Contoh Soalan percubaan KMK
02:20
Edit
Bahagian A: Puisi
[25 markah]
Jawab satu
soalan sahaja.
1 Baca
puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Raja muafakat dengan
menteri,
Seperti kebun berpagar
duri.
Betul hati kepada
raja,
Tanda jadi sebarang
kerja.
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh
inayat.
Kasihkan orang yang
berilmu,
Tanda rahmat atas
dirimu.
Hormat akan orang
pandai,
Tanda mengenal kasa
dan cindai.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012. Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan
jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri-ciri yang terdapat dalam
puisi tersebut. [7]
(b) Bincangkan tiga
natijah daripada keharmonian hubungan raja dan rakyat sebagaimana yang terdapat
dalam puisi di atas. [12]
(c) Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan
oleh orang bawahannya. [6]
2 Baca sajak di
bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pahlawan Ialah Dia
Abdul Ghafar Ibrahim
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang.
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga 5
siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati 10
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.
Khidmat cemerlangnya mengapung 15
pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya
pada keluarga semasa bertugas jauh 20
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.
Dialah laskar pelindung kota penyokong desa
warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman 25
Dialah nadi ketahanan industry
teknologi kembangan
memikul amanah tak
berkesudahan
demi mencari jawapan makmur
raya.
Tubuhnya perisai tembus
peluru. 30
Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett 35
dia terus
maju.
Baktinya bunga harum warna-warni
dia
tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun. 40
Sebagai warga bangsa bermaruah
dia terus gemakan gunung hasrat:
Selamat negara
Besar bangsa
Pelihara agama 45
Daulat bahasa
Cemerlang budaya
Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat
penjunjung
amanat 50
yang bersandar pada sinar takwa
yang pernah mengalami erti sengsara:
Cedera di bukit
tangis
di laut
jerit di udara 55
tempang di sempadan
buta
di lading
lemas di sungai
lesu di sawah
parah di lembah 60
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah 65
dipertahankan.
(Dipetik daripada Majlis
Peperiksaan Malaysia [peny]
2012. Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan ,
Bahasa dan Pustaka)
(a) Jelaskan tiga
sifat pahlawan yang dikemukakan oleh penyair berdasarkan sajak
di atas. [3]
(b) Dengan mengemukakan contoh, huraikan empat unsur gaya
bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak di atas. [16]
(c) Berdasarkan sajak di atas,
nyatakan pandangan anda mengenai kewajipan
seorang warganegara terhadap negara yang merdeka [6]
Bahagian B: Prosa
Tradisional
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
3. Baca petikan prosa di bawah
kemudian jawab soalan yang mengikutinya.
Maka segala orang banyak pun suka
melihat Tun Tuah bertikam dengan Taming Sari itu. Maka Tun Tuah pun fikir dalam
hatinya, ‘Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku
sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut
kuparang tubuhnya itu. Jikalau demikian, apa juga kehendaknya? Baiklah kerisnya kuperdayakan.’
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa
Malaysia[peny.]2012.Permata
Sastera Melayu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Jelaskan tindakan Hang Tuah seterusnya berdasarkan
ayat petikan di atas “Baiklah kerisnya
kuperdayakan”
[8]
(b) Pada pendapat anda, apa yang mungkin berlaku jika
Laksamana HangTuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari
itu? [9]
(c)
Berdasarkan Hikayat Hang Tuah
(Bab VII) ini bincangkan empat peristiwa
yang
menunjukkan Hang Tuah seorang watak
epik yang hebat. [8]
4. Berdasarkan
cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”
yang termuat dalamPermata Sastera Melayu;
(a) Jelaskan lima
nilai moral yang terkandung dalam cerita ini [10]
(b)
Bincangkan persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat
binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka. [15]
Bahagian C: Prosa
Moden
[25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.
.
5. Baca petikan cerpen di bawah
kemudian jawab soalan yang mengikutinya.
Saya lalu mencari poskad dengan
gambar yang sesuai untuk mengucapkan tahniah. Sebelum menulis Saya baca sekali
lagi berita dalam akhbar itu. Melihat gambarnya, gambar yang paling “baharu”
kata wartawan yang menemuramahnya, dalam baju batik dia kelihatan seperti orang
yang berusia 45 atau 50 tahun sahaja, dia seorang yang tinggi dan maskulin pada
masa mudanya. Lebih tegap daripada saya.Kalau berjalan macam tentera,
belakangnya selalu tegak. Pada gambar itu tidak nampak tanda-tanda ketuaan
seperti kebanyakan orang yang seusia dengannya. Dalam rencana itu dia
mendedahkan rahsia keawetmudaannya
yang disimpan sejak enam dekad sesudah didesak oleh wartawan yang ditemuramah,
demi untuk menjadi teladan kepada generasi muda hari ini yang terlalu banyak
menghabiskan masa dengan hiburan, kata wartawan itu.
(Dipetik daripada
Majlis Peperiksaa Malaysia[peny.]2012Permata
Sastera Melayu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)
Huraikan rahsia keawetmudaannya sebagaimana yang
diceritakan kepada wartawan dalam cerpen di atas. [4]
(b) Berdasarkan cerpen “Usia Emas” bincangkan tiga sebab Cikgu Baharum bimbang dengan usia yang dipinjamkan ini. [9]
(c) Pada pandangan anda, bincangkan empat ujian Allah S.W.T terhadap anak-anak yang mempunyai ibu bapa
yang sudah lanjut usianya dapat membuahkan sifat kasih sayang sebagaimana yang
dinyatakan dalam cerpen “Usia Emas”. [12]
6. Baca petikan cerpen di bawah
kemudian jawab soalan yang mengikutinya.
(MARGA MUDA sedang duduk di bangku. Masuk MISA
SAGARAGA dengan pembantunya diikuti oleh pengikut-pengikut yang lain. ANAS
SAMANDA berselisih dengan mereka. Dia memandang dengan jelek).
ANAS SAMANDA: Lihat keangkuhan mereka! Kau sendiri
lihat keangkuhan
mereka.
MARGA MUDA: Dia kaya, dia berpengaruh, dia
berkuasa.
ANAS SAMANDA: Kau setuju cara mereka?
MARGA MUDA: Banyak orang, aku salah seorang daripada
mereka, lebih suka
melihat daripada campur
tangan.
MARGA MUDA: Kerana aku memilih untuk tidak mahu
terlibat.
ANAS SAMANDA: Kau tahu apa yang baru mereka
lakukan? Mereka dating
kerumah bapaku! Mereka mahu menghalau bapaku dari
rumah yang sudah didiaminya lebih 50 tahun!
MARGA MUDA: Dia pasti menawarkan sesuatu, Ringgit
misalnya.
ANAS
SAMANDA: Jadi, kita harus tunduk kepada ringgit?
MARGA MUDA:
Kalau itu ganjaran yang disetujui. Adat berniaga, ada tawar
menawar.
ANAS SAMANDA: Ini soal maruah, soal harga diri.
Tanah itu nyawa kami, urat
nadi ayahku, harga diri
keluarga kami.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaa
Malaysia[peny.]2012
Permata Sastera Melayu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan tiga mesej
yang terdapat dalam petikan di atas.
[9]
(b) Berdasarkan drama
“Asiah Samiah” yang termuat dalam Permata
Sastera Melayu bincangkan empat
kepincangan hidup masyarakat yang boleh dijadikan panduan kepada anda. [16]