Soalan percubaan Negeri Kedah 2011
18:03
Edit
SULIT *
|
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011
ANJURAN
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )
Arahan kepada calon :
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN
Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT *
BAHAGIAN A ( SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN )
1. Perkembangan cerpen di Tanah Melayu berkait rapat dengan perkembangan akhbar dan majalah. Kewujudan mesin cetak memungkinkan akhbar dan majalah diterbitkan dengan banyak. Namun begitu, cerpen tidak wujud bersama-sama akhbar. Suratkhabar pertama yang terbit pada tahun 1876, Jawi Peranakan tidak pun menerbitkan cerpen, sehinggalah pada tahun 1920 apabila majalah Pengasuh menerbitkan cerpen pertama berjudul ‘Kecelakaan Pemalas’ karya Nor Ibrahim. Sejak itu baru bermulanya perkembangan cerpen secara perlahan-lahan sehingga kemuncaknya pada tahun 1930-an dan 1940-an, apabila akhbar dan majalah mula menjadikan cerpen sebagai ruangan tetap di dalam setiap keluaran mereka.
a. Selain akhbar Jawi Peranakan dan Majalah Pengasuh, nyatakan empat buah majalah dan akhbar lain yang pernah menyiarkan cerpen ketika itu [4]
b. Bincangkan sejauh manakah peranan alat cetak, dan dua faktor lain yang telah membantu perkembangan genre cerpen zaman sebelum perang [ 9 ]
c. Huraikan empat persoalan yang sering diketengahkan oleh penulis cerpen sekitar tahun 1920-1940-an ini. [12]
2. Kritikan sastera di Malaysia sudah diterima sebagai suatu genre yang penting, meskipun usianya masih muda. Daripada sudut hayatnya ia turut berkembang seiring dengan wajah perkembangan teks sastera kreatif. Teks-teks yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung akan berhadapan dengan apresiasi dan kritikan khalayak.
(Mana Sikana, Kritikan Sastera Melayu Moden, 2006, Singapura, Penerbit Pustaka Karya)
Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan:
a. maksud kritikan sastera [ 3 ]
b. dua fungsi kritikan sastera [ 6 ]
c. empat ciri kritikan sastera [16]
BAHAGIAN B ( NOVEL DAN CERPEN )
Jawab satu soalan sahaja.
3. Baca petikan novel di bawah, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Tiap kali ayahnya bercakap, Sudin berasa semacam kepedihan dalam dadanya. Dia berasa betapa kuatnya, betapa perkasanya Encik Muhammad. Dunia Encik Muhammad seperti larva gunung berapi mengalir dengan lumpur panas dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja yang tegak dalam alam yang ditempuhnya. Dunia ayahnya hanya pondok-pondok kebun pisang di lembah sunyi tidak bermaya. Hanya sebuah dunia baru yang akan menyelamatkan ayahnya tetapi dunia baru itu memerlukan tenaga muda yang gigih dan kuat. Dia tidak mempunyai jalan lain melainkan undur ke belakang.
Sekarang, setelah Mat Akil menerima balasannya, apakah kemenangan itu sesuatu yang dapat dimegahkan? Dia mengaminkan doa ayahnya. Memang Lebai Maaruplah sahaja harapan satu-satunya. Kemenangan orang Kampung Pulai ialah kesanggupannya mempertahankan keutuhan hidup mereka yang dahulunya aman tenteram, bersih dari maksiat dan kejahatan.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 320)
(a) Nyatakan enam peristiwa yang berlaku sebelum ‘Mat Akil menerima balasannya’ ditahan polis. [12]
(b) Huraikan dua gaya bahasa dalam petikan ini. [4]
(c) Huraikan tiga perwatakan negatif Sudin dalam novel ini. [9]
4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya:
“Alangkah baiknya jika kau dikirimkan ke Saga,” kata bapanya
“Memang saya akan ke Universiti Saga, kenapa?” jawab Nilakesuma cepat, diiringi rasa hairan. Dia memandang muka bapanya. Pada sinar mata bapanya itu ada tanda tanya. Ada riak-riak keceriaan menghiasi garis-garis di wajah tua itu. Bibir mulut bapanya bergerak, sebuah senyuman kecil timbul pada kulit mukanya. Nilakesuma, yang di rumahnya dipanggil Nila sahaja, bertambah hairan lalu cepat-cepat berpaling ke kanan mencari jawapan daripada ibunya.
“Kau mahu ke Saga ? betul ?” Ibunya menyampuk dengan wajah yang juga ceria.
“Betul,” jawab Nilakesuma semakin hairan. “Nah, cuba lihat surat tawarannya,”
( Dipetik daripada Mutiara Sastera Melayu Moden, MPM,
DBP; 2003, hal. 146 )
a. Berikan empat sebab, mengapa ibu bapa Nilakesuma begitu gembira [8]
b. Huraikan tiga perwatakan Nilakesuma [ 9 ]
c. Jelaskan empat mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang dalam cerpen ini. [ 8 ]
BAHAGIAN C ( DRAMA )
Jawab satu soalan sahaja.
5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Dahlan: Apa boleh buat, sudah suratan takdir. Cukup juga saya mengatur tadbir, tapi
kecewa. Takdir juga yang tiba.
Pak Hamid : Tentu, sebab tadbir kau tadbir bodoh. Kejam.
Dahlan : Apa, pak cik? Tadbir bodoh? Sia-sia saya ke England…Sia- sia kelulusan saya
yang saya bawa balik.
Pak Hamid : Memang semua orang tahu kau lepasan sekolah tinggi. Kau lulus ilmu undang-
undang. Kau seorang lawyer. Tapi ingat…pelajaran tinggi sahaja tidak berguna kalau tidak
disertai dengan pendidikan kebangsaan dan keagamaan.Sebenarnya kau tak ada
pendidikan. Kau lulus ilmu undang-undang tapi kau tidak mengikut undang-undang.
Dahlan : Tak mengikut undang-undang?
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.] 2003.
Drama Lawyer Dahlan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
K.Lumpur: DBP , hal. 215
a. Nyatakan empat urutan peristiwa sebelum dialog di atas diucapkan. [ 8 ]
b. Berikan tiga alasan Dahlan dituduh tidak mengikut undang-undang mengikut
pandangan Pak Hamid. [ 9 ]
c. Huraikan empat pemikiran yang cuba disampaikan pengarang dalam drama ini [8]
- Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
PEREMPUAN 11 : Dalam keadaan yang serba keliru, dalam keadaan yang terharu,
isteri Ayub pun meninggalkan Ayub.
PEREMPUAN 1 : Tinggalkan Ayub dalam kesakitan; dan yang lebih menyedihkan,
dalam kekosongan. Tetapi, Ayub terus sujud kepada Allah, sujud dan sujud,
memohon penawar rahmat. Penawar rahmat kepada J.M Aziz adalah.
Hujan turun
membawa khabar berita
baik lagi molek.
Hujan turun
membawa sinar warna
pelangi
hujan turun
membawa gambar rupa
rahmat dari langit.
Hujan turun
membawa penawar ke muka
bumi
menghapuskan demam panas
menghilangkan penyakit kering-kontang.
Hujan turun
membawa penawar ke muka
bumi
melimpah Rahmat Allah
menghidup yang mati.
a. Nyatakan empat penawar rahmat kepada J.M.Aziz seperti yang terdapat dalam sajak di atas. [ 4 ]
b. Huraikan tiga bukti yang menunjukkan Nabi Ayub tabah menempuh penderitaan dalam kehidupannya dalam drama ini [ 9 ]
c. Bincangkan empat pengajaran berdasarkan petikan dialog di atas. [12]
BAHAGIAN D ( SAJAK )
Jawab satu soalan sahaja.
7. Baca petikan sajak di bawah dan jawab soalan berikutnya
Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos
Kemala
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
bumi dan hati ini
melapangkan ruang buat kata hikmah
harga diri
awan hitam semalam 5
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari.
Bukan gerimis
tapi taufan
bukan pesimis 10
tapi pahlawan
seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
syahdu yang datang adalah sepi hening
bukan nestapa 15
tapi gelegak
bukan duka
tapi ombak
gelegak ombak penampil bicara
Pada setiap kali kau tiba, Ogos 20
siapa lagi bakal melihat dirinya
analisa ini
di ganggang siang
di tampuk malam
dewasa dalam pancaroba serba 25
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak fikir daya.
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
angin tanah air 30
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa.
( Mutiara Sastera Melayu Moden, DBP: hal. 280-281 )
a. Dengan mengemukakan contoh, nyatakan nada sajak ini [ 4 ]
b. Huraikan maksud baris / frasa sajak di bawah
i. awan hitam semalam
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari
ii. seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
iii. angin tanah air
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa [ 6 ]
c. Huraikan lima unsur estetika ( keindahan ) dalam sajak ini [15]
8. Baca sajak di bawah, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Doa Terakhir
Zaihasra
Yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut luluhmu
yang berderai air mataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun turun mececah bumi 5
menghitung denyut waktu akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki!
Ibunda,
selamanya kudengar deburan ombak hidupmu
seadanya kutampung penderitaanmu, sedang kudratku 10
lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul
di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca
betapa pilunya embun terakhir menyentakku
tiada lagi senyum dibibir lukamu.
Ibunda, 15
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut
mengoyak wajah pasir, menyibak suria 20
menggenggam angin menyusuri wajah malam
namun, maafkan aku demi cintamu.
Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi
setelah datang dengan berani!
akan kukenang matamu dalam renungku 25
mengungkapkan penyerahan hayat
perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
dan aku adalah benteng yang mendepani
kehidupanmu. 30
bagaikan batu pualam
onggokan pusaramu
memanggilku pulang
ke kampung laman
setelah lama dan jauh,musafir dan berkelana 35
pedih mataku berair mata
segenggam rindu jadi selaut duka
setabah dukaku menampung rasamu.
Ibunda,
meski disini kita berpisah 40
dan ditamanku belum selesai kutanam bunga
kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu.
Dewan Sastera, April 1998Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003.Mutiara Sastera Melayu Moden
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 292-293)
a. Dengan memberikan contoh, huraikan tiga pemikiran penyajak dalam sajak ini. [ 9 ]
b. Jelaskan dua harapan penyajak. [4]
c. Berikan empat unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik. [12]