Skema KMK Negeri Kelantan 2012
18:26
Edit
SULIT
922/1 STPM
SKEMA PEMARKAHAN
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 1
(JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PERINGATAN:
Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan guru-guru
Kesusasteraan Melayu Komunikatif negeri Kelantan sahaja dan TIDAK BOLEH dikemukakan kepada pihak
yang tidak berkenaan
______________________________________________________________________________
Skema ini terdiri
daripada 21 halaman bercetak
©Hak Cipta Jabatan
Pelajaran Negeri Kelantan 2012
1.
Baca petikan puisi di bawah dengan
teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Anak
dipijak dagang dijinjing
Kucing
dibunuh tikus dibela
Harta
habis bawaan tergadai
Mendengar
gelagak dagang
Tak
sedar bertelanjang
Mendengar
guruh di langit
Air
di tempayan dicurahkan
Mulut
kena suap pisang
Buntut
kena cangkuk onak
Gunting
makan di hujung
Pak
Pandir juga yang menanggung
Apa
didengar gelagak dagang
Gelagak
rambutan jantan
Orang
berbunga, dia berbunga
Orang
berbuah, dia haram
Kilat
memancar hujan tak jadi
Awak
juga berkecundangan.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2012.
Permata
Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan
Pustaka, halaman 11)
(a)
Nyatakan jenis puisi di atas dan
huraikan ciri-cirinya [7]
(b)
Jelaskan unsur kritikan sosial yang terdapat
dalam puisi tersebut [12]
(c)
Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam
puisi di atas [6]
_________________________________________________________________________
Skema
Jawapan.
(a)
Jenis puisi : Seloka Pak Pandir [1]
Ciri-ciri seloka
F1 :
Dari segi bentuk.
H/C :
Tergolong sebagai puisi bebas/tidak terikat seperti pantun dan syair. Bebas
dari segi rangkap, jumlah baris
dalam rangkap, jumlah kata dan sukukata dalam sebaris dan rima akhir.Contoh:
Rima
akhir seloka tidak tetap atau bebas, iaitu a-b-c-a-a-d-e-a-f-a-a-a-e-b-g-c-e.
F2 :Dari segi tema/isi/persoalan.
H/C :Seloka Pak Pandir merupakan puisi yang
merujuk kepada suatu bentuk sindiran/kritikan terhadap sikap masyarakat
yang bersifat tamak serta mengabaikan tanggungjawab
terhadap keluarga. Sebaliknya lebih mengutamakan orang lain/luar yang baru dikenali.
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh
tikus dibela
F3 : Rima akhir
H/C : Rima akhir seloka berbentuk bebas dan
tidak terikat dengan pantun dan syair.
Anak dipijak dagang dijinjing -a
Kucing dibunuh tikus dibela -b
Harta habis bawaan tergadai -c
Mendengar gelagak dagang -a
Tak sedar bertelanjang -a
Mendengar guruh di langit -d
Air di tempayan dicurahkan -e
Mulut kena suap pisang -a
Buntut kena cangkuk onak -f
Gunting makan di hujung -a
Pak Pandir juga yang menanggung-a
Apa didengar gelagak dagang -a
Gelagak rambutan jantan -e
Orang berbunga, dia berbunga-b
Orang berbuah, dia haram -g
Kilat memancar hujan tak jadi-c
Awak juga berkecundangan -e
F4 : Dari segi bahasa.
H/C :Seloka
banyak menggunakan kias ibarat/peribahasa/kiasan; bahasa yang estetik/indah; perulangan kata dan satira.
|
Air di tempayan dicurahkan
|
Buntut kena cangkuk onak
F5 : Dari segi peranan/fungsi
H/C : Seloka bertujuan untuk memberi panduan
supaya berpada-pada dalam melakukan kebaikan,
seperti kata pepatah, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.”Berbuat baik kepada seseorang harus
dilakukan secara sederhana sahaja.
F6
: Lain-lain ciri seperti jumlah baris, jumlah perkataan, jumlah suku kata dalam
baris boleh diterima sebagai
fakta jawapan
Pilih
2 isi sahaja
1
isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
2
isi x 3 markah = 6 markah
b). Jelaskan
unsur kritikan sosial dalam puisi
F1 :Menyindir/mengkritik/menempelak
individu atau masyarakat yang lebih mengutama/mementingkan
orang luar/dagang yang baru dikenali
berbanding dengan anak atau keluarga
sendiri.
H/C :Mereka lebih menutamakan orang
lain/dagang dan sanggup menabur budi atau berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang yang berada di bawah tanggungannya,
termasuk anak dan isterinya.
Anak
dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
F2 :Menyindir
/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah terpedaya dengan janji manis dagang yang baru
dikenalinya.
H/C
: Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata untuk mengambil hati kerana terpedaya dengan
gelagat dagang sehingga mereka tidak menyedari
bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagat dagang
Tak sedar bertelanjang
F3 : Menyindir/mengkritik/menempelak
masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia
ada.
H/C : Oleh kerana terlalu mengimpikan
keuntungan yang belum tentu akan tercapai, mereka sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara rasional, iaitu mereka sanggup membazir atau
mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia mereka miliki.
Mendengar
guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
F4 : Mengkritik/menyindir/menempelak
individu atau masyarakat luar yang sanggup memperdaya
masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri.
H/C : Golongan ini sentiasa mencari peluang dan pandai mengambil kesempatan dari kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata
untuk mengaut keuntungan tanpa
memikirkan nasib orang lain.
Mulut kena disuap pisang
Buntut
kena cangkuk onak
F5 :
Menyindir/mengkritik/menempelak individu
atau masyarakat yang malas bekerja dan ingin
bersenang-lenang
H/C
: Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan
penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak
menjadi kenyataan.
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
Pilih
3 isi sahaja
1
isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3
isi x 4 markah = 12 markah
c). Huraikan
gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas
F1 :
Asonansi.
H/C :Perulangan
bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar:
Anak dipijak
dagang dijinjing-perulangan
vokal ‘I’ (Baris 1)
Kilat memancar
hujan
tak
jadi-perulangan
vokal ‘a’ (baris 16)
F2 :
Aliterasi.
H/C :Perulangan
bunyi konsonan dalam baris-baris puisi secara mendatar.
Buntut
kena
cangkuk
onak-perulangan
konsonan ‘k’ (Baris 4)
Orang berbunga
dia berbunga-perulangan
konsonan ‘b’ (Baris 14)
F3 :
Anafora.
H/C :Perulangan
kata di awal baris secara berturutan
Orang berbunga, dia
berbunga(Baris 14)
Orang berbuah, dia haram
(Baris 15)
F4 :
Perulangan kata dalam baris.
H/C :
Perkataan yang sama diulang dalam baris yang sama.
Orang berbunga, dia berbunga
(Baris 14)
F5 :
Perulangan kata di tengah baris.
H/C :
Perkataan yang sama diulang di tengah baris secara berurutan.
Mulut kena suap pisang
(Baris 8)
Buntut kena cangkuk onak (Baris 9)
F6
: Peribahasa.
H/C :
Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu.
Mendengar
guruh di langit (Baris 6)
Air
di tempayan di curahkan (Baris 7)
Mulut
kena suap pisang ( Baris 8)
Buntut
kena cangkuk orang (Baris 9)
F7
: Citra.
H/C :
Imejan/ gambaran tentang sesuatu diambil dari sumber alam atau alam sekeliling.
Pasir, batu, balam, ayam kundur, labu dll.
Pilih
3 isi sahaja
1
isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
3
isi x 2 markah = 6 markah
____________________________________________________________________________________
SOALAN
2
a) Jelaskan tema sajak di atas
[
4 ]
F: kasih-sayang
H/C: penyajak mengambarkan perasaan kasih sayang
ayahnya kepada keluarga terutama kepada penyajak.
Sebagai tanda sayangnya, ayah memberikan sebidang tanah luas di kampung yang
telah banyak memberi jasa sebagai
sumber rezeki kepada keluarga.
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku
teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
1 Isi = 4 markah
2 markah fakta 2 markah
Huraian/Contoh
b) Huraikan gaya bahasa dalam sajak di atas. [12]
F1: Asonansi
H/C: Perulangan bunyi vokal dalam baris yang
sama
bila berdiri
di
antara pepohon rimbun ( perulangan bunyi vokal i)
F2: Aliterasi
H/C: Perulangan bunyi konsonan dalam baris yang
sama
menanam
anak
getah ( perulangan bunyi konsoanan n)
F3: Metafora
H/C: Membandingan sesuatu yang bersifat konkrit
dengan sesuatu yang bersifat abstrak yang membawa
diluar kelaziman.
betapa sebelumnya ia
adalah tanah hutan dara
F4: Anafora
H/C: Perulangan perkataan di awal baris dan
sepatutnya berturutan
atau semasa
menghalau burung pipit
atau
saja-saja santai antara panggilan emak
F5: Imej alam
H/C: Satu gambaran mengenai sesuatu
kehidupan ia lebih terdiri daripada
sekumpulan kata yang menggambarkan
objek, kisah, fikiran, falsafah.
pepohon/burung pipit/,padi/getah
F6: Inversi
H/C: Pembalikan rangkaikata
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
sepatutnya
setelah pokok di tebang dan semak dibersihkan
Pilih 4 isi
1isi = 3 markah ( 1markah fakta, 1 markah huraian ,
1 markah contoh )
4 isi x 3 markah = 12markah
c) citra watak ayah [
9 ]
F1: prihatin
H/C: ayah prihatin terhadap masa depan
anak-anaknya dengan memberi sebidang tanah
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung (R1B3&B4)
F2: gigih
H/C: ayah gigih meneroka , menebang dan
membakar tanah hutan sehingga boleh
ditanam padi huma
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah
ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian
dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah
berkali-kali ditanam padi
menjadi huma
bukit milik keluarga.
F3: rajin
H/C: Selain menanam padi huma, ayah rajin
menanam getah dan lada.
menanam anak getah
atau membetulkan barisan
tanaman ladanya.
F4: penyayang
H/C: ayah amat menyayangi penyajak, buktinya
ayah telah memberi sebidang tanah luas di kampung kepada penyajak.
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di
Hyde Park
aku teringat sebidang
tanah luas pemberian
ayah
di kampung
F5: bertanggungjawab
H/C: ayah bertanggungjawab mengusahakan tanah
untuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga
/ ayah amat menekankan soal tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah dan ayah
mengharapkan agar penyajak
meneruskan tanggungjawab itu.
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah
tanah
tentang tanggungjawab penjagaan
dan
pemeliharaannya
Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah ( 1 markah
fakta, 1 markah huraian , 1 markah contoh )
3 isi x 3 markah = 9 markah
Soalan 3
Skema pemarkahan:
______________________________________________________________________________
3. Hang Tuah merupakan tokoh epik yang terkenal dan
menjadi kebanggaan masyarakat Melayu. Berdasarkan kenyataan tersebut:
(a) Bincangkan sifat-sifat Hang Tuah
sebagai tokoh epik
(b) Terangkan kepentingan tokoh Hang
Tuah kepada diri anda
Skema Jawapan
(a) Bincangkan sifat-sifat Hang Tuah
sebagai tokoh epik
F1 : Berani menanggung risiko dan tidak
takut mati/tidak gentar menghadapi bahaya.
H/C : Hang Tuah adalah seorang tokoh yang
terkenal dibidang kepahlawanan dan tiada tolok bandingnya,
serta mempunyai kekuatan dan keberanian
yang luar biasa. Ketika berada di Majapahit
mengiringi raja Melaka untuk meminang dan berkahwin dengan puteri Betara Majapahit, Hang Tuah menunjukkankan sifat
beraninya apabila dia menyahut cabaran dan
bertarung dengan semua perajurit Majapahit termasuk berjaya membunuh Taming Sari.
F2 : Kebijaksanaan akal dalam membuat tipu
helah (muslihat atau tipu daya).
H/C : Ketika berada di Majapahit, Hang Tuah
memperlihatkan kebijaksanaan akal mengatasi sebarang
masalah, terutama rancangan-rancangan Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada menguji kekuatan atau kehandalan Hang
Tuah dan percubaan untuk membunuhnya.
Dengan kebijaksanaan akal yang ada pada
Hang Tuah, kesemua cubaan atau
ujian tersebut berjaya di atasi dengan mudah. Contoh, Hang Tuah menggunakan
tipu helah untuk membunuh
Taming Sari. Pada mulanya Hang Tuah gagal untuk mengatasi kehandalan Taming Sari, Kerana Taming Sari memiliki keris yang
berkuasa ajaib dan istimewa yang
menyebabkan tubuhnya kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah memperdaya Taming Sari dengan
mengajaknya bertukar-tukar keris kerana dia
tahu kekuatan Taming Sari terletak pada keris tersebut. Tipu helah ini dibuat
oleh Hang Tuah bertujuan untuk
memperdayakan dan seterusnya mendapatkan keris Taming Sari. Tun Tuah mengajak Taming Sari bermuafakat untuk sama-sama
mengamuk. Mereka akan bertindak membunuh Betara Majapahit dan
Patih Gajah Mada. Kemudian Taming
Sari akan dilantik menjadi Betara Majapahit dan Tun Tuah pula akan memegang jawatan sebagai Patih Gajah Mada. Taming
Sari terpedaya dengan pelawaan Tun Tuah lalu
bertukar –tukar keris dengan Tun Tuah. Akhirnya Taming berjaya dibunuh oleh Tun
Tuah.
F3 : Kesetiaan untuk sentiasa menjaga
keselamatan rajanya.
H/C :
Hang Tuah mempunyai sifat kesetiaan yang ideal, kesetiaaan yang tidak
berbelah bagi, kesetiaan
yang luar biasa, malah dia sanggup menyerahkan seluruh jiwa dan raganya semata-mata untuk raja Melaka. Tun Tuah memegang prinsip ‘Pantang Melayu
Derhaka Kepada Tuannya’. Ketika berada
di Majapahit, Tun Tuah telah menggunakan sifat
kepahlawan dan kebijaksanaan akal
untuk menjaga maruah dan keselamatan raja Melaka
daripada dihina oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada demi
kesetiaannya kepada raja
Melaka. Jika terjadi sesuatu perkara yang memalukan, sudah tentu akan memberi
aib kepada raja dan negeri Melaka. Apabila berhadapan dengan musuh, hanya yang ada dalam fikiran Hang Tuah ialah dia
perlu menjaga maruah dan nama baik rajanya.
Oleh kerana konsep kesetiaan ini ada
pada diri Hang Tuah menyebabkan dia sering
mendapat kekuatan dalaman menyebabkan dia dapat mengalahkan kesemua musuhnya. Contoh, Hang Tuah berjaya
membunuh Taming Sari, dan berjaya menggagalkan segala cubaan atau ujian yang dilakukan oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk menjatuhkan maruah
raja dan negeri Melaka.
F4 : Memperlihatkan sifat luar biasa ,
iaitu pandai dalam ilmu firasat .
H/C : Hang Tuah juga mahir dalam ilmu firasat,
iaitu ilmu pengetahuan mengenai tanda-tanda pada
muka, badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang atau ilmu yang melibatkan perasaan hati akan terjadi
sesuatu sesudah melihat gejala tertentu. Contoh,
melalui tilikannya , keris yang dimiliki oleh Taming Sari mempunyai kuasa ajaib
dan Hang Tuah percaya selagi
keris tersebut berada di tangan Taming Sari, tubuhnya tidak akan lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah
berjaya memperdaya Taming Sari
melalui helahnya mengajak Taming Sari bermuafakat dan bertukar-tukar keris dengannya. Dengan tipu helah tersebut
Hang Tuah berjaya memperolehi keris tersebut dan
akhirnya berjaya membunuh Taming Sari.
F5 : Ketangkasan dan kecekapan bermain
senjata.
H/C : Hang Tuah adalah seorang tokoh pahlawan
yang cekap dan mahir bermain senjata. Ilmu ini
diperolehi oleh Hang Tuah setelah berguru dengan beberapa orang guru . Antara gurunya ialah Sang Persata Nala di Gunung
Wirana Pura Majapahit dan Aria Putera di
Bukit Pancalusa Singapura. Ketangkasan dan kecekapan Hang Tuah bermain senjata terbukti ketika berada di Majapahit . Contoh, Hang Tuah
berjaya mengelakkan tikaman dan
berjaya membunuh perajurit-perajurit Majapahit,
termasuklah Taming Sari, sehingga dikagumi
oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.
F6 :Lain-lain sifat Tun Tuah sebagai tokoh
epik ialah mahir bermain senjata dan pandai dalam
ilmu persilatan, sanggup berkorban, bersifat patriotisme, iaitu semangat cinta untuk merpertahankan
kedaulatan negara dan lain-lain.
Pilih
4 isi sahaja
1
isi = 4 markah (2 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4
isi x 4 markah = 16 markah
(b) Terangkan kepentingan tokoh Hang
Tuah kepada diri anda.
F1 : Dapat menguatkan semangat sifat taat
setia dalam diri sebagai suatu pegangan.
H/C :
Sifat taat setia ini penting dijadikan
sebagai suatu pegangan dalam semua aspek kehidupan kita, sama ada dari segi pemikiran atau tindakan.
Contoh, ketika berada di Majapahit,
Hang Tuah sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya demi menunaikan perintah raja dan membuktikan
ketaatan dan keselamatan raja Melaka. Sifat taat
setia ini terkesan untuk saya untuk menjadikan sifat ini sebagai suatu ikutan
dan pedoman dalam kehidupan dalam
melakukan sesuatu, serta menghindarkan diri daripada melakukan pengkhianatan.
F2 : Dapat menjadikan contoh teladan
tentang kepahlawanan dan keberanian wira.
H/C : Sifat kepahlawanan dan keberanian Hang
Tuah dapat membangkit ( melahirkan)dan menanam
sifat keberanian dalam diri saya dalam menghadapi sesuatu situasi yang penuh mencabar. Contoh, ketika berada di Majapahit
mengiringi raja Melaka meminang puteri
Betara Majapahit, Hang Tuah sanggup
menghadapi segala rancangan untuk menguji
kekuatannya sebagai pahlawan dan cubaan untuk membunuhnya dengan semangat keberanian yang ada
padanya, termasuk bertarung dengan perajurit Majapahit yang paling handal, iaitu Taming Sari. Dengan adanya sifat
keberanian dalam diri menyebabkan
saya sanggup menghadapi apa
juga situasi yang boleh membahayakan diri
saya. Sebaliknya dengan berbekalkan semangat
keberanian, saya sanggup menghadapi apa
juga situasi dalam usaha untuk memperjuangkan hak dan maruah diri, bangsa dan negara daripada
segala ancaman musuh.
F3 : Dapat memupuk dan menanam semangat patriotik dalam diri
H/C :
Hang Tuah memang terkenal dengan semangat patriotismenya, iaitu semangat
cintakan watan atau negaranya walaupun di
mana dia berada dan semangat patriotik ini sudah sebati bertapak dalam
jiwanya. Dengan berbekalkan sifat patriotik yang kental, Hang Tuah tidak mudah terpedaya dengan
elemen-elemen yang cuba memesong semangat patriotismenya.
Contoh, ketika berada di Majapahit,Hang Tuah melaksanakan tugasnya sebagai pengiring raja untuk menjaga
maruah dan keselamatan raja Melaka. Saya juga terkesan
dan bertanggung jawab untuk menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam diri
agar saya dapat menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara.
F4 :
Dapat menaman kemahiran ilmu persilatan
H/C :
Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan memang tidak boleh disangkal
lagi dan telah menjadi pedoman dan ikutan dalam diri saya. Hang Tuah
berjaya menguasai ilmu persilatan
secara zahir dan batin. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah melalui perguruannya dengan beberapa orang guru,
termasuklah Sang Persata Nala dan Aria Putera
sehingga berjaya menjadi pahlawan terkenal dan sukar dan sukar ditandingi. Contoh, ketika berada di Majapahit hang Tuah berjaya
mengalahkan semua perajurit Majapahit
termasuklah Taming Sari. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan berjaya memberi dorongan dan ikutan
kepada saya untuk menguasai dan mewarisi
ilmu tersebut dalam usaha untuk
mempertahan dan menjaga diri, maruah bangsa dan negara.
F5: Kebijaksanaan
F6: Ilmu
kebatinan dan lain-lain
Pilih
3 isi sahaja
1
isi = 3 markah (1 markah Fakta, 2 markah
Huraian)
3
isi x 3 markah = 9 markah
Soalan 4:
4. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi
rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan
aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan
janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan
huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas
tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan
sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik
dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin.
Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan
lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas. [5]
(b). Berdasarkan
keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, huraikan 4
peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam Dirimba mengalahkan
gergasi. [
8 ]
(c) Jelaskan nilai
kemanusiaan yang terdapat pada watak Tuan Syeikh Alam Dirimba [ 12 ]
______________________________________________________________________________
SKEMA PEMARKAHAN
a)
Lima Amanat
F1 : Hendaklah bermuafakat antara satu sama lain
F2 :
Jangan aniaya menganiaya antara satu sama lain
F3 :
Janganlah elat / menipu / pembohong
F4 : Jangan
dengki antara satu sama lain
F5 :
Jangan berbuat fitnah kepada orang lain.
Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 1 markah
5 isi x 1 markah = 5 markah
b)
Empat peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengalahkan Raksasa
F1: Tuan Syeikh Alam pergi ke Sungai Tinam
tempat raksasa dan mengarahkan isi rimba
mencari rotan untuk membuat simpai (
gelung rotan )
F2: Tuan Syeikh Alam mengarahkan isi rimba
bersembunyi dan segera datang apabila
mendengar beliau bertempik
F3: Tuan Syeikh Alam menghidupkan api untuk
membakar ikan dan apabila ditegur oleh
raksasa, dia membuat helah dengan
mengatakan untuk menyimpai tubuhnya yang
sakit
F4: Raksasa mengatakan tubuhnya sakit dan
meminta simpai untuk berubat tetapi Tuan
Syeikh Alam mendakwa simpai itu ubat
pesaka peninggalan nenek moyangnya.
F5: Raksasa meminta ikan daripada Tuan Syeikh
Alam tetapi tidak diberi dengan alasan
tidak elok makan ikan sebelum berubat.
F6: Tuan Syeikh Alam memasukkan simpai pada
kedua-dua siku dan lutut sebanyak dua
kali sehingga raksasa tidak dapat bergerak
lagi.
F7: Tuan Syeikh Alam merenung muka dan kemudian
mencakar mata raksasa sehingga
pecah
F8: Kemudian Tuan Syeikh Alam bertempik
menyebabkan semua isi rimba datang dan
terkejut melihat keadaan raksasa yang
sedemikian rupa.
F9: Akhirnya raksasa mati ditendang dan
diterajang (disiksa ) oleh semua isi rimba.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah
4 isi x 2 markah = 8 markah
c) Nilai kemanusiaan
F1: Bijaksana / cerdik / panjang akal
H/C: Tuan Syeikh Alam pandai membuat helah iaitu dengan
menggunakan simpai dikatakan untuk berubat
bagi menghilang rasa sakit sehinggakan
raksasa tertipu dan tidak dapat bergerak
lagi yang akhirnya dibunuh oleh semua isi rimba.
F2: Berani
H/C: Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh kecil
tetapi berani berhadapan dengan raksasa yang
bertubuh besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti Sang Beruang, Sang Seladang, Harimau dan Sang
Badak kecut perut dan melarikan diri apabila melihat
raksasa.
F3: Bertanggungjawab
H/C: Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan tanggung
jawabnya sebagai Raja di-Rimba apabila menolong
isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh raksasa melalui tipu muslihat agar keadaan rimba
kembali aman.
F4: Prihatin
H/C: Tuan Syeikh Alam sebagai Raja di-Rimba bersifat
simpati dan prihatin kepada segala isi rimba
yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh raksasa. Oleh itu apabila mendapat pengaduan daripada isi rimba dia
berusaha mencari helah untuk membunuh raksasa.
F5: Gagah perkasa
H/C: Tuan Syeikh Alam dikatakan mendapat kekuatan
daripada baginda Ali membolehkannya berjaya
mengalahkan raksasa yang bertubuh besar panjang.
F6: Suka berterus terang
H/C: Tuan Syeikh Alam mengatakan bahawa tubuh badak
yang luka-luka dan comot-comot bukan
perbuatan raksasa seperti yang di dakwa badak tetapi kerana dikaitkan onak
ketika melarikan diri menyebabkan Sang
Badak malu
Pilih 4 isi
sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh )
4 isi x 3 markah = 12 markah
______________________________________________________________________________
Skema
pemarkahan:
5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan
yang mengikutnya.
“Orang tua memerlukan kasih sayang
anak-anaknya. Mendapat tempat tinggal yang wajar yang mereka boleh melanjutkan
ibadatnya, bukan tersorok bagai barang yang tidak berguna dalam bilik sempit
dengan lampu 15 wat. Sebab kebanyakan orang yang sudah lanjut usia ingin
menggunakan sisa-sisa hidup mereka untuk beribadat secara konsisten, mahu
menebus ketinggalan pada masa mudanya,” kata Cikgu Baharum dalam suratnya yang
agak panjang. “Kasih Sayang itulah yang mereka perlukan. Dan hanya orang
tua yang tidak mempunyai anak sahaja yang patut disantuni di rumah kebajikan,
tempat mereka boleh mendapat kasih Sayang yang jujur dan ikhlas di samping
makan minum yang teratur.” Masya-Allah. Terlalu tinggi falsafahnya, Saya
terlalu kagum dan mahu memeluknya jika dia ada bersama-sama waktu itu.
(Dipetik daripada Majlis
Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan
dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas. [ 4 ]
(b) Berdasarkan cerpen “Usia Emas”, huraikan tiga falsafah
yang dipegang oleh watak Cikgu Baharum
sehingga menjadikan watak “saya” terlalu mengaguminya. [12]
(c)
Cerpen “Usia Emas” banyak
menggunakan teknik imbas kembali dalam menggerakkan plot ceritanya. Nyatakan
maksud imbas kembali dan huraikan empat peristiwa yang digambarkan melalui teknik
imbas kembali.
[ 9 ]
Skema pemarkahan.
______________________________________________________________________________
(a)
Dua nilai murni yang terdapat dalam
petikan di atas .
F1:
Kasih sayang;
H/C
: Orang tua memerlukan kasih sayang daripada anak-anak mereka untuk meneruskan sisa-sisa
hidup mereka.
F2:
Rajin beribadat.
H/C
: Orang yang sudah lanjut usia
(tua) ingin menggunakan sisa-sisa hidup
mereka untuk beribadah kepada
Allah secara konsisten bagi menebus
ketinggalan pada masa muda mereka.
F3: Jujur/ikhlas
H/C: Orang
tua memerlukan kasih sayang yang
jujur daripada anak-anak dan anak-anak patut melayan ibubapa yang telah berusia
tua dengan penuh kejujuran.
F4: Keprihatinan
H/C: Orang tua yang tidak mempunyai anak atau
penjaga sepatutnya disantuni ke rumah kebajikan.
Pilih 2 isi sahaja.
1 isi = 2 markah ( 1markah Fakta , 1
markah H/C)
2 isi
x 2 markah = 4 markah
(b) Tiga falsafah yang dipegang oleh watak
Cikgu Baharum dalam cerpen ini
sehingga dikagumi oleh watak
”saya”.
F1: Suka berterus terang
H/C: Cikgu Baharum seorang yang
suka berterus terang. Apabila beliau
bercakap agak kasar , tidak munafik dan apa yang diucapkan itulah
yang terselit di hatinya.
F2: Mementingkan disiplin.
H/C: Cikgu Baharum sentiasa bangun awal pagi seawal jam 5.00 pagi dan sentiasa mengamalkan senaman. Beliau juga selalu
pergi kerja pada waktu pagi dalam suasana yang
masih gelap dan pulang agak lewat
petang..
F3: Mengutamakan kesihatan.
H/C
: Cikgu Baharum sangat mementingkan kesihatan .Sejak zaman mudanya beliau sentiasa mengamalkan senaman
radio taiso sehingga pada usia emas pun masih kelihatan awet muda
dan dalam keadaan sihat.
F4: Setiakawan.
H/C: Hubungan
persahabatan antara Cikgu Baharum dan watak Saya sentiasa terjalin erat kerana beliau sering menziarahi penulis
dan menghubungi penulis samada melalui
surat atau poskad.
F5: Berpegang pada ajaran agama.
H/C
: Beliau
sentiasa merujuk kepada ayat-ayat Al Quran dan Hadis Nabi apabila memperkatakan sesuatu hujah. Misalnya tentang umur tua dirujuk
kepada Hadis Rasulullah yang minta
berlindung dari umur yang tua ganyut.
F6: Mementingkan
ilmu
H/C: Cikgu
Baharum seorang yang luas pengetahuannya
dan kuat membaca menyebabkan penulis
sentiasa mengunjungi beliau untuk
berhujah dan mendapatkan ilmu daripada beliau.
Beliau juga pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke MPSI Tanjung Malim tetapi terbengkalai.
Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 4 markah ( 2 markah Fakta , 2
markah H/C)
3 isi
x 4 markah = 12 markah
(c)
empat peristiwa yang digambarkan melalui teknik imbas kembali
yang terdapat dalam cerpen ini.
Maksud
Imbas kembali
-
Mengingat / mengenang / mengimbau / menyorot peristiwa yang telah berlaku
melalui pemikiran / lamunan
(1
markah)
F1: Penulis ketika membaca akhbar Utusan
Malaysia tentang Cikgu Baharum yang terpilih sebagai
seorang tokoh warga emas di
daerahnya penulis teringat ucapan Cikgu Baharum
lima tahun dahulu , ketika mereka sama-sama merayakan hari lahir
yang ke - 75.
F2: Setiap kali menjelang tanggal 25 Mac,
penulis teringat Cikgu Baharum yang
merupakan seorang yang berterus terang,
walaupun agak kasar tetapi dia tidak munafik
dan kelantangannya menyebabkan dia
tidak banyak kawan.
F3: Penulis teringat saat dia berkenalan
dengan cikgu Baharum melalui akhbar. Penulis yang meminati cikgu Baharum sebagai penulis yang produktif melalui akhbar
Warta Malaya di Singapura.Pada waktu
itu telah menghantar poskad untuk berkenalan dan telah mendapat balasan daripada cikgu Baharum.
.
F4: Penulis masih ingat pada masa dulu dia
suka ke rumah cikgu Baharum bersama dengan anak-anaknya
dan Cikgu Baharum juga selalu berkunjung ke rumahnya, mereka selalu bercakap tentang politik, ekonomi,
sosial, bahasa dan sastera.
F5: Penulis teringat pada zaman mudanya
ketika otaknya masih segar dia dapat berfikir dan berhujah dengan cikgu Baharum yang tabiatnya suka meninggalkan masalah
untuk diselesaikan.
F6: Penulis juga teringat tentang warga emas
di Jepun di mana anak-anak Jepun
selalunya enggan memelihara orang tua
mereka yang sudah lanjut usia.
F7: Cikgu Baharum menceritakan kisahnya
sebagai seorang guru kepada wartawan yang menemuramahnya
dan rencana itu turut dibaca oleh penulis. Semasa menjadi guru beliau hanya berbasikal Raleigh tua untuk ke
sekolah.
Pilih 4 peristiwa sahaja.
1 peristiwa = 2 markah
4 peristiwa x 2 markah = 8 markah
Maksud 1 markah + 8 markah = 9 markah
6. Baca
petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
ASIAH
SAMIAH TUA: Pasti abang itu. Saya denar tapak kaki abang. Saya dengar dehem abang. Saya rasa hampirnya abang dengan
saya. Saya rasakan nafas abang yang hangat itu.
Nafas abang yang bernafsu. Yang menyesakkan saya. Yang menyelimutkan saya dalam rindu dan berahi.
MARGA
TUA: Lihat! Itulah sebabnya kenapa saya harus melayani kegilaanya. Dia luar
biasa – malah istemewa, kalian akan
tahu nanti – dia perempuan yang cerdik – atau mungkin juga terlalu cerdik. Bukankah orang cerdik selalu kurang
waras, kata orang ! Saya tak kata
begitu. Tunggu, dengar apa katanya…
ASIAH
SAMIAH TUA: Abang tahu saya menunggu abang bukan? Macam saya janjikan dulu. Di bawah tiang lampu ini, sewaktu senja
begini, ketika lembayung dan cahaya matahari yang
berbaki macam manik-manik yang berturutan – lalu meninggalkan warna kemilau yang indah, saya akan tetap menunggu
abang.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny],
2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a). Siapakah watak abang dalam petikan di
atas. [
1 ]
(b).
Nyatakan dua perwatakan Asiah Samiah
dalam petikan di atas.
[ 4 ]
(c). Galurkan empat peristiwa uang menyebabkan Asiah Samiah menjadi tidak siuman[
8 ]
(d). Jelaskan empat mesej yang terkandung dalam drama Asiah Samiah [12]
______________________________________________________________________________
Skema
Pemarkahan
a). watak abang ( 1m)
ialah Anas Samanda
(1 markah)
b). Nyatakan dua perwatakan Asiah Samiah (4m)
F1: Luar
biasa
F2: Istimewa
F3: Cerdik
F4: Setia
F5: Kurang
waras
F6: Sasterawan
/ pandai berbahasa
c). Galurkan empat peristiwa
F1: Hubungan
Asiah Samiah dengan Anas Samanda mendapat tentangan daripada ibu bapa Asiah Samiah kerana
mereka berdua tidak setaraf.
F2: Misa
Sagaraga yang berkunjung ke rumah Asiah Samiah telah berkenan melihat kecantikan Asiah
Samiah.
F3: Kedua-dua
ibu bapa Asiah Samiah menerima lamaran Misa Sagaraga biarpun Asiah Samiah
sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana kekayaan, pengaruh dan kuasa yang ada pada Misa
Sagaraga.
F4: Asiah
Samiah meminta bantuan Sari Saribiru untuk berbuat sesuatu bagi menyelesaikan masalahnya tetapi
ditolak kerana takut dengan tindakan yang akan diambil oleh Tuan Setiawan Tanjung.
F5: Anas
Samanda pula telah meninggalkan Asiah Samiah sewaktu dia memerlukannya kerana menyertai
gerakan perjuangan mempertahan hak.
F6: Asiah
Samiah juga turut meminta bantuan Marga Muda bagi membantunya mencari jalan
penyelesaian tetapi Marga Muda tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut dengan pengaruh dan kuasa
yang dimiliki oleh Misa Sagaraga.
F7: Asiah
Samiah dan Misa Sagaraga telah berkahwin walaupun tanpa kerelaanya dan dia telah diperlakukkan
dengan ganas dan kejam pada malam pertama perkahwinannya.
F8: Asiah
Samiah berasa tertekan dengan apa yang terjadi, menyebabkan dia terlintas untuk membunuh diri
tetapi dia masih percayakan agama.
F10: Asiah
Samiah juga mahu membunuh Misa Sagaraga tetapi hasratnya tidak diteruskan
kerana bimbang keselamatan anggota keluarganya.
F11: Asiah
Samiah akhirnya memberanikan diri dan bertindak lari dari rumah Misa Sagaraga pada
malam itu juga.
F12: Selepas 12
hari melahirkan Laila Anurisah yang tidak dapat diterimanya Asiah Samiah seperti
orang hilang ingatan, ketawa, berteriak dan menyanyi.
Pilih 4 peristiwa sahaja
1 peristiwa = 2 markah
4 peristiwa x 2 markah = 8
markah
c). Mesej
dalam drama
F1: Kekayaan ,
pengaruh dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan
H/C: Perkahwinan
yang hanya berlandaskan materialistik tidak menjanjikan kebahagian, Perkahwinan Asiah Samiah yang dipersetujui
oleh Tuan Setiawan Tanjung dan
Puan Suari Alimin hanya kerana Misa
Sagaraga memiliki segala-galanya tetapi ditolak oleh Asiah Samiah yang tidak menilai itu semua.
F2: Ketidakadilan
sosial terutama perbezaan darjat masih menjadi ukuran dalam memilih
pasangan hidup.
H/C: Kedua-dua
ibu bapa Asiah Samiah tidak menerima Anas Samanda kerana menganggap Anas
Samanda tidak setaraf dengan mereka kerana Anas Samanda hanyalah anak seorang
petani yang miskin yang tidak akan membahagiakan Asiah Samiah.
F3: Perlu menghormati dan akur dengan kehendak
orang tua
H/C: Anak-anak
sewajarnya menghormati dan mengikut kata orang tua demi untuk kebaikan mereka. Asiah Samiah biarpun tidak setuju
dengan lamaran Misa Sagaraga tetapi kerana menghormati
dan menyayangi kedua-dua orang tuanya dia akhirnya
akur dengan kehendak mereka untuk
berkahwin dengan Misa Sagaraga.
F4: Kita
hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan terutamanya kepada kanak- kanak.
H/C: Simpati dengan nasib yang menimpa Laila Anurisah
yang dibuang oleh Misa Sagaraga
kerana menganggapnya memalukan maruahnya, Marga Muda telah mengambil Laila Anurisah dan
menjaganya serta mencarikan Asiah Samiah untuknya.
F5: Hendaklah
amanah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan
H/C: Marga Muda
telah mengabadikan dirinya dalam pekerjaan selama 20 tahun dan dia tidak
pernah merungut dan sentiasa patuh dan setia melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya malah dia juga sanggup melakukan apa
sahaja yang disuruh oleh majikannya.
F6: Keprihatinan
dan rasa tanggungjawab bersama perlu ada pada anggota masyarakat.
H/C: Anggota
masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengambil perhatian terhadap apa yang berlaku, Siti Bunirah dan
Pak Leh Lak Lak prihatin dan rasa bertanggungjawab
terhadap apa yang menimpa Laila Anurisah, mereka berdua telah menjaganya kerana Asiah Samiah tidak siuman.
F7: Sikap
terburu-buru dalam mengambil tindakan akan membawa padah
H/C: Terburu-buru
membuat keputusan akhirnya akan memberi kesan yang negatif, Asiah Samiah yang bertindak melarikan diri
dari rumah Misa Sagaraga kerana tidak dapat menerima
apa yang berlaku ke atasnya akhirnya mengalami tekanan perasaan dan menyebakan dia menjadi tidak siuman.
F8: Pendidikan
amat penting dalam kehidupan
H/C: Tuan
Setiawan Tanjung amat mementingkan pendidikan biarpun Asiah Samiah tidak dibenarkan bergaul bebas, tetapi dia tetap
memberi pendidikan yang sempurna menerusi khidmat
guru yang datang mengajar di rumahnya, termasuklah Marga Muda yang dibayar sebagai munsyi.
F9: Maruah dan
hak perlu dipertahankan.
H/C: Gambaran tentang kedudukan seseorang atau sesebuah keluarga, Anas
Samanda tetap dengan pendiriannya
berjuang untuk mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya daripada Misa Sagaraga yang telah menghalau
bapanya dari rumah yang telah didiaminya selama
50 tahun.
F10: Perjuangan memerlukan pengorbanan
H/C: Pengorbanan ayah Marga berjuang menuntut haknya menyebabakan
ayahnya dianggap penjenayah
sehingga ayahnya terpaksa meringkuk di penjara dan akibatnya keluarga Marga berantakan.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah fakta , 1 markah
Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah.