Sistem Modular untuk Pengajian Diperingkat Tingkatan

Assalamualaikum,
Syukur akhirnya sistem modular untuk pengajian diperingkat tingkatan  akhirnya terlaksana juga bagi sesi pengajian 2012-2013.
Penulis bersama beberapa rakan peserta dan penceramah
pihak MPM telah memanggil Jurulatih Utama Negeridi Pearl Internasional Hotel bagi diberikan taklimat tentang perubahan dalam sukatan pelajaran yang diselaraskan dengan sistem pengajian diperingkat pengajian tinggi. Untuk mata pelajaran Kesusasteraan melayu ianya berubah sealaras dengan kehendak semasa... dan nampaknya guru-guru mata pelajaran kesusasteraan melayu terpaksa menyahut cabaran kerana ianya agak mencabar juga terutama kertas 3 dan juga kertas 4. Untuk makluman
Kertas 1- Penghayatan Teks (melibatkan perubahan teks untuk sesi 2012/2013 Permata Sastera akan digunakan)
Kertas 2- Sastera pembangunan ( Meliputui 3 elemen penting iaitu Pembangunan Insan, Masyarakat dan Pembangunan Negara) - Teks yang dikaji ialah Novel Saudagar besar dari Kuala Lumpur dan Sulatus salatin.
Penulis dengan tiga penceramah (Dari Kiri Prof.Harun, En.Jais & Prof. Mukhtar

Kertas 3- Pengurusan dan penulisan Kreatif ( Melibatkan elemen editing teks menggunakan simbol pengeditan, penulisan kreatif merangkumi sajak, puisi tradisional serta cerpen dan akhirnya multimedia)
kertas 4- kertas projek yang perlu dilakukan oleh calon"jika tidak calon akan gagal walaupun menduduki ujian bertulis untuk ketiga-tiga kertas di atas" Ada 3 pilihan projek yang boleh calon pilih antaranya
1. Penghasilan Esei-kajian tentang sesuatu aspek kesusasteraan dalam teks 
2.penghasilan Porfolio - merangkumi elemen tokoh (berkait dengan sastera atau lain-lain yang ada hubungan dengan teks yang dipelajari) atau mungkin juga institutsi yang ada hubungan dengan kesusasteraan.
3. Penghasilan Multimedia yang berupa persembahan yang menggabungkan elemen multimedia yang terdiri dari teks, animasi, audio-visual / video dan juga grafik.
Calon bukan hanya dinilai dari segi penyediaan kertas projek tersebut tetapi calon juga harus membentangkan hasil projeknya untuk dinilai oleh guru pembimbing- peruntukan markah ialah sebanyak 20 %
Untuk makluman rakan guru dan para pelajar yang mengikuti blog saya. Pihak JPN negeri Kelantan akan memanggil guru-guru yang mengajar mata pelajaran kesusasteraan melayu pada tarikh yang belum ditetapkan lagi untuk diberikan taklimat oleh JURULATIH UTAMA yang telah dilantik oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

penulis bersama rakan peserta (Tengah Cikgu Nik A.Zamri & cikgu Yusnaidi dari Besut)
Penulis bersama (Dari kiri C.Rusydi Danial, C.N.A.Zamri , penulis , En.Jais & C.W.Adenan)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel