Jumaat, 27 Julai 2012

Unsur Gaya Bahasa (Skema STPM 2004)


Maaf saya masih belum dapat memuat turun unsur gaya bahasa ada masalah teknikal yang perlu saya perbaiki harap maklum. Sebarang kesulitan amat saya kesali... boleh hubungi saya menerusi emel yang telah diberikan nanti saya akan sentkan mana-mana maklumat yang diperlukan sekian terima kasih.

Bahan Ceramah Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu Kertas 2 (2012)

Kata Tugas Yang sering digunakan dalam soalan untuk kertas 2 Kesusasteraan Melayu Moden.

KATA TUGAS
RESPONS YANG PERLU PELAJAR BERIKAN
APAKAH
Memberi maklumat yang khusus (Peristiwa)
BAGAIMANAKAH
Memberi penerangan tentang kejadian (peristiwa)
BANDINGKAN
Memberi persamaan dan perbezaan (watak / citra masyarakat)
BEZAKAN
Memberi kelainan/ketidaksamaan (watak)
BILAKAH
Menyatakan masa atau waktu
BINCANGKAN
Memberi pandangan dari beberapa aspek (F/H/C)
BUKTIKAN
Menyatakan kebenaran dengan dalil (F/H/C)
HURAIKAN
Memperihalkan sesuatu dgn. Panjang lebar (F/H/C)
JELASKAN
Memberi penerangan supaya mudah difahami (F/H/C)
MENGAPAKAH
Memberi sebab (Peristiwa)
NAMAKAN
Memberi nama watak
NYATAKAN
Memberi fakta tanpa huraian / sokongan
SIAPAKAH
Mengenalpasti individu dalam konteks tertentu
TAKRIFKAN
Memberi tafsiran istilah yang diberikan.(Gaya bahasa)

Selasa, 24 Julai 2012

Pengantar Prosa Tradisional


Assalamualaikum,
kepada semua yang mengikuti blog saya, mohon berikan ulasan untuk penambahbaikan bahan yang dimuatturun dalam blog ini. Muga-muga ulasan anda akan membantu saya untuk menghasilkan bahan-bahan yang lebih effisyen lagi pada masa akan datang.
Wassalam...

 2.1       Epik
PENGHANTAR PROSA TRADISIONAL
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
2.     Prosa Tradisional

2.1 Epik

2.2 Cerita rakyat

2.3 Keagamaan

2.4 Ketatanegaraan


10

10

10

10
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan cirri-ciri prosa tradisional terrpilih;
(b). menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu Tradisional;
(c) menjelaskan watak dan perwatakan
(d) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(e) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(f) menghuraikan kandungan karya;
(g) menganalisis karya.

(a) mengenal pasti jenis dan cirri-ciri prosa tradisional terrpilih;

2.1.1    Takrif/Konsep:
Kesusasteraan epik juga dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan. Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya.Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian, ketokohan,kepintaran, kegagahan,mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna. kadangkala watak wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini. Kesusasteraan epic ditulis dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, genre ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikan kepada epik kebangsaan dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993)
            Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh Hikayat Hang Tuah.  Dalam hikayat ini dilukiskan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia “ghaib”. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar Melayu Melaka. Di samping itu, Hang Tuah juga merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutama dalam masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun.
            Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap perkembangan cerita karya epik.

2.1.2    Ciri-Ciri Epik:
1.         Dari segi bentuknya, sastera epik adalah bentuk karyayang ditulis dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi yang panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan di dalamnya terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan.

2.         Latar tempat cerita dan peristiwa mengenai tokoh wira amat luas, iaitu meliputi alam nyata dan alam kayangan.Dalam Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi beberapa tempat antaranya Melaka serta di serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan benua keling.

3.         Aksi-aksi watak wira  digambarkan rata-ratanya bersifat berani, tangkas dan bijaksana. Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat menewaskan musuhnya taming sari.

4.         Terdapat unsur-unsur  supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib dan sakti sesuatu bangsa.Hang Tuah merupakan tokoh  yang kuasa luar biasa.

5.         Wira dalam sastera epik adalah tokoh agung yang berkedudukan tinggi sesuatu bangsa. Hang Tuah merupakan orang kanan Melaka yang sering diutuskan oleh sultan Melaka ke luar negara. Bahkan kemasyurannya telah sampai ke negeri-negeriMajapahit, Siam, China, Benua Keling, Arab dan Rom.


2.2       Cerita Rakyat

2.2.1    Takrif/Konsep:
Kesusasteraan rakyat ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, folk literature. Menurut Richard M. Dorson (1973), folk literature juga dikenali sebagai oral literature (kesusasteraan lisan) atau verbal art (seni ujaran atau tuturan) atau expressive literature (kesusasteraan ekspresif), sama ada dalam bentuk cerita atau bukan cerita yang berlegar  di sekitar masyarakat menerusi lisan, dan diwarisi oleh satu generasi daripada generasi terdahulu tanpa diketahui siapa penciptanya.
            Genre ini dinamakan kesusasteraan rakyat kerana hasil karyanya dianggap kepunyaan bersama (kolektif) oleh masyarakat penciptanya. Pada masa kesusasteraan ini dicipta, masyarakat Melayu masih berada pada tahap pratulisan lagu atau dengan kata lain, pada masa itu mereka masih buta huruf. Pencipta hasil kesusasteraan ini pula terdiri daripada rakyat biasa, sesuai dengan tahap pemikiran mereka sederhana  dalam menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya.
           
2.2.1    Ciri-Ciri Kesusasteraan Rakyat

1.         Penyebaran dan pewarisannya dilakukan secara lisan.
2.         Bersifat tradisional, iaitu hidupdalam sesuatu kebudayaan dalam waktu tidak kurangdaripada dua             generasi,dalam bentuk yang relative tetap.
3.         Kerana sifat kelisanannya, cerita rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi. Proses penyebarannya    yang melalui pertuturan telah mengakibatkan berlakunya perubahan dan penyesuaian yang           akhirnya melahirkan versi-versiyang berbeza. Walau bagaimanapun, perbezaan versi ini berlaku            hanya pada bahagian luaran, sedang dasarnya tetap bertahan.
4.         Penciptanya tidak diketahui. dengan itu ia menjadi milik bersama dalam masyarakat.
5.         Mempunyai fungsi tertentu dalam masyarakatnya atau kebudayaannya, misalnya sebagai alat           pendidikan, alat pengajaran moral, hiburan, protes sosial dan sebagainya.
6.         Mempunyai logika tersendiri yang tidak sesuai dengan logika umum.
7.         Bersifat sederhanadan seadanya, terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar, seperti yang          terlihat pada anekdot dan sebahagian cerita jenaka.
8.         Kesusasteraan rakyatmempunyai sifat-sifat tempatan yang tebal.

2.3       Keagamaan:
2.3.1    Takrif/Konsep:
Cerita-cerita  nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda. secara umumnya, cerita ini berlatarbelakangkan sejarah Islam sebenar. Walau bagaimanapun gambaran, tentang perwatakan baginda serta latar masa dan tempat yang dilukiskan adalah berdasarkan peristiwa sejarah sebenar tetapi telah diolah kembali dengan memasukkan unsur mitos dan lagenda.
            Hal ini menjadikan cerita-cerita tersebut agak meragukan, dan secara langsung bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut agama Islam segala gambaran mengenai para nabi seharusnya berdasarkan kepada fakta-fakta yang benar seperti yang terkandung dalam al-Quran, as-Sunnah, dan sumber-sumber sejarah yang muktabar. Cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w ini telah dijadikan alat pendakwahan Islam pada suatu masa dahulu. Antara lain cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w memperlihatkan kehebatan, ketokohan, keagungan, dan mukjizat yang dimilikioleh baginda dalam menyebarkan agama Islam.

2.3.2    Ciri-ciri sastera Keagamaan
1.         Memulakan cerita dengan Basmallah / Bismillah
2.         Terdapat unsur-unsur mitos dan lagenda
3.         Memfokuskan kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w
4.         Mengisahkan tentang ketokohan dan keistemewaan
5.         Gaya penulisan terpengaruh dengan gaya bahasa arab
6.         Karya ditutup/diakhiri dengan ucapan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w dan juga    diakhiri dengan bacaan amin.

2.4       Ketatanegaraan
2.4.1    Takrif/Konsep
Kesusasteraan ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab. Genre ini menjelaskan tentang petunjuk, padduan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir termasukraja dan pegawai istana lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat, hulubalang, dan ulama dalam urusan dan pentadbiran sesebuah negara. Unsur sejarah terdapat dalam karya ini tetapi tidak menjadi teras perbincangan yang dititikberatkan. Dalam karya seperti ini terdapat penerangan secara naratifcaramentadbir sesebuah negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu, khususnya raja-raja timur tengah sama ada beragma Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Selain naratif tentang raja-raja, terdapat juga naratif tentang Khalifah al-Rasyidin terutamanya tentang Umar al-Khattab. Kesemua karya ketatanegaraan Melayu Tradisional berteraskan Islam

2.4.2    Ciri-ciri:
1.         Bercirikan kekitaban dari segi teknik penulisan – Disalin dalam  bentuk bab atau fasal. menyamai cara penulisan sastera kitab. Seperti Tajus salatin yang mengandungi 24 fasal.
2.         isi karya/kandungan kitab kaya dengan nasihat, petunjuk dan pengajaran yang berharga. – pengajaran kepada golongan pemerintah/ raja-raja pada zaman itu. terutama dalam aspek pemerintahan, hubungan rakyat dengan raja, tanggungjawab para menteri dn golongan pentadbiran.
3.         Terdapat kisah nabi-nabi dan tokoh Islam yang terkenal dalam sejarah Islam untuk dijadikan Teladan-Sama ada kelakuan, keberaniannya, kehebatan dalam peperangan dan pentadbiran negara.
4.         kaya tentang ilmu Islam yang tinggi bukan hanya untuk raja malah untuk semua lapisan masyarakat.-menerangkan cara-cara pentadbiran dalam sesebuah negara.
5.         kaya dengan filsafat/falsafah pemikiran Islam yang tinggi
6.         Berperanan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menimbulkan keinsafan di kalangan umat manusia.
7.         Bersifat bukan naratif-bersifat undang-undang dan peraturan, pentadbiran.
8.         bahagian awal bab mengandungi maklumat tentang akidah dan soal-soal ketuhanan.

Rabu, 18 Julai 2012

Kajian Puisi Moden - Sajak1 Pertemuan Di Hyde Park oleh Adi Badiozaman Tuah


Latarbelakang: DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN TUAH 

Adi dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan pendidikan rendahnya.Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendidikan dalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah Kedoktoran Pendidikan dari Universiti Bristol, U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan
Sebelum menjadi Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Adi pernah sebelum bersara daripada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2007, bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pengarah Pendidikan Sarawak, Pengarah, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur; Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan
Pendidikan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Adi juga pernah menjadi Pegawai Pendidikan Bahagian di Sri Aman dan di Bahagian Miri; menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching; tutor di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya; dan Pengetua di SMK Green Road Kuching, dan Pengetua Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri 

Pertemuan di Hyde Park
Bila berdiri di antara pepohon rimbun 
     di Hyde Park 
aku teringat sebidang tanah luas pemberian 
     ayah di kampung 
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara 
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak 
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
 dan setelah berkali-kali ditanam padi 

menjadi huma bukit milik keluarga.

 Maksud Rangkap 1: Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga.

Atas munggu itulah aku selalu berdiri 
      bersama ayah 
sama ada ketika padi membesar 
      atau semasa menghalau burung pipit 
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi 
atau saja-saja santai antara panggilan emak 
      bila memerlukan air kopi 
atau bila kemudiannya menemani ayah 
      menanam anak getah 
atau membetulkan barisan ladanya.
Maksud Rangkap 2:Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada.
 
Bagaikan membahas isu utama dunia di 
     Sudut Pidato 
di situlah ayah akan bercerita tentang erti 
     sebuah tanah 
tentang tanggungjawab penjagaan dan 
     pemeliharaannya 
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut 
     ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah 
     sedia menerima tanpa bicara.

Maksud Rangkap 3:Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya.

Di situlah ayah sering mengingatkan 
     erti sebuah amanah 
kitalah mencorakkan dan membentuk 
     tanah ini mengikut kesesuaian 
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali 
    semula menjadi milik alam semesta.


Maksud Rangkap 4:Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya.

 
Bertemakan amanah 
Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara beliau hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

Contohnya :

Di situlah ayah sering mengingatkan
    erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
    tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
    semula menjadi milik alam semesta


Persoalan tentang kasih sayang Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
     sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
     pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
     ketentuan dan keperluan masa




Persoalan gigih berusaha. 
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara 
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak 
kemudian dibiarkan kering dan dibakar 
dan setelah berkali-kali ditanam padi 
menjadi huma bukit milik keluarga.

PERSOALAN KERAJINAN
Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman
Silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
Contoh:
  atau bila kemudiannya menemani ayah
   menanam anak getah
  atau membetulkan barisan ladanya.


Semuga maklumat yang dipaparkan diblog ini dapat dimanfatkan bersama dan jika ada sebarang  kekurangan harap dimaafkan dan jika ada penambahbaikkan bolehlah dikongsikan diblog ini sila catatkan ulasan anda...