Isnin, 19 Mac 2012


Syukur alhamdullilah, semuanya dah selesai bagi sesi 2010/2011 apabila keputusan peperiksaan STPM diumumkan pada 7 Mac 2011. 
Keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu keseluruhannya sedikit meningkat, namun masih ada sekelumit perasaan tidak puashati apabila peratus  peningkatan hanya 2%, manakala untuk Kesusasteraan Melayu moden (Kertas yang saya kendalikan di sekolah) terus mengucup yang suatu masa dulu telah mencapai tahap yang cukup membanggakan iaitu pada tahun 2009 sebanyak 92.9 %. Insyallah keazaman tetap utuh untuk meneruskan perjuangan bagi mengangkat martabat mata pelajaran Kesusasteraan melayu yang jelas dan nyata mampu membantu pelajar meningkatkan NGP dalam peperiksaan STPM
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan