Khamis, 7 Jun 2012

Buku Permata Sastera (Penghayatan Sastera Penggal 1)

Kepada semua rakan guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif di seluruh Malaysia, makluman buku teks Permata Sastera masih dalam proses percetakan dan agak lambat juga akan dipasarkan- ini mengikut sumber daripada rakan guru Cikgu Yeo dari SMK Tumpat yang ke Kuala Lumpur. Beliau telah memaklumkan kepada saya, pihak pencetak masih lagi belum dapat menyiapkan cetakannya katanya ianya berpunca dari masalah kulit. Sehubungan itu, jika rakan guru ingin mendapat maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan pegawai di syarikat percetakan yang telah diamanahkan oleh DBP, iaitu En. Mohd. Indra di talian 016-3373289. Buku Permata mungkin boleh ditempah terlebih dahulu melalui pesanan pos tapi ambil masa terutamanya dari segi penghantaran dan kosnya juga agak tinggi. Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan En.Mohd. Indra... sekian terima kasih,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan