Skema PKBS 2

SULIT
922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
JUN 2011
3 Jam


MAJLIS KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN KELANTAN

PEPERIKSAAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH 2(PKBS 2)
(PERTENGAHAN TAHUN)


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2011
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)


SKEMA PERMARKAHAN

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 2

(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)

Kertas Skema ini mengandungi 25 halaman bercetak

SOALAN 1.

1. “Persoalan nasionalisme dan ekonomi dalam karya-karya awal Kesusasteraan Melayu moden telah pun bermula sejak tahun1930-an”.

Berdasarkan pernyataan di atas,

a. Nyatakan dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut. [ 4 ]

b. Jelaskan dengan memberikan contoh, dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an. [12]

c. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan persoalan nasionalisme dan Ekonomi diperkatakan dalam karya-karya sastera tahun 1930-an. [ 9 ]

________________________________________________________________________

Skema permarkahan:

(a). dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut.

Golongan Penulis
i. Penulis Guru (1 markah)
ii. Penulis Wartawan (1 markah)

Nama tokoh
i. Muhammad Yassin Maamor (1 markah)
ii. Ishak Hj. Muhammad (1 markah)

(b). dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an.

(i) dua bentuk persoalan ekonomi

F1: Kelemahan ekonomi orang Melayu
H/C: Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menjadi kaum yang menguasai ekonmi di Tanah Melayu menimbulkan perasaan curiga dan kebencian Orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu mengganggap kedatangan kaum pendatang terutama orang cina adalah untuk membolot ekonomi Tanah Melayu.Cerpen-cerpen Dari Perangkap ke penjara, kemudian Lalu ke Syurga, Dolly Bidadari dari Shanghai karya Ishak Hj.Muhammad mengemukakan persoalan dia atas.

F2: Penipuan orang bukan Melayu
H/C: Kelicinan orang-orang bukan Melayu di dalam kegiatan ekonomi, mereka menggunakan tipu muslihat dalam mempengaruhi para pembesar untuk memperolehi hak dan kekayaan di Tanah Melayu. Cerpen ”Cerita Awang Putat” karya Abd. Rahim Kajai yang mengisahkan seorang DKK, Cikgu Majid Syah yang bersekongkol dengan Ah Kau untuk menipu dan menguasai ekonomi tetapi akhirnya disedari oleh Awang Putat.

F3: Kebaikan berkerja sendiri / perniagaan
H/C: Kegiatan bertani, berniaga dan membuka perusahaan-perusahaan lain juga diberi penekanan dan sekiranya ia dijalankan dengan baik maka pendapatannya adalah jauh lebih baik daripada kerja makan gaji. Cerpen Jangan Berharapkan Makan Gaji, (Warta Ahad, 28 Feb. 1937) karya Abang Port Swettenhem. Mengisahkan kelebihan kerja sendiri.

F4: Sikap orang Melayu yang boros dan membazir.
H/C: Kebiasaan orang-orang Melayu mengamalkan berbelanja banyak dan membazir ketika mengadakan majlis-majlis kenduri atau nikah kahwin. Antara cerpen-cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah ”Seorang Ahli Perkebunan Dengan Anak-Anaknya” (Masa Jun-Nov, 1927) karya Zabha Ch.s yang mengisahkan tentang Si suami yang mahu mengadakan majlis perkahwinan anaknya secara sederhana, tetapi isterinya mahu mengadakan majlis secara besar-besaran.

F5: Sikap golongan raja / pembesar yang sanggup mengkhianati bangsa.
H/C: Golongan raja / pembesar Melayu yang mudah diumpan dengan wang ringgit oleh kaum pendatang yang hendak menguasai ekonomi Tanah Melayu terutamanya untuk dapat tanah-tanah lombong. Cerpen :Tengku Achar Diraja Paku Alam” karya Abu Bakar Ali, mengisahkan sikap pembesar Melayu ynag mudah dipergunakan oleh kaum pendatang.

(b). dua bentuk persoalan nasionalisme

F1: Sikap yang anti / bencikan penjajah.
H/C: Sikap tersebut terjelma kesan daripada perkembangan Politik di tanah Melayu antaranya tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda tahun 1937, walau bagaimanapun sikap itu Dilahirkan dalam bentuk sindiran yang tidak begitu tegas namun sikap yang lebih jelas dan berani hanya dikemukakan Oleh Ishak Hj. Muhammad dalam cerpennya bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang” iaitu katanya “Orang putih sangat sombong dan khianat”

F2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air
H/C: Sikap penjajah yang menekan pribumi(pemerintahan) kaum pendatang yang menguasai ekonomi negara kesannya menyedarkan anak bangsa untuk membebaskan tanah air dari terus dijajah oleh penjajah. Judul Karya: Cerpen Cermin Pergaulan Hidup oleh Shamsuddin Salleh mengisahkan kesedaran anak bangsa tentang kaum pendatang yang diberi peluang oleh British sehingga menguasai ekonomi Tanah Melayu.

F3: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah
H/C: Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu Contoh:Judul Karya: “ Nasib Pengarang Muda Penulis: Muhammad Yassin Maamor ,menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dengan menyeru mereka agar bersatu padu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun.

F4: Ancaman Imigran dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu.
H/C: Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu, menyebabkan orang Melayu mulai sedar tentang ancaman dan boleh mengugat ekonomi Orang Melayu. “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940 Ishak Hj. Muhammad watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu.

F5: Kritikan terhadap pembesar-pembesar Melayu mementingkan kepentingan peribadi.
H/C: Sikap raja-raja dan para pembesar Melayu yang mengutamakankKepentingan peribadi tanpa mempedulikan nasib anak bangsa dilihat sebagai perbuatan khianat terhadap anak bangsa sendiri Cerpen Anak Dibuat Denak oleh Ishak Hj.Muhammad kisah Datuk Getah Para yang bersekongkol dengan tauke Tong Sam Pah membuka ladang getah demi kepentingan peribadi tanpa mengira nasib anak bangsanya.

Taburan markah
Pilih 2 isi di bahagian (a) dan 2 isi di bahagian (b)
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah

c. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan persoalan nasionalisme dan Ekonomi diperkatakan dalam karya-karya sastera tahun 1930-an. [ 9 ]

F1: Kesedaran tentang sikap kaum pendatang yang buruk / menipu/menjahanamkan masyarakat pribumi.
H/C: Golongan pendatang sama ada DKK atau DKA yang mengambil kesempatan menipu dan cuba menjahanamkan masyarakat Pribumi seperti cerpen Awang Putat.

F2: Kesedaran kebangsaan/ politik orang Melayu
H/C: Orang Melayu mulai sedar sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang hingga menyebabkan orang Melayu tertinggal dan terbiar.

F3: Kesedaran tentang orang Melayu yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi.
H/C: Penguasaan ekonomi oleh kaum pendatang yang lebih diutamakan oleh penjajah menyebabkan orang Melayu mundur dan miskin.

F4: Penguasaan politik oleh penjajah / Inggeris
H/C: Kuasa politik yang sepenuhnya dikuasai oleh Inggeris menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir dari arus permodenan.

F5: Kemerosotan kuasa raja-raja Melayu.
H/C: Kuasa raja-raja Melayu terbatas pada urusan yang bersangkutan dengan agama dan adat resam sahaja.

F6: Perkembangan alat Cetak
H/C: Pemodenan dalam alat cetak membuka ruang kepada perkembangan akhbar dan Majalah yang merupakan wadah utama bagi penulis menggunakan ruang untuk menyatakan persoalan nasionalisme dan ekonomi.

F7: Dasar penjajah / modenisme barat dengan membawa masuk imigran
H/C: dari China dan India.Kemasukan mereka ke tanah Melayu yang dibawa oleh orang Inggeris telah mencetuskan banyak permasalahan bagi orang Melayu khususnya dari aspek ekonomi.Fenomena sosial ini telah mendorong kalangan pemuda-pemuda Melayu yang juga terdiri daripada penulis-penulis cerpen memperkatakan isu ini dalam karya-karya mereka sebagai memberontak terhadap cara hidup mereka yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur.

Taburan markah
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah


2. ASAS 50 merupakan badan penggiat bahasa dan sastera yang prolifik dalam
perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu sebelum merdeka.
Berdasarkan pernyataan di atas ,


a) Nyatakan dua tokoh penulis ASAS 50 yang terlibat dalam genre kritikan [4 ]

b) Huraikan tiga peranan ASAS 50 dalam perkembangan genre kritikan [ 9 ]

c) Jelaskan empat ciri kritikan pada era ASAS 50 [12]

Skema permarkahan:

(a) dua tokoh pengkritik ASAS 50.

1. Asraf
2. Hamzah
3. Keris Mas
4. Awam il-Sarkam
5. Bachtiar Djamily
6. A. Samad Ismail

Pilih 2 isi
1 isi= 2 markah
2 isi x 2 markah =4 markah


(b) Tiga peranan ASAS 50 dalam genre kritikan

F1: Merancakkan bidang penulisan esei / kritikan
H/C: Percanggahan falsafah berkarya antara konsep Seni Untuk Masyarakat dengan Seni Untuk Seni telah merancakkan lagi bidang esei dan kritikan yang turut melibatkan tokoh-tokoh seperti Asraf, Hamzah , A.Samad Ismail dll.

F2: Mencetuskan polemik / pertentangan pendapat di kalangan pengkritik.
H/C: ASAS 50 telah mencetuskan polemik dalam bidang kritikan antara pengkritik Asraf yang mendukung Seni Untuk Masyarakat dengan Hamzah yang mendukung konsep Seni Untuk Seni.

F3: Melahirkan ramai tokoh pengkritik
H/C: Hasil cetusan polemik yang terjadi telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pengkritik muda yang mula memeriahkan lagi perkembangan genre kritikan, antaranya termasuklah Awam Il Sarkam dan Kassim Ahmad.

F4: Kepelbagaian dalam penggunaan pendekatan dalam kritikan
H/C: Tokoh yang terlibat dalam kritikan mula mencuba pelbagai pendekatan yang berlainan bagi mengulas pelbagai teks karya sastera.

F5: Sastera yang lebih bertendensi
H/C: Karya sastera telah lebih bertendensi ke arah perjuangan kesedaran masyarakat, dimana karya yang penuh khayalan telah mengalami perubahan ke arah lebih realisme.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta dan 1markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

(c) Empat ciri-ciri kritikan penulis ASAS 50.

F1: Hanya tertumpu kepada persoalan, isi cerita dan fungsinya
H/C: faedah/ kebaikan sastera kepada masyarakat,selain itu tidak mementingkan soal- soal struktur atau teknik persembahan tetepi lebih kepada isi atau persoalan.

F2: cenderung membicarakan fungsi sastera untuk pembangunan masyarakat
H/C: konsep Seni Untuk Masyarakat bertujuan untuk membela golongan bawahan contoh Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.

F3: Kritikan lebih kepada sanjungan dan celaan.
H/C: Pengkritik akan mengangkat dan menyanjung darjat sesebuah karya yang bermutu tetapi mencela karya-karya yang kurang bermutu contoh Kassim Ahmad mengkritik sajak Sungai Mekong yang dianggap tidak bermanfaat.Dia mengkritik novel Ranjau Sepanjang Jalan kerana dianggap tidak memaparkan realiti.

F4: Muncul pendekatan yang beragam
H/C: lahir pelbagai pendekatan dalam bidang kritikan sastera. Contoh pendekatan sejarah, pendekatan Formalistik, Pendekatan Sosiologi, Pendekatan estetika. Contohnya Hashim Awang memperkenalkan pendekatan formalistik .

F5: memberatkan soal intrinsik
H/C: keutamaan membicarakan mesej dan motif, pemikiran dalam karya sastera.Contoh cerpen Keris Mas Kedai Sederet Di Kampung Kami danContoh sajak Masuri S.N.-terima mana-mana karya

F6: mementingkan unsur-unsur seni/ estetika/ keindahan dalam karya sastera.
H/C: Hamzah lebih mementingkan unsur-unsur seni dalam karya sastera daripad unsur- unsur moral dan pengajaran Contoh esei dalam Utusan Zaman karya Hamzah”Maksud Seni Dalam bentuk Cerita”

Pilih 4 isi sahaja
1 isi=3 markah (2 markah fakta dan 1 markah huraian/contoh)
4 isi x 3 markah =12 markah

3. Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya;

“ Memang nak baliklah. Tapi saya ini susah sikit, Pak Salim.” Sudin berhenti di situ lalu menuangkan oren dari botol ke dalam gelas besar yang berisi ketul-ketul ais. Dia kemudian mengangkat gelas itu, minum agak banyak sekali gus. Kemudian katanya, “Orang tua itu tak habis-habis nak marah saja.”
“ Marah macam mana?” Pak Salim berdiri di hujung meja memerhatikan Sudin seperti kehairanan.
“ Takkan Pak Salim tak tahu. ” Sudin memandang muka Pak Salim, menguji.
Pak Salim datang dekat lalu duduk di seberang meja di hadapan Sudin. Muka Pak salim berkilat seperti berminyak. Muka itu juga berkedut-kedut, kurang daging banyak kulit. Janggut dan misainya jarang-jarang dan tidak bercukur. Semak nampaknya. Tetapi air muka itu jernih dan sentiasa senyum. Dia melihat ke muka Sudin.
“ Imam itu bukan apa. Dia tak suka dikacau. Sekarang ini dia bertambah susah nampaknya.”
“ Susah macam mana?”
“ Susahlah. Orang kampung berpecah-pecah. Budak-budak muda selalu bergaduh. Tak macam dulu, masa kami muda-muda, kampung ini aman. Kalau ada selisih faham, cakap imam dan ketua kampung didengar orang”

( Dipetik daripada Keris Mas,2003.Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 88-89 )

(a) Dengan memberikan contoh, huraikan tiga teknik penceritaan dan keberkesanannya yang terdapat dalam petikan di atas [ 9 ]
(b) Huraikan dua mesej dalam petikan tersebut [ 4 ]
(c) Jelaskan empat perwatakan negatif Sudin dalam novel ini. [ 12 ]

________________________________________________________________________

Skema pemarkahan:

a) Penggunaan teknik penceritaan
F1: Teknik Dialog
H/C1: Kata bual atau perbualan yang melibatkan dua watak atau lebih. Dialog antara Sudin dengan Pak Salim tentang sikap Imam Saad ayah Sudin yang masih marah terhadapnya.
Kesannya : berhasil menghidupkan lagi perlukisan watak dalam sesebuah karya.
F2: Teknik Pemerian/naratif/penceritaan secara langsung
H/C2: Gambaran tentang sesuatu peristiwa, kejadian dan seseorang watak yang dinyatakan secara langsung oleh pengarang. Pengarang menceritakan secara langsung tentang raut wajah Pak Salim yang berminyak, berkedut dan janggut serta misai yang tidak terurus.
Kesannya : Dapat memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa, kejadian dengan lebih jelas dan mudah difahami pembaca.

F3: Teknik imbas kembali
H/C3: Satu teknik penceritaan pengarang menyajikan babak atau peristiwa yang telah berlaku. Pak Salim mengimbas kembali tentang masa mudanya dahulu ketika itu keadaan kampung aman dan penduduknya menghormati cakap imam dan ketua kampung.Kesannya : berhasil menguatkan perkembangan plot cerita, pembaca
dapat mengetahui peristiwa-peristiwa sebelumnya

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah H/C, 1 markah kesannya )
3 isi x 3 markah = 9 markah


b) Dua mesej dalam petikan

F1: Jangan berpecah belah
H/C: Membawa mesej tentang pentingnya menjaga keamanan dan perpaduan dalam sesebuah kampung. Pak Salim mengimbas kembali tentang keamanan yang wujud di kampung Pulai ketika beliau muda-muda dulu.

F2: Menghormati orang tua/imam/ketua kampung
H/C: Kita mestilah menghormati orang tua/imam/ketua kampung agar wujud keamanan.Penduduk kampung Pulai dahulu begitu patuh dan hormat kepada imam dan ketua kampung dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga wujud keamanan di kampung tersebut.

F3: Jangan suka bergaduh
H/C: Membawa mesej tentang pentingnya peranan golongan muda dalam mewujudkan keamanan dalam sesebuah kampung. Pak Salim menyatakan golongan muda yang selalu bergaduh menyebabkan keadaan kampung tidak tenteram dan menimbulkan masalah kepada Imam Saad

F4: Jangan cepat marah
H/C: Kita hendaklah cuba mengawal kemarahan agar dapat menjernihkan keadaan. Sudin cuba menangani kemarahan ayahnya Imam Saad dengan bertanya dengan Pak Salim punca kemarahan ayahnya agar dapat menjernihkan suasana.

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah H/C )
2 isi x 3 = 6 markah

c) Perwatakan negatif Sudin

F1: Seorang suka berjudi
H/C: Sudin selalu pergi ke Genting untuk berjudi. Dia juga menggunakan kereta second hand yang dibeli dengan harga yang murah daripada mereka yang kalah judi.

F2: Seorang yang suka berhutang
H/C: Sudin pernah meminta pinjam daripada YB Mohd Yusof untuk melangsaikan hutangnya sebanyak RM 5,000. Sudin juga memberitahu YB Mohd Yusof bahawa dia tidak pernah tidak berhutang kerana pekerjaannya sebagai broker mesti berhutang.(gali lubang timbun lubang)

F3: Seorang yang pendendam
H/C: Sudin berdendam terhadap Mat Akil yang pernah memukulnya dan menuduh melarikan gayah. Beliau menggunakan Mat Akil untuk menentang Lebai Maarup sehingga Mat Akil dipenjarakan kerana cuba menikam Lebai Maarup.

F4: Seorang yang penghasut
H/C: Sudin cuba menghasut penduduk kampung yang tinggal di tanah keluarga En Muhamad supaya memberontak bagi menuntut hak ke atas tanah yang didiami mereka tetapi cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh YB Mohd Yusof

F5: Seorang yang licik
H/C: Sudin suka mengambil kesempatan dan sebagai orang tengah kepada YB Mohd Yusuf dan Tauke Chan, beliau cuba mempengaruhi Penghulu Mahmud agar menyertai rancangan membina projek perumahan di tanah milik keluarganya. Sudin berharap akan dapat ganjaran yang besar bagi menyelesaikan hutangnya.

F6: Seorang yang cuba merasuah
H/C: Sudin pernah cuba merasuah penghulu Mahmud dalam bentuk rasuah sebuah kereta Mercedez sebagai ganjaran bagi mendapatkan sebidang tanah untuk dijual kepada Tauke Chan.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah ( 2 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh )
3 isi x 4 markah = 12 markah

4. Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Mula-mulanya dia enggan bersetuju. Bukan mudah dia hendak memulakan kehidupan baru di kampung itu. Semuanya baru. Serba-serbinya baru. Jerami huma tidak ada walaupun sebidang – hendak bertanam lada di mana? Sepohon pokok durian pun tidak ada – musim buah kelak hendak makan apa? Kalau dia kekal di Tembaga, sebanyak sedikit bakti tulang uratnya sudah mengeluarkan hasil.
Tetapi, perubahan itu memaksa dia menukar cara hidupnya juga. Perubahan yang datang dalam mimpi.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) , 2003 , Cerpen “Garis Panorama” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 76)

a). Siapakah yang dimaksudkan ’dia’ dalam petikan di atas.dan nyatakan
perkara-perkara yang dialami oleh watak ‘dia’ selang beberapa hari selepas
mimpi. [ 7 ]
b). Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut [ 9 ]
c). Huraikan citra masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen tersebut.[ 9 ]
_____________________________________________________________________

Skema Permarkahan:

4a). Siapakah yang dimaksudkan ’dia’

’dia’ ialah Dak-Joh 1 markah

Perkara-perkara yang dialami oleh watak ‘dia’ selang beberapa hari selepas mimpi

i) Tepian mandinya bertambah dalam

ii) Airnya membiru tetapi jernih

iii) Setiap kali dia turun mandi, hari hujan panas

iv) Setiap kali dia berak di tepian mandi itu, setiap kali hujan panas

v) Setiap kali dia ke tepian, dia didatangi ’teman’- jelmaan anak itik, anak kura-kura, anak biawak sungai atau ular tedung putus ekor.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 2 markah
3 isi x 2 markah = 6 markah


b) Tiga persoalan yang digarapkan dalam cerpen ini.

F1: Persoalan pembangunan
H/C: Pembinaan rumah kedai sederet oleh YB Hamdan bertujuan untuk membangun dan memodenkan penduduk Kampung Sebiris setanding dengan kawasan lain

F2: Persoalan mempertahankan hak
H/C: Dak Joh tampil dengan berani mempertahankan tanah perdangauan/kubur daripada dibangunkan kerana sebagai bomoh beliau berpendapat kawasan tersebut kawasan yang suci dan hak orang yang telah mati.

F3: Persoalan kesetiaan
H/C: Dak Joh begitu sayang dan setia terhadap isterinya Sinang sehingga tidak sanggup beristeri lain biapun didesak oleh penduduk kampung.

F4: Persoalan ketamakan/pentingkan diri
H/C: YB Hamdan menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk membangunkan kedai sederet di Kampung Sebiris unuk kepentingan dirinya kerana daripada dua belas rumah kedai sederet, dua buah memang kepunyaannya.

F5: Persoalan kemiskinan
H/C: Pembinaan rumah kedai akan membuka peluang kepada penduduk kampung untuk memasarkan hasil pertanian dan hasil hutan seterusnya meningkatkan ekonomi masyarakat kampung.


Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh )
3 isi x 3 markah = 9 markah


c). Huraikan citra masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen di atas.

F1 : Masyarakat Dayak / Pribumi di Sarawak
H/C : Masyarakat Dayak yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak yang merangkumi Bahagian Lundu, Serian dan melibatkan beberapa kampung seperti Sebiris, Tembaga.

F2 : Masyarakat yang menghormati orang tua / berpengaruh
H/C : Masyarakat Dayak / pribumi Sarawak sangat menghormati orang tua, di mana Dak Joh yang merupakan orang tua yang berpengaruh di Kampung Sebiris dihormati apabila pendapat / pandangannya sering dipinta apabila hendak dilakukan sesuatu perkara.

F3 : Masyarakat yang mempercayai kawasan perkuburan/perdangauan suci tidak boleh dicerobohi
H/C : Masyarakat Dayak / pribumi mempercayai kawasan perkuburan / perdangauan adalah tempat suci yang tidak boleh dicerobohi kerana jika sekiranya ianya dicerobohi pasti ianya akan mendatangkan kesan buruk seperti yang diyakini oleh Dak Joh, sekiranya kawasan itu dicerobohi, roh-roh yang belum arah tuju akan menganggu mereka yang masih hidup.

F4 : Masyarakat yang mengamalkan musawarah dalam membuat keputusan
H/C : Masyarakat Dayak bermesyuarat dalam mengambil sebarang keputusan, ini jelas melalui peristiwa ketua kampung memanggil semua anak buahnya / penduduk kampung Sebiris termasuklah Dak Joh bermesyuiarat bagi membuat ketetapan untuk membangunkan kampung mereka dengan pembinaan sederet rumag kedai di kawasan perdangauan.

F5 : Masyarakat yang menjalankan Kegiatan pertanian
H/C : Masyarakat dayak di kawasan pedalaman masih bergantung hidup pada aktiviti pertanian antara kegiatan pertanian yang dijalankan ialah menanam padi huma, menanam lada dan juga buah-buahan. Apabila Dak Joh dijemput untuk menjadi penduduk Kampung Sebiris, dia pada mulanya bimbang kerana dia tidak mempunyai tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian sepertimana yang dilakukannya di Kampung Tembaga.

F6 : Masyarakat yang mula menerima perubahan dari segi ekonomi
H/C : Senario pembangunan harus diterima sama ada dari segi ekonomi ataupun aspek- aspek lain. Masyarakat di Kampung Sebiris mulai menerima pembangunan apabila mereka bersetuju dengan projek yang hendak dijalankan oleh YB Hamdan bagi membina sederet rumagh kedai di kampung mereka.

F7 : Masyarakat yang tamak / mementingkan wang
H/C : Terdapat segelintir anggota masyarakat khususnya mereka yang ada pengaruh dan berkepentingan bersikap tamak dan lebih mementingkan diri dari kaum mereka. ketua Kampung Sebiris, berangan-angan jika sekiranya dia bersetuju dengan rancangan YB Hamdan pasti dia akan mendapat keuntungan apabila dia mencongak untuk mendapat habuan 2 pintu rumah kedai akan diberikan kepadanya.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi X 3 markah = 9 markah.

Bahagian C: Genre Drama

5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

RAHIMAH: Inilah kerja abang…..patutlah selalu balik jauh-jauh malam.

DAHLAN: Ah, bising saja. Jangan ambil tahu hal orang jantan. Kau selalu salah sangka, cemburu buta, tak boleh orang jantan berjalan-jalan sedikit.

RAHIMAH: Ya, jalan-jalan dengan betina-betina pisau cukur.Berdancing dan bersuka ria tak sedar , asyik minum saja.

DAHLAN: Apa? ( Berpaling memandang Rahimah).Berdancing, berjalan-jalan dengan pisau cukur ?...Siapa cakap ? Suka dengar fitnah.

RAHIMAH: Tengok bukti?....Apa ini? (menunjuk gincu merah di baju Dahlan). Lipstik siapa? Rumahtangga hampir nak roboh, abang belum sedar-sedar diri dan insaf…berkali-kali Mah ingatkan abang. Bersosial yang bukan-bukan, asyik minum, rumah tangga tak pedulikan. Orang gaji lari tak berbayar gaji. Hutang bertompok-tompok tak berbayar.

DAHLAN: Kau betul cemburu buta. Kalau dah orang kampong, kampong juga. Siapa orangnya yang kau .Cemburukan? ( Duduk mencapai suratkhabar).

RAHIMAH: Siapa lagi, betina yang dalam hati abang. Abang senang dah terkena. Tak memilih orang.

( Majlis Peperiksan Malaysia (peny.), 2003. Drama “Lawyer Dahlan”
Dalam Mutiara Sastera Melayu Moden, hlm 210, Kuala lumpur.DBP)


a)Nyatakan latar masa dan latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas.[ 4 ]

bHuraikan tiga konflik watak Rahimah yang terdapat dalam drama.[9 }
c)Jelaskan watak dua watak positif dan dua watak negatif Rahimah.[ 12 ]

Skema Permarkahan:

a) Latar masa – waktu tengah malam/ waktu malam 2 markah

Latar tempat- Rumah Lawyer Dahlan 2 markah

Nota: Kalau jawapan ‘ Rumah Dahlan ‘ sahaja – ‘ 0 markah’ mesti ada perkataan ‘Rumah Lawyer Dahlan’.

b) Konflik Rahimah
F1: Konflik Rahimah dengan Dahlan.
H/C: Rahimah seringkali berkonflik dengan Dahlan apabila Dahlan pulang ke rumah pada lewat malam. Dahlan juga pulang ke rumah dalam keadaan mabuk setelah berfoya-foya dengan perempuan menyebabkan Rahimah terasa beliau telah diabaikan.

F2: Konflik Rahimah dengan Mak Midah
H/C: Rahimah tidak mahu mengaku perempuan tua sebagai ibunya sewaktu ibunya pergi menziarahi Rahimah setelah pulang dari England. Rahimah malu dengan keadaan Mak Midah yang berpakaian secara kampong.

F3: Konflik dengan orang gaji
H/C: Rahimah seringkali meninggikan suara terhadap orang gajinya Amin apabila beliau berurusan dalam hal rumah tangga. Rahimah berpendapat kedudukannya lebih tinggi daripada orang gaji.

F4: Konflik Rahimah dengan Pak Hamid
H/C: Rahimah beranggapan bahawa Dahlan mendapat tawaran biasiswa ke England adalah kerana hubungan Pak Hamid dengan Datuk Bahnan, namun Pak Hamid menyatakan kejayaan Dahlan memperoleh biasiswa melanjutkan pelajarannya ke England kerana kelayakan dan kelulusan Dahlan sendiri.

F5: Konflik dalaman Rahimah
H/C: Rahimah merasakan beliau telah jauh terpesong dengan penghidupan cara barat. Hidup beliau dirasakan berlawanan dengan kehendak agama, adat dan masyarakat. Oleh itu Rahimah telah mengajak Dahlan kembali kepangkal jalan, namun Rahimah telah diceraikan oleh Dahlan.

Pilih tiga isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

c)Jelaskan watak dua watak positif dan dua watak negatif Rahimah.

Watak positif

F1: seorang yang mentaati orang tua.
H/C: Rahimah merupakan seorang yang mentaati dan menurut kata orang tua. Seringkali menghormati Pak Hamid apabila Pak Hamid berkunjung ke rumahnya di bandar.

F2: seorang yang lemah lembut.
H/C: Rahimah seorang yang lemah lembut sewaktu berada di kampong. Oleh sebab itu Dahlan telah tertarik dengan Rahimah dan dijadikan isterinya.

F3 : seorang yang berpegang kepada adat dan tradisi budaya melayu.
H/C: Rahimah merupakan seorang gadis kampong yang berpegang kuat adat dan tradisi `orang melayu. Seringkali memakai baju kurung dan telah dididik secara kampong oleh ibunya.

F4: seorang yang penyayang
H/C: Rahimah amat menyayangi suaminya Dahlan. Beliau sanggup menegur Dahlan agar balik kepangkal jalan, walaupun tidak disukai oleh Dahlan.

Watak negatif

F1: seorang yang derhaka
H/C: Rahimah seorang anak yang derhaka terhadap ibunya. Beliau sanggup menghalau ibunya sewaktu berkunjung ke rumahnya kerana malu melihat keadaan ibunya yang berpakaian secara kampong.

F2: seorang yang lupa asal usul.
H/C: Rahimah seorang lupa asal usul. beliau tidak lagi menggemari makanan dari kampong yang dibawa oleh ibunya Mak Midah sedangkan sayur-sayuran tersebut merupakan makanan kegemarannya sewaktu berada di kampong.

F3: seorang yang sombong /angkuh
H/C: Rahimah seorang yang sombong. Beliau telah menghalau peminta sedekah yang datang ke rumahnya.

F4: seorang yang bersikap kasar
H/C: Rahimah seorang yang bersikap kasar terhadap orang gajinya. Rahimah seringkali meninggikan suara terhadap Amin iaitu orang gajinya dalam segala urusan rumahtangga.

Pilih 4 isi sahaja (2 watak positif dan 2 watak negatif)
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian/ contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah

6. a ) Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan empat persoalan yang ingin dikemukakan oleh Nordin Hassan melalui dramanya Malam Ini Penyu Menangis. [16]

b) Drama Malam Ini Penyu Menangis dikatakan sebuah drama bukan realisme. Jelaskan tiga bukti yang menunjukkan drama ini dikategorikan sebagai drama Bukan Realisme. [ 9 ]


a). Empat persoalan dalam drama

F1: ketabahan menghadapi dugaan.
H/C: ketabahan perlu ada dalam diri seseorang agar dapat menjalani kehidupan yang harmoni. Puan Lijah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan. Walaupun beliau diuji dengan suaminya iaitu J.M.Aziz telah menghidap penyakit kusta yang membawa kepada buta dan kurang upaya, namun Puan Lijah tetap menghadapinya dengan tabah.

F2: Kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri
H/C: Kesetiaan dan sanggup berkorban perlu ada dalam setiap pasangan yang berkahwin demi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Minah merupakan seorang isteri yang setia dan sanggup berkorban untuk suaminya. Minah melarang Hugh Clifford membawa suaminya ke hospital kerana beliau ingin menjaga sendiri suaminya yang sakit dan tidak boleh bergerak.

F3: ketakwaan dan kesabaran
H/C: Dalam drama ini dijelaskan tentang ketakwaan dan kesabaran Nabi Ayub menerima takdir Tuhan dengan rela walaupun beribu-ribu binatang ternakan baginda mati, harta benda baginda musnah dan telah jatuh miskin.

F4: Kasih sayang dalam keluarga
H/C: Cik Lijah tetap bersama-sama suaminya J.M.Aziz, wlaupun suaminya jatuh sakit. Cik Lijah bekerja mengambil upah menjahit dan membuat badang buluh demi menampung kehidupan keluarganya kerana Cik lijah sayang akan keluarganya.

F5: Perjuangan nasib kaum nelayan
H/C: kehidupan sebagai nelayan adalah satu perjuangan yang memerlukan kegigihan demi mencari sesuap nasi. Jaafar dan Ibrahim telah terkorban akibat menghalang pendatang Vietnam yang cuba menceroboh pintu rezeki mereka.

F6: kecekalan dan keberanian menempuh cabaran
H/C: persoalan kecekalan dan keberanian telah diselitkan melalui drama ini. J.M.Aziz yang bekerja sebagai nelayan memerlukan keberanian dan kecekalan dalam mencari sesuap nasi untuk keluarga. Para nelayan terpaksa meredah lautan di malam hari yang gelap untuk mencari rezeki dan berhadapan dengan maut.

