Pembangunan Insan

Pembangunan Insan (Jati Diri)

Soalan 1
Jati diri mulia kesetiaan rakyat terhadap raja merupakan salah satu elemen penting dalam pembangunan modal insan masyarakat melayu tradisional yang diungkapkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Huraikan empat sebab mengapa jati diri mulia kesetiaan rakyat terhadap raja penting dalam konteks pembangunan masyarakat Melayu tradisional. 

Sejauhmanakah nilai jati diri mulia kesetiaan rakyat terhadap raja diungkapkan pada watak Hang Tuah.

Soalan 2:
Salah satu  sifat istimewa yang dimiliki oleh Bendahara Paduka Raja ialah  kebijaksanaan,

(a).         Sejauhmanakah  anda bersetuju dengan pernyataan di atas? 
(b).        Jelaskan bagaimana generasi hari ini dapat memanfaatkan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Bendahara Paduka Raja dalam kehidupan seharian mereka. 

Pembangunan Insan (Kemanusiaan)

Soalan 1
Keruntuhan nilai kemanusiaan di Melaka dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) telah mengakibatkan terjadinya peristiwa-peristiwa yang telah menjejaskan pembangunan insan masyarakat melayu tradisional.

(a). Nyatakan tiga peristiwa keruntuhan nilai kemanusiaan dan huraikan kesan ke atas pembangunan masyarakat pada waktu itu.
(b). Sejauhmanakah nilai kemanusiaan telah diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional seperti yang diungkapkan dalam Sulalatus Salatin .

Soalan 2
Nilai kemanusiaan turut diungkapkan dalam teks Sulalatus Salatin pada watak-watak pemerintah yang memerintah kerajaan Melayu Melaka sehingga Melaka muncul sebuah kerajaan yang gemilang pada eranya.

(a). Huraikan nilai kemanusiaan yang telah diamalkan oleh pemerintah-pemerintah Melaka sehingga membentuk masyarakat Melayu  yang unggul

(b). Bincangkan bagaimana nilai kemanusiaan yang diungkapkan menerusi watak-watak pemerintah kerajaan Melaka telah menjadikan mereka pemerintah yang dikagumi oleh masyarakat.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel