Latihan Pengurusan Acara (Aktiviti Sastera)

Anda bertanggungjawab untuk menguruskan Projek Pesta Pantun  peringkat daerah. Huraikan empat prinsip pengurusan  yang perlu anda lakukan untuk menjayakan majlis ini. 

Jabatan kesusasteraan Melayu Komunikatif sekolah anda bercadang untuk mengadakan kursus penulisan kreatif di kalangan pelajar tingkatan Enam bagi  member pendedahan tentang teknik penulisan kreatif yang berkesan selaras dengan keperluan peperiksaan penggal 3. Ulaskan penganjuran kursus tersebut mengikut prinsip-prinsip asas Pengurusan.

Sempena  sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah, pihak pengurusan sekolah telah memilih persatuan pelajar-pelajar tingkatan Enam untuk mementaskan sebuah  drama yang bertemakan patriotik bagi menaikkan kecintaan pelajar pada negara. Berdasarkan tugasan tersebut , bincangkan pengurusan pementasan tersebut berdasarkan prinsip-prinsip asas pengurusan.

Guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif telah meminta para pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut mengelolakan satu pertandingan kuiz sastera di peringkat sekolah bagi memupuk minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Bincangkan bagaimana prinsip-prinsip asas pengurusan boleh diaplikasikan dalam penganjuran pertandingan tersebut.

Pendaftaran pelajar baru tingkatan enam akan diadakan pada bulan Jun, bersempena dengan Minggu Silaturahim pelajar tingkatan Enam , pihak pengurusan Tingkatan Enam bercadang untuk menganjurkan pameran kiosk mata pelajaran bagi member pendedahan awal kepada para pelajar yang berhasrat untuk menyambut pelajaran di tingkatan enam. Berpandukan tugasan di atas, ulaskan pengurusan pameran kiosk mata pelajaran berasaskan prinsip-prinsip asas pengurusan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel