Skema Percubaan Pahang 2010

S1
a.

F1


F2











b.


F1
H/C

Dua golongan penulis dan nama dua tokoh
Golongan penulis:
i  Golongan penulis guru                                      1  markah
ii  Golongan penulis wartawan                            1  markah

 Dua Tokoh
I,     Muhammad Yassin Maamor (Pungguk)       1 markah
Ii,    Muhammad Yusof Ahmad                              1 markah
iii.   Muhammad  Yusof Arshad                             1 markah
iv.   Abd. Rahim Kajai                                            1 markah

 Maksimum 4 markah
 2 markah golongan penulis.
 2 markah nama tokoh


Empat persoalan kebebasan sosial dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 1920-an dan 1941

Kebebasan untuk memilih pasangan hidup sendiri 
 Pengarang cerpen pada era tersebut cuba membawa isu tentang golongan muda seharusnya diberi peluang untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan hubungan percintaan barulah membina ikatan perkahwinan supaya hidup mereka lebih bahagia.  Antara contoh cerpen yang membawa  persoalan ini ialah cerpen Jamil  dan Jamilah karya Abd. Rahim  Kajai siaran Bil.5, 19 Okt. 1936. Warta Jenaka.





             
    



F2
H/C





F3
 H/C




F4
H/C




 F5
 H/C






F6
H/C












 c.
 F1
 H/C




 F2
 H/C



 F3
 H/C




 F4
 H/C


 F5

 H/C








S2

F1


F2

F3





 b.

F1
H/C





F2
H/C



 F3
 H/C




F4
H/C









c.

F1

H/C





F2

H/C





  
F3

H/C





 F4

H/C





Persoalan Perkahwinan Paksa  
Masyarakat Melayu pada era ini masih berpegang teguh dengan adat resam, termasuklah soal jodoh anak-anak yang ditentukan oleh ibu bapa.  Anak-anak terutama anak gadis akan dipaksa berkahwin untuk tujuan-tujuan seperti mendapat kekayaan dan pangkat.  Cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa dan cerpen Kerana Ringgit Bercerai Kasih.

 Percintaan muda-mudi yang berlainan agama
 Kehadiran para imigran ke Tanah Melayu telah menjadikan  Negara ini terdiri dari pelbagai kaum. Situasi ini memberi idea kepada penulis untuk memaparkan persoalan percintaan golongan muda-mudi yang berlainan agama.  Cerpen Menteri Isteri (Majalah Guru, 1 Ogos 1928- 1 Mei 1932) oleh Muhammad Yusof Ahmad yang mengisahkan percintaan antara Ramli dengan gadis Tionghua iaitu Yap Ah Moi.
Kehidupan kota yang menjijikkan
Kehidupan kota yang moden yang dipengaruhi oleh barat dengan pelbagai masalah social yang negatif seperti pergaulan bebas, perjudian perempuan cabaret, arak dan sebagainya.  Memberi  kesedaran golongan penulis untuk memperkatakan isu ini, cerpen Gelombang Hidup (Bulan Melayu,,Mei 1931) oleh Yusof Adil. ‘Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti (Warta Kinta, 24 Disember 1937) oleh Muhammad Yusof Arshad. Cerpen Hantu Arak (Majalah Cerita, Januari 1939) oleh Yahya Yusof.
 Pengaruh agama
 Kecenderungan mubaligh kristian untuk mempengaruhi orang Melayu untuk memeluk kristian menyedarkan golongan penulis cerpen untuk memperkatakan isu ini antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah ‘Salah Siapa’ (Warta Malaya, 28 Feb-3 Mac 1938) oleh Melati Sarawak. ‘Bertukar Agama Kerana Cinta’ (Warta Malaya 14 Mac 1938) oleh Abd. Rahman Hj. Ahmad  yang mengisahkan tentang Abd. Fatah yang bercinta dengan Miss Emilia dan akhirnya bertukar agama menjadi penganut Kristian dengan menggunakan nama Mr. Mad.
Peristiwa kehidupan  rumahtangga / keharmonian
 Kerukunan rumah tangga tidak mungkin tercapai tanpa perasaan kasih sayang antara suami isteri.  Tanpa persefahaman dan timbng rasa mungkin perkahwinan akan bermasalah sama ada akibat perbuatan suami yang tidak jujur atau isteri yang terlalu cemburu dan akhirnya ia membawa kepada perceraian.  Antara cerpen yang membawa persoalan rumah tangga ialah cerpen  ‘ Isteri “  (Bulan Melayu), Mac-April 1931) oleh Yusof Adil. ‘Apa Boleh Buat Talak Sudah Gugur (Warta Jenaka, 25 Nov. 1937) oleh Abd. Rahm Kajai.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1F,1H,1C)
4 isi X 3 = 12 markah
Maksimum = 12 markah


Tiga faktor yang menimbulkan kesedaran golongan penulis cerpen
 Peranan akhbar dan majalah
Akhbar dan majalah yang muncul pada era ini seperti cendawan selepas hujan yang menyediakan ruangan khas untuk cerpen memberi peluang kepada para penulis menulis dan memperkatakan persoalan yang berkaitan dengan kebebasan sosial.  Antara akhbar dan majalah yang prolifik menyiarkan cerpen ialah Warta Jenaka, Warta Ahad dan Majalah Guru.
 Kesedaran tentang perubahan sosio-ekonomi orang Melayu 
Perubahan sosoi-ekonomi orang Melayu kesan pengaruh modenisasi Barat telah membawa gejala negatif yang bertentangan dengan adat dan ajaran Islam telah menyedarkan golongan penulis untuk memperkatakan persoalan kebebasan sosial. Antaranya Muhammad Yusof Arsad dll.
 Perlunya kebebasan untuk memilih jodoh
 Kehidupan orang Melayu yang dikongkong oleh adat dan peraturan-peraturan yang dirasakan lapuk dan tidak sesauai dengan kedaan semasa, khususnya soal jodoh anak-anak di mana ibu bapa menentukan jodoh anak-anak mereka.  Kesannya golongan penulis cerpen turut memperkatakan isu ini seperti dalam cerpen Kesedihan Perkahwinan Paksa.
 Kebimbangan terhadap kehidupan kota yang bebas/ gejala negatif
 Kemodenan yang dibawa oleh Barat turut membawa bersama pengaruh dan gejala negatif seperti pergaulan bebas, judi, arak dan sebagainya yang meninggalkan kebimbangan dalam kalangan penulis pada masa itu.
 Pengaruh agama kristian yang semakin menular dalam kalangan orang Melayu
Kegiatan para mubaligh yang semakin aktif menyebarkan ajaran Kristian membimbangkan golongan penulis yang juga terdiri dalam kalangan guru, mendorong mereka memperkatakan persoalan kebebasan sosial dalam karya-karya mereka.
  
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1F, 2H/C)
3 isi X 3  = 9 markah

 Pengertian pendekatan stilistik

Kajian yang berkaitan dengan usaha mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal dalam sesebuah karya

Kajian kepada stail dan teknik dalam konteks fungsi keindahan dan intelektual

Kajian yang melihat karya sastera sebagai hasil seni.  Perbincangan dan penilaiannya berkisar kepada unsur-unsur seni yang terkandung dalam karya sastera.

Pilih 2 isi
1 isi =  2 markah
2 isi X 2 = 4 markah


Tiga unsur dalam pendekatan keindahan (stilistik)
Mencari keindahan bahasa
i.        Memperlihatkan keserasian kekerapan pemakaian bentuk-bentuk linguistik tertentu seperti ayat-ayat, kata-kata dan bunyi-bunyi huruf tertentu.

ii.      Memahami dan menghayati keindahan penggunaan bahasa dalam

Keragaman bahasa 
i.        Menilai keindahan melalui keragaman bahasa dengan keserasiannya.

ii.      Dapat menunjukkan kebenaran yang dihasratkan penulis

 Menilai kesan keindahan secara menyeluruh
i..       Memeriksa sastera dengan tumpuan utama kepada gaya dan teknik  
                penulisan dalam konteks fungsi / makna dalam sistem nilai tertentu.

ii        Menilai keindahan karya dari segi pengalaman, perasaan, imaginasi   
         dan  wawasan.
 Keindahan dan keistimewaan karya
i.         Menilai keindahan dan keistimewaan pengolahan karya.

ii.      Membicarakan teknik penulisan, seni mengarang, kreativiti dalam persembahan karya.

iii.    Membincangkan unsur-unsur seni yang terkandung dalam karya sastera.

Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah (1F , 2 H/C)
3 isi X 3

Tiga sebab pendekatan keindahan (stilistik)

Menerangkan keindahan

i.        Dapat menerangkan keindahan karya sastera itu dengan lebih baik

ii.      Menunjukkan keselarasan pemakaian cirri-ciri keindahan bahasa yang universal dan yang tertentu dalam karya sastera.


Membimbing pembaca

i.        Membantu pembaca menikmati karya sastera dengan lebih baik.

ii.      Unsur keindahan dalam karya dicungkil untuk dibaca dan dihayati pembaca

iii.    Membantu pembaca memilih karya / merangsang minat membaca karya sastera
  
Membimbing penulis

i.        Membantu penulis membaiki atau meninggikan mutu karyanya.

ii.      Membantu penulis memahami kemahuan pembaca

iii.    Memberi panduan dan merangsang penulis menghasilkan karya yang baik


Menilai karya sebagai sebuah hasil seni

i.         Untuk mentukan sesebuah karya mempunyai unsur-unsur keindahan

ii.      Membezakan antara teks yang baik dengan teks yang tidak bermutu dari segi kepuitisan / keindahan bahasa.

iii.    Menyumbang  / menyampai pengetahuan melalui tafsiran tentang karya tersebut.

 Pilih 3 isi
1 isi = 4 markah (2F, 2H/C)
3 isi X 4 = 12 markah




3.         (a)       Lima pengajaran dalam novel
F1
:
Kita mestilah memiliki sikap yang baik dan terpuji

H/C1

:

Kita dinasihati supaya mempunyai sikap yang baik dan terpuji seperti yang diamalkan oleh watak Penghulu Mahmud.  Beliau membenarkan orang kampung tinggal menumpang di tanah milik keluarganya.

F2

:

Kita mestilah mengelak diri daripada terlibat dengan rasuah

H/C2

:

Jauhkan diri daripada terlibat dengan rasuah kerana rasuah membawa kesan yang buruk kepada masyarakat.  Salah satu contoh yang membawa wujudnya gejala rasuah dalam novel ini ialah watak Tauke Chan dan Penghulu Mahmud.  Tauke Chan telah menghadiahkan sebuah kereta Mercedes kepada Penghulu Mahmud supaya menyetujui rancangannya untuk membina projek perumahan di tanah milik keluarganya.

F3

:

Kita janganlah bersikap cemburu dan iri hati sesama insan

H/C3

:

Janganlah bersikap cemburu dan iri hati sesama insan.  Sikap ini juga akan meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat seperti menyebabkan berlakunya perbuatan khianat, pergaduhan dan sebagainya.  Watak Mat Akil bersikap cemburu dan iri hati terhadap Sudin.  Dia marahkan Sudin sejak dari sekolah lagi dan iri hati terhadap Sudin.  Dia marahkan Sudin dan menganggap Sudin sering membawa kecelakaan kepadanya.  Dia juga cemburu dan iri hati kepada Sudin kerana berjaya memiliki Gayah yang dicintainya itu.

F4

:

Kita janganlah bersikap materialistik

H/C4

:

Sikap terlalu mendewakan harta benda akan merosakkan hubungan kemanusiaan antara sesama manusia.  Sikap Encik Muhammad yang ingin menambahkan harta kekayaannya melalui projek perusahaan perlombongan dan melakukan pelbagai cara untuk mencapai tujuannya itu.  Sikap Encik Muhammad ini akhirnya memakan diri sendiri kerana anaknya, Rahim telah menentang sikapnya itu.

F5

:

Kita mestilah mengelak diri daripada sikap angkuh, sombong dan ego

H/C5

:

Sikap ini patut dielakkan kerana sikap ini akan membawa kepada wujudnya permusuhan sesama sendiri.  Watak Encik Muhammad yang angkuh, sombong dan ego kerana tidak mahu mengalah dengan rancangannya untuk meneruskan perusahan perlombongan walau dengan apa cara sekalipun.  Mat Akil pula menunjukkan sikap angkuh, sombong dan ego di kampung tersebut.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah isi, 2 markah Huraian/Contoh)
5 isi x 3 markah = 15 markah




3.         (b)       Dua kritikan sosial

F1
:
Mengkritik golongan atasan yang mementingkan diri sendiri

H/C1

:

Dalam novel ini, golongan saudagar menjadi kritikan pengarang.  Golongan ini terdiri daripada Encik Muhammad yang menjadi perancang dalaman bagi membeli tanah  Kampung Pulai.  Mereka mementingkan diri sendiri sehingga membelakangkan kepentingan penduduk setempat.  Contohnya, Encik Muhammad mengarahkan Sudin menjalankan pelbagai muslihat untuk membeli tanah Kampung Pulai seperti membersarakan Sani sebagai imam.

F2

:

Mengkritik sikap negatif golongan atasan

H/C2

:

Golongan atasan yang tidak bermoral menjadi kritikan pengarang menerusi novel ini.  Contoh yang jelas ialah sikap mereka yang suka memberi rasuah atau menerima rasuah daripada pihak-pihak tertentu.  Contoh dalam novel ini ialah Penghulu Mahmud yang menerima sebuah kereta Mercedes daripada Tauke Chan.

F3

:

Mengkritik golongan yang mementingkan golongan yang setaraf dengan mereka

H/C3

:

Kemajuan yang berlaku di wilayah Tualang menguntungkan sesetengah pihak sahaja.  Jadi, pihak-pihak lain tersisih daripada arus pembangunan memandangkan mereka ditempatkan di tanah rancangan FELDA.  Pelaksanaan projek perlombongan di Kampung Paya pula telah menguntungkan Encik Muhammad dan syarikat Tauke Chan.

F4

:

Mengkritik golongan yang mementingkan darjat

H/C4

:

Novel ini turut mengkritik golongan yang mementingkan darjat seperti yang berlaku dalam keluarga  Syed Aris dan Syarifah Mu’inah.  Syed Aris membantah keras cadangan isterinya untuk mengahwinkan Syarifah Mahani dengan Jahid kerana tidak sekufu.  Walau bagaimanapun, Syarifah Mu’inah bersifat terbuka.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 5 markah (2 markah isi, 3 markah Huraian/Contoh)
2isi x 5 markah = 10 markah







SOALAN 4
(a)
F1    :   Penutur ialah Chau Ju Kua
F2    :   Dituturkan kepada anaknya Miss Lili Chu

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah
2 isi x 2 markah = 4 markah

(b)       Tiga perwatakan penutur

F1
:
Seorang yang mempunyai semangat kenegerian

H/C1

:

Tauke Chau Ju Kua dilahirkan di benua China.  Oleh itu, dia sangat mengagung-agungkan negara kelahirannya sendiri walaupun dia mengumpul kekayaan di Tanah Melayu.

F2

:

Seorang yang tidak begitu mengenang budi

H/C2

:

Memandangkan Tauke Chau Ju Kua lahir di Negara China, dia sangat bangga dengan Negara China.  Sikapnya ini tidak disenangi oleh anaknya Miss Lili.  Chau Ju Kua mengumpul kekayaan di Tanah Melayu tetapi menyimpan wangnya di Negara China.  Di samping itu, dia tidak menghargai jasa Tanah Melayu kepadanya.

F3

:

Seorang yang penyayang

H/C3

:

Sayang kepada anaknya Lili.  Berusaha mempengaruhi Lili supaya pulang ke China.  Di samping itu, dia tidak suka anaknya itu bermegah dengan Tanah Melayu.  Namun begitu, akhirnya dia akur dengan pendirian Lili.

F4

:

Seorang yang berusaha bersungguh-sungguh

H/C4

:

Tauke Chau Ju Kua berusaha bersungguh-sungguh mencari harta kekayaan di Tanah Melayu dengan mengusahakan perlombongan.  Dia juga berusaha bersungguh-sungguh supaya anaknya mencintai  China dengan membawa anaknya pulang ke negeri China.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

(c)        Beberapa peristiwa berlaku selepas petikan

F1
:
Peristiwa Tauke Chau Ju Kua memebawa anaknya pulang ke China

H/C

:

Tauke Chau Ju Kua membawa anaknya Miss Lili pulang ke Negara China.  Tauke Chau Ju Kua mahu Lili melihat sendiri keadaan dan keindahan di Negara China.

F2

:

Peristiwa huru-hara berlaku di China

H/C

:

Negara China pada waktu itu berlaku huru-hara.  Walau bagaimanapun, Tauke Chau Ju Kua meminta pendapat anaknya tentang China setelah beberapa lama dia dan Lili berada di sana.

F3

:

Peristiwa Lili tetap dengan pendiriannya

H/C

:

Lili tetap dengan pendiriannnya mencintai Tanah Melayu.  Perasaan itu tidak boleh dikikis dari jiwanya.  Dia berterus-terang dengan Tauke Chau Ju Kua.

F4

:

Peristiwa Tauke Chau Ju Kua kecewa dengan Miss Lili 

H/C

:

Tauke Chau Ju Kua agak kecewa kerana Lili dikatanya telah diasuh dengan semangat kemelayuan.  Akan tetapi, akhirnya Tauke Chau Ju Kua member kebebasan kepada anaknya.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah (1 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah
  
5.         (a)       Dua perwatakan Dahlan
F1
:
Seorang yang keras hati

H/C1

:

Dahlan tetap dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Rahimah.



F2
:
Seorang yang enggan mendengar nasihat

H/C2

:

Dahlan langsung tidak mendengar nasihat yang diberikan oleh pak ciknya, Pak Hamid.

F3

:

Seorang yang ego/sombong/bercakap

H/C3

:

Dahlan dengan bangganya menyatakan dia dapat membentuk Rahimah mengikut acuannya sendiri.
F4
:
Seorang yang matang fizikal

H/C4

:

Pada umurnya yang sepatutnya masih dalam pengajian, dia telah berkeinginan untuk berkahwin.

F5

:

Seorang yang yakin dengan kebolehan diri.

H/C5

:

Dahlan merasa yakin dia dapat membentuk Rahimah nanti.

Pilih 2 isi sahaja.
1 isi = 2 markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 2 markah = 6 markah

5.         (b)       Tiga sebab keruntuhan rumah tangga Dahlan

F1
:
Tiada asas agama

H/C1

:

Dahlan tidak mendidik isterinya ke arah lunas-lunas yang digariskan oleh agama Islam kerana dia sendiri tiada pegangan agama yang kukuh.  Hal ini menyebabkan rumah tangga mereka tidak bahagia.

F2

:

Tidak menghormati orang tua

H/C2

:

Dahlan langsung tidak mempedulikan nasihat Pak Hamid tentang hasratnya untuk berkahwin dengan Rahimah.  Rahimah juga telah menderhaka kepada ibunya.  Hal ini menyebabkan rumah tangga mereka tidak tenteram dan tidak mendapat restu.

F3

:

Tidak bertanggung jawab

H/C3

:

Dahlan tidak melaksanakan tangung jawabnya sebagai suami, segala urusan rumah tangganya diserahkan kepada isterinya Rahimah.  Dahlan lebih suka berada di luar rumah tangga dengan berfoya-foya sedangkan isterinya setia menanti.

F4

:

Suka berhutang

H/C4

:

Amalan ini juga antara sebab segera keruntuhan rumah tangga Dahlan di mana Tauke kedai sentiasa   datang meminta hutang menyebabkan Rahimah menjadi semakin tidak menghormati Dahlan.

F5

:

Tidak menjaga hati isteri

H/C5
:
Dahlan menganggap Rahimah sebagai alat sahaja.  Oleh itu, dia tidak langsung menjaga hati Rahimah.  Contohnya, dia pulang dengan baju penuh lipstick menyebabkan berlakunya pertengkaran dan akhirnya bercerai.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 2 markah = 6 markah

5.         (c)        “Perempuan kampung boleh dihitamputihkan.” 

F1
:
Dahlan Berjaya menukar Rahimah daripada seorang yang sangat menghormati ibunya kepada seorang yang sangat menghormati suaminya, Dahlan

H/C1

:

Hal ini jelas apabila di begitu bersiap-siap menanti kepulangan Dahlan dan pada masa yang sama menghalau atau member layanan buruk kepada ibunya.

F2

:

Dahlan berjaya menukar citarasa Rahimah daripada citarasa kampng kepada citarasa bandar.

H/C2

:

Rahimah tidak lagi suka kepada bahan-bahan yang dibawa oleh emaknya dari kampung.



F3
:
Dahlan berjaya menukar cara berpakaian Rahimah daripada berpakaian cara Timur kepada berpakaian cara Barat.

H/C3

:

Rahimah memakai baju blouse dan seluar slack semasa kedatangan Hamdan ke rumahnya.  Rahimah memakai ‘swimming costume’/baju mandi semasa berpicnic dengan kawan-kawannya.

F4

:

Dahlan berjaya menukar cara pergaulan Rahimah daripada seorang yang bersopan santun mengikut adat Melayu kampung kepada pergaulan bebas ala Barat.

H/C4
:
Rahimah bersalaman dengan Hamdan

F5

:

Tetapi Dahlan tidak berjayamengubah/menghitamputihkan    hati perempuan bernama Rahimah



H/C5
:
Akhirnya, Rahimah mempersoalkan tentang kedudukannya di sisi Dahlan setelah melihat lipstick di baju Dahlan yang pulang jauh malam; Rahimah sudah tidak lagi menerima keadaan seumpama itu berterusan. Hal ini beerti Dahlan tidak berjaya menghitamputihkan Rahimah mengikut nafsunya.


6.         (a)       Kenyataan  ‘penyakit itu tidak dapat menyentuh jiwanya; cuma tubuh badannya saja’

F1
:
Penyakit itu hanya mencacatkan anggota badannya

H/C1

:


Penyakit kusta itu telah membutakan matanya, mengkudungkan jari tangannya sehingga J.M.Aziz tidak mampu menulis.  Dia tidak lagi dapat meneruskan pekerjaannya.  Penyakit itu melatakkannya dalam Kategori Orang Kurang Upaya.

F2

:

Penyakit itu tidak langsung mencederakan jiwanya/fikirannya/hatinya

H/C2

:

Jiwa J.M.Aziz terus segar menghasilkan bait-bait puisi yang puitis dengan dibantu oleh anaknya untuk menulis.

Pilih 2 isi
1 isi = 2 markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 2 markah = 4 markah

6.         (b)       Tiga perwatakan Cik Lijah

F1
:
Seorang yang rajin berusaha

H/C1

:

Cik Lijah mengambil upah menjahit dan membuat badang buluh dengan upah dua ringgit sehari.

F2

:

Seorang yang berhemah tinggi

H/C2

:

Cik Lijah meneruskan kehidupan dengan menyara J.M. Aziz dan tujuh orang anaknya dengan hanya pendapatan RM2.00 sehari tanpa mngeluh dan berputus asa.

F3

:

Seorang yang berperi kemanusiaan/belas kasihan

H/C3

:

Dalam keadaan yang miskin dan melarat serta J.M. Aziz yang sedemikian rupa, Cik Lijah bersama merasai derita menjaga J.M. Aziz di samping kebajikan anak-anak sentiasa diberi perhatian.

F4

:

Seorang yang setia

H/C4

:

Dalam keadaan yang serba daif, Cik Lijah tetap setia kepada J.M. Aziz.

F5

:

Seorang yang sabar

H/C5

:

Cik Lijah sabar dalam menghadapi kesusahan hidup di samping sabar menjaga J.M. Aziz yang sakit serta sabar melayan kerenah 7 orang anak-anaknya.

6.         (c)        Empat mesej dalam drama ‘Malam Ini Penyu Menangis’.

F1
:
Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa kecekalan dan keberanian perlu bagi menghadapi segala dugaan hidup

H/C1

:

Sebagai hamba Allah, kita seharusnya sentiasa cekal dan berani menghadapi segala dugaan Allah sekiranya ingin berjaya di dunia dan di akhirat.  Hal ini dapat dilihat pada watak J.M. Aziz yang begitu cekal dan berani khusuunya semasa beliau menjadi nelayan yang terpaksa menempuh gelora demi mencari rezeki yang halal.  Begitu juga semasa beliau sedang menderita sakit tetapi tetap cekal dengan mencari jalan membantu isterinya menambah rezeki mengikut kemampuan dirinya sendiri.

F2

:

Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa kesetiaan akan membawa kebahagiaan

H/C2

:

Kesetiaan bermaksud tidak akan berganjak ke belakang walau apa-apa pun terjadi.  Hal ini boleh kita lihat pada watak Cik Lijah yang tidak langsung menghiraukan segala dugaan.  Walaupun J.M. Aziz semakin hodoh dek penyakit kusta itu, tetapi Cik Lijah tetap setia dan sentiasa bersama menghadapi segala gugaan.

F3

:

Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa ketaqwaan dan kesabaran membawa kelapangan hidup.

H/C3

:

Taqwa satu sifat yang amat berkaitan dengan iman, saling berkait antara satu sama lain.  Taqwa, sifat yang sentiasa mengingati Allah sama ada pawa waktu senang atau pada waktu susah.  Orang yang bertaqwa sentiasa diberi Allah kelapangan hati dan fikiran; itulah anugerah yang tak ternilai; kalau duit bertimbun tetapi tiada sifat taqwa, hati orang itu tidak pernah senang dan lapang.  J.M. Aziz walaupun berada di dalam penderitaan, namun sifat menyerahnya menyebabkan dia sentiasa senang hati yang dijelmakan melalui senyuman dan tegur sapa yang mesra.

F4

:

Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa kegigihan memberkati kehidupan

H/C4

:

Kegigihan beerti kesungguhan melakukan sesuatu.  Setiap kesungguhan member kita kepuasan.  Kepuasan itulah yang memberkati kehidupan.  J.M. Aziz berusaha bersungguh-sungguh menjalani kehidupannya dengan pelbagai pekerjaan yang dilakukan asalkan halal; menjadi nelayan, penceramah, penarik beca dan sebagainya.  Selepas matanya buta, beliau gigih menghasilkan puisi-puisi yang cukup menarik mata hatinya yang tajam mengalahkan mereka yang celik.

F5

:

Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa kesyukuran membawa kelimpahan rahmat

H/C5

:

Allah berjajni kepada sesiapa yang sentiasa bersyukur atau berterima kasih kepadaNya akan sentiasa dilimpahi rahmat.  Nabi Allah Ayob a.s. walaupun telah ditimpa musibah akibat perbuatan iblis  tapi tetap bersyukur dan akhirnya Allah kurniakan harta yang melimpah.  J.M. Aziz walaupun derita berpanjangan tetapi beliau sentiasa bersyukur dengan pemberian dan dugaan Allah menyebabkan hidupnya dilingkari kesenangan.

F6

:

Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa mempertahankan tanah air adalah kewajipan setiap individu rakyat

H/C6

:

Mempertahankan tanah air ini daripada diceroboh oleh musuh adalah dituntut oleh agama Islam.  Semangat ini perlu ada demi menjaga Negara kita daripada terus diganggu dan dijajah.  Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa Jaafar dan Ibrahim yang menghalang bot pelarian Vietnam akhirnya gugur syahid walaupun mereka tidak dikenang sehebat Mat Kilau tetapi mereka juga bberjasa kepada Negara.

F7

:

Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa membela golongan marhain.miskin adalah tanggung jawab bersama

H/C7

:

Golongan miskin juga dijadikan Allah untuk kita saling membantu antara satu sama lain.  Allah mahukan kita bersatu.  Hal ini dapat kita lihat dalam peristiwa Minah dan Mamat yang dikunjungi oleh penghulu dan Hugh Clifford untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung.  Jadi, tanggung jawab mereka yang beradalah  membantu golongan ini.

F8

:

Pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa jiwa seni tidak mengenal sesiapa

H/C8

:

Bakat seni adalah anugerah Allah kepada hamba terpilihNya. Jiwa seni ini pula tidak kira siapa; sama ada orang sempurna atau tidak; hal ini dapat dilihat pada diri J.M. Aziz walaupun cacat penglihatan tetapi mata seninya cukup terang sehingga melahirkan karya-karya seni yang bermutu tinggi dan mengkagumkan.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah, (1 markah Fakta dan 2 markah  Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah

7.         (a)       Maksud keseluruhan sajak.

F1
:
Maksud rangkap 1

H/C1

:

Setiap kali datangnya bulan Ogos, Negara kita dan juga penyajak berasa senang hati untuk melafazkan kata-kata hikmat iaitu tentang kemerdekaan tanah air.  Negara kita pernah dijajah dan hal ini melibatkan maruah bangsa. Contoh:

                           awan hitam semalam
                           awan hitam belenggu
                           terbenam di kaki hari

F2

:

Maksud rangkap 2

H/C2

:

Menjelaskan banyak pahlawan yang gugur dalam usaha mencapai kemerdekaan.  Apabila negara mencapai kemerdekaan, keadaan menjadi tenang.  Oleh itu, kemerdekaan disambut setiap tahun dengan kata-kata semangat.

F3

H/C

:

:

Maksud rangkap 3

Setiap kali tibanya Ogos, setiap rakyat negara ini boleh menilai sendiri berdasarkan sejarah silam dan masa depannya.  Mereka akan menjadi dewasa dan boleh menikmati kebahagiaan hidup yang penuh hikmat berlandaskan akal fikiran.  Contoh;

                           dewasa dalam pancaroba serba
                           ini ketentuan
                           inti pencarian yang nikmat
                           dimensi gerak fikir daya

F4

:

Maksud rangkap 4

H/C4


:

Dijelaskan bahawa setiap kali tibanya Ogos, tanah air meminta kita setia terhadapnya di samping menumpahkan cinta kasih yang mendalam terhadapnya.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi x 3 markah ( 1 markah isi, 2 markah Huraian/Contoh
4 isi x 3 markah = 12 markah

7.         (b)       Nilai kemasyarakatan dalam sajak

F1
:
Nilai cintakan tanah air

H/C1

:

Dalam sajak ini dijelaskan perjuangan mencapai kemerdekaan oleh pejuan-pejuang tanah air.

F2

:

Nilai tanggungjawab

H/C2

:

Tanggung jawab setiap rakyat menumpahkan taat setia dan cinta kepada negara.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah, (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 2 markah = 4 markah

7.         (c)        Tiga gaya bahasa dalam sajak.

F1
:
Perulangan kata

H/C1

:

Dalam sajak ini terdapat perulangan kata.  Contoh;

            Pada setiap kali kau tiba, Ogos

Diulang dalam rangkap pertama,kedua dan ketiga.

F2

:

Metafora

H/C2

:

Metafora ialah penggunaan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan.  Gaya bahasa ini mengandungi dua perkataan; satu bersifat konkrit dan dan sepatah lagi bersifat abstrak. Contoh;

       Terbenam di kaki hari

F3

:

Personafikasi

H/C3

:

Unsur gaya bahasa yang member sifat pengorangan atau penginsanan kepada objek, alam dan haiwan. Contoh;

          Bulan yang dipandang kini menitis darah dan basah   (R4:B1)
          …..bulan remaja mengepak gagah perkasa                   (R2:B4)
          Bulan berdarah menitis                              (R5:B1, R6:B1, R7:B1)

F4

:

Simile

H/C4

:

Gaya bahasa perbandingan secara terus dengan menggunakan kata-kata bandingan ‘seperti’, ‘bagai’, ‘macam’, dan lain-lain.  Contoh;

         Bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu           (R1:B4)
         Kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika (R6:B2)

F5

H/C5

:

Anafora

Perulangan perkataan di awal baris .  Contoh;

         Bulan yang…..

F6

H/C6

:

Hiperbola

Gaya bahasa melampau atau melebih-lebihkan sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.  Contoh;

         ….dan aku mendepani kurun                                  (R6:B1)
         ….arus merah bertukar arus para syuhada             (R7:B2)

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah, (1 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah


8.         (a)       Dua perkara yang dikesalkan oleh penyajak

F1
:
Kekacauan yang berlaku

H/C1

:

Penyajak berasa kesal apabila berlakunya kekacauan di beberapa buah negara seperti Afghanistan, Iran, Iraq dan di negara penyajak sendiri malah di beberapa tempat lain. Contoh:

                    menitis di negeriku, di Afghanistan, Iran dan Iraq

F2

:

Orang Islam yang ditindas

H/C2

:

Penyajak juga kesal kerana umat Islam telah ditindas dan dizalimi sewenang-wenangnya.  Contoh:

                  Bulan berdarah menitis dan aku mendepani kurun
                  kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika

Pilih 2 isi sahaja.
1 isi = 41/2 markah (11/2 markah Fakta, 3 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 41/2 = 9 markah

8.         (b)       Dua mesej dalam sajak ini.

F1
:
Penyajak mahu menyampaikan kepentingan kasih sayang sesama manusia

H/C1

:

Manusia tidak semestinya menzalimi sesama manusia sebaliknya perlu mengekalkan keamanan demi kesejahteraan hidup sejagat.

F2

:

Penyajak mahu menyampaikan kepentingan perjuangan menegakkan agama

H/C2

:

Agama perlu ditegakkan dan jangan dibiarkan wujud penindasan yang boleh menyekat kemajuan agama.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 4 markah, (2 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
1 isi x 4 markah = 8 markah

8.         (c)        Empat ciri sajak

F1
:
Jumlah rangkap/bait

H1

:

Mempunyai tujuh rangkap

C1

:

Setiap kali kuintip bulan indah
setiap kali ia berubah wajah
bulan yang kekenali kini bukan bulan dulu
bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu        - Rangkap 1

F2

:

Jumlah baris dalam rangkap

H2

:

Kebanyakan rangkap dalam sajak ini mempunyai 4 baris serangkap.  Namun begitu, rangkap kelima mempunyai lima baris.

C2

:

Setiap kali kuintip bulan indah
setiap kali ia berubah wajah
bulan yang kekenali kini bukan bulan dulu
bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu

F3

:

Jumlah perkataan dalam baris

H3

:

Mempunyai 5 hingga 10 perkataan sebaris

C3

:

Setiap kali ia berubah   -   5 perkataan
Bersama rakyat Palestin, Moro, Pattani, dan semua yang tergilis  -  10 perkataan

F4

:

Jumlah suku kata dalam baris

H4

:

Mempunyai 12 hingga 24 suku kata

C4

:

Se/ti/ap ka/li ku/in/tip bu/lan in/dah  -  12 suku kata
Ber/sa/ma rak/yat Pa/les/tin, Mo/ro, Pat/ta/ni, dan se/mua yang ter/gi/lis  -  24 suku kata

F5

:

Skema rima akhir

H5

:

Tidak terikat/bebas.   R1-aabb, R2-abba, R3-abab, R4-abac, R5-abacc,
R6-abba, R7-abab

C5

:

Setiap kali kuintip bulan indah  -  a
setiap kali ia berubah wajah    -   a
bulan yang kekenali kini bukan bulan dulu   -   b
bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu   -   b


Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah Fakta, 1 markah huraian/Contoh)
4 isi x 2 markah = 8 markah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel