muhammad. “Dolly, Bidadari Dari Shanghai” (Utusan Zaman Ogos-Sep. 1940), Rumah Besar Tiang Seribu (Warta Ahad Nov – Dis 1941) dan “Cerita Awang Putat”(Utusan Zaman Nov. 1941),
F6        :           Persoalan Bercorak pengembaraan dan detektif
H/C      :           Terdapat cerpen yang memberikan gambaran tentang pengembaraan dan perjalanan manusia ke angkasa. Juga kisah-kisah yang berkaitan pengalaman-pengalaman ngeri yang keitka amat diminati oleh penggemar ruangan cerpen di akhbar dan majalah.Kebanyakan cerpen jenis ini masih mengekalkan unsure pengajaran yang tebal di dalamnya bersama imaginasi pengarang antara cerpennya “Panglima di Rimba, (Majlis nov-Dis 1939), “Terbang ke bulan”(Majlis Mei-Julai 1939), Inspektor Black (Majalah Cerita Nov 1938 – Jan 1939) dan “Pelayaran yang Dahsyat”

Pilih 4 isi

1 isi = 3 markah (F=2 + H/C =1)
4 isi X 3 markah = 12 markah
2.         Kritikan sastera di Malaysia sudah diterima sebagai suatu genre yang penting, meskipun usianya masih muda.  Daripada sudut hayatnya ia turut berkembang seiring dengan wajah perkembangan teks sastera kreatif.  Teks-teks yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung akan berhadapan dengan apresiasi dan kritikan khalayak.
                                                                        (Mana Sikana, Kritikan Sastera Melayu Moden,                                                                                          2006, Singapura, Penerbit Pustaka Karya)
            Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan:
            (a)   maksud kritikan sastera                                                                          [3m]
            (b)   dua fungsi kritikan sastera                                                                      [6m]
            (c)   empat ciri kritikan sastera                                                                       [16m]
SKEMA JAWAPAN
a)    Maksud kritikan sastera
F1:             proses pertimbangan, pengadilan dan penilaian terhadap hasil                            sastera untuk tujun menjelas atau menganalisis karya-karya sastera
F2:             proses menghurai, mentafsir dan menjelaskan nilai teks atau karya                    sastera secara objektif melalui metodologi yang tertentu
            F3:             satu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur                                 dengan kaedah yang bersistematik berdasarkan teori-teori tertentu
F4:             pertimbangan dan penilaian yang dibuat melalui pemahaman dan                             pentafsiran terhadap karya sastera dengan alasan yang munasabah                                              dan adil / tidak dipengaruhi oleh persoalan emosi

Pilih 1 isi

1 isi = 3 markah
1 isi X 3 markah = 3 markah
b)         Fungsi kritikan sastera
F1:       Untuk membezakan antara teks sastera yang bermutu / baik dengan teks sastera yang  tidak bermutu / tidak baik 
H:        Pengkritik boleh membantu pembaca memilih teks sastera yang baik Pengkritik harus bersikap kritis dan berlaku adil serta saksama bagi membuktikan dia telah membaca teks itu berulang kali dan memahami makna  tersurat dan tersirat dalam teks dan berupaya menikmatinya          

F2:       Memberi bantuan kepada pembaca memahami teks
H:        Pengkritik menyediakan prasarana dan kemudahan kepada pembaca untuk memahami isi teks yang mungkin dibuat oleh pengarang yang kreatif dalam  pelbagai cara dan kaedah.
Melalui kritikan, pembaca akan lebih dahulu mendapat lorongan untuk memahami isi teks. 

F3:       Memberi bantuan kepada pengkritik
H:        Kewujudan aktiviti kritikan ini jelas telah membantu menambahkan lagi bilangan pengkritik melalui polimik sastera. Di samping melontarkan hujah-hujah kritikan, pembetulan kesilapan yang dilakukan oleh pengkritik juga boleh menjadi lebih sihat dan berterus terang

F4        Mendorong ke arah terbinanya kritikan dan teori sastera baru
H :       polimik sastera melalui kritikan boleh mendorong kepada kelahiran lebih banyak teori baru yang sesuai dengan perkembangan terbaharu dalam kesusasteraan tempatan.juga turut membantu melahirkan lebih banyak usaha meningkatkan teori baru melalu pusat-pusat pendidikan tinggi

Pilih 2 isi

1 isi = 3 markah (F=2 + H=1)
2 isi X 3 markah = 6markah
a.             Ciri kritikan sastera

F1:       Kritikan Sanjungan  
H :       Penyataan rasa kagum atau senang terhadap sesebuah karya. Lebih bersifat memuji karya dan pengarangnya yang berjaya menyerlahkan fikiran bernas di samping mampu menampilkan elemen-elemen dalaman sastera yang baik     dan menarik. Ia turut memberi fokus kepada ketokohan, kebijaksanaan dan kemampuan pengarang mengutarakan idea karya.kiritikan ini juga timbul kerana keiniginan melaksanakan sikap memuji  dan mengagumi hasil karya dan kerap dibauri sentimen.Kritikan sastera berciri sanjungan ini ketara, seawal sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua dan selepas itu, terutamanya pada era pascaperang dan pra-ASAS '50. Pengkritik pada era tersebut terdiri daripada pengarang kreatif seperti Keris Melayu (Muhammad Yassin Maamor) dan      Anak Negeri (Mohd. Yusof Ahmad). Kritikan mereka tertumpu pada Sejarah Melayu karya Tun Seri             Lanang dan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi. Kedua-dua buah karya          itu merupakan ciptaan sastera yang penting, malah sebagai magnum opus             atau karya agung. Kerus Melayu umpamanya, dalam tulisannya. "Tun Seri   Lanang dan Abdullah Munsyi" (Majalah Guru, 1 Julai 1935) berusaha mengangkat atau menyanjung Sejarah Melayu kerana memberikan fokus kepada ketokohan, kebijaksanaan dan kepahlawanan watak-watak seperti Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja dan Hang Tuan lima bersaudara. Watak- watak itu dikagumi dan disanjungi sebagai kebanggaan bangsa.
C:        Tulisan Keris Melayu “Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi” yang mengkagumi Sejarah Melayu.          

F2        Kritikan Teguran
H :       mengkritik dan memberi peringatan secara ikhlas. Pengkritik melaksanakan  tulisannya dengan lebih berimbang – dengan menyatakan keistimewaan, kekuatan sesebuah teks di samping menunjukkan sama kelemahan dan  kekurangan teks tersebut. Pengkritik tidak harus dipengaruhi oleh emosi atau sentiment serta tidak mengecam secara keterlaluan terhadap teks dan pengarang.Tokoh terawal dan penting dalam kritikan teguran ialah Aminuddin Baki apabila beliau menulis artikel yang berjudul "Pandangan Seorang             Penuntut Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku Melayu" (Utusan Zaman, 12 Jun 1949). Yang agak ketara dalam kritikan Aminuddin Baki adalah sikap intelektualnya dan jika dibandingkan dengan kritikan Keris      Melayu pada 1935 itu, ternyata beliau tidak dipengaruhi emosi dan sentimen serta tidak     mengecam pengarang seperti kritikan Anak Negeri terhadap Abdullah          Munsyi. Banyak sarjana setempat bersetuju dan mengklafikasikan kritikan Aminuddin Baki itu menepati konsep kritikan kesusasteraan
C:        Tulisan Aminuddin Baki “Pendangan Seorang penuntut Pengajian Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku”.

F3:       Kritkan Saranan
H:        -           mengajarkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau untuk   memantapkan lagi unsur-unsur  membina sesebuah karya atau memberi       alternatif dari segi teknik dan sebagainya. Kritkan ini jelas akan mengalirkan nilai positif dan  amat  signifikan kepad khalayak pembaca, pengarang dan   kritikan sastera itu sendiri. Pengkritik sewajarnya bertindak secara objektif, prihatin dan profesionalisme Kritikan saranan ini banyak dihasilkan oleh pengkritik di tanah air sehingga akhir abad ini. Ramli Isin, Abdullah Hussain, Kala Dewata, dan Hashim Awang pernah menghasilkan kritikan saranan ini dalam media cetak sejak tahun 1960-an, di samping memberi kritikan penilaian dan menerapkan pendekatan tertentu pula.Kritikan saranan yang cenderung kepada propaganda agak dominan lantang dan jelas pada era kegemilangan ASAS '50. Ini berlaku kerana   tercetusnya polemik dalam memperjuangkan falsafah berkarya antara konsep "Seni untuk Masyarakat" yang dipelopori oleh Asraf dengan konsep "Seni untuk Seni" yang dianuti oleh Hamzah.kritikan saranan itu memperlihatkan nilai positif bagi memperbaiki dan memenatapkan karya pengarang selagi ia tidak mendorong atau memaksa sesuatu anutan kepada pengarang dan selagi ia bersikap terbuka tanpa sebarang kekangan yang membelenggu
C:        Saranan Aminuddin Baki terhadap penghasilan novel Korban Kesucian dalam tulisannya, “Pandangan Seorang Penuntut Pengajian Tinggi Kita Tentang      Sebuah Buku”
F4:       Kritikan Pendekatan
H:        Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas dan tinjuan itu merupakan ilmu atau teori tertentu. Jenis-jenis kritikan pendekatan: pendekatan moral, pendekatan formalistik, pendekatan sosiologi dan pendekatan psikologi.Pendekatan intrinsik yang merupakan pendekatan terhadap karya sastera dengan menerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan karya sastera itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang membina karya itu seperti plot, watak dan perwatakan, latar,           sudut pandangan, dan gaya bahasa. Pendekatan intrinsik ini sering dikaitkan dengan pendekatan struktur atau pendekatan formalistik yang menilai aspek formal yang terungkap dalam sesebuah teks karya, Pendekatan moral, yang merupakan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama.  Justeru itu, kajian ini terfokus kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.
Pendekatan psikologi yang dikenali juga sebagai pendekatan kemanusiaan.  Pendekatan psikologi memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan dan melibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca). Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tiga jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di persekitaran hidup pengarang.     
C:        Othman Puteh – “Saga : Analisa Psikologi Watak-watak” 1997 Hashim Awang – “Juara: dilihat dari segi Psikoanalisis “ 1977 Othman Puteh -  “Rumah itu Duniaku: satu analisis psiko-sosio
           
F5:       Kritikan Penganalisisan      
H:        Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya, termasuklah menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian.  Dalam konteks ini, apabila seseorang pengkaji atau pengkritik melakukan penelitian terhadap sesuatu genre sastera, maka bererti peneliti itu sedang melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan.Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar, termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik kaan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam, sama ada tentang bahasa, tema,      
plot, perlambangan, nilai sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.Kritikan penganalisisan menuntut pengkritik menguasai bidangnya,  menguasai teori yang ingin diaplikasikan, dan memiliki ilmu bantu yang relevan mantap agar analisis yang dilakukannya benar-benar menepati dan mencapai matlamat atau konsep pendekatan yang dipilih.
C:        - Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua: Satu Analisis Tema  dan Struktur” oleh Hashim Awang ( 1975 ) A Wahab Ali “Imej Manusia dalam sastera: Satu Kajian Perwatakan dalam Novel Melayu Tahun 60-an”   Othman Puteh, “Krisis : satu analisis Struktur” ( 1979 )

F6:       KritikanPenilaian
H:
        Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu.  Antara tugas penting yang harus dilaksanakan pengkritik yang menerapkan kritikan penilaian adalah menentukan sesuatu teks karya sastera itu bermutu atau tidak, mempunyai kekuatan atau keistimewaan atau sebaliknya. Pengkritik harus bijaksana, adil dan saksama serta memberikan hujah yang relevan dan konkrit sebelum memberikan justifikasinya.  Justeru itu, pengkritik dituntut mengetahui dan memahami banyak aspek tentang pengarang yang menghasilkan karya, subjek yang dibincangkan, persekitaran, ras dan waktu yang dipaparkan.  Pengkritik tidak boleh bersikap bias, emosional dan memihak.   Sebaik-baiknya, apatah lagi bagi membuktikan kewibawaannya, pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan karya @ pengarang dan sekiranya        ada kekurangan, maka wajarlah dikemukakan saranan. Di tanah air kita, beberapa orang pengkritik yang melaksanakan tugasnya dengan baik dan penuh hemah ialah Mohd. Yusof Hassan, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Ramli Isin, dan Shahnon Ahmad.  Sementara Mana Sikana, Kassim Ahmad, Mohd. Affandi Hassan agak lantang, berani akan   tetapi tetap berada rel ilmu yang diyakini.
  C:      Yahaya Ismail, “Ahmad Rashid Talu: Novelis pertama” 1974 Ramli Isin, “Suhaimi Haji Muhammad: Reformis teknik Persajakan Melayu” 1974

