Pengantar Prosa Tradisional (Teks Permata Sastera)
07:20
Edit
PENGHANTAR PROSA
TRADISIONAL
Tajuk
|
Waktu
Pengajaran
|
Hasil
Pembelajaran
|
2. Prosa Tradisional
2.1 Epik
2.2 Cerita rakyat
2.3 Keagamaan
2.4 Ketatanegaraan
|
10
10
10
10
|
Calon seharusnya
dapat:
(a) mengenal pasti
jenis dan cirri-ciri prosa tradisional terrpilih;
(b). menyatakan
kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu Tradisional;
(c) menjelaskan
watak dan perwatakan
(d) menyatakan
aspek estetik dalam karya kajian;
(e) menerangkan
kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(f) menghuraikan
kandungan karya;
(g) menganalisis
karya.
|
(a) mengenal pasti jenis dan cirri-ciri
prosa tradisional terrpilih;
2.1 Epik
2.1.1 Takrif/Konsep:
Kesusasteraan
epic juga dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan. Genre ini menceritakan
wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang dikisahkan
ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi
sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya.Watak wira dilukiskan
dengan sifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian,
ketokohan,kepintaran, kegagahan,mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan ini
dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna.
kadangkala watak wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup
hingga kini. Kesusasteraan epic ditulis dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya,
dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, genre ini ditulis dalam bentuk
prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikan kepada epik kebangsaan
dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993)
Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh
Hikayat Hang Tuah. Dalam hikayat ini dilukiskan kehebatan
dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia “ghaib”.
Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang
Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar
Melayu Melaka. Di samping itu, Hang Tuah juga merupakan lambang kesetiaan
bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutama dalam
masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancaman
sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun.
Tema karya epik ialah kepewiraan
tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih berpusat kepada
wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap
perkembangan cerita karya epik.
2.1.2 Ciri-Ciri Epik:
1. Dari segi bentuknya, sastera epik
adalah bentuk karyayang ditulis dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi yang
panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan di dalamnya
terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan.
2. Latar tempat cerita dan peristiwa
mengenai tokoh wira amat luas, iaitu meliputi alam nyata dan alam kayangan.Dalam
Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi beberapa tempat antaranya Melaka serta di
serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan benua keling.
3. Aksi-aksi watak wira digambarkan rata-ratanya bersifat berani,
tangkas dan bijaksana. Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar
biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat
menewaskan musuhnya taming sari.
4. Terdapat unsur-unsur supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib
dan sakti sesuatu bangsa.Hang Tuah merupakan tokoh yang kuasa luar biasa.
5. Wira dalam sastera epik adalah tokoh
agung yang berkedudukan tinggi sesuatu bangsa. Hang Tuah merupakan orang kanan
Melaka yang sering diutuskan oleh sultan Melaka ke luar negara. Bahkan
kemasyurannya telah sampai ke negeri-negeriMajapahit, Siam, China, Benua
Keling, Arab dan Rom.
2.2 Cerita Rakyat
2.2.1 Takrif/Konsep:
Kesusasteraan
rakyat ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, folk literature. Menurut
Richard M. Dorson (1973), folk literature juga dikenali sebagai oral literature
(kesusasteraan lisan) atau verbal art (seni ujaran atau tuturan) atau
expressive literature (kesusasteraan ekspresif), sama ada dalam bentuk cerita
atau bukan cerita yang berlegar di
sekitar masyarakat menerusi lisan, dan diwarisi oleh satu generasi daripada generasi
terdahulu tanpa diketahui siapa penciptanya.
Genre ini dinamakan kesusasteraan
rakyat kerana hasil karyanya dianggap kepunyaan bersama (kolektif) oleh
masyarakat penciptanya. Pada masa kesusasteraan ini dicipta, masyarakat Melayu
masih berada pada tahap pratulisan lagu atau dengan kata lain, pada masa itu
mereka masih buta huruf. Pencipta hasil kesusasteraan ini pula terdiri daripada
rakyat biasa, sesuai dengan tahap pemikiran mereka sederhana dalam menyesuaikan diri dengan alam
sekelilingnya.
2.2.1 Ciri-Ciri Kesusasteraan Rakyat
1.
Penyebaran dan pewarisannya
dilakukan secara lisan.
2. Bersifat tradisional, iaitu hidupdalam
sesuatu kebudayaan dalam waktu tidak kurangdaripada dua generasi,dalam bentuk yang relative tetap.
3. Kerana sifat kelisanannya, cerita
rakyat wujud dalam berbagai-bagai versi. Proses penyebarannya yang melalui pertuturan telah mengakibatkan
berlakunya perubahan dan penyesuaian yang akhirnya melahirkan versi-versiyang berbeza. Walau bagaimanapun, perbezaan versi ini
berlaku hanya pada bahagian
luaran, sedang dasarnya tetap bertahan.
4. Penciptanya tidak diketahui. dengan itu
ia menjadi milik bersama dalam masyarakat.
5. Mempunyai fungsi tertentu dalam
masyarakatnya atau kebudayaannya, misalnya sebagai alat pendidikan, alat pengajaran moral, hiburan, protes sosial
dan sebagainya.
6. Mempunyai logika tersendiri yang tidak
sesuai dengan logika umum.
7. Bersifat sederhanadan seadanya, terlalu
spontan dan kadangkala kelihatan kasar, seperti yang terlihat pada anekdot dan sebahagian cerita jenaka.
8. Kesusasteraan rakyatmempunyai
sifat-sifat tempatan yang tebal.
2.3 Keagamaan:
2.3.1 Takrif/Konsep:
Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita
tentang Nabi Muhammad s.a.w merupakan karya sastera bercorak naratif yang
berkisar tentang peristiwa yang berlaku ke atas diri baginda. secara umumnya,
cerita ini berlatarbelakangkan sejarah Islam sebenar. Walau bagaimanapun
gambaran, tentang perwatakan baginda serta latar masa dan tempat yang
dilukiskan adalah berdasarkan peristiwa sejarah sebenar tetapi telah diolah
kembali dengan memasukkan unsur mitos dan lagenda.
Hal ini menjadikan cerita-cerita
tersebut agak meragukan, dan secara langsung bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurut agama Islam segala gambaran mengenai para nabi seharusnya berdasarkan
kepada fakta-fakta yang benar seperti yang terkandung dalam al-Quran,
as-Sunnah, dan sumber-sumber sejarah yang muktabar. Cerita-cerita Nabi Muhammad
s.a.w ini telah dijadikan alat pendakwahan Islam pada suatu masa dahulu. Antara
lain cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w memperlihatkan kehebatan,
ketokohan, keagungan, dan mukjizat yang dimilikioleh baginda dalam menyebarkan
agama Islam.
2.3.2 Ciri-ciri sastera Keagamaan
1. Memulakan cerita dengan Basmallah /
Bismillah
2. Terdapat unsur-unsur mitos dan lagenda
3. Memfokuskan kisah-kisah Nabi Muhammad
s.a.w
4. Mengisahkan tentang ketokohan dan
keistemewaan
5. Gaya penulisan terpengaruh dengan gaya
bahasa arab
6. Karya ditutup/diakhiri dengan ucapan
selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w dan juga diakhiri dengan bacaan amin.
2.4 Ketatanegaraan
2.4.1 Takrif/Konsep
Kesusasteraan
ketatanegaraan dikenali juga sebagai sastera adab. Genre ini menjelaskan
tentang petunjuk, padduan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir
termasukraja dan pegawai istana lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis
surat, hulubalang, dan ulama dalam urusan dan pentadbiran sesebuah negara.
Unsur sejarah terdapat dalam karya ini tetapi tidak menjadi teras perbincangan
yang dititikberatkan. Dalam karya seperti ini terdapat penerangan secara
naratifcaramentadbir sesebuah negeri dengan berdasarkan contoh raja-raja zaman
dahulu, khususnya raja-raja timur tengah sama ada beragma Islam mahupun yang
bukan beragama Islam. Selain naratif tentang raja-raja, terdapat juga naratif
tentang Khalifah al-Rasyidin terutamanya tentang Umar al-Khattab. Kesemua karya
ketatanegaraan Melayu Tradisional berteraskan Islam
2.4.2 Ciri-ciri:
1. Bercirikan kekitaban dari segi teknik
penulisan – Disalin dalam bentuk bab
atau fasal. menyamai cara penulisan sastera kitab. Seperti Tajus salatin yang
mengandungi 24 fasal.
2. isi karya/kandungan kitab kaya dengan
nasihat, petunjuk dan pengajaran yang berharga. – pengajaran kepada golongan
pemerintah/ raja-raja pada zaman itu. terutama dalam aspek pemerintahan,
hubungan rakyat dengan raja, tanggungjawab para menteri dn golongan
pentadbiran.
3. Terdapat kisah nabi-nabi dan tokoh
Islam yang terkenal dalam sejarah Islam untuk dijadikan Teladan-Sama ada
kelakuan, keberaniannya, kehebatan dalam peperangan dan pentadbiran negara.
4. kaya tentang ilmu Islam yang tinggi
bukan hanya untuk raja malah untuk semua lapisan masyarakat.-menerangkan
cara-cara pentadbiran dalam sesebuah negara.
5. kaya dengan filsafat/falsafah pemikiran
Islam yang tinggi
6. Berperanan untuk meningkatkan ketakwaan
kepada Allah dan menimbulkan keinsafan di kalangan umat manusia.
7. Bersifat bukan naratif-bersifat
undang-undang dan peraturan, pentadbiran.
8. bahagian awal bab mengandungi maklumat
tentang akidah dan soal-soal ketuhanan.