Soalan & Skema Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Enam Rendah (Kesusasteraan Melayu Kertas 2 Moden) 2010
19:55
Edit
SULIT
922/2
Kesusasteraan Melayu
Kertas 2
2010
3 Jam
PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN KELANTAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN ENAM RENDAH
(PKBS 3)
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

KESUSASTERAAN MELAYU
KERTAS 2
(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)
Masa : Tiga Jam

Arahan kepada calon:
Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak
Bahagian A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA
1. Sajak merupakan salah satu jenis kesusasteraan Melayu moden yang mendapat tempat di Malaysia sebelum perang dunia kedua lagi.”
Berdasarkan pernyataan ini.
a. Nyatakan dua tokoh penyajak sebelum perang [ 4 ]
b. Dengan memberikan contoh, huraikan empat persoalan sajak sebelum perang. [12]
c. Jelaskan bentuk sajak sebelum perang. [ 9 ]
2. Ketokohan Abdul Rahim Kajai terserlah dalam penulisan genre cerpen sebelum perang dunia kedua, sesuai dengan profesionnya sebagai wartawan, beliau memperlihatkan kepekaanya sebagai wartawan dengan memerhati, melapor, mengulas, mengkritik dan menganalisis pula masyarakat dalam karya-karya cerpennya.
Huraikan.
a. Latar kehidupannya [ 5 ]
b. sumbangan beliau dalam perkembangan kesusasteraan Melayu zaman sebelum perang. [ 8 ]
c. keistemewaan tokoh [12]
Bahagian B : GENRE CERPEN
3. Baca petikan cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Maka oleh sebab Tauke Chau Ju Kua berasa sangat mustahak membawa anaknya itu balik ke negeri China supaya berpeluang dia melihat negeri dan tanah air nenek moyangnya dan menyaksikan keelokkan saudara-saudara sebangsanya dan percaya dia bahawa fikiran anaknya itu akan berubah daripada kasih dan sayangkan Malaya, kepada menghormati China, dia pun bersiap dengan sulitnya hendak balik ke negeri China.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
Cerpen Macam Gergaji Dua Mata, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, halaman 4-5 )
a. siapakah nama anak Tauke Chau Ju Kua dan senaraikan bandar-bandar yang pernah dilawati oleh mereka berdua sewaktu berada di negara china [ 4 ]
b. Jelaskan perbandingan watak antara Tauke Chau Ju Kua dengan anaknya [12]
c. Huraikan tiga teknik penulisan dalam cerpen di atas. [ 9 ]
4. Baca petikan cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya ,
”You mudah sangat melenting.”
”Bukankah you yang sebutkan?”
Dia merenung muka isterinya yang sudah kehilangan zaman mudanya kerana di rampas oleh lapan orang anaknya.
”You mesti faham. Golongan intelektual tidak menghabiskan masa mereka di kelab malam. Mereka menghabiskan masa di perpustakaan.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
Cerpen Kesementeraan, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, halaman 51 )
a. Siapakah you dalam petikan dan huraikan tiga perwatakannya dalam cerpen [ 7 ]
b. Huraikan tiga persoalan dyang dikemukakan oleh pengarang dalam cerpen [ 9 ]
c. Jelaskan tiga citra masyarakat dalam cerpen. [ 9 ]
Bahagian C : GENRE DRAMA
5. Jelaskan lima aspek pementasan yang menimbulkan kekaguman dalam drama Lawyer Dahlan, karya Sharom Hussein. [25]
6. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
DAHLAN: Saya juga bersalah pada masyarakat. Saya insaf dan saya bersedia berbalik pada masyarakat.
PAK HAMID: Syukur, dengan lidah kau, kau mengaku insaf. Bermakna kau dah sesat di hujung jalan, kau balik ke pangkal jalan.
DAHLAN: Tapi...
PAK HAMID: Tapi, apa Dahlan?
DAHLAN: Tapi, adakah masyarakat mahu menerima saya balik?
PAK HAMID: Tentu sekali... tapi ingat, jangan cakap saja insaf. Buktikanlah. Kau mesti bersihkan dulu diri, jiwa dan hati kau sekaramng dan mengaku nak balik ke pangkal jalan. Aku harap kau juga mesti mengaku berbalik semula dengan Rahimah. Rahimah sekarang ada di rumahku. Marilah kita balik. Dengan adanya kau bersama-sama berjuang kerana kemajuan masyarakat bangsa dan tanahair, kita akan maju.
(Rahimah masuk dengan tergesa-gesa. Dahlan terpandang Rahimah, segera mendapatkan Rahimah).
DAHLAN: Rahimah , maafkan aku, Rahimah. Aku bersalah kepada kau, Rahimah. Maafkan aku, Rahimah.
RAHIMAH: Mah pun begitu juga, bang. Mah minta maaf banyak-banyak. Marilah kita bersama-sama balik ke pangkal jalan.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
Drama Lawyer Dahlan, dalam Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, halaman 225 )
a. nyatakan latar tempat dan masa dalam petikan di atas. [ 4 ]
b. Huraikan mesej berunsur didaktik yang terdapat dalam petikan di atas. [ 6 ]
c. Berdasarkan drama jelaskan
i. watak protagonis Pak Hamid [ 6 ]
ii. watak antagonis Dahlan [ 9 ]
Bahagian D: SAJAK
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
7. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Membunuh Mimpi
(sebuah pesanan untuk Mayawati)
Usman Awang
Usiamu menghampiri sunti dara
Mengibarkan rasa diselendang sutera
Menyembunyikan malu di bilik terkunci
Diselubungi rindu lagu dan tari
Seribu bayang seribu mimpi 5
Yang manis indah kerana itulah mimpi.
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Terasing dicermin kenyataan
Kehidupan yang ganas dan kejam. 10
Sunti daraku,
Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah
Yang kini kubenci sebab begitu lemah
Selamanya mimpiku hidup ini begitu indah.
Bunuhlah mimpi itu, anakku 15
Kau membunuh segala palsu
Lagu dan rindu
Yang selalu menipumu.
Dapatkan keberanian hidup baru
Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu. 20
( Membunuh Mimpi, Usman Awang, 1987,
Mutiara Sastera Melayu Moden.)
a. Namakan unsur gaya bahasa dan definisinya dalam baris sajak di bawah
i. usiamu menghampiri sunti dara
ii. seribu bayang seribu mimpi
iii. kehidupan yang ganas dan kejam
iv. seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi. [ 8 ]
b. jelaskan dua gambaran watak ayah dalam sajak di atas. [ 8 ]
c. Bincangkan perasaan dalam sajak di atas [ 9 ]
8. Baca sajak di bawah ini, jawab soala-soalan yang mengikutinya.
Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos
Kemala
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
bumi dan hati ini
melapangkan ruang buat kata hikmah
harga diri
awan hitam semalam 5
awam hitam belenggu
terbenam di kaki hari.
Bukan gerimis
tapi taufan
bukan pesimis 10
tapi pahlawan
seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
syahdu yang datang adalah sepi hening
bukan nestapa 15
tapi gelegak
bukan duka
tapi ombak
gelegak ombak penampil bicara.
Pada setiap kali kau tiba, Ogos 20
siapa lagi bakal melihat dirinya
analisa ini
di ganggang siang
di tampuk malam
dewasa dalam pancaroba serba 25
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak fikir daya.
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
angin tanah air 30
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa.
Puisi Sepanjang Zaman, 1989
Dewan Bahasa dan Pustaka.
a. Berikan maksud baris berikut
i. awam hitam belenggu
ii. seribu, dua ribu tak bertanda tak bernama gugur tak bertanda [ 4 ]
b. Jelaskan tiga mesej dalam sajak [ 9 ]
c. Dengan memberi contoh, huraikan empat unsur gaya bahasa dan kesannya yang memperlihatkan nilai estetik dalam sajak. [12]