Rabu, 4 September 2013

Pengurusan Organisasi Asrama Dalam Cerpen Di Sebalik Sirat Makna



            PERANCANGAN
Penetapan matalamat dan objektif yang hendak dicapai dalam pengurusan organisasi
Asrama, antara lainnya ialah:

1.1          Mendisiplinkan pelajar yang tinggal di asrama (asrama sarjana)
1.2          Menjamin masa depan pelajar (hlm. 181)
1.3          Berjaya dalam hidup dan membentuk menjadikan mereka sebagai
                 manusia(hlm.185)
1.4          Meningkatkan tahap disiplin sekolah (hlm.175)
1.5          Meyakinkan masyarakat tentang disiplin pelajar

2.0       PENGORGANISASIAN
2.1          Pengurusan sumber
2.1.1 Asrama Sarjana
* Asrama yang kerap mempunyai kes-kes disiplin kerana sekumpulan pelajar yang bermasalah ditempatkan disitu. (hlm.176)
Cth: Keleman yang dibuang sekolah kerana membelasah pelajar tingkatan dua. Sekumpulan pelajar telah digantung sekolah kerana berdua-duaan di Dewan Makan pada jam dua pagi
*Sampah bertaburan
*Kebersihan (air kencing berlopak di koridor, mangkuk tandas yang kotor, dinding-dinding yang berconteng)

2.1.2 Pelajar
* Bermasalah disiplin seperti bergaduh, merokok , berdua-duaan
* Tinggal jauh dari sekolah
Cth: Tingang yang tinggal di Long Banga di hujung Sungai Baram ibubapa terpaksa menggunakan kapal terbang untuk menyelesaikan masalah disiplinnya (hlm. 183)

2.1.3 Warden
                * Mengikut peraturan yang telah ditetapkan (prosedur) hlm. 183
                * Hukuman

2.2          Aktiviti dan Program
                - Mesyuarat mingguan akan dikendalikan oleh PK HEM (hlm. 180)
                - Kajian tentang latar belakang pelajar (hlm. 182)
                - Soal selidik tentang punca masalah disiplin di kalangan pelajar(hlm. 183)
                - Pertemuan dengan ibubapa pelajar bagi mencari jalan penyelesaian (hlm. 182) cth: Ibu bapa               Tingang datang dari Long Banga.

2.3          Ahli Jawatankuasa / Struktur organisasi Pengurusan Asrama
Pengetua
Encik Micheal Teo
PK Pentadbiran
Encik Muthu
PK HEM
Encik Naszkir b. Zakir
Ketua Warden
Cikgu Ibau Paul Nyibang
Warden
Encik Naszkir b. Zakir

3.0          TENAGA KERJA (STAFFING)
                Spesifikasi Kerja nama jawatan serta tugas ringkasan kerja .

                PENGETUA
                . Mengetuai mesyuarat jawatankuasa disiplin sekolah termasuklah unit asrama
                . Menandatangani surat
                .Meneliti laporan yang disediakan termasuklah laporan disiplin asrama.
                . Menyelesaikan masalah yang dimbul di kalangan  tenaga kerja (staff) cth: memanggil cikgu     Ibau dan Naszkir untuk berbincang

                PK Hal Ehwal Murid
                . Meningkatkan tahap disiplin sekolah (hlm. 175)
                . Mengendalikan mesyuarat Mingguan warden
                . Membuat keputusan tentang masalah disiplin
                . Bekerjasama dengan ketua warden bagi menyelesaikan masalah disiplin di asrama
                . Mengkaji / menyiasat punca masalah yang berlaku
                . Berbincang dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah

                KETUA WARDEN
                . Menyelesaikan masalah disiplin pelajar asrama  (hlm. 174)
                . Menyediakan laporan disiplin asrama seminggu sekali (hlm.175)
                . Bekerjasama dengan PK HEM
                . Memberi nasihat / kaunseling kepada pelajar bermasalah
                . Menggantung / mendenda pelajar

                WARDEN
                .Memastikan tahap disiplin pelajar asrama terkawal
                . Meronda asrama
                . Memastikan tahap kebersihan asrama

Isnin, 12 Ogos 2013

Latihan Penyuntingan 5




 
Simbol
 
1.           Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

Mencari dimensi baru
Zaman kini sudah beubah. Jika ditinjau daripada sudut ekonomi, malaysia dan rakyat nya sudah berubahwajah dan selera bertukar. Kalau dahulu Malaysia lebihlebih merupa-kan negara pertanian dan struktur perdaganggannya tertumpu padda ekspor barangan komidittinya seperti getah kelapa sawit dan kayu balak kini 80 peratus eksport Malaysia terdiri daripada barang perkilangan. Keduddukan Malaysia dalam perdagangan dunia menjadi semakin peting apatah lagi dalam erra Malaysia menghadapi WTO (Pertubuhan perdagangan Dunia) atau afta (KawasanPerdagangan  Bebas ASEAN) yang menjadikan Malaysia bukan lagi  negaar  yang  ekonominya berasasskan pertania.
Perkembangan terkini ekonomi ini memberikan kepada kesan kehidupan maysarakat dari segi politik dan sosial. Kerakussan mengejar ke-pentingan ekonomi dalam zaman teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) ini akan mengorbankan banyak pihak ; geloranya lebih bersifatantarabangsa dan global. Apakah perubah an cabaran baru ini memberikan dimenssi baru kepada dunia sastera darpadai sudut penghasilan karya
  Pergolakan dan baru cabaran ini tentunya akan mem-buahkan ideaa dan pemikiran baru dalam penulisan karya sastera dalam belbagai genre. karya sastera tidak lagi hanya kisah bercerita kemiksinan hidup masyarakkatnya, penderitaan kerana kepincangan hidup keluarga   atau  cerita  yang bersifat didaktek dan kisah yang hanya bersifat peribadi. Tentunya pembaca mengharapkan garappan kisah yang lebih mencabar  seiring dengan cabaran pergolakan ekonomi yang semakin meragut nilai kemanusiaan – siapa yang bijak berduit, pantas dan cekap dialah yang berkuasa.
  Kalau Salina karya Sasterawan Negara A. Samad Said berkisah seputar zaman selepas perang , yang mendedahkan sebab, akibat,  dan kesannya manakala Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan hidup, apakah pula karya terbaik kini yang senada dengan zaman ICT dan zaman komplekssiti ekonomi?Oleh sebab latar masa dan gelombang kehidupan telah berubah, inti pati cerita juga tentunya akan berubah.
  Dari segi teori penulisan kreatif, karya yang baik selalunya dihasilkan melalui sebenar pengalaman penulis, pengamatan, dan penglibatannya secara langsung Manakala cabaran dunia baru ICT dan zaman kompleksiti ekonomi hanya dilalui oleh golongan proffesional pelbagai disiplin ilmu. Jutseru pengetahuan dan pengalaman  ini hanya dimiliki oleh mereka dan profseion mereka itu mewajarkan mereka mendapat pendedahan yang berharga. Contohnya  pengalaman misi saintifik Malaysia ke antartika yang berjaya mencapai matlamat mereka barubaru ini tentu menarik jika dapat di-assimilasikan  melalui karya kreatif dalam pelbagai genre jika mereka mempunyai pendedahan tentang teknik penulisan kreatif. Penglibatan golongan profesional  cini  akan  membuahkan  karya yang dimensi baru tanpa menafikan kebolehan penulis tulen sastera.
(Dipetik daripada Majalah Dewan Sastera, Januari 2005)
Sunting petikan di atas dengan menggunakan simbol-simbol penyuntingan yang betul        [25]

Selasa, 26 Februari 2013

Kepentingan Pendidikan dalam konteks matlamat pendidikan kebangsaan.

2.1.4 Kepentingan pendidikan:


Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.Berilmu pengetahuan berakhlak mulia
3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum 

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
1.Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
3.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
6.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Berpandukan matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan di Malaysia ia boleh diterapkan pada kedua-dua teks kajian Sulalatus salatin dan juga Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. 

Contoh: Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
 
Petikan halaman 33.
Pergaulannya dengan anak-anak lain hanya di sekolah. Dia  berkawan dengan Rahim kerana hubungan persahabatan ayah dan ibunya dengan keluarga Encik Muhammad. Dia berkawan dengan Robert kerana sebab yang sama.

Kepentingan pendidikan:
F:MEWUJUDKAN PERPADUAN RAKYAT BERBILANG KAUM
   
Mahani, Rahim dan Robert menjalinkan hubungan persahabatan menerusi sistem pendidikan yang diterima oleh mereka. Mereka bertiga bersekolah di sekolah yang sama, jalinan pershabatan antara mereka telah memupuk perpaduan yang akrab antara mereka bertiga. (hlm. 33)