Selasa, 22 Januari 2013

sambungan 10 sinopsis SBDKL



BAB 37:

Sudin terfikir yang orang Kuala Lumpur termasuklah En. Muhammad hanya mementingkan wang. Dia juga teringatkan cerita Mat Akil tentang Lebai Marup, dia juga teringatkan kata-kata ayahnya yang menyanjung Lebai Marup kerana berani mengajak golongna muda ke jalan yang benar. Bagi Mat Akil, L. Marup ejen parti politik yang hendak mengagalkan rancangan kerajaan membangunkan masyarakat di situ. Sudin ingin menghubungi Mat Jerangkung agar Mat Akil dan rakan-rakannya ditangkap atas perbuatan mereka.
Sani memberitahu  cerita tentang pendekar Omarlah yang bertanggungjawab merosakkan kebun orkid dan dia sebenarnya diupah oleh Tauke Chan – Ini mungkin benar kerana En. Muhammad telah mengagalkan rancangannya untuk bekerjasama dengan Penghulu Mahmud. Sudin juga berharap agar dia dapat membantu Lebai Marup dengan menangkap Mat Akil dan rakan-rakanya di samping membalas dendam atas perbuatannya menajisi cadar pengantinnya dulu.  En. Muhammad pula seorang yang bijak memainkan peranannya sehingga perbuatannya tidak dapat dikesan kerana kebaikan yang dilakukkannya telah mengabui  masyarakat malah dia dianggap sebagai penyelamat. Sudin terkenangkan ayahnya yang sedih kerana tidak berupaya  menjalankan tanggungjawab sebagai Imam.Sudin sebenarnya mengagumi usaha Leabai Marup tetapi dia tidak setabahnya, dia mahu ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan En. Muhammad menjalankan perniagaan. Sudin juga teringatkan kata-kata Jamaluddin yang orang-orang tua telah berjaya dibeli dengan pangkat dan kedudukan, orang kampong pula telah berjaya dimenangi dengan pesta keraian Sultan dan perkahwinannya dengan Gayah juga sebahagian daripada rancangan En. Muhammad untuk mengula-gulakan keluarganya.


Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sudin dalam usaha untuk memerangkap Mat Akil dan rakan-rakannya kerana perbuatan mereka.

2. Penentangan Lebai Marup dan juga Jamaludin sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan politik.

3. Kesedihan Imam Saad kerana gagal dalam usahanya untuk memperteguhkan imam penduduk kampong Pulai.

4.Kebijaksanaan En. Muhammad dalam mengabui mata masyarakat dengan sikap baiknya sehingga masyarakat tidak dapat mengesan perbuatannya.
 
BAB 38

En. Muhammad resah memikirkan masalah yang baru di laporkan oleh Sudin. Situasi itu turut membimbangkan Cik Puan Tipah . En. Muhammad sebelum ini begitu yakin bahawa semua pihak yang terlibat telah dapat dikuasainya. Ini termasuklah tuntutan Jamaluddin yang mahu tapak kedai di Pekan Tualang. Tetapi masalah yang ditimbulkan oleh Labai Marup benar-benar menganggu fikirannya.


Peristiwa-peristiwa Penting

1. En. Muhammad dimaklumkan oleh Sudin tentang maklumat yang berkaitan dengan penentangan Jamaludin dan Lebai Marup.


BAB 39

Lebai Marup dan Imam Saad datang menemui Sudin untuk memberitahu  yang dia telah dipukul. Walaupun mengetahuinya, Sudin pura-pura terkejut. Dia mencadangkan agar Lebai Marup buat laporan polis tetapi Labai Marup tidak mahu kerana tiada bukti dan dia tidak mahu menuduh tanpa bukti. Lebai Marup memberitahu yang dia akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan kenapa dia dipukul. Sudin cuba untuk mendapatkan penjelasan, namun Lebai Marup tetap berahsia dan mahu Sudin hadir sama.
Sudin seterusnya pergi berjumpa dengan Mat Akil dan Kemat Jerangkung memberitahu rancangan Lebai Marup . Sudin dan YB ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan En. Muhammad, dalam perjalanan YB menyalahkan Lebai Marup kerana menganggu orang kampong tapi bagi Sudin Lebai Marup ada hak untuk berbuat demikian.

2. Masalah berkait dengan Labai Marup menganggu fikirannya kerana dia menyangka semuanya telah dapat dikuasainya.


Peristiwa-peristiwa Penting

1. Lebai Marup datang berjumpa dengan Sudin untuk memberitahu yang dia dipukul serta menjemput Sudin hadir sama dalam majlis penerangannya.

2.Lebai Marup akan mengadakan satu pertemuan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan tentang kenapa dia dipukul,

3. Mat Akil dan Kemat Jerangkung diberitahu oleh Sudin berhubung dengan perjumpaan yang dianjurkan oleh Lebai Marup.

4. YB berasakan Lebai Marup menganggu kehidupan orang kampong

BAB 40

ebai Marup dan orang-orang tua di kampong Pulai terperangkap di surau kerana hujan. Mereka cuba mendapat maklumat darinya namun Lebai Marup tetap berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai yang menunggu untuk ke Balai raya bagi mendengar penjelasan Lebai Marup. Mat Akil dan rakan-rakannya menuduh Lebai Marup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke Balai raya termasuklah 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di Balai raya  Lebai Marup menjelaskan kenapa dia dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang asing sebaliknya dia pulang untuk menetap di kampong Pulai . Beliau juga ingin menjernihkan keadaan kerana niatnya hanya untuk mengajar agama. Mat Akil dan rakan-rakannya cuba menganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai Marup. Dia dituduh bersikap kurang ajar apabila menuduh En. Muhammad hendak membawa maksiat . Man pula menuduh Labai Marup pengacau anak bini orang. Lebai Marup menjelaskan dia hanya hendak mengingatkan penduduk supaya wang pampas an yang diterima tidak disalahgunakan . Dia juga berasa puas apabila En. Muhammad menarik balik pembinaan hotel. Dia juga sanggup dihukum jika sekiranya dia menganggu anak bini orang. Man yang marah telah membaling batu dan kena pada muka Lebai Marup, serentak itu Mat Akil meluru untuk menikam Lebai Marup . Kemat Jerangkung tak sempat menghalangnya pisau tersebut kena di bahu Lebai Marupdarah banyak keluar. Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2 orang yang tidak dikenali telah berjaya menangkap dan mengari Mat Akil dan rakan-rakanya. 


Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Lebai Marup tetap berahsia tentang situasi sebenar kenapa dia dipukul apabila ditanya oleh orang-orang tua kampong Pulai.

2. Penduduk kampong berkumpul di kedai Pak salim , Mat Akil dan rakan-rakanya menuduh Lebai Marup telah naik daun.

3. M. Akil dan rakan-rakanya menganggu penerangan yang disampaikan oleh Lebai Marup.

4. Man bertindak membaling batu , Mat Akil pula meluru dan menikam Lebai Marup dan kena bahunya , mereka kemudian berjaya ditangkap oleh 2 orang yang tidak dikenali





Tiada ulasan:

Catat Ulasan