Pilih 4 isi

1 isi = 4 markah (F=2 + H=1 + C=1)
4 isi X 4 markah = 16 markah
BAHAGIAN B ( NOVEL DAN CERPEN )
Jawab satu soalan sahaja.

3. Baca petikan novel di bawah, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

        Tiap kali ayahnya bercakap, Sudin berasa semacam kepedihan dalam dadanya. Dia berasa betapa kuatnya, betapa perkasanya Encik Muhammad. Dunia Encik Muhammad seperti larva gunung berapi mengalir dengan lumpur panas dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja yang tegak dalam alam yang ditempuhnya. Dunia ayahnya hanya pondok-pondok kebun pisang di lembah sunyi tidak bermaya. Hanya sebuah dunia baru yang akan menyelamatkan ayahnya tetapi dunia baru itu memerlukan tenaga muda yang gigih dan kuat. Dia tidak mempunyai jalan lain melainkan undur ke belakang.
        Sekarang, setelah Mat Akil menerima balasannya, apakah kemenangan itu sesuatu yang dapat dimegahkan? Dia mengaminkan doa ayahnya. Memang Lebai Maaruplah sahaja harapan satu-satunya. Kemenangan orang Kampung Pulai ialah kesanggupannya mempertahankan keutuhan hidup mereka yang dahulunya aman tenteram, bersih dari maksiat dan kejahatan.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 320)

(a)        Nyatakan enam peristiwa yang berlaku sebelum ‘Mat Akil menerima balasannya’ ditahan polis.                                                                                     [12]

Skema jawapan:

P1 -     Mat Akil dan rakan-rakannya berada di Balai Raya Kampung Pulai dan mengganggu perjalanan majlis di balai raya itu.
P2 -     Ketika Lebai Maarup berucap, Mat Akil dan rakan-rakannya mengganggu majlis.
P3 -     Lebai Maarup dituduh dengan pelbagai kesalahan termasuk mengganggu anak bini orang. Akan tetapi, Lebai Maarup menangkis tuduhan tersebut dengan tenang.
P4 -     Mat Akil cuba manikam Lebai Maarup tetapi berjaya dielak. Sungguhpun begitu tikaman tersebut terkena juga di bahunya.
P5 -     Kemat Jerangkung berjaya menangkap Mat Akil.
P6 -     Rakan-rakan Mat Akil juga berjaya ditangkap oleh dua orang anggota polis yang menyamar.

1 peristiwa = 2 markah
6 peristiwa x 2 markah = 12 markah

(b)        Huraikan dua gaya bahasa dalam petikan ini.                                               [4]

Skema jawapan:
F1        Simile
H/C      Dunia Encik Muhammad seperti larva gunung berapi

F2        Personifikasi
H/C      dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja

F3        Perulangan perkataan dalam ayat
H/C      Dia berasa betapa kuatnya, betapa perkasanya Encik Muhammad

F4        Perulangan kata di awal ayat.
H/C      Dunia Encik Muhammad.....
            Dunia ayahnya......

Pilih dua isi sahaja.
1 isi = 2 markah
2 isi = 4 markah
(c)        Huraikan tiga perwatakan negatif Sudin dalam novel ini.                                         [9]

Skema jawapan:
F1        Suka berjudi
H/C      Sudin suka bermain judi di Genting Highlands dengan tujuan untuk mendapatkan kereta murah daripada orang yang kalah judi. Malangnya dia berhutang akibat kalah bermain judi.
“Kamu main judi dan kalah,”Yang Berhormat Muhd.Yusuf mencelah sekali lagi.
Sudin tersengih membenarkan tekaan itu. “Saya mestilah main kalau tidak mana boleh tahu siapa kalah siapa menang, siapa mahu jual kereta dan siapa mahu beli. Malangnya saya kalah banyak dan terpaksa menjual kereta sendiri. Yang Berhormat tentu nampak saya sekarang tak pakai kereta lagi.”
                                                                                              Halaman 58
F2        Suka berhutang
H/C      Sudin seorang yang suka berhutang akibat kalah bermain judi. Bagi Sudin berhutang itu satu kemestian kerana pekerjaannya sebagai broker ibarat gali lubang timbun lubang.
“Susah nak bayar hutang? Kamu ada hutang?” Yang Berhormat menunjukkan kehairanan walaupun dia tahu Sudin itu tidak pernah tidak berhutang.
                                                                                               Halaman 57

Lepas makan mereka berpisah. Dalam  deram motosikalnya menuju kembali ke Pekan Kuala, Sudin bersiul-siul kecil, didengar hanya oleh hatinya. Dia lapang sekarang kerana Yang Berhormat Muhd.Yusuf mahu meminjamkan tiga ribu ringgit untuk membayar hutangnya.
                                                                                      Halaman 59
F3        Penghasut
H/C      Sudin bercadang menghasut penghuni-penghuni tanah Penghulu Mahmud supaya memberontak dan meminta hak milik tanah sungguhpun cadangan itu tidak dipersetujui oleh YB Muhd Yusof.
                        Sudin bukannya orang yang tidak tahu sepak terajang perjuangan politik. Dia segera meyakinkan wakil rakyat itu. “Yang Berhormat tidak susah bimbang. Yang Berhormat tidak akan terlibat sebesar rambut pun dalam rancangan ini. Saya sendiri saja yang akan bergerak diam-diam. Sebaliknya Yang Berhormat akan mengambil kesempatan nanti sebagai orang tengah untuk mencari penyelesaian. Dengan cara itu Yang Berhormat ada peluang memasukkan jarum yang menguntungkan rancangan kita dengan Taukeh Chan di samping mendapat kehormatan dari kedua pihak.
                                                                                                     Halaman 59
F4        Suka memperalatkan orang lain
H/C      Sudin menggunakan kesempatan daripada kesulitan yang dihadapi oleh Sani.  Tujuan Sudin agar Sani rasa terhutang budi dan boleh pengaruhi bapanya untuk meletak jawatan sebagai imam Pekan Kuala. Ayah Sudin boleh dilantik menjadi imam dan ini memudahkan proses membeli tanah Kampung Pulai.
Sudin juga memperalatkan Mat Akil supaya sentiasa memerhatikan gelagat Jamaludin dan Lebai Maarup.
Pak Su Muhammad agak terkejut bila diberitahu oleh Mahani yang Sudin hendak berjumpa sekali lagi. Tetapi setelah mendengar dari Sudin, dia akhirnya berasa agak lega melihat adanya kemungkinan keadaan Sani itu dijadikan helah, dijadikan muslihat untuk memaksakan persaraan bapanya.
                                                                                                       Halaman 191
                        “Baik-baik; banyak duit dalam itu.” Sudin mengingatkan.
Mat Akil tersengih sambil memasukkan tangannya kembali ke dalam saku mempastikan bahawa sampul itu ada dan selamat di situ.
“Semua yang bekerja mesti dibayar.” Sudin mengingatkan. “Jangan lupa Jamaludin dengan lebai itu. Siasat betul-betul. Malam nanti aku ada di rumah. Datanglah kalau ada apa-apa.”
                                                                                                       Halaman 275
F5        Terlibat dengan rasuah
H/C      Sudin juga terlibat merasuah Penghulu Mahmud sebuah kereta Mercedes sebagai ganjaran untuk mendapatkan sebidang tanah untuk dijual kepada Tauke Chan.

“Begini, Yang Berhormat.” Sudin senyum-senyum kambing seolah-olah apa yang hendak diceritakannya itu sebuah cerita lucu. “Waktu Tauke Chan hendak menghadiahkan motokar kepada Penghulu Mahmud tempoh hari, saya disuruhnya mencari sebuah kereta second-hand. Saya pergi ke Genting.”
                                                                                                Halaman 58
F6        Pendendam
H/C      Sudin berdendam terhadap Mat Akil yang telah membuang najis di atas cadar pengantin Sudin dan Gayah.
Dia mahu Mat Akil berasa pasti bahawa dia tidak disyaki. Dan dengan demikian dia yakin suatu masa nanti pelanduk itu akan lupakan jerat. Waktu itulah dia akan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya.
                                                                                                 Halaman 152
F7        Mengambil kesempatan
H/C      Sudin seorang yang licik. Sudin menjadi orang tengah kepada Yang Berhormat Muhd.Yusuf dan Taukeh Chan untuk mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk menyertai rancangan membina kawasan perumahan di tanah milik keluarganya. Balasannya, Sudin akan mendapat ganjaran.
Jika segalanya berjalan lancar, dia pasti akan memperoleh ganjaran yang besar. Dia berharap usaha kali ini akan melepaskannya dari hutang yang membelit sekeliling           pinggangnya.
                                                                                                    Halaman 54 
Pilih tiga isi sahaja.
1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah H/C)
3 isi x 3 markah = 9 markah
4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya:
                       
                                    “Alangkah baiknya jika kau dikirimkan ke Saga,” kata bapanya
“Memang saya akan ke Universiti Saga, kenapa?” jawab Nilakesuma cepat, diiringi rasa hairan. Dia memandang muka bapanya. Pada sinar mata bapanya itu ada tanda tanya. Ada riak-riak keceriaan menghiasi garis-garis di wajah tua itu. Bibir mulut bapanya bergerak, sebuah senyuman kecil timbul pada kulit mukanya. Nilakesuma, yang di rumahnya dipanggil Nila sahaja, bertambah hairan lalu cepat-cepat berpaling ke kanan mencari jawapan daripada ibunya.
“Kau mahu ke Saga ?  betul ?” Ibunya menyampuk dengan wajah yang juga ceria.
“Betul,” jawab Nilakesuma semakin hairan. “Nah, cuba lihat surat tawarannya,”
( Dipetik daripada Mutiara Sastera Melayu Moden, MPM, DBP; 2003, hal. 146 )
a)  Berikan empat sebab, mengapa ibu bapa Nilakesuma                                         
     begitu gembira                                                                                           [8m]
c)  Huraikan tiga perwatakan Nilakesuma                                                    [9m]
d)  Jelaskan empat mesej yang hendak disampaikan oleh                         
     pengarang dalam cerpen ini.                                                                     [8m]

Skema jawapan
a)  Berikan empat sebab, mengapa ibu bapa Nilakesuma                            
      begitu gembira                                                                                                   [12m]

F1 :  Ibu bapa Nilakesuma gembira kerana Nilakesuma dapat melanjutkan
        pelajaran ke luar negeri.
F2 :  Ibu bapa Nilakesuma gembira kerana Nilakesuma dapat melanjutkan pelajaran 
        ke Universiti Saga
F3:    Ibu bapa Nilakesuma gembira kerana ingatan mereka kepada Yoshida
kembali segar. Ini dapat dilihat  bila mana ibunya mengeluarkan kotak  
kecil berisi surat- surat Yoshida.
F4:   Ibubapa Nilakesuma dapat menghubungkan kembali persahabatan   
        mereka sekeluarga dengan Yoshida yang sudah terputus sejak sepuluh 
        tahun yang lalu
F5:   Ibubapa Nilakesuma gembira menceritakan bagaimana terjalinnya
        hubungan persahabatan antara Yoshida dengan Cikgu Sulaiman, datuk
        Nilakesuma.
F6:   Ibubapa Nilakesuma gembira kerana dengan perginya Nilakesuma ke
        Saga bererti mereka akan dapat mengetahui keadaan Yoshida sama
        ada masih hidup atau meninggal dunia
1 isi = 2 markah
4 isi x 2 markah = 8 markah

c)  Huraikan tiga perwatakan Nilakesuma                                        [6m]

F1    Cerdik / Pandai / Bijak
H/C  Nilakesuma dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Saga

F2    Peramah / Mudah Mesra
H/C  Senang / mudah berkawan contohnya bila bertemu Anieza dalam kapalterbang

F3    Menghormati Orang Lain
H/C  Walaupun kali pertama berjumpa dengan Yoshida, Nilakesuma dapat berbicara / berbual tanpa rasa segan

F4    Amanah / bertanggungjawab
H/C  Nilakesuma menunaikan hajat ibubapanya untuk pergi mencari  Yoshida      

F5    Kasih sayang
H/C  Nilakesuma sangat kasih dan sayangnya kepada kedua-dua ibu bapanya.

F6    Simpati
H/C  Nilakesuma amat simpati dengan apa yang menimpa Nagasaki dan isteri Yoshida.
                  
Fakta : = 1 markah
Fakta + Huraian / Contoh  = 3 markah
3 isi X 3 markah = 9 markah

d)  Nyatakan empat mesej yang hendak disampaikan oleh   pengarang dalam cerpen ini.                                                                        [8m]

F1     Persahabatan yang ikhlas merentasi ruang litup budaya, bangsa  dan Negara
H/C   Cikgu Sulaiman dan Yoshida bersahabat walaupun berlainan bangsa dan berbeza fahaman terutamanya dalam masa peperangan tetapi dapat mengekalkannya sehingga ke anak cucu.

F2     Peperangan bersifat kejam dan patut dihindari
H/C   Yoshida amat merasai penderitaan akibat daripada peperangan khususnya penyakit yang menimpa isterinya akibat ledakan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima

F3     Menuntut ilmu menjadi kewajipan pada setiap orang Islam
H/C   Nilakesuma sanggup berjauhan dengan keluarga / ibu bapanya semata-mata ingin menuntut ilmu kerana ia wajib bagi orang Islam

F4    Menghormati budaya orang lain
H/C  Nilakesuma tetap menghormati budaya orang Jepun. Ini dapat dilihat semasa dia bertemu dengan keluarga Yoshida

F5    Jangan lupa akan sejarah negara
H/C  Yoshida melarang mereka mengambil gambar di tugu kerana tidak mahu  generasi muda lupa sejarah hitam yang melanda Jepun dalam Perang  Dunia Kedua.

F6    Cintakan Tanah Air
H/C  Yoshida sangat mencintai tanah airnya sendiri sehingga dia tidak mahu berbicara tentang peperangan / bom atom
    1 isi   =  2 markah
    4 x 2 =  8 markah

Bahagian C : Drama
Jawab satu soalan sahaja.

5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Dahlan:      Apa boleh buat, sudah suratan takdir. Cukup juga saya mengatur tadbir, tapi     
       kecewa. Takdir juga yang tiba.
           
Pak Hamid : Tentu, sebab tadbir kau tadbir bodoh. Kejam.

Dahlan  :      Apa, pak cik? Tadbir bodoh? Sia-sia saya ke England…Sia-sia kelulusan saya
      yang saya bawa balik.

Pak Hamid : Memang semua orang tahu kau lepasan sekolah tinggi. Kau lulus ilmu undang-
       undang. Kau seorang lawyer. Tapi ingat…pelajaran tinggi sahaja tidak berguna kalau tidak
       disertai dengan pendidikan kebangsaan dan keagamaan. Sebenarnya kau tak ada   
       pendidikan. Kau lulus ilmu undang-undang tapi kau tidak mengikut undang-undang.

Dahlan :      Tak mengikut undang-undang?
                                 (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.] 2003.
                                Drama Lawyer Dahlan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
                                K.Lumpur: DBP , hal. 215

a. Nyatakan  empat urutan peristiwa sebelum dialog di atas diucapkan.                  [8 m]
b. Berikan tiga alasan Dahlan dituduh tidak mengikut  undang-undang mengikut pandangan Pak Hamid.                                                                                                                       [9 m]
c.Huraikan empat  pemikiran yang cuba disampaikan pengarang dalam  drama ini.                                                                                                [8 m]

Skema  Pemarkahan :

 (a) Empat urutan peristiwa sebelum dialog di atas diucapkan. (8 m)

F1  :  Rahimah memarahi Dahlan kerana selalu pulang lewat malam.
F2  :  Dahlan dan Rahimah bertengkar setelah Rahimah menuduh Dahlan mengabaikan rumahtangga mereka.
F3  :  Dahlan menceraikan Rahimah dengan talak satu.
F4  :  Dahlan menghalau Rahimah keluar dari  rumah mereka.
F5  :  Dahlan menghina Rahimah yang berasal dari kampung
F6  :  Dahlan tidak membayar hutang dengan Ah San
Pilih empat isi sahaja.
1 isi = 2 markah
4 isi = 8 markah
(b)  Tiga alasan mengapa Pak Hamid menuduh Dahlan tidak mengikut undang-undang.
F1  : Dahlan menceraikan isterinya yang tidak bersalah
HC : Dahlan telah menceraikan Rahimah yang tidak berdosa setelah Rahimah menegurnya selalu pulang lewat malam dan mengabaikan rumah tangga.

F2  : Dahlan melakukan pecah amanah.
H/C : Dahlan menerima suapan RM 10000 daripadaTauke Leong.

F3  : Dahlan tidak/ enggan  membayar hutang
H/C : Dahlan telah berhutang dengan Ah San tetapi tidak membayar hutang tersebut

F4 :  Dahlan menganiayai pekerjanya
H/C  : Dahlan mengugut hendak memberhentikan pekerjanya jika mereka tidak memberikan sebahagian gaji mereka  kepada beliau.

F5  : Dahlan tidak bertanggungjawab terhadap isteri/ rumahtangga
H/C : Pak  Hamid menganggap Dahlan  gagal membimbing Rahimah  ke jalan yang benar, sebaliknya mempengaruhi Rahimah mengamalkan budaya Barat dalam kehidupan mereka.
Pilih tiga isi sahaja
1 isi 3 markah ( 2 m F, 1 markah H/C)
3 isi x 3 m = 9m

(c)  Empat pemikiran yang cuba disampaikan pengarang dalam drama ini.
F1  :  Sikap mudah lupa diri/ asal-usul
            H/C : -  Dahlan yang belajar undang-undang di England dan kemudiaannya
                        pulang ke tanah air dan menjadi majestrit. Beliau  telah menjadi sombong 
                        dan lupa  diri. Beliau enggan membantu penduduk kampung, menghina
                        peminta  sedekah dan mengamalkan budaya barat dalam kehidupannya.
-       Rahimah sudah tidak mahu  makan lagi ulam-ulaman san sayur-sayuran dari kampung yang dibawa ibunya setelah berkahwin dengan Dahlan.
-       Rahimah sudah tidak mahu melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas sebaliknya telah mengupah orang gaji untuk melakukankerja-kerja tersebut.

            F2 :   Pentingnya pelajaran untuk mengubah taraf hidup
            H/C : Pak Hamid telah menggalakkan Dahlan agar melanjutkan pelajaran hingga
         peringkat yang tinggi. Pak Hamid juga  berusaha   mendapatkan   
         biasiswa untuk Dahlan melanjutkan pelajaran di England.

F3 :  Pengaruh budaya barat dalam kehidupan
H/C : - Dahlan dan Rahimah yang pernah tinggal di England telah terpengaruh
          dengan budaya barat yang negatif  dalam kehidupan seharian
          mereka.Mereka mengamalkan pergaulan bebas, minum minuman keras 
          serta berfoya-foya di kelab malam.
-       Rahimah dan Dahlan juga mempunyai mentaiti/pemikiran semua yang 
      ada di Barat adalah baik.

F4  :  Sikap mementingkan diri sendiri
            H/C : Dahlan dan Rahimah  enggan membantu peminta sedekah dan pengutip
                     derma . Contohnya Dahlan enggan memberi derma kepada Zakiah dan 
                     Rahman untuk membina sekolah rakyat. Dahlan juga enggan memberi
                     ceramah kepada penduduk kampung seperti yang diminta Pak Hamid.

            F5 :  Sikap tidak mengenang budi/Menderhaka kepada orang tua
            H/C : Dahlan dan Rahimah yang telah mendapat kesenangan telah menjadi lupa