F7: Semangat Nasionalisme
H/C: Persoalan semangat nasionalisme telah ditonjolkan melalui watak J.M.Aziz . Beliau pernah berkhidmat dengan Negara sebagai polis hutan, pegawai penerangan sukarela dan penolong kepada ahli-ahli politik.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah ( 2 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah

(b). Jelaskan tiga bukti yang menunjukkan drama ini dikategorikan sebagai drama Bukan Realisme

F1: Plot bersifat kompleks
H/C: Plot drama in ada 12 adegan. Plotnya dilihat melompat-lompat dari satu cerita ke satu cerita. Kesatuan ceritanya adalah keinginan pengarang menonjolkan keunikan watak J.M.Aziz dan Cik Lijah.

F2: unsur cerita berbingkai
H/C: Cerita bukan hanya berfokus kepada perwatakan J.M.Aziz sahaja malah, pengarang memasukkan juga cerita Minah dan Mamat serta cerita Nabi Ayub a.s. sebagai perbandingan kepada perwatakan J.M.Aziz dan Cik Lijah.

F3: teknologi dalam drama
H/C: Dalam drama ini terdapat penggunan projector iaitu penggunaan slaid ke layar perak. Ia bertindak sebagai alat bantu bagi membolehkan penonton lebih memahami cerita yang berkisar tentang perwatakan J.M.Aziz dan isterinya Cik Lijah.

F4: Penggunaan unsur simbolik
H/C: Penampilan satu lembaga hitam yang besar kakinya sebagai simbolik tentang J.M.Aziz yang mula diserang penyakit kusta.

F5: Drama Lirik
H/C: Drama ini telah menyelitkan pelbagai persewmbahan budaya seperti tarian, muzik, pantun, sajak dan nyanyian.

Pilih tiga sahaja
1 isi x 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

Bahagian D: Genre Sajak.

Skema permarkahan

Soalan 7

a) Jelaskan tema sajak diatas.

Fakta : Kemusnahan alam semulajadi akibat daripada kemajuan sains dan teknologi.
Huraian: Kemajuan dan pembangunan yang telah dilaksanakan tanpa batasan telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam, pemusnahan hutan dan banjir sehingga mengancam semua hidupan termasuk nyawa manusia.

Contoh: Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

1 markah fakta , 1 markah huraian,1 markah contoh

b) Huraikan nada rangkap 2 dan 3 sajak di atas

F1: Nada Romantis
H/C: Nada romantis dapat dikesan dalam rangkap 2.Nada romantis lahir apabila pengarang membayangkan tentang keindahan alam semulajadi yang dapat menimbulkan kedamaian, ketenangan dan kasih sayang.Pemilihan kata-kata yang puitis menjadikan nada sajak pada rangkap dua begitu romantis.

Contoh: Daun-daun menghijau alangkah segar
Kemilau danau disinar mentari
Kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
Kedamaian melingkar rimba
Lalu tumpah kasih nan jernih
Erat bertaut cinta kasih

F2: Nada melankolik/hiba/sayu
H/C: Nada melankolik/hiba/sayu dapat dilihat dalam rangkap 3.Penyajak mengungkapkan nada melankolik/hiba/sayu apabila melihat perlakuan manusia yang membawa kepada kemusnahan alam semulajadi sehingga mengancam flora dan fauna.

Contoh: Malam hiba dadanya ungu luka
Pungguk tersendu pilu di atas batu
Bulan tiada lagi mendandan wajah
Bintang malam pudar sinarnya.

1 markah fakta, 1 markah huraian,1 markah contoh
3 markah x 2 isi = 6 markah
c) Dengan memberikan contoh, huraikan EMPAT gambaranMasyarakat yang terdapat dalam sajak tersebut. [16]

F1: Gambaran masyarakat yang menghargai keindahan alam ciptaan tuhan
H/C: Gambaran masyarakat yang menghargai keindahan alam ciptaan tuhan melalui sikap mereka yang memelihara alam sekitar.Alam sekitar penting untuk dijaga supaya generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh memberi kedamaian dan ketenangan kepada manusia.

Contoh; daun-daun menghijau alangkah segar
Kemilau dana disinar mentari
Kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
Kedamaian melingkar rimba
Lalu tumpah kasih nan jernih
Erat bertaut cinta kasih.

F2: Gambaran masyarakat yang rakus dan tamak
H/C: Penyajak juga memaparkan gambaran masyarakat yang rakus dan tamak dalam mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan buruk penerokaan alam sekitar sehingga mengakibatkan bencana kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Contoh: Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

F3: Gambaran masyarakat yang mementingkan kemajuan sains dan teknologi.
H/C: Penyajak juga memaparkan masyarakat yang kian moden iaitu gambaran masyarakat yang boleh menguasai sains dan teknologi.Pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi membolehkan manusia meneroka angkasa lepas.

Contoh: Orang bicara bulan bintang di makmal
Pada buku, data dan computer
Lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
Bisa kembara di planet dan angkasa.

F4: Gambaran masyarakat yang mementingkan pembangunan dan perindustrian
H/C: Penyajak mengutarakan gambaran masyarakat yang lebih mementingkan pembangunan dan perindustrian. Banyak tanah dan kawasan baru diteroka demi pembangunan menyebabkan berlakunya pencemaran alam, kemusnahan hutan dan banjir sehingga mengancam semua hidupan termasuk nyawa manusia.

Contoh: Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

Atau

Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
Terbang beriring di rembang petang
Renik-renik mengirai bulu carik
Melayang satu-satu berbaur debu
Lesu berapungan di air lalu.

F5: Gambaran masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
H/C: Penyajak juga mengambarkan masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.Dengan adanya ilmu pengetahuan yang tinggi, masyarakat boleh meneroka dan membuat kajian di makmal-makmal manakala maklumat- maklumat boleh diperolehi melalui komputer.

Contoh: Orang bicara bulan bintang di makmal
Pada buku, data dan computer
Lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
Bisa kembara di planet dan di angkasa.


Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2 markah fakta , 2 markah huraian/contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah

Soalan 8

Skema permarkahan:

a) Nilaikan penggunaan gaya bahasa dalam rangkaikata di bawah
dan jelaskan definisi serta keberkesanannya.

i) Kubiarkan seribu gabus duka [ 3 ]

ii) Ia menyapu potongan-potongan nasib [ 3 ]

iii) Makna makmur di tengah lapar
Makna harmoni di tengah inflasi
Makna mewah di tengah gundah [ 3 ]

iv) Kadangkala ada akhir tak ada mula [ 3 ]

i) Personifikasi
Personifikasi ialah unsur pengorangan iaitu memberikan sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia kepada sesuatu objek/perkara/haiwan.
Kesan
1. Bertepatan dengan tema dan persoalan yang ingin diutarakan oleh penyajak.
2. Mampu memberi gambaran yang jelas dan mendalam.

ii). Metafora
Metafora ialah penggunaan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan.
Gaya bahasa ini mengandungi dua perkataan:satu bersifat konkrit dan sepatah lagi bersifat abstrak.
Kesan
1. Memadatkan pengucapan dengan menggunakan bahasa perbandingan yang ringkas
2. Dapat memperjelaskan lagi maksud bait yang menggambarkan penderitaan yang dialami oleh masyarakat bawahan.

iii). Anafora
Perulangan perkataan di awal dua atau lebih baris secara berturutan.
Kesan
1. Menimbulkan kesan kemerduan pengucapan
2. Memberi penegasan maksud sajak tentang keperitan hidup penyajak.

iv). Asonansi
Perulangan/persamaan bunyi vokal dalam sebaris sajak
Kesan
1. Dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal.
2. Menggalakkan kesan pengucapan yang puitis


b) Jelaskan mesej yang ingin dikemukakan oleh pengarang. [ 9 ]

F1: Tabah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.
H/C: Kita mestilah tabah menghadapi rintangan dan cabaran dalam meniti kehidupan.

Contoh: kubuka seribu liang luka
yang sekian lama tertutup
kubiarkan seribu gabus duka
yang mengapung di dalam dada

F2: golongan bawahan yang perlukan pembelaan
H/C: Pengarang menyeru golongan atasan (pemerintah) supaya membela Nasib golongan orang-orang yang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan daif.

Contoh; berkumpul di depan matamu
Agar kau mengerti:
Makna makmur di tengah lapar
Makna harmoni di tengah inflasi
Makna mewah di tengah gundah

F3: Berusaha untuk mengatasi segala masalah berdasarkan pengalaman.
H/C: Penyajak menyeru kita semua supaya berusaha untuk mengatasi segala masalah.Penyajak bekerja keras untuk mengharungi liku-liku hidup dan cuba melupakan peristiwa pahit masa silam yang membelenggu dirinya.

Contoh: umpamanya seorang buruh suatu petang
yang sedang membersihkan longkang
sebagai ganti daun kering dan kotoran
ia menyapu potongan-potongan nasib
serpihan-serpihan masa depan dan
doa teman-temanya yang bertaburan


Pilih 3 isi sahaja
1isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

c) Nyatakan DUA nilai kemanusiaan yang dipaparkan dalam sajak di atas[ 4 ]

F1: Nilai kegigihan
H/C: Nilai kegigihan ditunjukkan oleh penyajak yang tidak jemu-jemu bekerja keras mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupannya.Penyajak juga tabah menghadapi segala kesulitan yang membelenggu dirinya dan berharap agar impiannya untuk hidup “senang” akan tercapai.

Contoh: Dengan seberkas kunci di kaki
Kumasuki seribu pintu berliku
Yang berisi pula seribu
Ratap dan harap yang tak terjawab
Umpamanya seorang buruh
……………………………………….
Serpihan-serpihan masa depan dan
Doa teman-temannya yang bertaburan

F2: Redha dan pasrah dengan ketentuan tuhan.
H/C : Cabaran, dugaan dan kesusahan hidup tidak menjejaskan kehidupan penyajak. Penyajak redha dan pasrah dengan ketentuan tuhan.Sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak secara rasional, akal harus digunakan untuk mengupas pelbagai fenomena kehidupan.

Contoh: Dengan seberkas kunci di tangan
Kubuka seribu liang luka

Dengan seberkas kunci di kaki
Kumasuki seribu pintu berliku

Dengan seberkas kunci di mata
Kulihat seribu keajaiban

F3: Nilai simpati.
H/C: Rasa sedih dengan nasib yang menimpa kalangan mereka golongan bawahan yang terpaksa bekerja keras demi untuk kelangsungan dalam kehidupan.

Contoh: ratap dan harap yang tak terjawab
umpamanya seorang buruh suatu petang
yang sedang membersihkan longkang
sebagai ganti daun kering dan kotoran
ia menyapu potongan-potongan nasib

F4: Nilai Ketabahan.
H/C: Tekad dan azam berusaha mengatasi segala rintangan yang mendatang demi untuk mencapai kejayaan atau kebahagiaan dalam kehidupan.

Contoh: seribu teka-teki dan misteri hidup
yang cukup sulit dan berbelit
bagai jalan ke puncak Kinabalu
kadangkala ada mula tak ada akhir
kadangkala ada akhir tak ada mula
kadangkala tak ada mula tak ada akhir

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 huraian/contoh)
2 isi x 3 markah = 6 markah


SKEMA TAMAT

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Bawah Artikel