Skema Akhir Tahun 2010 (Kesusasteraan Melayu Kertas 2 moden)
20:42
Edit
SULIT
922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
2010
3 Jam
PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN KELANTAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN ENAM RENDAH
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA PERMARKAHAN
KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 2
(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)


Kertas Skema ini mengandungi 20 halaman bercetak
SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A: SEJARAH DAN KRITIKAN
1. “Ketokohan Abdul Rahim Kajai terserlah dalam penulisan genre cerpen sebelum perang dunia kedua,sesuai dengan profesionnya sebagai wartawan, beliau memperlihatkan kepekaannya sebagai wartawan dengan memerhati,melapor , mengupas,mengkritik dan menganalisis pola masyarakat dalm karya-karya cerpennya”.Huraikan:
a. Latar kehidupan [5]
b. Keistimewaan ketokohan [12]
c. Sumbangannya [8]
Skema Jawapan
a. Latar kehidupan [5]
F1: Nama sebenar Abdul Rahim b Haji Salim
F2: nama pena ialah Pak Lacuk dan Wak Ketok
F3: lahir pada 1894
F4: di Setapak, Selangor
F5: Pendidikan awal di Sekolah Melayu Setapak,dan 1912 ke Singapura menjadi
F6: mengatur huruf di Malaya Publishing House
F7: ke Mekah untuk mengurus perniaagan ayah.
F8: menjadi pengarang beberapa buah akhbar seperti mingguan Edaran Zaman, Mingguan
Saudara, Akhbar Majlis dan Warta Malaya
F9: pada tahun 1930, beliau dilantik sebagai penolong pengarang akhbar Saudara
F10: Beliau dianggap sebagai Bapa Wartawan
F11: dan Pelopor Cerpen Melayu Moden
F12: Tarikh meninggal 5 Disember 1943
Pilih 5 isi
1 isi = 1 markah
5 isi x 1 markah = 5 markah
b. Keistimewaan ketokohan [12]
F1: beliau dianggap sebagai Bapa Wartawan Melayu
H1: kerana penglibatan aktif dalam beberapa buah akhbar dan majalah dalam tahun 30an
dan 40an
F2: beliau digelar sebagai Bapa Cerpen Melayu Moden./ banyak menghasilkan cerpen
H2: Dalam tahun 30an, beliau telah menulis 30 buah cerpen dan 40an sebanyak 11 buah cerpen
H3: Beliau mengkritik para pemimpin Melayu yang melakukan penyelewengan dan membangkit semangat nasionalisma.Contoh cerpen Awang Putat
F4: seorang wartawan Melayu pertama yang berani menyuarakan istilah DKK dan takrif Melayu
H4: contoh cerpen Buang bangsa, Buang Harta keranamu Tuan
Pilih 3 sahaja
1 isi = 4 markah ( 2 markah fakta, 2 markah huraian /contoh)
3 isi x 4markah = 12 markah
c) Sumbangannya [8]
F1: penulisan cerpen
H/C: antologi Banyak Udang, Banyak Garam, Lain Padang Lain Belalang dan Pustaka Kajai
F2: penulisan cerpen dalam akhbar
H/C: Mastika, Warta Malaya dan Warta Jenaka
F3: Menghasilkan cerpen yang tajam kritikannya
H/C: Contoh Hilang Bangsa Tak Berwang, Si Mat Pisang Rebus dan Awang Putat
F4: menghasilkan cerpen yang pelbagai tema dan persoalan
H/C: menyentuh aspek ekonomi, nasionalisma, politik dan kepentingan orang Melayu.Contoh cerpen Awang Putat, Salah Siapa dll
F5: Penulisan novel terjemahan
H/C: Hikayat Dzul Ruhain
Pilih 4 sahaja
1 isi = 2 markah( 1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh)
4 isi x 2 markah = 8 markah
a. Nyatakan dua tokoh penyajak sebelum perang [4]
b. Dengan memberikan contoh,huraikan 4 persoalan sajak sebelum perang. [12]
c. Jelaskan bentuk-bentuk sajak sebelum perang [9]
Skema Jawapan
a. Nyatakan 2 tokoh penyajak sebelum perang [4]
F1: Muhammad Yaasin Maamur F5: Ngumba
F2: Yusuff Arshad F6: Atma Jiwa / Harun Aminurasid
F3: Kasmini Hj Ariff
F3: Ahmad Ismail
F4: Abu Samah
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 2 markah
2 isi x 2 markah = 4 markah
b. Dengan memberikan contoh,huraikan empat persoalan sajak sebelum perang. [12]
F1: melebihkan persoalan moral dan pendidikan/didaktik
H/C: ia berhubung dengan kemerosotan akhlak muda-mudi akibat pengaruh budaya barat dan
menyentuh kepentingan pendidikan moral sajak Pujukan Hati (Pungguk),Pulau Bahagia
( Yusuff Arshad) dan Harta Dunia (Abu Samah)
H/C: penyajak berkeinginan untuk mengajar pembaca supaya mencontohi nilai-nilai agama yang baik sajak Pesan Kepada Dinda ( Kasmani Hj Ariff) dan Jangan Disangka ( Yusuff Arshad)
F3: perubahan zaman / kemodenan
H/C: kemasukan barat menyebabkan masyarkat terpengaruh dengan budaya barat yang berbeza dengan budaya timur sajak Ketamadunan Timur Ke Barat oleh Daniel Din
F4: menanamkan semangat nasionalisma / kesedaran nasib bangsa / membebaskan tanahair
H/C: cinta kepada agama,bangsa dan tanahair sajak Bisikan Sukma karya Kasmani Hj.Ariff,Rayuan Tanahair karya Pungguk dan sajak Tanahair karya Abu Samah
F5: percintaan muda-mudi
H/C: memperkatakan persoalan cinta muda-mudi,kesetiaan dan kekecewaan sajak Pujukan Hati karya Pungguk
Pilih 4 sahaja
1 isi = 3 markah( 1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh)
4 isi x 3markah = 12 markah
c) Jelaskan bentuk-bentuk sajak sebelum perang [9]
F1: terikat dengan susunan rangkap puisi Melayu lama
H/C susunan rangkap terdiri daripada 4 baris menyerupai pantun dan syair sajak Keluh Kesah karya Pungguk dan sajak Maafkan Beta karya Ngumba
F2: susunan rima
H/C: susunan rima akhir dibuat dalam susunan aaaa,abab dan aabb sajak Fitnah karya Abu Samah
F3: sajak bebas dari segi bentuk puisi Melayu lama
H/C: susunan baris dalam rangkap dan jumlah perkataan dalam baris tidak sama,namun susunan rima akhirnya masih banyak yang sama.sajak Pertanyaan Sukma dan Ratapan Jiwa karya Kasmani Hj Ariff
F4: Terikat dari segi jumlah patah perkataan (4 hingga 5 patah perkataan)
F5: Jumlah suku kata (8 hingga 12)
Pilih 3 sahaja
1 isi = 3 markah( 1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh)
3 isi x 3markah = 9 markah
BAHAGIAN B: GENRE CERPEN
3. Baca petikan cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Maka oleh sebab Tauke Chau Ju Kua berasa sangat mustahak membawa anaknya itu balik ke negeri China supaya berpeluang dia melihat negeri dan tanah air nenek moyangnya dan menyaksikan keelokkan saudara-saudara sebangsanya dan percaya dia bahawa fikiran anaknya itu akan berubah daripada kasih dan sayangkan Malaya, kepada menghormati China, dia pun bersiap dengan sulitnya hendak balik ke negeri China.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.Cerpen
Macam Gergaji Dua Mata, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, halaman 4-5 )
a. siapakah nama anak Tauke Chau Ju Kua dan senaraikan bandar-bandar yang pernah dilawati oleh mereka berdua sewaktu berada di negara china [ 4 ]
b. Jelaskan perbandingan watak antara Tauke Chau Ju Kua dengan anaknya [12]
c. Huraikan tiga teknik penulisan dalam cerpen di atas. [ 9 ]
Skema Jawpan
a) Nama watak anak Tauke Chau Ju Kua:
Miss Lili Chu 1 markah
Nama Bandar yang pernah dilawati ialah:
i). Peking 1 markah
ii). Soato 1 markah
iii). Canton 1 markah
(Tongsan tidak diterima sebagai jawapan kerana Tongsan bermaksud Negara China)
1 isi x 1markah
4 isi x 1 markah = 4 markah
b) Perbandingan watak ialah:
F1: dari segi latar belakang kelahiran
H/C: Taukeh Chau Ju Kua merupakan seorang imigran cina yang berhijrah Ke Tanah Melayu
dan berkahwin dengan Nyonya Cik. Manakala Miss Lili Chu merupakan anak tunggal bagi pasangan Taukeh Chau Ju Kua dengan Goh Kok Chi dilahirkan dan dibesarkan di Tanah Malaya.
F2: dari segi semangat Nasionalisme
H/C: Miss Lili Chu mempunyai semangat nasionalisme yang menebal dan sentiasa cintakanTanah air tempat kelahirannya, walaupun dipujuk dan dibawa oleh ayahnya melawat negeri China . Manakala Taukeh Chau Ju Kua tidak mempunyai perasaan cinta akan tanah Malaya walaupun telah lama menetap di Malaya. Kedatangan Taukeh Chau Ju Kua ke Malaya adalah senata untuk mengaut keuntungan.
F3: dari segi tidak mengenang budi
H/C: Taukeh Chau Ju Kua tidak mengenang budi terutama budi orang melayu yang telah membantunya dengan memberi makanan dan pakaian sewaktu beliau mula-mula sampai ke Malaya.Manakala Miss Lili Chu sangat prihatin terhadap kebajikan orang melayu kerana merasakan keluarganya banyak terhutang budi, malah Miss Lili Chu menegur sikap bapanya yang tidak mengenang budi.
F4: Kedua-dua mempunyai sifat penyayang.
H/C: Taukeh Chau Ju Kua merupakan seorang bapa yang penyayang, walaupun beliau gagal memujuk miss lili Chu agar mencintai Negara China , beliau tetap menyayangi anaknya Miss Lili Chu. Begitu juga Miss Lili Chu yang menyayangi bapanya. Beliau sanggup mengikut bapanya ke negera China selama enam bulan demi memuaskan hati bapanya.
(Tambahan skema : pemurniaan semasa kursus profesionalisme)
F5: Perbezaan dari segi sikap tamak
F6: Keprihatinan / mengambilberat
F7: Kedua-duanya berbangsa cina
Nota: Jawapan mesti ada kedua-dua elemen (Persamaan dan perbezaan) = 2 + 1 @ 1+2
Pilih 3 isi sahaja
1isi x 4markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 4 markah = 12 markah
F1: Dialog
HC: merupakan perbualan atau percakapan di antara dua watak atau lebih pada sesuatu masa.Perbualan antara Taukeh Chau ju Kua dengan Miss Lili Chu tentang majalah Keris. Taukeh Chau ju Kua menegur sikap anaknya Miss Lili Chu yang membaca majalah Keris. Beliau berpendapat majalah tersebut merupakan sebuah majalah yang karut dan sangat merbahaya, sedangkan Miss Lili Chu menyatakan majalah tersebut banyak member faedah.
F2: Imbas kembali
H/C: Pengarang memasukkan peristiwa lampau dalam plot semasa. Taukeh Chau Ju Kua terkenangkan isterinya yang mendidik anaknya Miss Lili Chu sehingga menjadi orang yang bersemangat kemelayuan.
F3: Pemerian
H/C: Pengarang menceritakan secara langsung tentang watak,peristiwa atau suasana. pengarang menceritakan adat dan budaya ibu Miss Lili chu yang menyerupai orang melayu dengan berkain batik, berbaju kebaya,makan sirih dan pandai memasak makanan melayu.
F4: Imbas muka
H/C: Bayangan awal sesuatu peristiwa yang akan berlaku yang dimasukkan oleh pengarang dalam plot.Taukeh Chau JU Kua membayangkan suatu hari nanti anaknya akan berubah pendiriannya daripada cintai akan Malaya kepada menghormati Negara China apabila dibawa melawat kenegara China .
F5: Monolog
H/C Berkata pada diri sendiri cth: m.s 6
Pilih 3 isi sahaja
1 isi x 3 markah (1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah
Soalan 4
4. Baca petikan cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya ,
”You mudah sangat melenting.”
”Bukankah you yang sebutkan?”
Dia merenung muka isterinya yang sudah kehilangan zaman mudanya kerana di rampas oleh lapan orang anaknya.
”You mesti faham. Golongan intelektual tidak menghabiskan masa mereka di kelab malam. Mereka menghabiskan masa di perpustakaan.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
Cerpen Kesementeraan, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, halaman 51 )
a. Siapakah you dalam petikan dan huraikan tiga perwatakannya dalam cerpen [ 7 ]
b. Huraikan tiga persoalan dyang dikemukakan oleh pengarang dalam cerpen [ 9 ]
c. Jelaskan tiga citra masyarakat dalam cerpen. [ 9 ]
Skema Jawapan:
a) You dalam petikan ialah isteri pegawai. / ibu kpd. lapan orang anak 1 markah
Tiga perwatakan you dalam cerpen
F1: seorang yang setia / taat / patuh.
H/C: isterinya seorang isteri yang setia. Sanggup berpindah randah menikut suaminya yang bertugas di Kota Wangi.
F2: seorang yang menjadi pendorong utama dalam kerjaya suami.
H/C: isterinya seringkali mengingati tentang tanggungjawab suaminya ke atas Kota Wangi.
F3: seorang yang pentingkan semangat kejiranan.
H/C: Isterinya sanggup menumpangkan anak kecilnya kepada kakaknya semata-mata mahu meramaikan majlis kenduri tersebut.
F4: Penyayang
F5: Berani - melabelkan suaminya "jin"
Pilih 3 isi sahaj
1 isi x 2 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 2 markah = 6 markah
b) Tiga persoalan dalam cerpen
F1: taraf pendidikan menentukan darjat seseorang.
H/C: Pengarang menonjolkan bahawa semakin tinggi pendidikan seseorang maka semakin dihormati dalam masyarakat.Pengarang menjelaskan dalam masyarakat Kota Wangi, semakin tinggi pendidikan dan semakin banyak ijazah diperoleh, penduduk akan lebih menyanjunginya.
F2: Masyarakat Bandar yang pentingkan diri sendiri. / individualistik
H/C: Pengarang menonjolkan terdapat masyarakat Bandar yang hidup pentingkan diri sendiri.Masyarakat Kota Wangi hidup menyendiri daripada masyarakat sekitarnya. Semakin tinngi pengetahuan semakin terpisah daripada masyarakat.
F3: tentang pemikiran manusia.
H/C: Pengarang menyatakan bahawa masyarakat sukar dibentuk apabila ilmu semakin tinggi.‘Dia’ sendiri tidak pasti dan tidak yakin sama ada boleh membentuk masyarakat di Kota Wangi memandangkan rata-rata penduduk Kota Wangi terdiri daripada golongan intelektual.
F4: Nilai kejiranan masyarakat Bandar.
H/C: Dalam kehidupan bermasyarakar kita haruslah sering berhububg antara satu sama lain.sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam hendaklah hidup berjiran.Masyarakat Kota Wangi kebanyakan mereka tidak hiraukan jiran. Dapat dilihat melalui watak ustaz yang seringkali berkhutbah Jumaat tentang semangat kejiranan, tetapi dia sendiri tidak mengambil tahu hal jiran.
F5: Kehidupan yang mementingkan status / kedudukan
H/C : Penduduk kota Wangi Makan di restoren mewah / tidak membeli belah di tempat awam sebaliknya membeli di supermarket.
F6: Kasih sayang
H/C: Watak utama ‘dia’ yang sangat menyayangi dan prihatin terhadap keluarganya. Dia mengongkong anak-anak gadisnya supaya tidak bebas, sebaliknya menjadi manusia yang baik
F7: Materialistik / kebendaan
F8: Keagamaan
1 isi x 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah
c) Tiga citra masyarakat:
d)
F1: Masyarakat Intekektual dan moden.
H/C: Masyarakat yang mementingkan kelayakan akedemik yang setinggi mungkin. Dengan kelulusan tertinggi membolehkan diri mereka dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.
F2: Masyarakat melayu yang berstatus tinggi.
H/C: Masyarakat Kota Wangi menjaga stutas mereka. Mereka kebanyakkannya akan memilih tempat yang agak istimewa untuk makan dan tidak akan ke gerai-gerai untuk menikmati hidangan. Begitu juga untuk membeli barang keperluan harian, masyarakat Kota Wangi akan ke pasaraya untuk membelibelah.
F3: Masyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan.
H/C: Kehidupan masyarakat kota Wangi kebanyakan hidup tersisih daripada jiran. Mereka tinggal di rumah yang berjeriji dan sentiasa berkunc, ditambah pula dengan kesibukkan suami isteri keluar bekerja menyebabkan hubungan kejiranan menjadi kurang.
F4: Masyarakat yang mementingkan ilmu.
H/C: Masyarakat Kota Wangi mementingkan ilmu. Mereka akan berusaha mendapatkan pelbagai peringkat ijazah demi mendapatkan kedudukan dalam masyarakat.
F5: Masyarakat teknokrat / Usahawan yang tamak / rakus
H/C: Masyarakat Kota Wangi juga terdiri daripada masyarakat usahawan yang tamak dan rakus mencari kesenangan / kekayaan. Golongan ini sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi
F6: Masyarakat ulama / alim yang songsang
H/C: Dalam masyarakat Kota Wangi, juga terdapat golongan agama / ulama yang pandai memberi fatwa tetapi tidak sanggup mengamalkannya / mempraktikkan hukum Islam.Masyarakat ulama yang memperalatkan agama Islam
F7: Masyarakat moden yang berpendidikan Barat / Pengaruh Barat
H/C: Dalam masyarakat Kota Wangi juga terdapat masyarakat moden yang berpendidikan liberal Barat yang mementingkan hiburan dan keseronokan hidup hidup dunia semata- mata.Masyarakat ala “Boy George” , “Dallas”, “Dynasty”.
F8: Masyarakat penyayang
F9: Masyarakat Munafik / hipokrit
Pilih 3 isi sahaja
1 isi x 3 markah (1 markah fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah
BAHAGIAN C : GENRE DRAMA
Skema jawapan
5. Aspek-aspek pementasan yang menimbulkan kekaguman
F1: Aspek Prop / peralatan
H/C: Penggunaan prop begitu dititikberatkan oleh penulis. Penggunaan prop yang sesuai mampu menghidupkan sesebuah drama. Penggunaan prop seperti meja, kerusi, radio, telefon, beberapa buku Inggeris dan sebagainya mampu menggambarkan realiti ruang tamu rumah Dahlan yang mewah sesuai dengan pendidikan dan pekerjaan Dahlan sebagai lawyer. Kepelbagaian penggunaan prop tersebut menjadikan drama ini lebih menarik dan berkesan sehingga menimbulkan kekaguman pada audiens.
F2: Aspek Kostum / busana / pakaian
H/C: Penggunaan kostum secara berhati-hati perlu ditekankan agar wujud kesesuaian di antara watak dengan peranan yang didokong. Rahimah mengenakan pakaian tidur semacam Barat sesuai dengan watak Rahimah isteri Dahlan yang tinggal di England selama empat tahun. Begitu juga kostum yang dikenakan pada Dahlan iaitu kemeja, seluar panjang dan topi sesuai dengan pekerjaan pada waktu itu sebagai merinyu kesihatan. Penggunaan kostum yang sesuai sebegini dapat menimbulkan kesan yang lebih mendalam kepada audiens.
F3: Kesan Cahaya / lampu
H/C: Memberi suasana yang diingini mengikut adegan pentas. Cahaya api terang kelam berbalam meninggalkan kesan emosi kepada penonton. Adegan Dahlan sewaktu berada di kubur dalam keadaan sedih dan penuh keinsafan menggunakan cahaya suram. Begitu juga penggunaan lampu yang dipasang dari belakang penonton menyuluh Dahlan dan watak-watak lain seperti Lebai Alang, Peminta Sedekah dan Rahman ketika Dahlan di penjara mampu memberi kesan emosi kepada audiens.
F4: Aspek pentas
H/C: Untuk menggambarkan gaya kehidupan Dahlan, pengarang telah menggunakan latar pentas yang berlatarbelakangkan ruang tamu rumah Dahlan. Di sinilah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam menggerakkan drama tersebut. Teknik penggunaan pentas tersebut sangat menarik dan berkesan sehingga dapat menimbulkan kesan kekaguman terhadap audiens.
F5: Aspek bunyi
H/C: Kesan bunyi dapat membantu pementasan drama ini. Kesan bunyi dapat menimbulkan pelbagai perasaan seperti riang, cemas, takut, sedih dan sebagainya. Kesan bunyi telefon mampu mewujudkan suasana riang dan gembira di antara dua watak iaitu Dahlan dan Ros dan dapat menggambarkan gaya hidup moden.
Pilih 5 isi
1 isi = 5 markah ( 2 markah fakta, 3 markah huraian/contoh )
5 isi X 5 markah = 25 markah
6. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
DAHLAN: Saya juga bersalah pada masyarakat. Saya insaf dan saya bersedia berbalik pada masyarakat.
PAK HAMID: Syukur, dengan lidah kau, kau mengaku insaf. Bermakna kau dah sesat di hujung jalan, kau balik ke pangkal jalan.
DAHLAN: Tapi...
PAK HAMID: Tapi, apa Dahlan?
DAHLAN: Tapi, adakah masyarakat mahu menerima saya balik?
PAK HAMID: Tentu sekali... tapi ingat, jangan cakap saja insaf. Buktikanlah. Kau mesti bersihkan dulu diri, jiwa dan hati kau sekaramng dan mengaku nak balik ke pangkal jalan. Aku harap kau juga mesti mengaku berbalik semula dengan Rahimah. Rahimah sekarang ada di rumahku. Marilah kita balik. Dengan adanya kau bersama-sama berjuang kerana kemajuan masyarakat bangsa dan tanahair, kita akan maju.
(Rahimah masuk dengan tergesa-gesa. Dahlan terpandang Rahimah, segera mendapatkan Rahimah).
DAHLAN: Rahimah , maafkan aku, Rahimah. Aku bersalah kepada kau, Rahimah. Maafkan aku, Rahimah.
RAHIMAH: Mah pun begitu juga, bang. Mah minta maaf banyak-banyak. Marilah kita bersama-sama balik ke pangkal jalan.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
Drama Lawyer Dahlan, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, halaman 225 )
a. nyatakan latar tempat dan masa dalam petikan di atas. [ 4 ]
b. Huraikan mesej berunsur didaktik yang terdapat dalam petikan di atas. [ 6 ]
c. Berdasarkan drama jelaskan
i. watak protagonis Pak Hamid [ 6 ]
ii. watak antagonis Dahlan [ 9 ]
Skema Jawapan:
a) Latar tempat – Di tanah perkuburan 2 markah
Latar masa – Tengah malam 2 markah
b) Mesej berunsur didaktik di dalam petikan
F1: Insaf apabila melakukan kesalahan / kembali ke pangkal jalan
H/C: Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan tetapi apabila kita sedari, kita harus kembali ke pangkal jalan .Dahlan: Saya juga bersalah pada masyarakat. Saya insaf dan saya bersedia berbalik pada masyarakat.
F2: Sedia memaafkan kesalahan orang lain
H/C: Bagi manusia yang tinggi budi, akan bersedia memaafkan kesalahan orang lain walaupun seberat manapun kesalahan yang dilakukan ke atas dirinya.Dahlan: Rahimah, maafkan aku, Rahimah. Aku bersalah kepada kau, Rahimah. Maafkan aku RahimahRahimah : Mah pun begitu juga, bang.
F3: Berusaha berjuang bersama-sama untuk kemajuan masyarakat
H/C: Kemajuan masyarakat dan negara akan dapat dicapai dengan mudah jika setiap ahli masyarakat bersatu padu...Pak Hamid:...... Dengan adanya kau bersama-sama berjuang kerana kemajuan masyarakat bangsa dan tanah air, kita akan maju.
F4: Bersyukur dengan perubahan sikap Dahlan yang sudah insaf
F5: Memberi nasihat ( Kepada orang lain)
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh )
2 isi x 3 markah = 6 markah
c) i. watak protagonis Pak Hamid
F1: Pemurah/dermawan
H/C: Pak Hamid telah menderma wang kepada mereka yang memerlukan iaitu peminta sedekah sebanyak 10 sen. Beliau juga tidak kedekut memberi sumbangan sebanyak RM10.00 kepada Rahman bagi pembinaan sekolah rakyat brcorak Melayu.
