Gerakerja GLA Cerpen Melakoli Di Atas Rumput karya Fatimah Busu

Latihan : Uji Minda 1
Arahan: Susun semula peristiwa-peristiwa penting di bawah mengikut urutan yang betul berdasarkan cerpen Melankoli Di atas Rumput karya Fatimah Busu.

A. “Aku” terbayangkan bagaimana umat Islam  di Palestine, di Kota baghdad serta di Tak Bai dizalimi  dengan kejam oleh kuasa-kuasa yang tidak mahu melihat Islam berkembang.

B. Apabila umur semakin senja “aku” merasakan kematian semakin dekat dan apa yang diinginkannya hanyalah satu kematian yang diredhai oleh tuhan dengan melaksanakan segala amal ibadat untuk mendapat alam barzakh yang dirahmati.

C.  Watak “aku”  diberi gambaran tentang keadaan umat Islam yang dizalimi menerusi perlambangan darah merah mewarnai sebahagian dari alam semesta “aku”.

D. Watak “aku” yang dapat rasakan kematiannya semakin hampir berharap agar kematiannya nanti adalah kematian yang disebabkan ajalnya sudah tiba bukannya disebabkan oleh sebab-sebab lain.

E. Kebebasan dan keamanan yang disimbolikkan menerusi burung putih telah dimusnahkan oleh manusia yang rakus  sehingga membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa sedangkan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat berbuat apa-apa.

F. Menerusi unsur magis diperlihatkan kebangkitan bukan hanya manusia tetapi juga haiwan pada hari akhirat dalam suasana yang harmoni, malah mereka yang menindas umat Islam juga seperti tentera Amerika, Israel dan Thailand turut  mendapat balasan seperti menarik pedati yang dinaiki oleh umat Islam.

G. Watak”aku” juga  diperlihatkan satu lagi peringkat iaitu alam akhirat iaitu di padang Mahsyar. Semua mahkluk dibangkitkan untuk  diadili amal kebajikan mereka.

H.   Watak “aku” menceritakan tentang cita-citanya untuk mati tanpa diratapi oleh orang lain serta bebas dari  kekotoran dan kemaksiatan di kawasan perkuburan serta terlepas dari menjadi mangsa fitnah

I. Watak “aku” telah bermimpi tentang alam kubur yang digambarkan suasananya, gelap, sempit, panas, menghimpit tak ada tilam serta  keseorangan semuanya ditinggalkan.

J. Watak “aku” menceritakan tentang perjalanan hidupnya bermula dari kelahiran sehinggalah berusia 60 tahun, melalui fasa-fasa kehidupan, punya seorang anak, berpelajaran tinggi punya pekerjaan yang  baik serta kuat beribadat

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel