Latihan pengurusan organisasi-GAPENA
18:51
Edit
Soalan:
Di antara aktiviti yang dijalankan oleh GAPENA ialah, menyediakan dan mengadakan bengkel penulisan kreatif dan non kreatif, penulisan fiksyen dan non fiksyen. GAPENA dengan kerjasama persatuan penulis negeri telah mengadakan pelbagai bengkel penulisan seperti Bengkel Penulisan anjuran bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gabungan
Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) merupakan induk persatuan penulis seluruh
negara, bincangkan pernyatan tersebut berdasarkan prinsip-prinsip asas
pengurusan
Kelangsungan Gapena Empat Dekad
Kelangsungan Gapena Empat Dekad
PENUBUHAN Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
pada 23 Oktober 1970 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, melalui
proses perkembangan sejarah yang menarik. Setelah Persekutuan Tanah Melayu, dan
kemudiannya Malaysia, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, para penulis
menubuhkan persatuan penulis di negeri-negeri. Di Kuala Lumpur, pada 12
Februari 1961, para penulis yang pernah aktif menubuhkan dan menggerakkan ASAS
50 di Singapura, bersatu menubuhkan Persatuan Penulis Nasional (PENA).
Beberapa persatuan penulis di negeri mulai sedar
betapa perlunya diwujudkan persatuan yang benar-benar bertaraf kebangsaan. PENA
hanya bergerak di Kuala Lumpur, dan tidak dianggap mewakili suara penulis
seluruh Malaysia. Namun, badan penulis di negeri mempunyai keyakinan bahawa PENA
dapat memainkan peranan untuk menyatukan persatuan penulis di seluruh Malaysia.
Atas desakan persatuan penulis di negeri, akhirnya
PENA mengundang badan tersebut ke suatu pertemuan di DBP, pada 20 September
1969. 13 persatuan telah menghantar wakil dan empat persatuan lain menyatakan
sokongan. Satu jawatankuasa dibentuk untuk merealisasikan hasrat menubuhkan
gabungan persatuan penulis. Ahli terdiri daripada A. Bakar Hamid, Profesor
Mohd. Taib Osman, Baharuddin Zainal, Usman Awang dan Md. Yusuf Harun. Mereka
diberi amanah menggubal perlembagaan persatuan yang dicadangkan itu. Pada 23
Oktober 1970, PENA telah mengundang persatuan penulis ke pertemuan untuk
menubuhkan GAPENA.
Daripada 13 badan penulis yang hadir, hanya 12 badan
penulis yang bersetuju dengan penubuhan GAPENA. Badan tersebut ialah PENA,
Gabungan Sasterawan Sedar Kedah (GATRA), Persatuan Penulis Johor (PPJ),
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Persatuan Penulis Negeri
Sembilan (PEN), Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Ikatan Persuratan Melayu
Melaka (IPM), Kelab Penulis Seberang Prai (KPSP), Persatuan Sasterawan Muda
Terengganu (PELITA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP),
Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Kedah (PSK) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Badan penulis yang tidak bersetuju ialah Badan Bahasa Sabah (BAHASA). Mesyuarat penubuhan yang dipengerusikan oleh Usman Awang itu akhirnya telah memilih ahli jawatankuasa kerja yang terdiri daripada Drs. Ismail Hussein, Keris Mas, Ismail Dahaman, Ahmad Sebi Abu Bakar, Saleh Daud, Atondra, Zakry Abadi, Zam Ismail dan Kemala.

Pertemuan itu meluluskan Perlembagaan GAPENA yang
memaktubkan empat tujuan penubuhannya. Pertama, menyatupadukan penulis tanah
air yang menulis dalam bahasa kebangsaan. Kedua, mempertahankan dan
memperjuangkan hak dan kepentingan penulis. Ketiga, memberikan sumbangan moral
dan material secara positif kepada tujuan dan cita-cita gabungan.
Keempat, mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka. Bagi mendukung empat tujuan tersebut, GAPENA menjalankan empat kegiatan. Pertama, mengeluarkan majalah/lidah rasmi. Kedua, mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkayakan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan. Ketiga, mewakili penulis tanah air dalam hal yang melibatkan kepentingan penulis dalam persidangan dan pertemuan penulis di dalam dan di luar negeri, dan jawatankuasa serta lembaga, terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan. Keempat, menjalankan langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita gabungan.
Keempat, mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka. Bagi mendukung empat tujuan tersebut, GAPENA menjalankan empat kegiatan. Pertama, mengeluarkan majalah/lidah rasmi. Kedua, mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkayakan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan. Ketiga, mewakili penulis tanah air dalam hal yang melibatkan kepentingan penulis dalam persidangan dan pertemuan penulis di dalam dan di luar negeri, dan jawatankuasa serta lembaga, terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan. Keempat, menjalankan langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita gabungan.
Di antara aktiviti yang dijalankan oleh GAPENA ialah, menyediakan dan mengadakan bengkel penulisan kreatif dan non kreatif, penulisan fiksyen dan non fiksyen. GAPENA dengan kerjasama persatuan penulis negeri telah mengadakan pelbagai bengkel penulisan seperti Bengkel Penulisan anjuran bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.
GAPENA juga turut menganjurkan peraduan/pertandingan
menulis dalam pelbagai kategori dan genre. Penglibatan persatuan-persatuan
penulis telah berjaya melahirkan ramai
penulis yang berbakat di samping dapat mendaulatkan bahasa Melayu serta
menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara kita. Di antara peraduan yang
dianjurkan oleh GAPENA ialah Sayembara Yayasan Sabah-GAPENA pada tahun 1975 dan
1978, ESSO-GAPENA, GAPENA Darul Iman dan lain-lain.
GAPENA juga turut terlibat dalam penganjuran acara
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, demi untuk
mendaulatkan dan memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dan bahasa tunggal untu rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Di antaranya
ialah Pertemuan Sastera Nusantara, Persidangan penulis-penulis ASEAN serta hari
Sastera yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
GAPENA turut menganjurkan lawatan ke luar negara bagi
membolehkan ahli-ahlinya membuat penyelidikan
serta mengkaji perkembangan bahasa dan sastera Melayu serta budaya
Melayu. Di antara program lawatan ke luar negara yang dianjurkan oleh pihak
GAPENA ialah lawatan ke Afrika Selatan, Sri Lanka, Selatan Thailand, Filipina
dan lain-lain negara yang mempunyai kaitan dengan bahasa Melayu.
GAPENA juga turut menerbitkan karya-karya sastera
serta menghasilkan buku-buku ilmiah berkaitan dengan sastera Melayu. Penerbitan
karya dan buku di kalangan ahli persatuannya bagi mengalakkan mereka terlibat
secara langsung dalam menerbitkan karya dan buku terutama dalam bidang sastera
dan juga bahasa Melayu.
Bagi menghargai sumbangan dan penglibatan ahli-ahlinya
GAPENA turut memberi pengiktirafan dan anugerah yang mendapat kerjasama dari pihak-pihak
tertentu antaranya , anugerah Budaya , Anugerah Yayasan Sabah dan sebagainya.