Selasa, 26 Februari 2013

Kepentingan Pendidikan dalam konteks matlamat pendidikan kebangsaan.

2.1.4 Kepentingan pendidikan:


Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1.Percaya dan patuh kepada Tuhan
2.Berilmu pengetahuan berakhlak mulia
3.Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4.Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5.Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum 

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :
1.Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
2.Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
3.Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
4.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
5.Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
6.Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

Berpandukan matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan di Malaysia ia boleh diterapkan pada kedua-dua teks kajian Sulalatus salatin dan juga Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. 

Contoh: Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
 
Petikan halaman 33.
Pergaulannya dengan anak-anak lain hanya di sekolah. Dia  berkawan dengan Rahim kerana hubungan persahabatan ayah dan ibunya dengan keluarga Encik Muhammad. Dia berkawan dengan Robert kerana sebab yang sama.

Kepentingan pendidikan:
F:MEWUJUDKAN PERPADUAN RAKYAT BERBILANG KAUM
   
Mahani, Rahim dan Robert menjalinkan hubungan persahabatan menerusi sistem pendidikan yang diterima oleh mereka. Mereka bertiga bersekolah di sekolah yang sama, jalinan pershabatan antara mereka telah memupuk perpaduan yang akrab antara mereka bertiga. (hlm. 33)
 

2.0 Pembangunan Masyarakat

Konsep Pembangunan Masyarakat 

DEFINISI / KONSEP:
1.PEMBANGUNAN : - untuk meningkatkan kesejahteraan atau taraf hidup masyarakat. 
2.MASYARAKAT:- Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu

Rumusan:
PEMBANGUNAN MASYARAKAT: 
Perubahan  secara berencana dan dilakukan secara berencana pula dari keadaan yang kurang baik menuju pada keadaan yang lebih baik.

Hubungan antara sastera dengan Pembangunan Masyarakat:
Implikasi penting dalam hubungan ini ialah sastera dikatakan sebagai cermin masyarakat. Ini bermakna sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh penulis sebenarnya datang dari kesan perhubungan, implikasi, dan renungan penulis terhadap masyarakat. Apa yang terkandung dalam denyut nadi masyarakat akhirnya menjadi rangka dan bahan karya yang dihasilkan pengarang

2.1  PENDIDIKAN

2.1.1 PENGENALAN: 
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma setiap individu di samping memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

Pendidikan mampu mematangkan golongan muda dari aspek keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan minda dan keterampilan sahsiah. Rentetan itu, pembangunan masyarakat dan negara harus ditekankan dan dijayakan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.

2.1.2 DEFINISI / KONSEP:
Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ianya termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia. Tidak kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia disalahgunakan.


DEFINISI SARJANA: 
Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia.

Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.  Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal.  Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.

John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan individu.  Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
 
Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.  Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

 
 

Khamis, 7 Februari 2013

Khas Buat pelajar Tingkatan 6A3 (2013)
Ini adalah tugasan yang perlu anda buat sempena cuti tahun baru Cina. Buat jangan tak buat...kita jumpa nanti bukak sekolah, Insyallah. Semuga anda semua komited dengan tugasan yang diamanahkan.



SOALAN LATIHAN: Sempena Tahun Baru Cina

Pembangunan Insan (Jati Diri)

Soalan 1
Jati diri mulia kesetiaan rakyat terhadap raja merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan modal insan masyarakat melayu tradisional yang diungkapkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

(a).         Huraikan empat sebab mengapa jati diri mulia kesetiaan rakyat terhadap raja penting dalam konteks pembangunan masyarakat Melayu tradisional.                                                                         [16]

(b).        Sejauhmanakah nilai jati diri mulia kesetiaan rakyat terhadap raja diungkapkan pada watak Hang Tuah.                                                                                                                                                    [ 9 ]

Soalan 2:
Salah satu  sifat istimewa yang dimiliki oleh Bendahara Paduka Raja ialah  kebijaksanaan,

(a).         Sejauhmanakah  anda bersetuju dengan pernyataan di atas?                                                  [15]

(b).        Jelaskan bagaimana generasi hari ini dapat memanfaatkan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Bendahara Paduka Raja dalam kehidupan seharian mereka.                                                                [10]

Pembangunan Insan (Kemanusiaan)

Soalan 1
Keruntuhan nilai kemanusiaan di Melaka dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) telah mengakibatkan terjadinya peristiwa-peristiwa yang telah menjejaskan pembangunan insan masyarakat melayu tradisional.

(a).         Nyatakan tiga peristiwa keruntuhan nilai kemanusiaan dan huraikan kesan ke atas pembangunan masyarakat pada waktu itu.                                                                                                           [15]

(b).        Sejauhmanakah nilai kemanusiaan telah diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional seperti yang diungkapkan dalam Sulalatus Salatin .                                                                                             [10]

Soalan 2
Nilai kemanusiaan turut diungkapkan dalam teks Sulalatus Salatin pada watak-watak pemerintah yang memerintah kerajaan Melayu Melaka sehingga Melaka muncul sebuah kerajaan yang gemilang pada eranya.

(a).         Huraikan nilai kemanusiaan yang telah diamalkan oleh pemerintah-pemerintah Melaka sehingga membentuk masyarakat Melayu  yang unggul                                                                                   [15]

(b).        Bincangkan bagaimana nilai kemanusiaan yang diungkapkan menerusi watak-watak pemerintah kerajaan Melaka telah menjadikan mereka pemerintah yang dikagumi oleh masyarakat.                     [10]