F2: Bertanggungjawab sebagai bapa saudara
H/C: Pak Hamid merupakan bapa saudara Dahlan dan beliau bertanggungjawab membesar dan menyekolah Dahlan sehingga darjah sembilan sekolah Inggeris. Pak Hamid sudah menganggap Dahlan seperti anaknya selepas ibubapa Dahlan meninggal dunia.
F3: Suka memberi nasihat
H/C: Pak Hamid merupakan seorang pemimpin masyarakat yang berpengalaman luas. Beliau sering menasihati Dahlan agar menjadi manusia yang berjaya dalam pelajaran dan berpegang teguh pada adat resam dan budaya orang Melayu.
F4: Pemimpin yang amanah.
H/C: Pak Hamid berkhidmat dengan jujur untuk kepentingan masyarakat. Beliau tidak sanggup
melihat anak buah disekelilingnya ketinggalan dalam bidang pendidikan. Sebab itulah beliau telah meminta Dahlan agar memanjangkan ilmu yang dipelajari di England kepada anak bangsa di kampung.
F5: Prihatin / mengambilberat
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian/ contoh )
2 isi x 3 markah = 6 markah
ii. watak antagonis Dahlan
F1: Kedekut / mementingkan diri sendiri
H/C: Dahlan tidak pernah menghulur sebarang bantuan berupa wang ringgit kepada mereka yang memerlukan seperti peminta sedekah, Rahman, Zakiah dan Lebai Alang malah memandang mereka dengan perasaan yang jelak dan hina.
F2: Pecah Amanah / rasional
H/C: Dahlan telah pecah amanah d dalam pekerjaannya apabila menerima wang suapan daripada Tauke Leong sebanyak RM10.000. Hal ini menyebabkan Dahlan dijatuhi hukuman empat tahun penjara kerja berat.
F3: Ugut pekerja bawahan / menganiaya pekerja
H/C: Dahlan bersikap tidak bertimbang rasa apabila mengugut pekerja bawahannya agar menyerahkan sebahagian dari gajinya kepada Dahlan. Jika tidak, mereka akan diberhentikan.
F4: Terpengaruh dengan budaya Barat
H/C: Dahlan terlalu taksub dengan gaya hidup dari Barat. Beliau sering mengunjungi kelab- kelab malam, berpoya-poya dengan perempuan dan minum minuman keras. Beliau menganggap semua dari barat itu baik dan menggambarkan gaya hidup moden.
F5: Cerai isteri tanpa alasan munasabah
H/C: Dahlan sanggup menceraikan Rahimah apabila berlaku pertengkaran. Ini kerana Dahlan tidak mahu menerima nasihat daripada Rahimah agar berubah dan kembali ke pangkal jalan.
F6: Pegangan agama yang longgar / kurang didikan agama
F7: Sombong / angkuh
F8: suka berhutang
F9: Tidak mengenang budi
Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh )
3 isi x 3 markah = 9 markah
SKEMA GENRE SAJAK
7. Baca sajak di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.
MEMBUNUH MIMPI
(sebuah pesan untuk Mayawati)
Usman Awang
Usiamu menghampiri sunti dara
mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi 5
yang manis indah kerana itulah mimpi.
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam. 10
Sunti daraku,
jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
selamanya mimpiku hidup serba indah.
Bunuhlah mimpi itu, anakku 20
kau membunuh segala palsu
lagu dan rindu
yang menipumu.
Dapatkan keberanian hidup baru,
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu. 25
Puisi-puisi Pilihan Usman Awang, 1987
Dewan Bahasa dan Pustaka.
a) Namakan unsur gaya bahasa dan definisinya ungkapan sajak ini.
i. Usiamu menghampiri sunti dara (R1:B1) [2]
ii. Seribu bayang seribu mimpi (R1:B5) [2]
iii. Kehidupan yang ganas dan kejam (R2:B4) [2]
SKEMA NO. 7
a) Nama unsur gaya bahasa dan definisi ungkapan. [8]
i. Usiamu menghampiri sunti dara (R1:B1)
Gaya bahasa Inversi [1]
Definisi : Pembalikan rangkaikata/frasa yang tidak mengikut hukum DM dalam sajak [1]
ii. Seribu bayang seribu mimpi (R1:B5)
Gaya bahasa Perulangan kata/perkataan dalam baris [1]
Definisi : Perulangan/perulangan kata/perkataan yang sama dalam sebaris sajak [1]
iii. Kehidupan yang ganas dan kejam (R2:B4)
Gaya bahasa Hiperbola/Melampau [1]
Definisi : Perbandingan kata secara mekampau/berlebih-lebihan dalam sebaris sajak [1]
iv. Seribu bayang seribu mimpi(R1:B5)
Yang manis indah kerana itulah mimpi(R1:B6)
Gaya bahasa Perulangan Epifora/kata di akhir baris [1]
Definisi : Pengulangan/perulangan kata/perkataan di akhir baris yang bertentangan dalam
dalam sajak. [1]
b) Huraikan empat gambaran watak ayah [8]
F1 : Ayah seorang yang suka mengelamun. / suka berkhayal
H : Dalam sajak ini dinyatakan gambaran watak ayah merupakan seorang yang suka melayan perasaannya dengan suka mengelamun dengan khayalan. Jadi ayah menasihati anaknya jangan suka mengelamun seperti ayahnya.
C : jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah (R3:B2)
F2 : Ayah mempunyai hati yang lemah.
H : Dalam sajak ini digambarkan bahawa watak ayah mempunyai hati yang lemah. Jadi ayah begitu benci terhadap kelemahan hatinya itu.
C : yang kini kubenci sebab begitu lemah(R3:B3)
F3 : Ayah percayakan mimpi yang menggambarkan kehidupan ini serba indah.
H : Dalam sajak ini juga dijelaskan gambaran watak ayah sebagai seorang yang mempercayai mimpi bahawa kehidupannya serba indah dan mengasyikkan.
C : selalunya mimpiku hidup ini serba indah(R3:B4)
F4 : Ayah mempunyai kesedaran/keinsafan.
H ; Dalam sajak ini dipaparkan gambaran watak ayah yang telah sedar/insaf atas kesilapannya yang mempercayai mimpinya yang mengambarkan kehidupan ini indah dan mengasyikkan. Jadi atas kesedaran/keinsafan inilah ayah menyarankan anaknya supaya tidak mempercayai mimpi.
C : Bunuhlah mimpi itu, anakku(R4:B1)
F5 : Ayah mempunyai sikap keberanian dalam hidup.
H : Dalam sajak ini dijelaskan gambaran watak ayah yang mempunyai sikap berani. Dengan mempunyai sikap berani inilah saja dapat menyebabkan seseorang itu tidak percayakan mimpi.
C : Dapatkan keberanian hidup baru(R5:B1)
F6 : Ayah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.
H : Dalam sajak ini dijelaskan gambaran watak ayah yang mempunyai imu pengetahuan yang tinggi. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan juga yang tinggi inilah saja dapat menyebabkan seseorang itu tidak percayakan mimpi
C : dari kekuatan hati dan dan ketinggian ilmu(R5:B2)
F7: Seorang ayah yang penyayang
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 2 markah = 8 markah
c) Perasaan dalam sajak.
F1 : Perasaan Gembira/Suka.
H : Terdapat gambaran perasaan gembira atau suka dalam sajak ini terutama apabila remaja menganggap kehidupan ini indah dan manis seperti dalam mimpinya.
C : seribu bayang seribu mimpi(R1:B5)
F2 : Perasaan Resah/Gelisah.
H : Terdapat gambaran perasaan resah atau gelisah dalam sajak ini terutama apabila seseorang remaja itu mempercayai mimpi yang mengambarkan hidup ini serba indah sedangkan kehidupan sebenarnya penuh dengan cabaran dan pancaroba.
C : tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah(R2:B2)
F3 : Perasaan Kecewa.
H : Terdapat gambaran perasaan kecewa dalam sajak ini terutamanya apabila seseorang itu benci dengan sikapnya yang dahulu yang juga mempercayai mimpi yang menganggap kehidupan ini penuh dengan keindahan.
C : yang kini kubenci sebab begitu lemah(R3:B3)
F4 : Perasaan Yakin/ Optimis.
H : Terdapat gambaran perasaan yakin atau optimis dalam sajak ini terutamanya apabila siayah mencadangkan kepada anaknya untuk tidak mempercayai mimpi seseorang itu mestilah ada keberanian, kekuatan hati dan ilmu pengetahuan yang tinggi.
C : Dapatkan keberanian hidup baru(R5:B1)
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.(R5:B2)
F5: Malu
F6: Rindu
F7: Benci
Pilih 3 isi sahaja
1 is i=3 markah ( 1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah
SOALAN 8
PADA SETIAP KALI KAU TIBA, OGOS
Kemala
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
bumi dan hati ini
melapangkan ruang buat kata hikmah
harga diri
awan hitam semalam 5
awam hitam belenggu
terbenam di kaki hari.
Bukan gerimis
tapi taufan
bukan pesimis 10
tapi pahlawan
seribu,dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
syahdu yang dartang adalah sepi yang hilang
bukan nestapa 15
tapi gelegak
bukan duka
Tapi ombak
gelegak ombak penampil bicara.
Pada setiap kali kau tiba, Ogos 20
siapa lagi bakal melihat dirinya
analisa ini
di ganggang siang
di tampuk malam
dewasa dalam pancaroba serba 25
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak fikir daya.
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
angin tanah air 30
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa.
Puisi Sepanjang Zaman, 1989
Dewan Bahasa dan Pustaka.
a). Berikan maksud ungkapan berikut.
i. awan hitam belenggu(R1:B6) [2]
ii. seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda(R1:B5) [2]
b) Jelaskan tiga mesej dalam sajak ini. [9]
a) Dengan memberi contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa dan kesannya yang
memperlihatkan nilai sestetik dalam sajak ini. [12]
SKEMA NO. 8
a) Maksud ungkapan,
i. awan hitam belenggu (R1:B)
Maksud = Penjajah yang menjajah tanah air/tanah Melayu.
1m 1m [ 2 ]
ii. seribu dua ribu tak bernana gugur tak bertanda (R1:B5)
Maksud = Ramai pejuang kemerdekaan mati/terkorban dan tidak dihargai/hormati.
1m 1m [ 2 ]
b) Tiga mesej dalam sajak.
F1: Kita hendaklah menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat/ masyarakat.
H: Dalam sajak ini mesej yang ingin disampaikan pengarang agar kita sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menanamkan semangat cintakan /patriotisme yang tinggi dalam diri masing-masing untuk membentuk jati diri yang sayangkan negara.
C:bumi dan hati ini(R1:B2)
Melapangkan ruang buat kata hikmah(R1:B3)
Harga diri(R1:B4)
F2: Kita hendaklah berusaha membangunkan negara dalam menghadapi persaingan global.
H : Dalam sajak ini mesej yang ingin disampaikan pengarang agar kita sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah berusaha membangunkan negara ini dalam menghadapi persaingan di peringkat global, agar negara Malaysia ini setanding dengan negara maju yang lain.
C : ini ketentuan(R3:B7)
inti pencarian yang nikmat(R3:B8)
dimensi gerak fikir daya(R3:B9)
H: Dalam sajak ini mesej yang ingin disampaikan pengarang agar kita sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mempunyai keazaman dalam hati untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia ini melalui sikap kesetiaan dan perasaan cinta kepada negara.
C : angin dan tanah air(R4:B2)
membawa bisikan(R4:B3)
setia dan cinta perkasa(R4:B4)
F4: Kita hendaklah menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan negara.
H: Dalam sajak ini mesej yang ingin disampaikan pengarang agar kita sebagai rakyat
Malaysia kita hendaklah menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan negara yang
Begitu berani mempertahankan negara. Mereka ini dianggap pahlawan yang berjasa.
C: tapi pahlawan(R2:B4)
Seribu, daua ribu tak bernama gugur tak bertanda(R4:B5)
Memeluk kemerdekaan dalam diam(R4:B6)
F5: Kita hendaklah mengingati peristiwa sejarah negara yang pernah dijajah.
H : Dalam sajak ini mesej yang ingin disampaikan pengarang agar kita sebagai rakyat
Malaysia kita hendaklah mengingati peristiwa negara kita yang pernah dijajah oleh
penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan British. Peristiwa ini hendaklah dijadikan
iktibar agar kita tidak akan dijajah lagi.
C : awan hitam semalam(R1:B5)
awan hitam belenggu(R1:B6)
terbenam di kaki hari(R1:B7)
3isi
1isi=3m
F=1m,H=1m,C=1m
3isix3m=9m
F1. Gaya bahasa Personifikasi
Def; Perbandingan kata sifat/perbuatan manusia dikenakan kepada bukan manusia dalam baris sajak.
C: syahdu yang datang adalah sepi hening(R2:B7)
-Perkataan “datang” kata perbuatan manusia dikenakan kepada “syahdu” kata bukan
manusia.
Kesan : Memberi gambaran yang lebih realistik / meninggalkan kesan imaginasi yang jelas
F2. Gaya bahasa Metafora
Def ; Perbandingan kata konkrit dengan kata abstrak dalam baris sajak.
C: terbenam di kaki hari(R1:B7)
-Perkataan “di kaki” merupakan kata abstrak manakala perkataan “hari” kata konkrit.
Kesan : Memberikan gambaran yang nyata / jelas
F3. Gaya bahasa Perulangan Kata Anafora.
Def ; Perulangan Perkataan di awal baris yang berseturutan dalam sajak.
C : awan hitam semalam(R1:B5)
awan hitam belenggu(R1:B6)
-Berlaku perulangan kata “awan hitam” dalam baris sajak di atas.
Kesan : Penegasan maksud yang hendak disampaikan / kemerduan dari segi penyebutan
F4. Gaya bahasa Inversi.
Def ; Berlaku pembalikkan rangkaikata dalam baris sajak.
C : dewasa dalam pancaroba serba(R3:B6)
-berlaku inversi/keterbalikkan kata dalam frasa”pancaroba serba” sepatutnya “serba
Pancaroba”.
Kesan : Penyebutan yang indah
F5 . Gaya bahasa Pengulangan bunyi Asonansi.
Def ; Pengulangan bunyi vokal dalam sebaris sajak.
C : seribu, dua ribu gugur tak bertanda(R2:B5)
-berlaku pengulangan vokal “u”
Kesan : keindahan bunyi yang disebut
F6. Gaya bahasa Pengulangan bunyi Aliterasi.
Def ; Pengulangan bunyi konsonan dalam sebaris sajak.
C : memeluk kemerdekaan dalam diam(R2:B6)
-berlaku pengulangan konsonan “m”
Kesan : kelantangan atau kenyaringan bunyi yang di sebut.
F7; Perulangan baris
Cth: Pada Setiap kali kau tiba, Ogos
Pilih 4 isi sahaja
1 is i= 3 markah (1 markah fakta, 1 markah Definisi dan contoh , 1 markah kesan)
4 isi x 3 markah = 12 markah.
SKEMA TAMAT
Disediakan oleh ayisgc65@yahoo.com.my