Contoh Soalan percubaan KMK SMK
02:31
Edit
Soalan Peperiksaan Percubaan KMK Semester 1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
34600 KAMUNTING.
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 1
(DUA JAM)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012
Arahan kepada calon :
JANGAN BUKA KERTAS
SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab tiga soalan
sahaja : satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, dan C.
Markah untuk tiap-tiap
soalan diberikan dalam tanda [ ]
Kertas soalan ini 5 halaman bercetak
© Disediakan oleh : Zulkiflee Bin Abd. Manaf
SOALAN PENGUKUHAN KMK 2012
Bahagian A : Puisi
[ 25 markah ]
Jawab satu soalan
sahaja.
1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan
yang mengikutinya.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak
sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang
budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Tenang-tenang air dilaut
Sampan
kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi
yang baik rasa nak junjung.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan jenis puisi
di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi
tersebut ?
(b) Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas?
(b) Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas?
(c) Bincangkan tiga peranan
puisi tersebut kepada masyarakat?
2. Baca sajak di bawah ini
dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
(karya
Baha Zain)
i
Aku terbangun pada
waktu tengah malam
membuka jendela
melihat seluas alam
pernahkah engkau
terbangun seperti ini
Diganggu mimpi buruk
atau gelisah rindu.
Lihatlah gelap pekat
di mana-mana
nampakkah engkau di
sana ada pelita?
Pada setiap jalur
cahaya ada bayang-bayang
tidak pekat hitam,
tetapi remang-remang.
ii
Sepi malam melindungi
engkau dari bisikan orang
kecuali di kiri kanan
ada syaitan-syaitan
putuskanlah ke mana
matamu memandang
pernahkah engkau
secara sedar membuat pilihan?
masuk rongga-rongga
hati nurani, sukma kalbu
dan akal budi
atau tergoda bisikan
halus syaitan-syaitan itu.
Kita sering melihat
cahaya benderang jauh ke depan
meskipun berdiri dalam
gelap pekat atas tanah perkuburan
di situ kita injak
keamanan dengan mencerca keganasan
kita laungkan
suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat
agama jadi alasan,
jadi boneka permainan
kita benci perang,
kita cinta kedamaian
jadi slogan perjuangan
kita yaringkan suara
supaya orang tidak
mendengar:
mendengar bisikan hati
nuraninya sendiri,
syaitan lebih nyaring
bersuara tentang erti
keamanan
‘Engkau harus kuasai
mereka dengan harga
setinggi mana pun
atas nama kemenangan,
apa ertinya kedamaian
sebuah kota yang telah
menjadi perebutan’.
iii
Perang akan
memusnahkan kubu, bangunan,
muzium, galeri dan
universiti
perang telah
mengoyakkan halaman-halaman
sejarah
perang akan mencipta
sejarah baru
di halaman-halaman
yang baru
sejarah baru itu hanya
derap kaki askar-askar
yang dahulu.
Seorang pemimpin menumpaskan
bekas-bekas
keagungan pemimpin
lama
jadi tirani apabila
mencium bau wang
pernahkah engkau jadi
haloba apabila mencium
bau keuntungan?
Perang akan
memusnahkan bahasa dan kesenian
yang merumahkan
kemanusiaan.
Orang lupa bahawa
Islam itu agama kehidupan
untuk semua bangsa
yang membenci
persengketaan.
Pernahkah engkau
terfikir bahawa engkau telah
dipermainkan?
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri
sajak di
atas?
(b) Jelaskan empat persoalan
yang terdapat dalam sajak
tersebut?
(c) Dengan mengemukakan contoh,
huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai
estetik sajak
tersebut?
Bahagian B : Prosa Tradisional
[ 25 markah ]
Jawab satu soalan
sahaja.
3. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba
bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian,
muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan
janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam
firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu
perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi
hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa
buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat
pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba
ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat
dalam petikan di
atas.
(b) Berdasarkan
keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata
Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang
terdapat dalam petikan di atas menjadi
kenyataan?
(c) Huraikan lima nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”?
4. Bincangkan lima syarat
yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj
Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu.
Bahagian C : Prosa Moden
[ 25 markah ]
Jawab satu soalan
sahaja.
5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.
“Oh ibu…oh bapa…
+ Bagaimana hendak
jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan
sembayang…”
+ Bagaimana hendak
jadikan ruang kubur terang-benderang?”
- “Bacalah Al-Quran
malam dan siang…”
+ Bagaimana hendak
hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa yang
Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan dua
nilai murni yang terdapat dalam petikan di
atas?
(b) Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang?
(c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu?
(b) Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang?
(c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu?
6. Baca
petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
ANAS SAMANDA: Aku
kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya
memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa
kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan
kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu
menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita!
Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku
ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih
daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak
kekayaan lebih banyak harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak
menyangka kau sebacul ini!
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)
Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di
atas.
(b) Bincangkan empat persoalan
drama Asiah Samiah.
Skema Jawapan. KMK
Percubaan STPM 2012.
1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan
yang mengikutinya.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak
sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang
budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Tenang-tenang air dilaut
Sampan
kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi
yang baik rasa nak junjung.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan jenis puisi
di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi
tersebut ?[7]
(b) Huraikan empat nilai
kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12]
(c) Bincangkan tiga peranan
puisi tersebut kepada masyarakat? [6]
(a) Jenis puisi ialah
pantun [1]
Tiga cirri puisi : -
i. Mempunyai
tiga rangkap, satu rangkap mempunyai empat baris.
ii. Setiap
rangkap mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.
iii. Rima
akhirnya a,b,a,b. a,b,ab. a,b,a,b.
*sertakan contoh.
Cirri-ciri yang lain boleh diterima. [6]
(b) Empat nilai kemasyarakatan.
i. Masyarakat
yang berpegang pada janji.
ii. Masyarakat
yang sentiasa mengenang budi / jasa .
iii. Masyarakat
yang menyanjung kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.
iv. Masyarakat
yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik.
v. Masyarakat
yang hidup tolong-menolong antara satu sama lain.
*sertakan contoh puisi
bagi setiap fakta. Nilai yang ada kaitan dengan puisi boleh
diterima. [12]
(c) Tiga peranan puisi.
i. Sebagai
pengajaran / mendidik masyarakat.
ii. Mengingatkan
manusia/masyarakat supaya menepati janji.
iii. Mendidik
masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik.
*peranan yang
besesuaian dengan puisi boleh diterima. Sertakan contoh
puisi. [6]
PERNAHKAH ENGKAU
MENTAFSIR KEDAMAIAN
(karya
Baha Zain)
(a) Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri
sajak di
atas? [4]
(b) Jelaskan empat persoalan
yang terdapat dalam sajak
tersebut? [12]
(c) Dengan mengemukakan contoh,
huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai
estetik sajak
tersebut? [9]
(a) Bertemakan
tentang Keamanan dan kedamaian
Penyajak mengajak pembaca menolak
peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan
nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya
akan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk
dilupakan. [2]
Ciri-ciri sajak – jumlah rangkap, jumlah baris dalam satu
rangkap, rima akhir, dll.
*sekurang-kurangnya
satu cirri berserta contoh
sajak. [2]
(b) Empat persoalan.
i. Persoalan
tentang harapan dalam kehidupan
Biarpun terpaksa
berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan tetapi masih ada harapan yang
diberikan tuhan.
ii. Persoalan
tentang peperangan memusnahkan harta benda
Peperangan telah
mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah
sesebuah negara.
iii. Persoalan
tentang keamanan
Konflik yang berlaku
akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan
dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan.
iv. Persoalan
tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi
Sering agama
dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan
menyuruh penganutnya berbuat baik
v. Persoalan
tentang gangguan tidur
Tidur penyajak
terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga menyebabkan
tidurnya tersedar.
*persoalan
yang besesuaian boleh diterima. Sertakan contoh sajak sekurang-surangnya tiga
baris sajak bagi setiap
fakta. [12]
(c) Tiga unsur gaya bahasa. [9]
i. Ansonasi
– perulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,dan u)
ii. Aliterasi
– perulangan bunyi huruf konsonan selain daripada (a,e,i,o,dan u)
iii. Anapora
– perulangan perkataan/kata diawal baris/ayat.
*unsur gaya bahasa
yang lain boleh diterima. Sertakan contoh sajak.
3. Pada suatu hari Tuan
Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai
tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara
suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah
kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan.
Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu
hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada
hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda
kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan
pesanan hamba ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat
dalam petikan di
atas. [5]
(b) Berdasarkan
keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata
Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang
terdapat dalam petikan di atas menjadi
kenyataan? [10]
(c) Huraikan lima nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]
(a) Lima amanat. [5]
i. Kita mestilah
hidup bermuafakat
ii. Janganlah kita menganiaya
orang lain
iii. Janganlah kita saling dengki mendeki
dengan orang lain
iv. Janganlah membuat fitnah
v. Janganlah kita menipu
(b) Firasat Tuan Syeikh Alam Di Rimba – akan
datang bala dan huru-hara. [10]
i. Sesuatu
perkara yang dirancang tidak akan berjaya tanpa muafakat
ii. Berlaku penindasan
terhadap orang yang lemah
iii. Sukar untuk mencapai kemajuan
apabila ada sifat dengki
iv. Berlaku perpecahan dan bunuh membunuh
antara satu sama lain kerana fitnah
v. Rosaknya perhubungan
persahabatan apabila berlaku penipuan.
*peristiwa yang lain
boleh diterima, sekiranya ada kaitan dengan teks.
(c) Lima nilai kemanusiaan. [10]
i. Masyarakat
yang hidup bersatu padu.
ii. Masyarakat yang sentiasa
membantu golongan yang memerlukan bantuan.
iii. Masyarakat yang sering menyokong
perkerjaan yang baik.
iv. Masyarakat yang mempunyai pemimpin
yang bertanggung jawab.
v. Pemimpin atau golongan
pemerintah yang jujur/amanah/dan bijak.
*nilai kemanusiaan
yang berkaitan teks boleh diterima.
4. Bincangkan lima syarat
yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj
Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]
i. Pemerintah
mestilah adil.
ii. Pemerintah
yang bertanggungjawab
iii. Pemerintah
yang jujur dan amanah
iv. Pemerintah
mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesautu masalah
v. Menjalankan
pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.
*sebarang syarat yang
berkaitan dengan teks boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh peristiwa.
5. Baca
petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Oh ibu…oh bapa…
+ Bagaimana hendak
jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan
sembayang…”
+ Bagaimana hendak
jadikan ruang kubur terang-benderang?”
- “Bacalah Al-Quran
malam dan siang…”
+ Bagaimana hendak
hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa yang
Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan dua
nilai murni yang terdapat dalam petikan di
atas? [4]
(b) Berdasarkan cerpen
“Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang
hendak disampaikan oleh
pengarang? [12]
(c) Bincangkan tiga
teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di
Atas Rumput” karya Fatimah
Busu? [9]
(a) Dua nilai murni. [4]
i. Tidak
meninggalkan solat/sembahayang.
ii. Sentiasa membaca Al-Quran
iii. Sentiasa mengerjakan perkara-perkara
yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah.
*sertakan huraian dan
contoh daripada petikan.
(b) Empat persoalan. [12]
i. Pentingnya
menjaga solat
ii. Keistemewaan/kebaikan
membaca Al-Quran
iii. Pentingnya mematuhi ajaran agama
Islam.
iv. Meninggalkan perkara-perkara yang
ditegah/larang oleh Allah.
v. Balasan kepada orang yang
ingkar.
*persoalan lain yang
berkaitan dengan cerpen boleh diterima. Sertakan hurai dan contoh.
(c) Teknik penceritaan. [9]
i. Teknik Imbas
Kembali
ii. Teknik Dialog
iii. Teknik Monolog
iv. Teknik mimpi
*sebarang teknik
penceritaan yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima, sertakan hurain dan
contoh.
6. Baca
petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
ANAS SAMANDA: Aku
kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya
memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa
kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan,
dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu
menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita!
Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku
ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih
daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak
kekayaan lebih banyak harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak
menyangka kau sebacul ini!
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)
Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di
atas. [9]
(b)
Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. [16]
(a) Tiga Unsur Moral. [9]
i. Kita mestilah
berkeyakinan tinggi.
ii. Kita mestilah berani
menghadapi cabaran
iii. Mempunyai semangat yang kental.
iv. Kekuatan keimanan yang tinggi
*unsur moral yang lain
boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.
(b) Persoalan dalam drama Asiah Samiah. [16]
i. Keberanian –
masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup demi kebenaran.
ii. Keimanan – masyarakat
yang mempunyai keimanan yang kuat.
iii. Semangat kental – masyarakat yang
mempunyai semagat juang yang tinggi untuk menegakkan kebenaran.
iv. Pengorbanan – masyarakat yang sanggup
berkorban demi kebenaran.
* persoalan yang lain
boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.