Rabu, 18 Julai 2012

Pengantar Prosa Tradisional (Teks Permata Sastera)


   PENGHANTAR PROSA TRADISIONAL
Tajuk
Waktu Pengajaran
Hasil Pembelajaran
2.     Prosa Tradisional

2.1 Epik

2.2 Cerita rakyat

2.3 Keagamaan

2.4 Ketatanegaraan


10

10

10

10
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan cirri-ciri prosa tradisional terrpilih;
(b). menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu Tradisional;
(c) menjelaskan watak dan perwatakan
(d) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(e) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(f) menghuraikan kandungan karya;
(g) menganalisis karya.

(a) mengenal pasti jenis dan cirri-ciri prosa tradisional terrpilih;

2.1       Epik
2.1.1    Takrif/Konsep:
Kesusasteraan epic juga dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan. Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya.Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian, ketokohan,kepintaran, kegagahan,mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna. kadangkala watak wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini. Kesusasteraan epic ditulis dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, genre ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikan kepada epik kebangsaan dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993)
            Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh Hikayat Hang Tuah.  Dalam hikayat ini dilukiskan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia “ghaib”. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar Melayu Melaka. Di samping itu, Hang Tuah juga merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutama dalam masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun.
            Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap perkembangan cerita karya epik.

2.1.2    Ciri-Ciri Epik:
1.         Dari segi bentuknya, sastera epik adalah bentuk karyayang ditulis dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi yang panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan di dalamnya terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan.

2.         Latar tempat cerita dan peristiwa mengenai tokoh wira amat luas, iaitu meliputi alam nyata dan alam kayangan.Dalam Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi beberapa tempat antaranya Melaka serta di serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan benua keling.

3.         Aksi-aksi watak wira  digambarkan rata-ratanya bersifat berani, tangkas dan bijaksana. Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat menewaskan musuhnya taming sari.

4.         Terdapat unsur-unsur  supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib dan sakti sesuatu bangsa.Hang Tuah merupakan tokoh  yang kuasa luar biasa.

5.         Wira dalam sastera epik adalah tokoh agung yang berkedudukan tinggi sesuatu bangsa. Hang Tuah merupakan orang kanan Melaka yang sering diutuskan oleh sultan Melaka ke luar negara. Bahkan kemasyurannya telah sampai ke negeri-negeriMajapahit, Siam, China, Benua Keling, Arab dan Rom.


2.2       Cerita Rakyat

2.2.1    Takrif/Konsep:
Kesusasteraan rakyat ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, folk literature. Menurut Richard M. Dorson (1973), folk literature juga dikenali sebagai oral literature (kesusasteraan lisan) atau verbal art (seni ujaran atau tuturan) atau expressive literature (kesusasteraan ekspresif), sama ada dalam bentuk cerita atau bukan cerita yang berlegar  di sekitar masyarakat menerusi lisan, dan diwarisi oleh satu generasi daripada generasi terdahulu tanpa diketahui siapa penciptanya.
            Genre ini dinamakan kesusasteraan rakyat kerana hasil karyanya dianggap kepunyaan bersama (kolektif) oleh masyarakat penciptanya. Pada masa kesusasteraan ini dicipta, masyarakat Melayu masih berada pada tahap pratulisan lagu atau dengan kata lain, pada masa itu mereka masih buta huruf. Pencipta hasil kesusasteraan ini pula terdiri daripada rakyat biasa, sesuai dengan tahap pemikiran mereka sederhana  dalam menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya.
           
2.2.1    Ciri-Ciri Kesusasteraan Rakyat

1.         Penyebaran dan pewarisannya dilakukan secara lisan.
2.         Bersifat tradisional, iaitu hidupdalam sesuatu kebudayaan dalam waktu tidak kurangdaripada dua             generasi,dalam bentuk yang relative tetap.
3.         Kerana sifat kelisanannya, cerita rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi. Proses penyebarannya             yang melalui pertuturan telah mengakibatkan berlakunya perubahan dan penyesuaian yang akhirnya    melahirkan versi-versiyang berbeza. Walau bagaimanapun, perbezaan versi ini berlaku hanya pada bahagian luaran, sedang dasarnya tetap bertahan.
4.         Penciptanya tidak diketahui. dengan itu ia menjadi milik bersama dalam masyarakat.
5.         Mempunyai fungsi tertentu dalam masyarakatnya atau kebudayaannya, misalnya sebagai alat           pendidikan, alat pengajaran moral, hiburan, protes sosial dan sebagainya.
6.         Mempunyai logika tersendiri yang tidak sesuai dengan logika umum.
7.         Bersifat sederhanadan seadanya, terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar, seperti yang          terlihat pada anekdot dan sebahagian cerita jenaka.
8.         Kesusasteraan rakyatmempunyai sifat-sifat tempatan yang tebal.

2.3       Keagamaan:
2.3.1    Takrif/Konsep:
Cerita-cerita  nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda. secara umumnya, cerita ini berlatarbelakangkan sejarah Islam sebenar. Walau bagaimanapun gambaran, tentang perwatakan baginda serta latar masa dan tempat yang dilukiskan adalah berdasarkan peristiwa sejarah sebenar tetapi telah diolah kembali dengan memasukkan unsur mitos dan lagenda.
            Hal ini menjadikan cerita-cerita tersebut agak meragukan, dan secara langsung bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut agama Islam segala gambaran mengenai para nabi seharusnya berdasarkan kepada fakta-fakta yang benar seperti yang terkandung dalam al-Quran, as-Sunnah, dan sumber-sumber sejarah yang muktabar. Cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w ini telah dijadikan alat pendakwahan Islam pada suatu masa dahulu. Antara lain cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w memperlihatkan kehebatan, ketokohan, keagungan, dan mukjizat yang dimilikioleh baginda dalam menyebarkan agama Islam.

2.3.2    Ciri-ciri sastera Keagamaan
1.         Memulakan cerita dengan Basmallah / Bismillah
2.         Terdapat unsur-unsur mitos dan lagenda
3.         Memfokuskan kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w
4.         Mengisahkan tentang ketokohan dan keistemewaan
5.         Gaya penulisan terpengaruh dengan gaya bahasa arab
6.         Karya ditutup/diakhiri dengan ucapan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w dan juga    diakhiri dengan bacaan amin.

2.4       Ketatanegaraan
2.4.1    Takrif/Konsep
Kesusasteraan ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab. Genre ini menjelaskan tentang petunjuk, padduan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir termasukraja dan pegawai istana lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat, hulubalang, dan ulama dalam urusan dan pentadbiran sesebuah negara. Unsur sejarah terdapat dalam karya ini tetapi tidak menjadi teras perbincangan yang dititikberatkan. Dalam karya seperti ini terdapat penerangan secara naratifcaramentadbir sesebuah negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman dahulu, khususnya raja-raja timur tengah sama ada beragma Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Selain naratif tentang raja-raja, terdapat juga naratif tentang Khalifah al-Rasyidin terutamanya tentang Umar al-Khattab. Kesemua karya ketatanegaraan Melayu Tradisional berteraskan Islam

2.4.2    Ciri-ciri:
1.         Bercirikan kekitaban dari segi teknik penulisan – Disalin dalam  bentuk bab atau fasal. menyamai cara penulisan sastera kitab. Seperti Tajus salatin yang mengandungi 24 fasal.
2.         isi karya/kandungan kitab kaya dengan nasihat, petunjuk dan pengajaran yang berharga. – pengajaran kepada golongan pemerintah/ raja-raja pada zaman itu. terutama dalam aspek pemerintahan, hubungan rakyat dengan raja, tanggungjawab para menteri dn golongan pentadbiran.
3.         Terdapat kisah nabi-nabi dan tokoh Islam yang terkenal dalam sejarah Islam untuk dijadikan Teladan-Sama ada kelakuan, keberaniannya, kehebatan dalam peperangan dan pentadbiran negara.
4.         kaya tentang ilmu Islam yang tinggi bukan hanya untuk raja malah untuk semua lapisan masyarakat.-menerangkan cara-cara pentadbiran dalam sesebuah negara.
5.         kaya dengan filsafat/falsafah pemikiran Islam yang tinggi
6.         Berperanan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menimbulkan keinsafan di kalangan umat manusia.
7.         Bersifat bukan naratif-bersifat undang-undang dan peraturan, pentadbiran.
8.         bahagian awal bab mengandungi maklumat tentang akidah dan soal-soal ketuhanan.

2 ulasan:

  1. Tinggalkan ulasan anda untuk perkongsian ilmu jika ada sebarang penambahbaikan bolehlah dikongsikan bersama....

    BalasPadam
  2. salam, tak ade sinopsis cerpen taj us salatin ke??

    BalasPadam