Mantera Ulit Mayang
03:50
Edit
Anda sudah tentu pernah dengar lagu
tradisi Negeri Terengganu, Ulek Mayang. Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai
kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan
masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. Namun amalan itu dikatakan
amalan khurafat kerana menggunakan khidmat makhluk halus atau pun jin dalam
mengubati seseorang pesakit.
Sekarang
Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih
aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang,
Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan
Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika
persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan
yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat
bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi
persembahan ini.
Persembahan dan Tarian Ulek Mayang
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan
sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan
mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20
hingga 30 minit.
Ulek Mayang yang menampilkan persembahan
tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi
iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan
sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.
Sejarah Ulek Mayang
Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri
itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk
meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera. Ulek
Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan
unsur khurafat.
Kini, persembahan Ulek Mayang yang
dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan
mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik. Persembahan dimulakan dengan
membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam
persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon
perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa
kemalangan.
7.1 Mantera Ulit Mayang
Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu.
Aku tahu asal usulmu,
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan tuan puteri,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan
puterinya empat,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya enam,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya tujuh,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan
tuan puteri,
Kutahu asal usulmu,
Yang laut pulang ke laut,
Yang darat pulang ke darat,
Nasi berwarna hamba sembahkan.
Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Pulih mayang kupulih,
Pulih balik sedia kala.