Isnin, 29 Oktober 2012

soalan percubaan KMK pahang 2012




JABATAN PELAJARAN
PAHANG DARUL MAKMUR


PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM BAHARU 2012
2 Jam

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
922/1 PENGGAL 1

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Jawab tiga soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B dan C.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [  ].



Soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak
@ Hakcipta Terpelihara Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Darul Makmur
Bahagian A : PUISI
[ 25 markah ]


Jawab Satu soalan sahaja.

1.
Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

               Pisang emas di bawa belayar,
                    Masak sebiji di atas peti,
               Hutang emas boleh dibayar,
                    Hutang budi dibawa mati.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ] , 2012
Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 3 )


( a )
( b )
( c )
Nyatakan jenis puisi dan huraikan tiga ciri yang terdapat di dalam puisi di atas.
Jelaskan tiga gambaran masyarakat yang terpancar menerusi puisi tersebut.
Terangkan kesan puisi tersebut kepada diri anda.
[ 07 ]
[ 12 ]
[ 06 ]

2.
Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Seorang Jemaah
A. Wahab Ali
I
Pada setiap subuh bening
Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang berjalan
Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya juga putih.

Sesekali aku berhenti                                                                    
Mempelawanya menaiki kereta
Dia memberikan salam
Bersamanya menerpa wangi haruman.

Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan                       
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi.

Sebaik imam selesai memberi salam
Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah keluar                                                        
Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfalt
Putih topinya, putih bajunya, putih seluarnya
Putih kasutnya.

Setiap derap sepatunya                                                                               
Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal
Minta umur dipanjangkan
Minta diselamatkan anak isteri                                                 
Minta selamatkan saudara seagama
Selamat yang hidup
Selamat yang telah mati
Selamat di dunia
Selamat di akhirat                                                                           
Selamat semuanya.

II
Kini
Setiap subuh bening
Azan tetap memancar di menara masjid
Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup                           
Tetapi setiap kali lalu di tempat aku mengambilnya
       dulu
wangi harumnya masih menerpa
putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini                                                                                                        
Ketika aku berjemaah
Di sisiku dia tiada
Tetapi sugi dan usallinya
Memanjang di mataku.

Kini                                                                                        
Bila selesai imam memberi salam
Tidak kelihatan dia bergegas ke luar
Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya
Pejalan kaki pagi
Merindukan topi putihnya                                                          
Doanya masih mengambang
Tapi degup jantungnya sudah lama berhenti
Dia telah lama selamat
Berbaring bersama deretan pusara
Dato’  dan Tan Seri.                                                                                        
Kuala Lumpur – Kuala Terengganu
5–6. 12. 1991







4




8



12







19












31









38





43










54



                                    ( Dipetik Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012
Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 32-33 )   




( a )
( b )
( c )
Jelaskan maksud rangkap 4 sajak ini.
Bincangkan tiga persoalan yang dikemukakan dalam sajak tersebut.
Kemukakan empat gaya bahasa yang digunakan dalam sajak di atas.
[ 04 ]
[ 09 ]
[ 12 ]





Bahagian B : PROSA TRADISIONAL
[ 25 markah ]


Jawab satu soalan sahaja.

3.
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

           Setelah didengar oleh Rasulullah kata Akasyah demikian itu, maka Rasulullah  pun menitahkan Bilal katanya, “Hai Bilal, pergilah ke rumah Fatimah itu ambilkan camti kudaku kerana aku hendak membayar hutangku kepada Akasyah kerana pada hari ini kiamat malulah aku dipukul Akasyah hadapan kadhi Rabbul Jalil.”

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012 
Inilah Hikayat Menyatakan Nabi Wafat,
Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hal. 94 )


( a )
( b )
( c )
( d )
Siapakah Akasyah?
Jelaskan hutang yang hendak dibayar oleh Rasulullah kepada Akasyah.
Huraikan peristiwa yang membawa kepada dialog di atas.
Berdasarkan cerita tersebut, jelaskan nilai-nilai murni yang patut dicontohi daripada baginda Rasulullah dan para sahabat.                                                                                                                                        
[ 02 ]
[ 05 ]
[ 09 ]

[ 09 ]





4.
Berdasarkan Taj Us Salatin, bincangkan :








( a )
( b )
( c )
Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan raja.
Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan menteri.
Syarat yang harus dipatuhi oleh golongan pegawai.
[ 09 ]
[ 08 ]
[ 08 ]








Bahagian C : PROSA MODEN
[ 25 markah ]


Jawab satu soalan sahaja.

5.
Berdasarkan Cerpen Usia Emas karya Abdullah Hussain, jawab soalan-soalan berikut :


( a )
( b )
( c )
Dengan memberikan contoh, nyatakan tiga perwatakan Cikgu Baharum.
Huraikan dua perbezaan pandangan masyarakat dalam cerpen ini.
Jelaskan lima pemikiran yang hendak disampaikan oleh pengarang.
[ 06 ]
[ 04 ]
[ 15 ]


6.
Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

TUAN SETIAWAN TANJUNG


ASIAH SAMIAH TUA
PUAN SUARI ALIMIN
:


:
:
Kebahagiaan itu ialah bila kau ada cukup makan pakai, malah lebih lagi. Kebahagiaan itu ialah bila kau ada rumah besar, kereta besar, pakaian mahal, boleh ke luar negeri.
Hati saya macam mana?
Hati perempuan hati perempuan juga Asiah. Mula-mula memang tak suka, lama-lama sukalah.

( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [ peny ], 2012
Drama Asiah Samiah,
Permata Sastera Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Hal. 233 )


( a )

( b )

( c )
Siapakah Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin serta hubungannya dengan Asiah Samiah Tua?
Apakah hajat Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin terhadap Asiah Samiah. Mengapakah Asiah Samiah membantah?
Bincangkan empat pemikiran masyarakat dalam drama Asiah Samiah

[ 03 ]

[ 06 ]
[ 16 ]

1 ulasan: