Taklimat Sukatan Baharu Kesusasteraan Melayu Komunikatif akan diadakan di PCB Resort

Buat Rakan-rakan Guru Kesusasteraan Melayu di negeri kelantan,
Taklimat Sukatan Baharu Kesusasteraan Melayu Komunikatif akan diadakan di PCB Resort, Kota Bharu pada 27 dan 28 April 2012.
Muga Taklimat ini nanti akan membuka lembaran baru dalam pemahaman terhadap Sukatan Baharu Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang akan digunakan secara rasminya pada sesi 2012/2013 nanti. Untuk makluman rakan guru taklimat akan disampaikan oleh;
1. En. Ahmad Yani Salleh                                                 2. En. Nik Ahmad Zamri b. N.Arsat
    Guru Cemerlang DG 52                                                    Guru Akademik Kesusasteraan Melayu
    Kesusasteraan Melayu                                                      SMK Sri Aman, Pasir Puteh
    SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan.                                Kelantan.

3. En. Abdul Razak Othman
   Guru Akademik Kesusasteraan Melayu
   SMK Tg. Indera Petra,
   Gua Musang.

Kami telah menghadiri taklimat yang dikelolakan oleh MPM pada 16 hingga 18 Mac 2012 di Pearl Internasional Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Antara yang telah menyampaikan taklimat pada sesi tersebut ialah;
1. Prof. Dr. Harun Daud, UMK
2. Prof. Dr. Mokhtar Hassan, Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
3. Dr. Arabie - Pensyarah UPM
4. En. Jais Sahok - Guru Akademik Kesusasteraan Melayu. 

Taklimat akan dibahagikan pada 5 sesi
1. Sesi pertama   -   Pengenalan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
                               (En.Ahmad Yani Salleh)
2. Sesi Kedua     -   Kertas 1 : Penghayatan Teks (En. Nik Ahmad Zamri N.Arsat)  
3. Sesi Ketiga     -   Kertas 2 : Sastera dan Pembangunan (En. Ahmad Yani Salleh)
4. Sesi Keempat -   Kertas 3 : Penulisan Kreatif, Pengurusan dan Multimedia (En. Abd. Razak /En. N.Ahmad Zamri & En. Ahmad Yani)
5. Sesi Kelima    -   Kertas 4 : Kertas projek (Penulisan Esei / Portfolio / Multimedia) (Nik Ahmad Zamri & En. Ahmad Yani)

Akhir sesi akan ada soal jawab. Muga-muga para guru bersedia dengan soalan untuk membangkitkan suasana  taklimat yang kondusif. Namun pengetahuan kami amat terhad kerana maklumat yang kami terima juga sangat  minimum terutama berkaitan dengan jawapan yang seharusnya dijawab oleh pelajar. Semuanya bergantung pada skema peperiksaan yang akan diadakan pada November 2012 nanti.

Untuk makluman, semua guru seharusnya membawa bersama Sukatan Pelajaran  Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang boleh dimuatturun dari laman sesawang MPM di samping itu juga Panduan Pentaksiran baharu juga harus dimuat turun. Teks Novel Saudagar Besar dan Sulatussalatin juga boleh dibawa bersama bagi rujukan dan perbincangan bersama.

Penerangan yang akan ditaklimatkan nanti insyallah akan membantu para guru dalam menangani kemelut Sukatan Baharu yang akan diguna pakai nanti.



         

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel