Selasa, 26 Februari 2013

2.0 Pembangunan Masyarakat

Konsep Pembangunan Masyarakat 

DEFINISI / KONSEP:
1.PEMBANGUNAN : - untuk meningkatkan kesejahteraan atau taraf hidup masyarakat. 
2.MASYARAKAT:- Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu

Rumusan:
PEMBANGUNAN MASYARAKAT: 
Perubahan  secara berencana dan dilakukan secara berencana pula dari keadaan yang kurang baik menuju pada keadaan yang lebih baik.

Hubungan antara sastera dengan Pembangunan Masyarakat:
Implikasi penting dalam hubungan ini ialah sastera dikatakan sebagai cermin masyarakat. Ini bermakna sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh penulis sebenarnya datang dari kesan perhubungan, implikasi, dan renungan penulis terhadap masyarakat. Apa yang terkandung dalam denyut nadi masyarakat akhirnya menjadi rangka dan bahan karya yang dihasilkan pengarang

2.1  PENDIDIKAN

2.1.1 PENGENALAN: 
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma setiap individu di samping memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

Pendidikan mampu mematangkan golongan muda dari aspek keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan minda dan keterampilan sahsiah. Rentetan itu, pembangunan masyarakat dan negara harus ditekankan dan dijayakan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.

2.1.2 DEFINISI / KONSEP:
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia. Tidak kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia disalahgunakan.


DEFINISI SARJANA: 
Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia.

Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.  Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal.  Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.

John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan individu.  Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
 
Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.  Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan